Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 14

BUNYI besi berlaga antara satu sama lain tidak diendahkan. Matanya ralit memerhati lakaran yang sedang diusahakannya. Jari jemarinya melakukan gerakan halus dan sedikit tergesa-gesa. Dia tersenyum kecil apabila kerjanya telah selesai.

Dengan segera Zain menggulung kertas kerjanya dan keluar dari bilik pertukangan. Langkahnya dituju ke pejabat Sir Remy. Dia mengetuk pintu beberapa kali.

"Masuk," Sir Remy mengarah.

Zain menarik nafas panjang sebelum memasuki pejabat Sir Remy. Dia meletakkan kertas kerjanya di atas meja lelaki itu. Anak mata Sir Remy pantas merenung Zain melalui cermin mata yang dipakainya.

Sir Remy membuka gulungan kertas kerja itu dan meneliti hasil kerja Zain dengan tekun. Senyuman kecil terhias di bibirnya. Lakaran itu tampak realistik.

"Nice work Zain," Sir Remy menggulung kertas itu semula dan memberinya. Zain mengangguk dan mengambil kertas itu.

"Oh sebelum saya terlupa, petang ni ada latihan lagi kan?" Sir Remy berkata.

Zain menggangguk kecil dan beredar dari pejabat Sir Remy.

"Just a little more time.." Sir Remy berkata sendirian sambil membayangkan semula lakaran Zain. Dia tersenyum kecil.

•••

"Oi Al," Perlakuan Alisa terhenti apabila namanya dipanggil.

Perasaan gusar di hati tidak dapat dibendung apabila keadaan di sekeliling mulai sunyi. Mereka bertiga tercegat berdiam diri sewaktu mereka diminta berkumpul di halaman belakang. Disebabkan agak terkejut dengan perkara itu, mereka hanya mampu mematungkan diri.

"Nah pakai ni," Rania memberi sepasang kasut sukan kepada Alisa dan Erisa.

"Kecoh ah dia orang ni eish," Bentak Alisa. Dia memakai kasut sukan itu dengan kasar.

Daniel leka berbual dengan Raihan sambil memasukkan alatan-alatan ke dalam poket mereka.

Usai alat kelengkapan diuruskan, Daniel mengamit mereka ke arahnya. Mereka hanya diperhati oleh Sir Remy. Alis matanya bergerak-gerak menahan pancaran matahari yang begitu terik.

"Untuk makluman awak semua ya, hutan ini memang dipenuhi haiwan-haiwan yang merbahaya. Stay close dan jangan berpecah. Kalau sesat dalam tu nanti susah. Ingat, hati-hati masa berjalan. Kadang kita tak perasan ada akar-akar pokok yang boleh buat kita jatuh. Tanah pun tak berapa rata sangat. Okay? Faham?" Daniel bertanya sambil memerhati mereka semua.

"Kalau faham boleh lah gerak sekarang," Pintas Raihan.

Mereka mengangguk dengan serentak.

"Okay jalan," Arah Daniel. Mereka mula bergerak di kawasan belakang yang paling dalam. Tidak pernah diteroka tempat itu lagi.

Mereka berhenti di hadapan pagar. Terdapat seorang pengawal sedang berbual dengan seorang lelaki. Lelaki itu kemudian membukakan pintu itu. Daniel berkata sesuatu sebelum mengangguk ke arahnya.

Sewaktu lelaki itu memusingkan tubuhnya, mata Erisa terbeliak. "Kau!" Erisa menuding jari ke arah lelaki itu.

"Oh sorry? Do i know you?" Sinis lelaki itu mengatur bicara.

"Aha very funny," Erisa menjeling. Sah lelaki itu adalah lelaki yang ditemuinya sewaktu di bilik latihan tempoh hari. Melihat anak matanya sahaja sudah dapat dikenal pasti.

Erisa mengekori yang lain dengan langkah yang terpaksa. Di hadapan mereka kini hanyalah hutan. Hutan tebal yang kelihatan menakutkan. Alisa memaut jari-jemari Erisa namun ditepis kasar.

"No touching," Bidas Erisa. Kembarnya hanya memutarkan mata dengan riak menyampah.

Para jejaka yang lengkap dengan alatan-alatan mereka, menapak ke hadapan serta menunjukkan jalan yang bakal dituju. Butir bicara Daniel langsung tidak didengari dek kerana leka melihat kawasan di sekeliling hutan itu.

Bunyi burung-burung yang berkicauan di dalam hutan itu tampak menyenangkan. Ianya tidaklah begitu menakutkan seperti yang digambarkan. Pohon-pohon hijau di sekeliling mereka memberi impak semula jadi yang tersangat indah. Tidak lupa juga bunyi-bunyi cengkerik yang bingit menerobos telinga mereka.

"Guys, tengok tu " Rania menunjuk ke arah satu pokok yang dikelilingi rama-rama.

"Nice," Alisa dan Erisa serentak berkata.

Daniel menghentikan langkahnya apabila tiba di satu lubang yang paras dalamnya kemungkinan 7 kaki.

Tali yang dibawa tadi dilemparkan ke dalam lubang tersebut. Raihan masuk ke dalam lubang itu dengan berhati-hati. Dia mengikat tali itu di sebatang pokok yang berada di seberangnya.

"Untuk menyeberang lubang ni, you guys semua kena turun dekat bawah lepas tu panjat balik kat atas pada sebelah bahagian yang lain. Okay? " Daniel berpeluk tubuh.

"Faham?" Daniel bertanya.

Mereka hanya mengangguk. Namun disebabkan tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan, Daniel mengajukan soalan itu sekali lagi.

"Faham tidak?"

"Faham.." Serentak mereka bertiga berkata dengan nada bosan.

"So siapa nak mula dulu?" Ujar lelaki itu.

Rania dan Erisa menapak ke belakang membiarkan Alisa berdiri di hadapan.

"Good, you start first," Daniel menggamit Alisa.

"Urgh," Alisa hanya menjeling Erisa dan Rania. Ianya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Perjalanan mereka diteruskan ke satu tempat yang agak berlumpur, cerun yang kelihatan agak membahayakan kini mula kelihatan seperti cerun maut.

"Okay one question. Apa motif kita buat benda ni? Zombi tu bukan ada dalam lumpur pun, " Erisa bertanya.

"Untuk latihan stamina. Nak dibiasakan cara orang sini. Cara berendam dalam lumpur, kena gigit lintah ke apa ke, cara menghayati kawasan hutan. Kau orang ni semua kan orang bandar, mana pernah rasa suasana dalam hutan, " Kata-kata lelaki misteri itu menyeru kemarahan gadis-gadis bertiga itu.

Sudahnya, tiada siapa berani mengajukan soalan lagi.

Daniel dan Raihan yang menghilang kini berada di seberang cerun. Mungkin mereka berdua menggunakan jalan pintas.

Terjerit kecil gadis-gadis itu apabila kaki mereka mencecah air berlumpur itu. Merasakan seolah-olah berjalan di dalam najis.

"Euwww gelinya, " Kata Rania dengan bengang.

"Eris, aku nak balik, " Rengek Alisa pula.

Erisa menggapai tangan Alisa apabila sedari tadi gadis itu tidak bergerak.

"Boleh tak?"

"Tak, kaki aku tersekat haaa,"

Erisa menarik Alisa perlahan-lahan dan akhirnya mereka bertiga berjaya juga melepasi kawasan berlumpur itu.

"Weh!" Alisa menjerit sekaligus mematikan langkah mereka semua.

"Aku rasa ada benda yang bergerak dalam kaki aku ni," Melompat kecil Alisa apabila terasa seperti ada sesuatu yang berjalan-jalan di dalam seluarnya.

Erisa segera menyangkung dan menarik seluar Alisa hingga ke paras betis.

Erisa mengeluh kecil.

"Hoi di sana, tolonglah sikit, " Erisa menjerit ke arah Daniel.

Alisa yang sedang ketakutan hanya memeluk Rania. Tersedu-sedan gadis itu menahan perit di kakinya.

"Apanya?" Raihan bertanya.

"Ni, lintah, " Erisa menunjukkan lintah yang masih melekat di betis Alisa.

"Buang la benda tu, dia dah takut dah ha, " Erisa berkata. Raihan segera menyangkung dan melihat lintah itu.

Daniel turut menghampiri mereka. "Kenapa ni?"

"Ada lintah bang," Balas Raihan.

"Kau buatlah apa yang patut, aku dengan Zain tunggu depan,"

Raihan mengangguk.

Mendengar nama yang ganjil itu serta merta kening Erisa terangkat. 'Oh so nama dia Zain lah eh?' Katanya di dalam hati sambil tersenyum sinis.

Raihan masih gigih mencuba untuk membuang lintah di kaki Alisa. Beberapa kali jentikan telah dilakukan namun lintah itu masih melekat di kaki Alisa. Berpeluh-peluh lelaki itu cuba membuang lintah itu.

"Aih, liat betul lintah ni," Raihan segera berdiri dan memandang sekeliling.

"Kalau sakit, cakap tau," Raihan memandang Alisa yang mengangguk kecil.

Raihan mengeluarkan pisau rambonya.

Terbeliak mata gadis itu lalu dikemaskan pelukannya pada Rania.

Raihan menarik nafas panjang dan didekatkan pisau itu di kaki Alisa. Perlahan-lahan dia cuba mengikis lintah itu. Perbuatan itu merisaukan Erisa. Dia menendang perlahan kaki Raihan.

"Elok sikit buat, jangan terhiris kaki dia pula,"

Raihan mendengus kecil. Dia masih lagi cuba mengikis lintah itu, tangannya menggigil kerana tidak tahan kelenguhan yang mencengkam lengannya.

"Aish," Raihan mengeluh, serentak itu, lintah tersebut berjaya dibuang dari kaki Alisa.

"Good, dah ketepi kau sana," Baru sahaja Raihan ingin melihat wajah Alisa, bahunya telah ditolak oleh Erisa.

"Thanks Raihan, " Dengan bibir yang terketar-ketar, Alisa berkata.

Raihan hanya tersenyum. Dia memberi isyarat kepada Daniel dan Zain.

"Okay jom gerak, " Daniel memberi arahan.

"Sakit weh kaki aku," Alisa mengadu kepada mereka.

"Padan muka," Erisa membalas selamba.

"Kau ni memang—" Kata-kata Alisa terhenti apabila bunyi sesuatu sedang meluru ke arah mereka.

"Shhhhhh.." Daniel menyuruh mereka diam.

Kesemua para lelaki kini mengeluarkan senjata masing-masing. Mereka menanti dengan penuh debaran. Setahu mereka kawasan ini berpagar, tidak mungkin makhluk itu dapat mencerobohi hutan ini.

Deruan tapak kaki kini semakin jelas kedengaran.

Rania dan Alisa erat berpegangan tangan manakala Erisa hanya mengetap bibirnya. Jantungnya berdegup laju.

Seekor babi hutan yang menggasak ganas kini menerpa ke arah mereka. Dengan pantas mereka semua berpecah ke tempat lain bagi membiarkan babi hutan itu meredah ke hadapan tanpa gangguan.

Kecuali seorang manusia yang kematian sel otak secara tiba-tiba.

"Woi gerak tepi lah!" Jerit Daniel dan lain-lain.
Bagai dipukau, Erisa mendiamkan diri. Tangannya terketar-ketar ingin mengambil sesuatu.

Erisa memejam matanya erat. Dia membiarkan dirinya dirempuh kasar. Tidak sempat dia ingin bergerak seinci dari kedudukan asalnya. Badannya terus tersungkur ke atas tanah.

"Kau ni bodoh ke hoi," Zain mengetap giginya. Rahangnya bergerak-gerak menahan amarah. Dia kini berada di atas tubuh Erisa. Ditampung badannya dengan kedua dua belah tangan. Pada sangkaan mereka, rempuhan babi hutan tiada bezanya seperti rempuhan berani mati Zain.

"Kau tak sayang nyawa ke?" Zain memarahi Erisa.

Erisa mula berang. Dia menolak dada Zain dengan kasar lantas berdiri sambil membersihkan kotoran di bajunya.

"Kau sibuk kenapa,"

"Oh, nak mati sangat? Okay," Zain mengeluarkan sepucuk pistol dan menghalakannya ke arah Erisa.

Daniel dan Raihan serta merta berada di belakang Zain. Dipegangnya tangan lelaki tersebut namun Zain menepis kasar.

"Uhuh? Tembak lah," Erisa tersenyum sinis. Arisa memandang kembarnya dengan riak terkejut.

Urat-urat di leher dan wajah Zain kini menegang. Tersembul urat-urat itu menandakan dia sedang berang.

"Zain, sudahlah tu," Kata Daniel.

Pistol yang dipegang terketar-ketar di tangannya. Dia memejam matanya dan menarik nafas yang panjang.

Perlahan-lahan dia meletak pistol itu kembali ke dalam poketnya.

Erisa tergelak sinis. Dia memusingkan tubuhnya dan segera bergerak ke hadapan meninggalkan Zain yang sedang merenungnya bagai singa yang kelaparan.

Daniel berdehem kecil dan segera memintas Erisa. Zain hanya menjeling gadis itu dan meneruskan perjalanan.

Sesampai sahaja destinasi seterusnya, mereka semua ternganga melihat jambatan usang berada di hadapan mereka. Baru mereka tahu bahawa mereka berada di puncak bukit.

Alisa menjenguk ke bawah dan mendapati gaung yang berada di dasar itu sangatlah gelap dan dalam.

Seram.

Daniel menjadi orang yang pertama menyeberangi jambatan itu. Tiada riak takut yang terpancar di mukanya. Mungkin sudah terbiasa dengan kegiatan seperti itu.

Mereka melintasi jambatan itu dengan berhati-hati dan seorang demi seorang. Takut terjadi apa-apa masalah jika terlalu gopoh menyeberangi jambatan itu. Kini, yang tinggal hanya Rania.

Tidak terkejut juga di setiap destinasi ada sahaja perkara yang tidak diingini berlaku atau masalah yang melanda. Kali ini Rania pula yang menghadapi masalah itu.

Terkebil-kebil dia memandang jambatan itu, setapak dia berjalan, sekali itu juga kedengaran bunyi kayu yang mereput seakan ingin patah.

Jiwa yang sedang diselebungi ketakutan, membuatkan degupan jantung Rania bertambah laju. Dia memandang ke belakang mendapati kabus melitupi sebahagian hutan itu.

Ketakutannya bertambah dengan perasaan gelabah apabila bunyi bunyi burung di sekitarnya seolah-olah mengejek perbuatannya.

Tanpa diduga, kayu jambatan yang dipijak Rania secara tiba-tiba patah mengakibatkan kakinya terjerumus ke bawah.

"Tolong!" Bergoyang-goyang jambatan itu apabila Rania memaut dirinya di tali jambatan tersebut.

Erisa menapak ke hadapan namun dirinya ditahan oleh Daniel.

"Okay tak?" Jerit Daniel dari jauh. Bergema suaranya di hutan tebal itu.

"Okaayyyy!" Rania menjawab. Dia cuba memaut tali yang terjuntai dan mengangkat tubuhnya ke atas perlahan-demi perlahan. Usai kakinya memijak papan jambatan itu, dia bingkas bangun dan menstabilkan dirinya.

Daniel memijak jambatan tersebut. Niatnya ingin melihat keadaan gadis itu namun kelibat Rania yang semakin menghampiri membatalkan niatnya. Masing-masing menghembus nafas lega.

"You know, better you all semua baiki jambatan ni. I rasa—" Percakapan Rania terhenti apabila jambatan itu runtuh secara tiba-tiba. Tangannya yang hendak menggapai huluran tangan Erisa terbatal. Jeritannya kini memenuhi ruang persekitaran mereka. Semakin lama, semakin perlahan jeritannya.

Dan jeritannya terhenti tatkala wajahnya bersemuka dengan permukaan batu di dalam gaung tersebut.

"What the.." Erisa tercengang. Telapak tangannya dirapatkan ke wajahnya. Tekun dia merenung tangannya sendiri.

"Why dia—" Bisik Erisa.

"Raniaaaaaa!!!!" Jerit Alisa. Dia melonjakkan dirinya ke arah jambatan itu namun Raihan menarik tangannya. Aliran air mata yang deras tidak dihiraukan. Seboleh-boleh dia ingin melepaskan dirinya dari pelukan Raihan.

Erisa melutut dan menundukkan wajahnya. Hampir kesemua rambutnya menutupi sebahagian dari wajahnya. Dia mencengkam tanah di hadapannya. Terketar-ketar bibirnya menahan rasa yang bercampur-baur.

"Baru tadi dia.. Dia..She just gone..I.. I.. Rania... " Raihan menenangkan Alisa yang masih teresak-esak.

Daniel mengeluh. Rambutnya diramas kasar. Dia menanti kemunculan gadis tersebut namun hampa. Dia tahu akan kedalaman gaung tersebut. Dia tahu bahawa mustahil untuk gadis itu muncul di hadapannya. Dia menyuruh Zain untuk memberitahu kejadian tersebut kepada Sir Remy. Sekelip mata Zain mengeluarkan alat penghubung di antara dirinya dan kediaman Army. Dia menjelaskan segalanya kepada seorang pengawal dan membiarkan pengawal tersebut menjalankan tugasnya.

Alisa memandang sayu ke arah jambatan yang runtuh itu. Tiada daya untuk meneruskan perjalanan, akhirnya dia disuruh untuk kembali ke kediaman.

"Semua ni salah kau," Gumam Erisa. Kepalanya masih ditundukkan.

Daniel mengerutkan dahinya. Dia menoleh ke arah Erisa yang masih terduduk.

"Semua ni salah kau!" Erisa bingkas bangun dan menerpa ke arah Daniel. Ditumbuknya wajah lelaki itu sehingga hidungnya berdarah.

"Kalau dia tak masuk dalam hutan bodoh ni, Rania tak akan mati! This is all your damn fault!!" Erisa masih melepaskan tumbukan ke arah Daniel sehingga lelaki itu terpaksa mencengkam kedua-dua tangan Erisa.

"Rai! Zain!" Laung Daniel.

"Dasar pembunuh!!" Bentak Erisa. Kemunculan Zain melegakan Daniel. Dengan segera Zain meleraikan pergaduhan tersebut. Dia menarik jaket yang dipakai oleh Erisa dengan kasar sekaligus membuatkan kaki Erisa melangkah ke arahnya.

"Dayus punya manusia. Aku dendam dengan kau Daniel!! Aku takkan biarkan kau lepas!!" Erisa masih membentak. Zain mengarah Raihan supaya mengikutnya sekali.

Erisa menolak tubuh Zain namun lelaki itu kembali memaut lengannya.

"Boleh tak kau diam? Benda ni kita tak boleh jangka," Zain berkata dengan nada yang lantang.

"Diam? Ah so kau nak suruh aku diam pula? Selamba gila kau ni kan? She's still there dalam kesusahan and kau suruh aku diam? Woah, nice dude," Bentak Erisa.

"She's dead!" Jeritan Zain mengejutkan mereka semua. Daniel juga turut menoleh ke arah mereka.

Tampak jelas urat-urat yang tegang di leher Zain, tidak terkecuali rahangnya yang bergerak-gerak menahan marah.

Erisa yang terkejut kini kaku memandang Zain. Terkebil-kebil matanya memandang anak mata Zain.

Nafas Zain kini tidak tentu. Dia memejam matanya dan melepaskan gengaman tanggannya. Zain meraup mukanya dengan kasar. Dia menapak perlahan ke arah Raihan.

"Kau bawak dia ni sekali. Aku jalan dulu," Dengan itu, Zain menghilang di sebalik hutan yang menebal.

Alisa mengesat air matanya. Dia mendekati Erisa yang sedang kaku. Tangan Alisa kini menyentuh bahu Erisa lembut. Dengan pantas Erisa menoleh ke arah kembarnya.

Alisa mengetap bibirnya. Bibirnya terketar-ketar menahan sendu. Dipeluknya segera Erisa yang masih kaku. Teresak-esak gadis itu di bahu Erisa.

Perlahan-lahan Erisa membalas kembali pelukan tersebut.

Raihan dan Daniel menanti gadis-gadis itu reda dari kesedihan mereka. Namun tiba-tiba sahaja Zain muncul kembali di belakang mereka. Dia memberi isyarat mata kepada Raihan dan Daniel. Mereka berdua mengangguk dan memahami isyarat tersebut.

Raihan menarik tangan Alisa perlahan-lahan. Dia ingin membawa gadis itu kembali ke kediaman. Daniel juga turut mengekori Raihan dari belakang meninggalkan Erisa dan Zain bersendirian.

Erisa melangkah ingin mengekori Alisa namun dia dihadang oleh Zain. Erisa menjeling Zain dengan tajam namun lelaki itu hanya menayangkan ekspresi dingin.

Erisa menepis tangan Zain. Dia melangkah ke hadapan cuba mengejar Alisa yang semakin menjauh.

"—ry.. " Zain berkata.

Erisa memakukan langkahnya. Keningnya terangkat akibat perkataan yang dikeluarkan dari mulut Zain.

"Uh?" Erisa berpeluk tubuh.

"Sorry.." Ulangnya sekali lagi.

Erisa terpegun. "Ah apa dia? Tak dengarlah,"

Zain mengeluh perlahan. Dia menapak ke arah Erisa dan memegang kedua-dua bahu gadis itu lalu dia memusingkan tubuh gadis itu menghadap ke arahnya.

"Aku cakap aku minta maaf, kau pekak ke?" Zain merenung Erisa. Tangannya masih tidak dilepaskan dari bahu gadis itu.

"Ikhlas sangat eh mintak maaf camtu," Erisa menayang wajah bosan.

"Fine, sorry okay?" Zain masih merenung Erisa. Akibat panahan mata Zain, Erisa pantas menepis tangan lelaki itu.

"Okay," Erisa menjawab. Dia menoleh ke arah jambatan tersebut. Dia menghela nafas kecil dan tersenyum hiba.

Sikit demi sedikit memorinya bersama Rania terimbas semula di kotak mindanya. Tidak sangka gadis lincah itu kini pergi meninggalkannya.

"Well, she's dead anyway," Erisa meneruskan langkah.

•••
END OF CHAPTER 14
"Thank you for reading. Do vote or comment"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro