
Bab 17
DIA keluar dari makmal sambil memegang fail berwarna hitam. Langkahnya yang elegan menunjukkan lagak seorang doktor yang profesional. Kakinya yang panjang dan runcing turut membuatkan Dr. Rozie kelihatan sangat menawan. Dr. Rozie melangkah ke arah Sir Remy dan memaklumkan sesuatu dengan serius.
Alisa bersandar di dinding sambil menggumam sendirian. Diperhati sahaja dari jauh perbualan Sir Remy dan doktor itu. Hana di sebelahnya turut memberikan kata-kata semangat.
"Hey, awak okay?" Tanya Raihan yang merapati Alisa.
"Okay," Bisik Alisa dengan nada perlahan. Tubuhnya letih akibat disuntik dengan satu dos yang menenangkan dirinya sewaktu di bilik latihan sebentar tadi.
"Awak jangan risau, saya yakin Erisa akan kembali sedar," Raihan menyentuh bahu gadis itu.
"Ehem," Sapaan seseorang membekukan tangan Raihan. Terus sahaja Alisa bangun dan memeluk lelaki itu.
"Shah, saya takut," Ujar Alisa dalam esakan yang masih bersisa.
"Sokay sayang, saya ada," Shah mencium dahi Alisa bagi menenangkan gadis itu. Matanya ralit merenung anak mata Raihan yang tajam memerhati mereka berdua.
Sir Remy melangkah perlahan ke arah mereka. Mukanya tampak tenang sambil melipat lengan bajunya.
"Erisa masih tidak sedarkan diri. Tumbukan Ayda menyebabkan Erisa menghidapi sedikit gegaran di bahagian otak. Tapi semuanya baik-baik sahaja. Mungkin dalam beberapa hari dia akan sedar. Dr. Rozie kata keadaan dia kembali normal setelah setengah jam yang lepas," Kata Sir Remy ringkas lalu menapak perlahan keluar dari ruang makmal itu.
Raihan bersandar di dinding menatap raut wajah Alisa yang agak lega. Namun tangannya sedikit menggeletar melihat keakraban Shah dan Alisa.
"Sayang, awak rehat dulu ya," Ujar Shah sambil mengusap pipi gadis itu.
"Hana, tolong bawa dia ke bilik," Hana hanya mengangguk dan memaut Alisa. Mereka berdua menapak keluar dari makmal itu.
Yang tinggal hanya Raihan dan Shah yang masih memandang antara satu sama lain.
Raihan bangkit untur beredar namun dihalang oleh Shah.
"Berapa banyak kali aku nak cakap, jangan kacau awek orang," Shah berdiri di sisi Raihan. Tangannya mencengkam bahu lelaki itu.
"Kau jangan ingat aku bodoh Shah. Perangai kau yang bernafsu syaitan tu sepatutnya kau ubah. Tak baik mainkan perasaan orang bro," Tegur Raihan sambil menepis tangan Shah.
"Siapa suruh kau masuk campur hal aku," Shah merentap kolar baju Raihan.
"Kau berhati binatang Shah," Terlepas sahaja ayat itu dari mulut Raihan maka terlepas juga tumbukan padu ke wajahnya.
Raihan mengesat bibirnya yang berdarah. "Aku tak suka tengok kau buat Alisa macam tu,"
"Dia awek aku, bukan awek kau,"
"Tapi dia perempuan Shah, ada perasaan. Lainlah kau, manusia berperangai syaitan," Sekali lagi tumbukan melayang ke wajah Raihan.
"Aku bagi amaran dekat kau, jangan dekat dengan awek aku lagi!" Shah memberi tendangan terakhir di perut Raihan sebelum meludah ke arah lelaki tersebut.
Raihan terbaring kelesuan. Bibirnya yang membengkak diusik perlahan.
"Ah," Berdenyut bibirnya sewaktu jarinya bersentuhan dengan bibirnya yang mengeluarkan cecair pekat berwarna merah.
Raihan melangkah ke bilik air yang berdekatan. Dibasuh wajahnya dengan air yang dingin. Rambutnya dikuak ke belakang.
"Kau tunggu nasib kau Shah, kau tunggu,"
________________
Alisa kembali ke biliknya setelah jam menunjukkan 5 petang. Bila lagi dia dapat melihat dan mendengar suara kembarnya? Suasana di sekitarnya terasa sunyi disebabkan ketiadaan gadis itu.
Alisa melangkah ke hadapan jendela. Lemah tubuhnya seolah-olah tidak berdaya. Mana tidaknya, perutnya masih tidak diisi semenjak tengah hari tadi . Hilang selera bila ketiadaan kembarnya di sisi.
Hana hanya memerhati sahaja tingkah laku Alisa. Ketukan di pintu bilik membuatkan dia melangkah untuk membuka pintu tersebut.
"Eh Hana? Apa you buat di sini? Itu Amir cari you dari tadi," Ujar Celine.
"Ish cakap dengan dia, I ada hal sekejap. Itu Alisa tu, takkan nak biar seorang diri," Bentak Hana.
Celine menolak tubuh Hana keluar dari bilik itu, "Itu you jangan risau, i boleh teman dia, pergi lah sana,"
"Ee Celine janganlah tolak," Hana menepis tangan gadis cina itu lantas kakinya terus beredar dari tingkat atas.
Celine berpeluk tubuh memandang Alisa. Buntu seketika untuk memulakan perbualan.
"Eh Alisa, you mahu dengar itu satu cerita tak?" Celine melabuhkan punggungnya di birai katil. Kakinya diangkat sebelah dan dibiarkan yang sebelah lagi terjuntai ke bawah.
"Okay you dengar eh, macam ini tau. Suatu hari kan, I pergi pasar ah. Mereka ada jual itu baju—" Alisa malas mahu melayan malah dia menerpa keluar dari bilik itu.
"Aiya i belum habis cerita lagi dia sudah keluar ka? Ini macam banyak sedih la," Celine mengeluh kasar.
Alisa melajukan langkahnya sewaktu menuruni tangga. Kakinya pantas menuju ke pejabat Sir Remy. Sesampai dia di hadapan pintu pejabat lelaki itu, lama dia mengamati tombol pintu itu dengan tajam. Alisa menarik nafas panjang sebelum menolak pintu itu sekuat hati menampakkan riak wajah Sir Remy yang terkejut.
"Oh Alisa rupanya? Kenapa cari saya? Amboi main tolak saja ya, terkejut saya," Adu Sir Remy mengurut dadanya perlahan.
Alisa menghentak tangan di meja Sir Remy. Dia menahan tubuhnya dengan tangan yang diletakkan di atas meja. Air matanya tiba-tiba berjuraian.
"Tolong lepaskan kami," Bentak Alisa.
"Maksud kamu?"
"Tolong jangan seksa saya lagi. Cukuplah disebabkan latihan maut Sir, kawan baik saya mati. Tolong biarkan saya dan Erisa pergi dari sini!" Ujar Alisa separuh jerit.
Sir Remy menanggalkan kaca matanya. Tubuhnya didekatkan kepada Alisa. "Kamu yakin kamu boleh selamat?"
"Lebih selamat dari manusia macam kau orang semua!"
Sir Remy tergelak kecil. "Kamu masih tidak faham lagi kan?"
Alisa berdiri tegak. "Apa yang nak difahamkan?"
Televisyen dibuka oleh Sir Remy. Dia menekan-nekan alat kawalannya bagi menunjukkan siaran berita yang terpapar di kaca skrin tersebut.
"Ini, negara barat," Satu berita yang mengumumkan keadaan huru-hara yang berlaku di negara itu semakin teruk.
"Ini pula negara Asia, saya ambil contoh, Thailand," Paparan dari udara menunjukkan bangunan-bangunan di negara itu mengalami kerosakan. Mayat-mayat bergelimpangan di atas jalan raya. Termasuk juga manusia yang berkeliaran mencari tempat yang masih selamat.
"And this, is Malaysia," Paparan televisyen yang menunjukkan siaran tergendala dipandang lama.
"Not even a reporter is alive out there," Sir Remy menekan-nekan lagi siaran berita di saluran Malaysia namun hampa. Tiada sebarang rekod berita.
"Sekarang kamu faham kan? Tiada siapa yang selamat di luar sana," Sir Remy menggenggam tangannya. Matanya merenung tepat ke wajah Alisa yang termangu sendirian.
"Tapi...kenapa?" Alisa memaut bucu meja bagi menampung tubuhnya yang semakin lemah.
"Hmmmm?"
"Kenapa Sir buat semua ni.."
"Saya cuma nak bantu kamu,"
Alisa tergelak sinis. "Bantu?"
"Bantu jenis apa sampai meragut nyawa orang lain!" Jerit gadis itu dengan lantang. Mencungap-cungap nafasnya.
Sir Remy hanya tersenyum sambil bersandar di kerusi empuknya.
"Okay, kamu nak pergi? Pergilah. Saya tidak halang," Sir Remy menunjukkan ke arah pintu pejabatnya yang terbuka luas.
"Tapi, kamu perlukan sesuatu" Dia mencapai sesuatu dan menghalakan ke arah Alisa.
Pistol.
Wajah gadis itu pucat apabila pistol itu dihalakan ke arahnya. Sir Remy menjongket kening lalu menterbalikkan pistol itu ke arah dirinya sendiri. Disuakan pistol itu kepada Alisa.
"Watch out for the zombies out there," Sir Remy berkata dengan nada sinis.
Dengan tangan yang terketar-ketar, dia mengambil pistol itu dari tangan Sir Remy.
"Kalau kamu mahu berpatah balik, kediaman saya sentiasa terbuka luas menanti kehadiran kamu," Sir Remy memberikan senyumannya yang terakhir.
Alisa menapak perlahan-lahan ke hadapan pintu. Digenggamnya pistol itu dengan erat. Matanya berkaca-kaca mengimbas semula apa yang terjadi sebelum ini.
Tidak sampai sesaat, pistol itu telah dihalakan tepat ke wajah Sir Remy.
"If i can't survive, then you die," Langkahnya dirapati ke meja lelaki itu.
Picu ditarik namun pandangan anak mata Sir Remy mematikan perbuatannya.
"Kenapa berhenti? Tembaklah," Sir Remy hanya mengejek sinis.
Tangannya yang terketar-ketar diturunkan perlahan-lahan.
"Haih Alisa, saya tahu awak takkan berani buat," Sir Remy tergelak.
Alisa menundukkan wajahnya. Pistol itu diletakkan ke atas meja Sir Remy.
"It's not like that. It's just I'm not a killer like you,"
"Kau bunuh Rania. Kau sengaja suruh budak kau buka ikatan jambatan tu....dan kau sengaja biarkan dia kesejukan.."
"Dia masih hidup! Tapi kau! Kau sanggup tanam dia hidup-hidup!"
Gelakan Sir Remy hilang. Raut senyuman sinisnya juga turut hilang. Wajahnya berubah serius secara tiba-tiba. Sir Remy pantas mengambil sesuatu di poketnya dan memasangkan alat itu di telinga.
"Daniel, office now," Sir Remy meletakkan semula alat itu kedalam poketnya.
Alisa masih menundukkan pandangannya. Bibirnya terketar-ketar. Air matanya masih deras mengalir di pipi.
Sir Remy bangkit dari kerusinya,"What do you say, dear?"
Alisa mendengus kasar. "Sir, saya tahu segala-galanya,"
"Oh ya?" Soal Sir Remy. Serentak itu, pintu dikuar dari luar. Daniel memasuki pejabat itu dengan tergesa-gesa.
"Aaaaah Daniel, aku perlukan bantuan kau. Nampaknya dia kata dia tahu segala-galanya," Sir Remy menepuk-nepuk bahu Daniel.
"Maksud Sir?"
"Dia tahu pasal Rania," Mata Daniel sedikit membulat. Dia merenung Alisa yang tertunduk lemah.
"You know what to do right?" Bisik Sir Remy. Daniel hanya mengangguk pantas.
Alisa yang mengesat air matanya, tiba-tiba ditarik kasar oleh Daniel. Meronta-ronta gadis itu apabila Daniel menariknya keluar dari pejabat Sir Remy.
"Eh apa awak buat ni? Lepaskan saya lah!" Daniel tidak peduli. Dia menutup mulut gadis itu dan menarik gadis itu keluar dari rumah.
Shah yang terdengar teriakan Alisa segera menoleh ke arah gadis itu. Berkerut-kerut dahinya sewaktu melihat adegan itu. Apabila Alisa meronta-ronta minta dilepaskan, Shah bangkit dari sofa dan mengikuti mereka dari belakang.
"Bang Danny?" Langkah kaki Daniel terhenti. Segera ditoleh ke belakang mendapati Shah sedang menghampirinya.
"Asal ni? Abang nak buat apa dengan dia?" Soal Shah tertanya-tanya.
Alisa mengambil kesempatan untuk memijak kaki Daniel dan meloloskan diri dari pegangan lelaki itu. Terus dia melonjakkan diri ke dakapan Shah.
"Dia tahu Shah, dia tahu" Gumam Daniel. Matanya melirik ke arah Alisa yang sedang menyorok di belakang Shah.
"Tahu apa?"
"Rania," Mendengar nama itu, Shah turut terpaku. Dia memegang erat pergelangan Alisa. Kemudian ditarik perlahan-lahan ke sisinya.
"Sayang, ikut saya sekejap? Ada benda saya nak beritahu," Ujar Shah sambil mengelus pipi Alisa.
"Bang, biar saya bawa dia," Daniel menganggukkan kepala. Alisa hanya berselindung di sebalik tubuh Shah. Erat sekali dia memegang baju Shah. Takut jika Daniel melakukan apa-apa.
Dia tidak sedar, terlepas dari mulut buaya masuk ke mulut harimau.
Shah tersenyum sinis. Langkahnya dituju ke kawasan belakang. Ruangan bawah tanah.
Alisa semakin takut. Terketar-ketar tangannya di sisi Shah. Tiba-tiba dia teringat akan kembarnya. Diketapnya bibir supaya tidak mengeluarkan sebarang esakan. Air matanya bergenang. Alisa memejam matanya rapat, membiarkan air mata mengalir di pipinya. Sudah berapa banyak kali dia menitiskan air mata pada hari itu. Lelah tubuhnya.
Tiba-tiba tubuh Alisa longlai. Kakinya terasa kebas seolah-olah hendak terjatuh. Pantas Shah mencapai kedua-dua tangan gadis itu. Digenggam erat dan ditarik Alisa ke tubuhnya.
"Okay tak ni?" Shah bertanya lembut. Apabila tidak mendapat reaksi dari Alisa, dia mencempung gadis itu dengan segera.
"Eh awak..apa? Tak apa lah. Saya boleh jalan," Alisa cuba meronta-ronta namun Shah hanya tersenyum. Sudahnya dia membiarkan sahaja lelaki itu membawanya ke tempat yang ingin dituju.
"Makmal? Kenapa bawa saya ke sini?" Soal Alisa dengan nada kebingungan. Shah meletakkan gadis itu ke bawah.
"Alisa, awak tak sihat. Saya suruh Dr.Rozie rawat awak ya?" Rambut Alisa diusap perlahan.
"Tapi saya.." Kata-kata Alisa terhenti. Dr. Rozie dan Dr. Syami segera menghampiri mereka. Riak wajah mereka agak kekalutan.
"Ah, Shah? Daniel mana? Saya baru dapat khabar dari Sir," Ujar Dr. Syami.
"Daniel tunggu di atas. Saya tolong bawa Alisa," Shah tersenyum ke arah Alisa. Semakin buntu gadis itu memandang mereka.
"Umm apa maksud kau orang ni?" Soal Alisa. Pandangan mereka sukar dijelaskan. Dr. Rozie mengambil tangan Alisa. Digenggam tangan gadis itu seraya berkata, "Alisa, apa kata awak rehat sekejap?"
"Uh? Emm err saya rasa saya balik ke bilik dulu lah, uh okay bye.." Baru sahaja Alisa ingin menapak. Tangannya direntap kasar.
"Kau nak pergi mana?" Dr. Syami memandangnya dingin. Alisa meronta-ronta minta dilepaskan. Namun sayang, kekuatan tenaga lelaki itu tiada tandingnya.
Shah yang tersenyum sinis ditenung lama. "Shah! Apa awak buat ni! Tolong saya!!" Alisa menjerit-jerit di dalam makmal itu.
Dr. Rozie mencapai sesuatu dari sebuah laci. Jarum suntikan yang tersedia di tangan diacukan ke arah lengan Alisa. Dengan bantuan Shah, dos itu berjaya disuntik ke dalam tubuh Alisa membuatkan gadis itu perlahan-lahan menjadi lemah.
"Good work," Jelas Dr. Syami. Diangkatnya tubuh Alisa dan diletakkan di atas katil pesakit. Mereka memandang antara satu sama lain. Alisa sudah tidak sedarkan diri.
"Macam mana dia boleh tahu?" Soal Dr. Syami.
"Entah lah bang, saya pun tak tahu," Shah menggaru kepalanya.
"Dah tak ada cara lain dah, kita kena hilangkan memori dia pasal kejadian tu," Pintas Dr. Rozie. Tangannya pantas mengambil kabel elektrik di sudut dinding. Wayar-wayar yang berselirat dikemaskan dan diambil satu-persatu.
"Dia tahu semua ke?" Shah pula bertanya.
"Tak, dia masih tidak tahu yang Rania masih hidup," Ujar Dr. Syami dengan nada sinis.
___________________
Alisa membuka matanya perlahan-lahan. Silauan cahaya yang memasuki kantanya membuatkan matanya berasa pedih. Digosok-gosok matanya menggunakan jari. Alisa menghempaskan tangannya semula. Terasa lembut tangannya membelai cadar yang berwarna kelabu.
Alisa pantas bangkit. Diperhati sekeliling bilik itu. Kelihatan seperti bilik seseorang. Kepalanya ditekan-tekan bagi mengimbas kejadian sebelum-sebelumnya. Perkara terakhir yang dia ingat adalah sewaktu mereka pulang dari hutan.
Ya, dia ingat semula kejadian yang meragut nyawa rakannya, Rania. Tetapi ingatannya masih samar-samar. Alisa menurunkan kakinya ke lantai. Rambut yang agak kusut disikat rapi menggunakan jari-jemarinya.
Dia meneliti setiap sudut bilik itu. Terdapat beberapa kotak kecil dan alatan yang telah lama tidak digunakan. Pakaian-pakaian bertaburan di atas lantai. Alisa segera melangkah ke kotak-kotak itu. Pantas tangannya menarik sebuah kotak berwarna merah usang. Terbatuk-batuk gadis itu apabila habuk memasuki rongga hidungnya. Ditiupnya debu yang menutupi kotak itu.
Dia membuka kotak itu dengan perlahan-lahan dan beberapa helaian foto menarik minatnya. Dia memerhati dengan tajam gerangan di dalam foto itu. Foto itu menunjukkan pasangan suami isteri bersama seorang bayi yang didukung oleh si isteri. Manakala seorang remaja lelaki berada di tengah-tengah.
Diambil pula helaian foto yang kedua, kali ini seorang lelaki sedang mendukung kanak-kanak tadi.
"Umm kenapa muka dia sama macam Raihan eh? Ini isteri dia dengan anak-anak dia ke?"
"Takkan lah, bayi ni nampak macam Zafril pun ada. Eh, bohonglah. Tu kan adik dia," Alisa membaling kotak itu ke bawah. Pening kepalanya melihat gambar-gambar itu.
"Alisa?" Sapaan seseorang membuatkan tubuhnya terkujat. Alisa pantas menoleh ke belakang. Foto yang berada di genggamannya di sorok ke belakang.
"Eh awak? Um saya tak berniat nak punggah barang awak, sorry," Alisa berkata.
Raihan hanya tersenyum kecil. Dia mendekati Alisa yang serba-salah.
"Tak apa," Ujar lelaki itu lagi. Dia melabuhkan punggung di birai katil. Diambil kotak yang berada di atas lantai.
"Umm Raihan..ini awak punya kan? Maaf saya tengok tanpa permintaan," Alisa menghulurkan foto-foto yang dilihatnya tadi.
Terpana seketika sewaktu dia melihat foto-foto itu. Sekian lama tidak dibuka, kini memorinya terimbas semula. Entah kenapa matanya tiba-tiba berair.
"Boleh saya tanya? Awak dah kahwin ya? Zafril anak awak kan? Dan budak seorang lagi tu? Um siapa ya?" Laju sahaja tutur Alisa tanpa berfikir terlebih dahulu.
Raihan tersenyum kecil. Dia merenung Alisa yang sedang menanti jawapannya. "Alisa, ini arwah abang saya dan isteri dia,"
Raihan bersandar di dinding dan menatap wajah-wajah di foto itu lama.
"Um? Maksud awak, mereka sudah uh. Sudah tiada?" Soal Alisa lagi.
"Ya, arwah abang saya bekas tentera. Dia didapati hilang sewaktu menjalankan misi. Akak ipar saya pula, tidak mampu meneruskan hidup tanpa abang saya. Jadi, dia membuat keputusan untuk melemaskan dirinya di dalam bilik air," Ujar Raihan dengan nada perlahan.
"Mujurlah saya sudah bekerja. Boleh saya sara Zafril," Jelas Raihan lagi.
"Awak tak ada adik beradik lain ke?" Alisa semakin berani bertanya.
"Tak. Mak dan ayah saya pula meninggal sebab kemalangan,"
"Kenapa awak sanggup jaga Zafril?"
"Sebab masa Zafril lahir, abang saya pesan, andai suatu hari dia pergi terlebih dahulu. Dia nak anak dia membesar dengan kasih sayang,"
"Maksud awak?" Alisa turut duduk bersandar di tepi dinding dan menarik lututnya merapati tubuhnya.
"Abang saya tahu, isteri dia sakit. Jadi dia tahu sangat-sangat kalau dia tiada, isteri dia tak akan bertahan lama," Raihan memejam matanya sebentar.
"Isteri dia mengalami kemurungan sewaktu anak pertama mereka keguguran. Sewaktu Zafril berjaya dilahirkan, kakak sering menganggap Zafril sebagai anak pertama mereka. Dia tidak dapat terima kenyataan bahawa anak mereka sudah tiada," Alisa ternganga mendengar cerita lelaki itu.
"Tapi awak masih muda kan waktu tu? Awak kerja apa?" Raihan tersenyum kecil.
"Pembunuh upahan," Mata Alisa membulat. Tidak sangka bahawa lelaki itu sanggup membuat perkara keji.
"Haha taklah. Gurau ajalah. Janganlah terkejut sangat," Raihan tergelak kecil melihat Alisa yang sudah memasamkan muka.
"Waktu tu, Zafril masih berusia 2 tahun. Saya pula baru saja berumur 18 tahun. Nak cari kerja memang susah. Entah macam mana waktu tu saya terjumpa seorang makcik yang kena ragut. Apa lagi, berlarilah saya kejar peragut tu, haa bila dah dapat beg makcik tu. Saya buat aduan polis. Makcik tu pun berterima kasih dekat saya," Raihan menarik nafas sebelum menyambung ceritanya.
"Lepas tu, tiba-tiba dia tanya. Saya duduk mana. Nama siapa. Dengan siapa saya duduk. Saya pun bagitahu lah saya anak yatim piatu. Haa terus dia kata dia nak jadikan saya anak angkat dia. Jadi saya pun terima dengan syarat! Dia kena terima Zafril sekali. Masa tu saya tak sangka makcik ni seorang perempuan yang kaya gila. Dia baik, suami dia pun baik. Dia anggap saya dengan Zafril macam anak sendiri. Mungkin sebab dia tiada anak. Saya rasa bersyukur sangat-sangat tahu," Terukir senyuman ikhlas dari bibir Raihan. Menyerlahkan lagi kekacakannya.
"Emm okay. Habis mereka tu siapa? Di mana?" Alisa menyimpul tangannya. Raihan tergelak kecil.
"Awak ni, takkan tak perasan?"
"Hmmm?" Kening Alisa hampir bercantum akibat kekeliruan yang melanda.
"Haih, Umi dengan Sir Remy lah. Kan saya tinggal di sini sekarang," Jelas Raihan sambil tersengih.
"Okay saya tahu awak terkejut tapi Sir Remy ni sebenarnya seorang ahli perniagaan. Tapi perniagaan dia mengalami kerugian bila ahli pekerjanya sendiri yang songlap kewangan syarikat dia. Semua sebab rasuah punya pasal. Sudahnya syarikat dia diambil alih oleh orang lain. Lepas tu, Sir Remy dan umi buka bisnes lain pula. Bisnes pembuatan senjata. Haa dasyat kan? Sir Remy ni pun pakar dalam seni mempertahankan diri. Dia yang ajar saya sampai saya jadi kuat macam sekarang haha," Raihan tergelak kecil.
"Oh jadi Army? Hasil dari Sir Remy lah?"
"Yup, dia pilih siapa yang handal dan masuk dalam team dia, siapa yang gagal tu dia hantar dekat King," Ujar Raihan selamba.
"King?"
Ah. Raihan terlupa. Terkedu dia seketika.
"Tak,saya salah cakap. Eh awak tahu tak kenapa awak ada dalam bilik saya ni?" Pintas Raihan cuba menukar topik.
"Um tak. Itu yang saya pelik tu," Alisa segera bangkit. Dipicit-picit kepalanya yang runsing.
"Awak ingat apa-apa?" Raihan menghampirinya.
"Saya cuma ingat kita baru balik dari hutan Lepas umm lepas Rania, jatuh. Emm yeah. Saya ingat tu je," Alisa kembali menundukkan wajahnya.
"Hey.." Raihan mengelus rambut Alisa. Dicuitnya hidung gadis itu perlahan.
"Awak pengsan tadi, itu saya tolong," Raihan berkata. Namun tangannya dikepal-kepal kegeraman. Dia tidak mahu menipu gadis itu.
Setelah mendapat tahu Alisa direnjat elektrik berkuasa tinggi bagi menghilangkan separuh dari memorinya, Raihan segera ke makmal. Atas arahan Sir Remy, dia terpaksa akur di atas segala-galanya dengan syarat gadis itu beristirehat di biliknya untuk seketika.
Alisa mengangguk lemah. Tiba-tiba dia teringat akan Erisa. "Oh, kembar saya mana?"
"Dia di bilik rawatan," Raihan mengalihkan pandangan matanya.
"Em kenapa ya?" Soal Alisa dengan aneh.
"Dia cedera dan tidak sedarkan diri,"
"Ha? Bila? Kenapa?" Dengan riak terkejut, Alisa menerpa ke arah Raihan namun lelaki itu hanya mengeluh berat.
"Erisa diracun,"
•••
END OF CHAPTER 17
"Thank you for reading, do vote or comment"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro