Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 15

DALAM kekalutan, hadir beberapa bisikan yang menerpa, agak mendayu, agak keras.

"Aku dengar ada kes dekat hutan tadi,"

"Itulah, aku pun baru tahu ni,"

"Kau rasa budak tu selamat ke?"

"Dalam oi gaung tu. Ajaib sangat kalau dia survive,"

'Papppp!!'

Tepukan itu mematikan perbualan mereka.

"Ah sorry, ada nyamuk," Erisa mengesat tangannya di seluar.

"Uh, budak tu pelik kan," Seorang gadis berbisik kepada kawannya namun butir bicaranya masih boleh didengari oleh Erisa.

Dengan lagak biasa Erisa tidak menghiraukan perbualan mereka malahan dia masih runsing akan kejadian yang menimpa Rania.

Alisa bangkit dari sofa dan berjalan kehulu-hilir di hadapan kembarnya. Jari-jemarinya yang runcing lincah bergerak-gerak di sisinya. Fikirannya buntu. Baru sebentar tadi dia disuruh bertenang oleh Sir Remy. Namun dia dipanggil semula untuk berkumpul di ruang utama bersama dengan ahli-ahli yang lain.

Sir Remy dan segelintir pasukannya sedang membincangkan sesuatu di dalam pejabat. Alisa memerhati sekeliling. Wajah-wajah yang tidak dikenali berkeliaran di serata pelusuk ruang utama itu. Topik yang dibicarakan oleh mereka juga turut berasaskan kejadian yang menimpa Rania.

Daniel dan Zain juga masih belum pulang dari kawasan hutan itu.

"Please, save her," Alisa menggumam sendirian sambil menggigit jarinya.

"Hey, it's okay sayang.." Shah di sebelahnya juga turut mengusap-usap bahu gadis itu untuk menenangkannya.

Bunyi tombol pintu dipulas memberi impak kepada mata-mata manusia di ruangan itu. Sepantas kilat mereka semua menumpukan perhatian ke arah pintu tersebut.

Daniel merupakan orang pertama yang melangkah masuk ke ruang utama. Sewaktu Zain memasuki ruangan itu, masing-masing menanti kemunculan Rania namun pintu itu ditutup rapat olehnya.

Keluhan yang lemah dapat didengari dari mulut Alisa. Laju sahaja wajahnya ditarik ke dada bidang Shah. Perlahan-lahan esakan mula didengari di ruangan itu. Shah mengusap lembut rambut gadis itu dan melontarkan kata-kata manis yang dapat meredakan kesedihan Alisa.

"Drama murahan," Erisa memutarkan matanya. Terus dipalingkan wajah menghadap lantai yang seakan-akan menarik minatnya untuk merenung kepingan-kepingan mozek itu.

'Hari-hari cuci lantai ke, berkilat betul,' Bisik hatinya.

"Perhatian ya semua," Suara Sir Remy menyapa di ruangan tersebut. Daniel turut setia berdiri di sisi lelaki itu.

"Ada suatu insiden yang terjadi petang tadi, seperti yang kalian tahulah ya. Jadi, saya mohon maaf atas kesilapan yang dilakukan. Saya harap kejadian ini tidak berlaku lagi lah. Semoga rohnya bersemadi dengan aman," Sir Remy tersenyum hiba sewaktu membicarakan kata-katanya.

"Kalau tiada apa-apa lagi, kamu semua boleh bersurai,"

•••

Alisa termenung di hadapan jendela. Langsir yang melibas-libas wajahnya sewaktu ditiup angin tidak dihiraukan.

"I can't believe she's dead," Ujar Alisa.

"Yeah, so ? Bukan dia boleh hidup balik pun kan?" Erisa membalas sambil jari-jemarinya leka memicit bola getah yang kecil.

"Tak adalah, aku rasa macam benda ni tak real. Macam aku tengah mimpi, kau faham tak?" Alisa melabuhkan punggung di birai katil.

Erisa terhenti seketika. Dia mencampak bola itu tepat ke dahi Alisa.

"Hey, apa kau ni!" Alisa mengaduh kecil.

"See, itu buktinya kau tak bermimpi," Erisa mengutip semula bola itu dan kembali memicitnya berulang-ulang kali.

"Rasa rindu pula dekat Rania," Alisa mengeluh perlahan.

"Hmm memandangkan kau cakap macam tu, aku pula rasa pelik," Erisa mengerutkan dahinya. Dia bingkas bangun dan meletakkan tangannya di sudut hati.

"Pelik? Kenapa?" Alisa turut merapati kembarnya.

"Well, first, i don't miss her," Erisa menjatuhkan tangannya di sisi.

"And second, i don't feel sad at all,"

Dan ajaibnya saat itu, lampu turut terpadam. Bukan di bilik mereka sahaja malah di sekeliling kawasan kediaman itu juga turut gelap.

"Eh kenapa blackout ni? "Alisa mengeluh. Dirabanya sekeliling untuk mencari objek yang bercahaya. Namun lain pula yang disentuh.

"Uh uh, danger part," Erisa menepis tangan Alisa yang meraba badannya.

Erisa menapak ke arah jendela, ditinjau ke bawah untuk memerhati sekeliling. Tiada suatu cahaya pun yang mampu dikesan.  Kakinya tidak berhenti bergerak. Habis sekitar bilik itu digeledahnya.

"Eh bukan kita ada pegang phone ke waktu datang sini?" Kata Alisa.

"Kau lupa ke?"

"Apa?"

"Kan kau dah bagi phone tu dekat Umi," Erisa menjawab ringkas.

Alisa mengeluh berat. Terpaksa juga mereka tidur tanpa kipas mahupun penghawa dingin.

Erisa melontarkan tubuhnya ke atas katil. "Hah panas,"

"Dahla gelap, panas pula tu," Alisa mula mengipas dirinya menggunakan tangan.

Satu lampu kecil yang bernyala secara tiba-tiba di bawah karpet dipandang rakus. Diikuti dengan lampu yang lain dinyalakan seperti kereta api menuju ke hadapan pintu.

"Waa," Kata mereka yang terpegun dengan lampu-lampu kecil itu.

Secara drastik mereka bangkit dari katil dan mengikuti kerlipan lampu itu sehingga mereka berada di ruang yang tidak pernah mereka temui.

Ditoleh ke belakang namun lampu-lampu tadi telah menghilang. Kedudukan mereka semakin rapat kerana terlalu takut akan persekitaran yang gelap dan sunyi itu. Hanya cahaya yang malap di atas syiling dibiarkan terbuka. Rupanya keadaan ini bukan berpunca kerana ketiadaan elektrik, ianya hanya sekadar muslihat.

"Um hello?" Tiada sahutan yang didengari. Alisa diselubungi ketakutan yang mendalam. Tangannya menggenggam erat baju Erisa.

"Uh a—aku rasa dia orang ti—tidur. Mmm—macam mana ka—kalau dia orang—" Kata-kata Alisa terhenti apabila bunyi pintu dibuka perlahan-lahan menjamah telinganya.

Degupan jantung yang kian laju semakin didengari. Alisa tekad, dia harus lari dari tempat ini. Dia begitu yakin bahawa ini adalah muslihat penghuni Army. Mungkin mereka tidak menyukai kehadirannya dan sebab itulah mereka membunuh Rania dan mungkin benar bahawa mereka sememangnya ahli kongsi gelap dan kini giliran mereka berdua pula untuk dibunuh.

Tung! Tung! Tung! Tung!

Bunyi jam menandakan tepat pukul 12 tengah malam. Disebabkan kelantangan jam itu, mereka terkejut lantas mengurut dada.

"Tahulah jam besar, buat suspen orang aje memekak tengah-tengah malam," Alisa menyiku Erisa menyuruh gadis itu senyap.

Sedang mereka bergelut kerana tidak puas hati tiba-tiba sehelai kain putih jatuh betul-betul di hadapan mereka.

"Arghh!" Jeritan halus bergema di dalam rumah itu. Alisa dengan pantas melarikan diri tanpa menghiraukan keadaan yang gelap. Semakin laju dia berlari semakin jauh dirinya dari Erisa. Dia cuba melarikan diri ke tempat yang lebih selamat namun Alisa sedar tiada tempat yang selamat selagi dia masih ada di dalam rumah itu.

Erisa terpaku. Diambilnya kain putih itu dan dibawa ke hidungnya. "Mana ada bau hantu,"

Erisa menghempas kain itu ke lantai. Jari tengah dihulur ke atas menunjuk ke arah sesiapa sahaja yang berada di tingkat atas.

Alisa mengesat air mata yang berjujuran. Dia tersedu-sedan meraba-raba kawasan di sekelilingnya. Dia terlanggar pasu bunga yang besar di suatu sudut. Maka terjatuhlah dia di kawasan yang tidak pernah diterokai itu. Seperti ayam patah kaki, Alisa cuba mengagahkan diri untuk bangkit dan meneruskan lariannya.

Alangkah terkejutnya dia apabila dia memalingkan wajah, kelihatan suatu kelibat berdiri betul-betul di hadapannya. Alisa buntu. Kepalanya mula mengesan titik-titik hitam. Apabila dia sudah tidak mampu menampung dirinya, Alisa rebah ke lantai dan tidak menyedarkan diri.

"Aww, cepat sangat pengsan," Shah menggaru kepalanya. Dia memerhati sekeliling, beberapa pasukan tergelak kecil melihat keadaan itu.

Ya, mereka bersembunyi di dalam gelap.

Sebagaimana sekumpulan kelawar suka bersembunyi di gua, begitu jugalah sekawan babi-babi yang seronok bersembunyi di dalam gelap.

Hah begitulah lagak puakanya.

Shah mencempung gadis itu dan membawanya ke makmal rawatan. Dia meminta izin dari seorang doktor muda untuk menumpangkan Alisa seketika.

"Kak Rozie, saya tumpangkan dia sekejap boleh? Pengsan waktu aktiviti tadi," Tanya Shah kepada Dr. Rozie

"Boleh Shah, tapi akak nak pergi tengok ujian dekat bilik Dr.Syami sekejap ya," Pesan Dr.Rozie lantas beransur keluar dari makmal itu.

Shah tersengih panjang. Dia mengelus lembut wajah Alisa yang terbaring lemah di atas katil pesakit. Bibirnya dibasahkan seketika. Matanya tidak berkelip memandang hidangan di hadapannya. Senyuman sinis turut terhias di bibir.

"Soon baby, i'm gonna taste it soon," Sekali lagi Shah tersenyum gatal.

"Just a little taste," Shah mendekatkan wajahnya ke wajah gadis itu. Dia berkira-kira hendak mencium bibir gadis itu namun tarikan di bajunya membatalkan niat syaitannya.

"Err, apa akak buat kat sini lagi?" Segan dia menghadap doktor itu. Merah mukanya apabila ditangkap sedemikian rupa.

"Aku perhati kau ni duk buat sumbang mahram dekat makmal aku. Ewah ewah sedap jiwa kau, eishh budak ni," Dipiatnya telinga Shah lalu ditarik keluar dari makmal tersebut.

"Tu pergi sambung kerja kau, biar akak jaga dia. Nak harapkan kau, akak tak tahu apa yang jadi nanti. Dah pergi sana," Dr.Rozie bercekak pinggang sambil memarahi Shah.

"Alah akak buat dengan Abang Syami boleh pula, macam orang tak tahu je apa akak—" tindakan Dr.Rozie mengambil jarum suntikan mematikan percakapan Shah. Lintang-pukang lelaki itu melarikan diri.

"Tahu takut, huh miang sungguh," Dr. Rozie mencebik lantas kembali meneruskan tugasnya.

•••

Erisa mengundur setapak demi setapak ke belakang. Kepalanya dijenguk ke arah kawasan sekeliling. Bayang-bayang manusia yang melintas dijelingnya. Bukan dia tidak tahu muslihat yang sedang ditunjukkan.

Ya benar, dia tahu itu manusia. Mustahil hantu berjalan menggunakan kaki bukan?

Bunyi kaca pecah di belakangnya diabaikan. Sengaja dia berpura-pura tidak dengar akan kejadian itu. Macam orang bodoh pula main pecah-pecahkan kaca.

Derapan kaki seseorang yang menghampirinya dari belakang membuatkan Erisa menggenggam penumbuknya. Sekelip mata sahaja Erisa melayangkan tumbukan sulungnya ke arah kelibat itu.

Mati? Bukan. Pengsan? Ya itu pasti.

Erisa mengetap giginya. "What games are you playing huh?"

Erisa meraup wajahnya. Seketika dia terdengar bisikan seseorang memanggil namanya. Dia berpusing laju mengakibatkan kepalanya terhantuk di dinding.

Terduduk dia menyeringai kesakitan. Diusap dahinya perlahan. "Okay, that's hurt,"

Sedang dia mengaduh kesakitan, cahaya yang berkilat di suatu penjuru menarik perhatiannya. Erisa mengangkat kepalanya perlahan-perlahan. Berkerut-kerut dahinya cuba memahami apa yang sedang berlaku.

Erisa pantas berdiri dan mengikuti cahaya tersebut.  Cahaya itu membawanya ke sebuah bilik. Erisa memulas tombol pintu di hadapannya. Sejuk tangannya menyentuh tombol besi itu.

"Bilik apa ni," Erisa menggumam sendirian. Lilin-lilin yang berada di atas meja dipandang lama.

"Bilik orang ke?"

Dibeleknya sampul-sampul surat yang berselerak di kabinet almari usang itu. Dalam samar-samar cahaya lilin dia mendapati kelibat seseorang sedang duduk di atas kerusi.

Terkedu dirinya seketika sewaktu kelibat itu memusingkan kepalanya dengan pantas.

"Hello my name is Annabelle. Nice to meet you. Agagagaga," Suara kartun yang menghiasi ruang kamar itu melucukan hatinya.

Erisa merapati kerusi itu. Ditariknya patung yang menyerupai manusia itu dan dibelek perlahan. Suatu tali yang terjuntai di belakang patung itu ditarik laju.

"Hello my name is Annabelle. Nice to meet you. Agagagaga," Suara kartun itu diulang semula.

"Ah patung rupanya," Erisa tersenyum hambar.

Cahaya yang menerangi wajahnya membuatkan Erisa memejam mata. Terkelip-kelip matanya cuba mengimbangi sinaran cahaya yang begitu drastik memasuki kanta matanya.

"Uh can you? Urgh tutup jelah lampu tu, nak suluh aku buat apa," Bentak Erisa sambil menghalang cahaya itu menggunakan telapak tangannya.

"Chill. Just to make sure kau bukan hantu," Balas suara itu.

Erisa menjatuhkan tangannya. "Oh kau rupanya,"

"Yes, suka?" Lelaki itu mengangkat keningnya.

"Aha sorry but no, I don't like you, Zain" Erisa mencampak anak patung itu ke arah Zain.

"Tak tahu pula kau penggemar patung, huh?" Erisa memeluk tubuh. Matanya masih tertancap ke arah patung yang berada di lantai.

"She's the best of all, show a little respect won't ya?" Zain mengutip semula patung tersebut dan meletakkannya di atas kerusi.

"Okay aku tak nak cakap banyak. Terus ke point utama je okay? Apa yang kau orang semua rancang sebenarnya? Apa yang kau orang nak?" Erisa menghampiri lelaki itu.

"Kenapa? Takut?" Zain menilik tubuh gadis itu dari atas sehingga bawah. Kemudian matanya dinaikkan semula ke anak mata Erisa.

"No. Aku tanya tu jawab terus boleh?," Erisa cuba mengalihkan matanya dari terus merenung anak mata lelaki itu.

"It's a secret my dear. Benda takkan jadi seronok kalau pecah macam tu je, bukan?" Zain berjalan mengelilingi Erisa.

"What's the trick?"

Terdiam seketika mereka berdua.

"You.." Zain berbisik ke telinga Erisa.

Maka, kesemua lilin terus terpadam turut serta dengan deruan angin yang kencang.

Jantung Erisa berdegup laju. Nafasnya semakin tidak keruan. Terus dirinya melangkah keluar dari bilik itu. Peluh-peluh yang membasahi dahinya dilap dengan kasar.

Erisa melajukan langkah tanpa arah tujuan. Kau silap jika menyangkakan dia lari kerana gentar dan suka akan lelaki itu. Kau benar-benar silap.

Di bilik itu tiada jendela mahupun penghawa dingin. Inikan pula sebuah kipas. Tiada langsung.

Di sini aku ulang ya, tiada alat pendingin atau jendela di kamar itu.

Apa kau bodoh mahu bermain-main lagi? Cuba kau fikir bagaimana lilin itu boleh terpadam. Hembusan gajah di celah katil?

•••

"Argh!" Alisa menjerit dengan kuat sambil menutup telinganya. Meronta-ronta dirinya di atas katil pesakit itu.

"Adik, hey cuba bertenang," Dr. Rozie memegang bahu Alisa yang menggigil.

"Hey, dik? Adik okay tak ni?," Alisa hanya menangis tersedu-sedan.

"Roz, kenapa ni?" Kehadiran Dr. Syami melegakan hati Dr.Rozie.

"Dia mungkin mengalami kejutan ni, i dah tak tahu nak buat apa," Terang Dr.Rozie.

"Miss, awak okay?" Dr. Syami mengelus bahu gadis itu. Tindakan itu membuatkan Alisa mengangkat wajahnya dengan pantas.

"Siapa..Siapa kau?" Tanya Alisa sambil bibirnya terketar-ketar menahan ketakutan.

"Dik, kami ni dari unit rawatan. Adik jangan risau, kami cuba ingin membantu," Terang Dr. Rozie sambil tersenyum manis.

"Umm macam mana saya boleh ada di sini?"

"Kawan awak hantar tadi,"

"Siapa?"

"Shah,"

Alisa terdiam. Otaknya ligat berfikir. Di mana lelaki itu sewaktu dia memerlukannya.

"Apa yang sedang berlaku?" Alisa mengerutkan dahinya.

"Macam ni, kami ada melakukan sedikit latihan. Memandangkan isu kematian salah seorang ahli army masih dilanda kerumitan maka kami menjalankan satu aktiviti yang mampu menenangkan keadaan," Ujar Dr. Syami.

Alisa masih tidak faham akan penjelasan itu.

"You see, we try to make you forget about that thing," Terang Dr. Rozie pula.

Mata Alisa berkaca-kaca. "That's the wrong way to do. You and all of this people in this house are sick,"

Air matanya turut berlinangan. Alisa bingkas bangun dan menapak keluar dari makmal itu. Tidak sangka bahawa manusia di dalam rumah ini benar-benar gila. Kakinya terus melangkah ke anak tangga. Didakinya tangga itu dengan perasaan kesal. Sewaktu dia menghampiri pintu besi itu, air matanya dilap perlahan.

"This is a dream," Alisa memejam matanya dan terus membuka pintu itu.

Deruan angin malam menusuk ke tulang sum-sumnya. Terketar dia kedinginan disitu. Alisa membuka matanya perlahan-lahan. Ternyata dia berada di halaman belakang.

Alisa mengeluh. "Wake up Alisa. Ini cuma mimpi,"

•••

"Power permainan dia," Erisa mengurut-ngurut dadanya. 

Masih ada lagi manusia-manusia yang bersembunyi di sekitar kawasan itu. Erisa mendiamkan diri. Niatnya untuk mencari Alisa terbatal kerana dia tahu Shah akan mengekori gadis tersebut.

Dengan hanya bergantung pada lampu malap di sekeliling dinding, dia menapak ke arah dapur.

Dibukanya peti ais untuk mencari sebotol air mineral. Dia memegang erat botol itu lalu menutup kembali peti ais tersebut. Diteguknya air itu dengan rakus akibat kehausan.

Perbuatannya terhenti apabila mendengar suara-suara desahan yang muncul di sebalik kabinet besar yang tidak jauh darinya.

"Baby you're mine," desahan kecil seorang gadis cukup membuktikan bahawa terdapat kegiatan lucah sedang berlaku. Erisa memutarkan matanya. Malas mahu melayan spesies manusia bernafsu kuda.

"Ah yes baby," Suara Shah membuat mata Erisa terbeliak. Tersembur air di dalam mulutnya.

'Lahanat ni hari-hari buat kotor ke' Bisik hatinya.

Dilajukan langkah ke arah pasangan itu. Apabila dia pasti mereka berada di hadapannya. Air yang masih bersisa di dalam botol itu disimbah ke arah pasangan tersebut.

"Oh my god, apa kau buat ni gila! " Gadis tadi memandang wajah Erisa dengan geram.

"Baby, look baju i dah basah. Baju you pun. Ee dah lah malam, sejuk pula tu," Gadis tadi merengek kecil di sisi Shah.

"Sokay sayang, you nampak seksi," Shah mengenyit matanya ke arah gadis itu.

Bunyi zip seluar ditarik menjengkelkan Erisa. Loya tekaknya secara tiba-tiba.

"Haih kau ni, suka masuk campur hal aku kan? Kenapa ya? Jeles ya? " Shah tersenyum sinis. Tangannya masih merayap di serata tubuh gadis yang dirangkulnya.

Erisa membaling botol kosong itu di muka Shah. "Alisa tu girlfriend kau! Apa kau buat ni Shah!"

"Ah perempuan tu? I don't care. She's boring anyway," Shah mencium leher gadis tersebut membuatkan gadis itu mendesah kecil.

"Leave my sister alone, Shah. Last warning" Erisa ingin beredar namun Shah menarik semula lengan gadis itu dengan kasar.

"Kalau kau bagitahu dia, aku akan rosakkan diri dia," Shah tersengih miang. Lidahnya menjilat-jilat bibir yang basah dek air liurnya.

"Euw, that's freaking ugly," Erisa memutarkan matanya.

"Okay dengar, kalau kau sentuh Al macam apa yang kau buat dekat pelacur ni—"

"Hey! Siapa pelacur ni hah !" Pintas gadis di sebelah Shah namun Shah hanya membisikkan sesuatu sehingga gadis itu mendiamkan diri.

"Aku bunuh kau kalau kau sakitkan hati Alisa. Dan kau perempuan, act like a woman. You look like a horny donkey," Bentak Erisa.

"Eh perempuan gila, kau jangan masuk campur hal aku okay? Kau tu budak baru buatlah cara baru," Gadis itu menerpa ke arah Erisa.

Gadis itu cuba untuk menampar Erisa namun tindakannya terbatal apabila Erisa terlebih dahulu menolak wajah gadis itu dengan kasar sehingga dia rebah dan tidak sedarkan diri.

"Awas Shah, kalau aku kata aku akan buat, aku buat. Jangan main-main dengan aku," Erisa menuding jarinya tepat ke wajah Shah dan terus meninggalkan lelaki itu.

•••

Lampu dibuka kembali setelah hampir dua jam mereka berkeliaran di dalam gelap. Alisa menanti di ruang utama sambil menundukkan wajahnya. Kelihatan seorang demi seorang memunculkan diri mereka di ruang tersebut.

Erisa menggenggam erat penumbuknya. Diikutkan hati mahu sahaja dia menumbuk wajah-wajah manusia yang telah mempermainkannya tadi.

Sewaktu dia menapak ke tingkat dua, dia dikejutkan dengan suara tangisan seorang bayi. Kemudian hilaian wanita yang menyeringai dan disertai dengan manusia yang berpakaian seperti pocong.

'Eh gila betul kau orang ni ya,' Katanya di dalam hati.

Sir Remy merehatkan diri di atas sofa. Dia menunggu mereka yang lain selesai membersihkan diri dari segala darah palsu, mekap dan sebagainya.

Erisa melajukan langkah ke arah Sir Remy.

"Satu soalan. Why? " Erisa merenung Sir Remy yang memandangnya hairan.

"To settle all the problems," Sir Remy berkata tenang.

"Apa masalahnya?"

"Erisa, cuba happy sikit. Kami sedang cuba melupakan situasi petang tadi," Ujar Sir Remy.

"Maksud Sir, Rania?" Erisa menjongketkan keningnya.

"Ya,"

Tangan Erisa menggigil-gigil menahan amarahnya.

"You do that just bec—" Kata-katanya terhenti sewaktu Alisa bangkit dan menggengam tangannya.

"Sorry. Terima kasih atas bantuan Sir. Izinkan kami kembali ke bilik?" Ujar Alisa.

"Baiklah, kamu boleh berehat,"

Alisa segera menarik Erisa ke tingkat atas. Meninggalkan mereka yang lain di ruang utama.

"Sir, kenapa kita tak hantar je mereka pada pihak atasan.  Dia orang tu tak ada kelebihan pun," Ujar salah seorang ahli Army.

"Aku pilih mereka bersebab, dan aku perlukan mereka untuk melaksanakan misi aku," Sir Remy mengusap parut di wajahnya.

"Kau tunggu dan lihat, dua orang itulah yang akan menjatuhkan Mike," Senyuman yang sinis terukir di bibirnya.

•••

Erisa masih tidak puas hati dengan kejadian hari ini, dia rasa ingin sahaja keluar dari rumah tersebut. Tidak tahan dengan bala yang menimpa.

Tangan yang dipaut erat oleh Alisa direntap begitu sahaja. " Kenapa kau halang aku Al,"

"Eris, kau tak faham," Alisa merenungnya dengan anak mata yang berkaca-kaca.

"Apa! Apa yang aku tak faham!" Bentak Erisa.

Alisa memandang sekeliling sebelum wajahnya ditundukkan.

"Mereka..."

Alisa terduduk lemah. Terhincut-hincut bahunya menahan tangisan.

"Mereka bunuh Rania," Alisa menangis teresak-esak.

Erisa hanya mendiamkan diri. Tangannya bergerak ingin mencapai Alisa namun tangannya dijatuhkan semula ke sisi.

Dia merapati Alisa yang terduduk lemah. "Mana kau tahu?"

"Aku dengar waktu dekat makmal tadi, dia orang cakap dia orang buat rancangan tu. Aku..aku takut," Alisa menutup mulutnya yang menggeletar.

Erisa mengeluh. Dia memaut tubuh Alisa dan memimpin gadis itu ke bilik mereka. Didudukkan gadis itu di birai katil.

Kemudian perlahan-lahan dia beransur ke jendela. Direnungnya halaman yang sunyi itu dengan perasaan yang bercampur-aduk.

"Muslihat apa kau cuba sampaikan Sir," Erisa berbisik perlahan. Rambutnya yang panjang dielus ke belakang.

Ditoleh ke tepi melihat Alisa yang telah tidur. Matanya hanya memandang dingin.

"Why i don't feel anything, Al" Bisik gadis itu lagi.

"Why i can't feel the pain," Erisa melekapkan tangannya di dada.

"I dont feel anything at all," Matanya terpejam rapat.

•••
END OF CHAPTER 15
"Thank you for reading. Do vote or comment"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro