Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 16

SETELAH hampir seminggu mengurungkan diri di dalam bilik tidur mereka, akhirnya dikejutkan dengan alam penggera yang berbunyi lantang. Alisa lantas terjaga lalu bingkas bangun dari pembaringannya. Dia mengejutkan Erisa yang terpisat-pisat memerhati keadaan di sekelilingnya.

"Apa lagi dia orang ni," Kata Erisa.

Pintu bilik dikuak dari luar. Kelihatan Hana dan Celine berada di muka pintu.

"Morning ladies, cepat siap. Kita ada latihan. Dah lama tak workout kan. Ha cepat, cepat," Arah Hana.

Celine pantas memasuki kamar mereka. Ditariknya tangan Alisa yang masih menggeliat malas.

"Haiya cepatlah, itu orang tua nanti banyak bising lah," Adu Celine membuatkan mereka tergelak.

Mereka bersiap-siap untuk turun ke bawah. Setelah selesai mandi dan membersihkan diri, masing-masing mengenakan pakaian yang dipilih oleh Hana. Kedua-dua mereka mengenakan seluar legging berwarna hitam. Alisa menyarung t-shirt biru di tubuhnya manakala Erisa hanya mengenakan singlet hitam. Dicapainya sweater berwarna unggu dan disarung ke tubuh. Pakaian yang diberi oleh Hana dicampak semula ke atas katil.

Celine mula mengelilingi mereka berdua dan memuncungkan bibirnya. Dia mengundur setapak ke belakang dan berdehem kecil.

"Okay, you orang ah banyak stamina. Boleh go punya lah. Some of you have the potential to become a new leader meyh. Eh sudah sudah, hari ini kita punya leader team akan buat pemilihan. Show your abilities and they will pick the new member," Dialek chinesenya membuatkan Alisa tersengih.

"Lah tunggu apa lagi? Jom," Hana menolak mereka ke hadapan pintu. Sesampai di pintu, Erisa mematikan langkahnya.

"Eh nanti-nanti. Latihan apa kau maksudkan ni?" Erisa memeluk tubuh memerhati gadis itu.

"Alah nanti you tahulah. Eh cepat cepat, masa sudah lambat!" Erisa hanya mengerutkan dahi. Alisa cuma menahan debaran di dada. Risau sekiranya kejadian yang menimpa Rania akan menimpa ke atas diri mereka.

Sesampai sahaja kakinya melangkah ke anak tangga terakhir, Erisa merasakan sesuatu bakal terjadi.

Sunyi sekali ruangan itu.

Mereka ke dapur untuk bersarapan. Agak janggal apabila hanya mereka berdua menikmati hidangan sambil diperhati oleh Celine dan Hana.

Erisa menyiku Alisa yang sedari tadi hanya menguis-nguis makanannya.

"Kau kenapa? Tak selera?" Erisa bertanya.

"Entahlah. Aku takut lah. Kau tak ingat ke apa jadi dekat Ran?" Alisa menguak nasinya dengan sudu. Wajahnya ditundukkan.

Erisa hanya menarik nafas panjang. Buntu untuk berkata apa-apa.

Usai sahaja mereka bersarapan,mereka terus menuju ke halaman belakang seperti yang disuruh oleh Hana. Puas diperhatinya satu halaman namun kelibat manusia tidak juga kelihatan.

Erisa tersenyum sinis, dia terpandang pintu besi yang semakin dihampiri. Sudah pasti mereka buat latihan di ruangan bawah tanah.

Pintu itu dibuka dari dalam. Kelihatan Raihan sedang tersenyum manis ke arah Alisa.

"Hai Alisa," Sapa Raihan.

Alisa hanya mengangguk kecil.

Mereka menapak ke bawah. Kini, baru mereka tahu mengapa kawasan kediaman itu sunyi kerana kesemua ahlinya sedang berkumpul di kawasan ini.

Ada juga yang melakukan latihan. Suara erangan dan desahan yang kuat hanya didengari dari jauh. Hana dan Celine berhenti di belakang mereka.

"Hey lu orang. Dengar betul-betul apa i mahu bagitahu. Leader team akan tengok stamina dan kekuatan asas you untuk dipilih masuk ke kumpulan mereka. Kalau you tak berjaya tarik minat mereka, you tengoklah apa mereka buat. " Terang Celine.

"Em kenapa kena buat macam ni?" Tanya Alisa.

"Itu I pun tak tahu, waktu i masuk sini dulu pun mereka buat begitu. Kawan-kawan i banyak kena buang dari sini. You hati-hati ah. Mereka banyak licik tau," Celine menepuk-nepuk bahu Alisa.

Alisa mengeluh. Dia tidak gemar latihan-latihan seperti ini. Cukuplah dengan latihan yang lepas. Dia tidak mampu untuk bertahan lagi. Kerisauannya semakin bertambah apabila Sir Remy muncul di sebalik kegelapan.

"Aaaa sampai pun," Kelihatan Sir Remy menapak ke arah mereka. Didepa tangannya dan senyuman sinis terukir di bibirnya.

"Do your best my dear,"

"Baiklah, saya akan kenalkan kamu berdua kepada leader team saya," Sir Remy membawa mereka ke setiap pelusuk ruang bawah tanah itu.

"Itu Daniel, saya rasa kamu dah kenal dengan dia. Dia adalah leader team bagi kemahiran memanah," Terang Sir Remy. Busur yang terdapat di genggaman tangan Daniel diperhati tajam.

"Wua," Alisa berasa teruja apabila Daniel melepaskan panahan tepat mengenai sebiji epal.

"Okay, next leader adalah Ayda. You see the one with red hair? Ha itulah dia, leader team bagi tinju,"

Mereka berhenti di suatu bilik. Dua orang ahli Army sedang lincah bergusti di gelanggang. Seorang gadis dan seorang lelaki.

Gadis yang berambut merah itu ditenung lama oleh Erisa.

Mereka hanya menyaksikan kedua ahli itu bertarung sesama sendiri. Gadis itu menghentak kepala lelaki tadi dengan sikunya. Tubuh lelaki itu terhuyung-hayang di atas gelanggang. Dengan hanya sekali tendangan,lelaki itu rebah dan tidak sedarkan diri.

Satu tepukan diberi kepada gadis itu. Sir Remy tersenyum bangga melihat kekuatan tenaga gadis itu.

"Bagus Ayda, saya suka dengan tindakan awak. Dari dulu memang tak pernah ditewaskan," Ayda hanya tersenyum mendengar pujian dari Sir Remy. Dia mencabut mouthpiece dari mulutnya.

"Thar's kinda lame actually,"

Ayda memalingkan wajah ke arah Erisa. Dia merenung gadis itu yang kelihatan bosan.

Erisa membuat riak aneh apabila ditenung seperti itu. Dia mencemik dan memandang Ayda dari atas hingga bawah. Tubuh badannya agak tinggi dan ramping. Namun tiada sebarang otot yang menunjukkan gadis itu adalah peninju sebenar.

"Sorry? What did you say?" Ayda bertanya.

"Ah i said your skills is kinda lame and bored," Erisa berkata selamba sambil menyengetkan kepalanya sedikit. Tangannya digenggam ke belakang.

Alisa yang memerhati kembarnya dari tadi kelihatan agak risau. "Eris, kau cakap apa ni,"

"Shhhh," Erisa berbisik.

Ayda menggenggam penumbuknya. Hidungnya kembang-kempis menahan amarah yang memuncak.

"Kau siapa nak cakap macam tu," Bentak Ayda.

"Oh hello, i'm Eris, nice to meet you," Erisa tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

"Who cares about your name, fucker," Ayda menghentakkan tangannya di tali gelanggang.

"Aww chill la babe, " Erisa perlahan-lahan menapak ke arah gelanggang. Dipautnya tali gelanggang itu dan menaiki gelanggang tersebut. Sir Remy terkejut melihat tingkah laku Erisa.

Erisa masih berada di luar gelanggang. Diperhatinya riak Ayda dari tadi. Entah mengapa dia berani menerpa ke situ. Pada mulanya dia hanya mahu mengusik sahaja namun mulutnya bertindak tanpa disuruh.

Dia memaut tali gelanggang dan mendekatkan diri ke arah Ayda,"Nak aku tunjuk skill aku tak?" Erisa menjongket keningnya.

"3 rounds, kita tengok siapa yang membosankan," Ayda menjawab dengan nada jengkel. Erisa hanya tergelak kecil. Dia memasuki gelanggang itu sambil diperhati oleh yang lain.

"Look, aku tak kisah siapa kau tapi lebih baik kau undur diri," Ujar seorang lelaki yang tiba-tiba sahaja menerpa ke arah Erisa.

"Um why?"

"She's a beast," Bisik lelaki itu. Baru Erisa perasan, lelaki itu adalah lelaki yang melakukan latihan bersama gadis itu tadi.

"Well, i'm the beast of all the beast," Erisa mengenyit mata.

Sweater di tubuh dibuka dan diberi kepada Alisa. Tampak jelas urat yang menegang di lehernya. Sewaktu Erisa berdiri berhadapan dengan Ayda, gadis itu meregangkan otot-otot di bahagian kepalanya.

Ayda mencampakkan sarung tangan ke arah Erisa. Dipakainya sarung tangan itu sambil memerhati Ayda dengan sinis. Kemudian dicampak pula mouthpiece di hujung kaki Erisa.

Erisa memandang sekilas ke arah mouthpiece itu. "No need for this," Dia menendang alat itu sehingga terjatuh ke luar gelanggang.

Sir Remy dan Alisa hanya memandang antara satu sama lain. Masing-masing cuak dengan apa yang akan berlaku.

Seorang ahli Army membunyikan wisel menandakan pusingan pertama akan bermula.

Ayda menggengam kedua penumbuknya dan diangkat separas dada. Dia memandang Erisa seperti singa yang kelaparan.

"Okay easy there wild tiger," Erisa tergelak kecil melihat wajah Ayda yang kemerahan menahan marah.

"I don't mean to make fun of you tapi aku cuma—"

'Dussshhhh!!!!!!'

Satu tumbukan kasar tepat mengenai muka Erisa. Tumbukan itu mengakibakan Erisa terjatuh. Berombak nafasnya apabila dilakukan seperti itu. Belum sempat lagi dia menghabiskan kata-katanya.

Tiba-tiba darah menitik keluar dari hidungnya. Dikesat perlahan darah itu sambil bangkit dari kedudukannya.

"Apa yang kau buat ni, this is the wrong wa—" Sekali lagi kata-kata Erisa dipintas apabila Ayda menghentak bahunya dengan kuat.

Terundur Erisa ke belakang. Ditahannya sakit itu sambil mengurut bahunya. Kali ini wajahnya bertukar riak. Tangannya didepangkan sambil melihat ke arah Sir Remy.

'what is happening?' Erisa menggerakkan bibirnya ke arah Sir Remy.

Wajahnya yang ceria berubah menjadi panik.

Ayda menerkam ke arah Erisa sambil memaut pinggang gadis itu. Tindakan itu membuatkan Erisa mengangkat kakinya dan menendang perut Ayda. Dirangkulnya leher Ayda dan dihentakkan belakang gadis itu dengan sikunya.

Ayda mengundur ke belakang.

Erisa mengesat hidungnya yang masih berdarah dengan ganas. Rahangnya bergerak-gerak menahan geram.

Ayda meluru ke arah Erisa dengan pantas. Dicuba untuk menumbuk muka Erisa namun pantas ditepis. Banyak tumbukan berjaya ditepis oleh Erisa mengakibatkan Ayda semakin rakus. Ditendangnya kaki Erisa sehingga gadis itu terjatuh.

Dengan kesempatan yang ada, Ayda menumbuk perut Erisa. Tersembur darah keluar dari mulut gadis itu. Disimpulnya tangan Erisa kebelakang sambil menghentakkan kepala gadis itu ke lantai gelanggang.

Wisel berbunyi menandakan pusingan pertama telah tamat. Mengah seketika Erisa di lantai. Nafasnya tidak keruan.

Seraya itu, mereka yang menyaksikan kejadian itu terbeliak dengan aksi Ayda. Tidak sangka pula Ayda benar-benar mencederakan Erisa.

Ayda melepaskan tangan Erisa dan berdiri di hadapan gadis itu. Ditendang tangan gadis itu. "Ini ke handal? Macam sampah," Erisa memejam matanya kemudian menarik nafas panjang.

"Wey baruah," Jerit Erisa. Dia mengagahkan dirinya untuk bangkit.

Langkahnya yang terhuyung-hayang cuba distabilkan. Dia menarik baju Ayda dan merenung tepat ke anak mata gadis itu. " Kau makan pil kan,"

Ayda tersenyum senget.

Ayda menapak meninggalkan Erisa namun langkahnya terhenti apabila kepalanya dibaling dengan sarung tangan.

"Game on, bastard," Erisa membuka sarung tangannya yang sebelah lagi kemudian dicampak ke lantai.

Erisa meregangkan lehernya serta otot-otot lengannya. Dia menggamit jarinya ke arah Ayda, mengajak gadis itu memulakan pusingan kedua.

"Eris, masa rehat kau—" Jeritan Alisa ditahan. Sir Remy mencengkam bahu Alisa. Serta-merta gadis itu terdiam.

Wisel kedua dibunyikan. Tanpa berlengah masa, Ayda memasang langkah ke arah Erisa. Ditujahnya gadis itu dengan tumbukan berkali-kali di perut. Erisa menggengam lengan Ayda dan menolaknya ke tepi gelanggang. Apabila Ayda datang semula, Erisa membuat back-flip sambil kakinya menendang muka Ayda. Tersungkur Ayda ditendang sebegitu rupa.

"Kau takkan menang, aku paling kuat di sini," Bisik Ayda sambil tersenyum sinis.

Erisa menerkam Ayda lalu ditumbuknya muka gadis itu dengan kasar. Ayda menendang Erisa ke hadapan. Kedua-dua gadis itu tercedera di bahagian hidung dan mulut. Kesan-kesan darah kini menitik di baju mereka.

Ayda menghalakan tumbukannya ke dada Erisa namun Erisa melenturkan tubuhnya ke belakang dan memengkes kaki Ayda. Dia mengambil langkah pantas dengan memaut leher Ayda dan menyembamkan muka gadis itu ke lantai gelanggang.

Ayda meludahkan mouthpiece dan bangkit dari pembaringannya. Dia cuba untuk memangkas lengan Erisa namun ianya sempat ditepis.

Tiba-tiba Erisa melakukan tendangan ke kepala Ayza. Tinggi kakinya melayang ke atas. Ayda kini rebah di gelanggang itu.

Erisa menarik nafas dan memandang ke bawah. Dia menjeling Ayda yang kepenatan. Dia memandang ke luar gelanggang mendapati beberapa orang yang tidak dikenali menyaksikan perlawanannya. Riak wajah terkejut terpamer di muka mereka termasuk Sir Remy.

"Zain?" Erisa terkejut melihat Zain yang memerhatinya di tepi pintu. Ekspresi wajah lelaki itu sangat dingin. Tiba-tiba Erisa berasa serba-salah. Mungkin dia terlalu bongkak dengan kebolehannya.

Ayda mencapai sesuatu dari dalam bajunya. Digoreskan alat itu ke kaki Erisa. Menjerit kecil gadis itu kesakitan sehingga terduduk. Erisa melihat pehanya yang berdarah akibat torehan sesuatu yang tajam. Pantas sahaja dia menoleh ke atas.

"That's not fair. You fu—" Ayda menerpa sambil menghalakan penumbuknya tepat ke kepala Erisa. Gadis itu tidak sempat melakukan apa-apa kerana dia merasakan dirinya diserbu kegelapan yang memuncak. Bayangannya semakin kabur lalu tubuhnya jatuh tersungkur. Darah menitis keluar dari mulut dan hidungnya. Dia mengerdipkan matanya beberapa kali namun matanya semakin berat.

"Erisa? Erisa! Erisa bangun !!!" Suara Alisa seakan-akan perlahan di pelusuk telinganya. Kepalanya berdenyut-denyut menahan kesakitan. Dan matanya juga turut terpejam rapat.

Ayda mengenggam penumbuknya. Sarung tangan telah lama dibuka. Pisau kecil yang disorok di celah tangannya segera dimasukkan semula ke dalam baju.

Alisa memangku kepala Erisa yang berdarah. Diusapnya rambut gadis itu yang melekit bercampur dengan peluh dan cairan pekat berwarna merah.

"Kau! Apa kau buat dengan dia hah !" Jerit Alisa.

Sir Remy mengusap dagunya yang berkumis nipis,"Panggil Daniel," Arah lelaki itu.

Daniel turut tiba di sisi Sir Remy dengan pantas. Melihatkan situasi tersebut. Dia segera menghampiri Erisa yang tidak sedarkan diri.

Daniel meletakkan dua jari di bahagian urat leher Erisa dan merasa denyutan gadis itu.

"Nadi dia lemah, biar saya bawa dia ke makmal," Daniel mencempung Erisa dan membawa gadis itu keluar dari bilik tinju itu.

Alisa terduduk lemah. Esakannya semakin kuat didengari. Bisikan demi bisikan tidak dihiraukan.

"Alisa?" Raihan melutut di sebelah gadis itu. Diusapnya bahu gadis itu dengan lembut.

"Shhhh, it's okay. Erisa selamat," Raihan cuba menenangkan gadis itu.

"No! Lepas apa kau buat dekat Rania! Apa lagi yang kau buat dekat Erisa! Dasar pembunuh. Kau semua memang pendusta. Sial! " Alisa semakin mengganas. Ditamparnya sesiapa sahaja yang mendekati dirinya.

Ayda mengundur diri. Dicapainya kotak rokok di atas meja dan beransur keluar dari bilik itu.

Sewaktu dia menyalakan rokoknya, kelibat seseorang menghentikan langkahnya.

Ayda menghembus asap di wajah manusia itu. "What Zain?"

Rahang lelaki itu terketap rapat. Tangannya dicengkam ke leher Ayda. Terjatuh puntung rokok itu ke lantai.

"You poison her," Dengus Zain.

"A—apa..kau—caka—cakap nnn..—aaargh hak...Zain...lepas..—aku.." Tersekat-sekat nafas gadis itu.

Cengkaman di lehernya dilonggarkan namun Zain masih tidak melepaskan gadis itu. Dihentakkan kepala gadis itu ke dinding.

"Aku nampak apa kau buat Ayda," Zain mengoyakkan baju Ayda dan menarik keluar pisau dari celah dada gadis itu.

"This, is poison !" Zain mengetatkan semula cengkaman tangannya.

"Mana..kau..tahu.." Ayda cuba membuka ikatan tangan lelaki itu.

Zain melepaskan tangannya. Dibelek pisau itu seketika kemudian dicampakkan pisau itu ke dinding, bersebelahan dengan kepala Ayda

"Dia takkan pengsan dengan mudah hanya sebab hentakan kau. Tumbukan kau lemah dan stamina dia kuat. Aku nampak apa kau buat Ayda,"

Ayda tergelak kecil. "Ah so you know. Aku tak suka orang lain menang. Cause i'm the only winner,"

Zain memalingkan wajahnya ke arah Ayda. Urat di lehernya semakin tersembul. Nafasnya ditarik kencang.

"Rileks, racun yang ada dekat pisau itu berkesan sementara, tapi kalau dia mati pun tak apa," Ayda tergelak.

Zain kembali mencengkam leher gadis itu. Diseretnya tubuh gadis itu ke dinding sehingga kakinya tidak jejak dari lantai.

"Kau sentuh dia lagi, jangan harap kau dapat bernafas," Dan dia melepaskan gadis itu sehingga Ayda terduduk.

Terbatuk-batuk gadis itu akibat jerutan tersebut. "Kenapa kau kisah sangat dengan dia hah?"

"Cause she's the one who can save us,"

•••
END OF CHAPTER 16
"Thank you for reading. Do vote or comment"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro