Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 13

ESOKNYA, Alisa bertungkus lumus untuk bersiap dan turun untuk bersarapan memandangkan dia dibiarkan berseorangan di bilik. Ternyata pagi itu Rania dan Erisa tidak mengejutnya.

Sedang dia tergesa-gesa ke ruang makan, Alisa terlanggar seorang budak lelaki.

"Sorry, akak okay?" Budak itu kemudian melambai tangan ke arah muka Alisa.

Alisa berdehem kecil lalu tersenyum ke arah budak itu. Alisa menunduk ke bawah melihatnya.

Amat comel.

Budak itu tersengih lalu memaut kaki Alisa. Hatinya luntur saat budak itu mendongakkan kepala dan memerhatinya

"Kakak cantik," Alisa terbatuk kecil lalu melutut memandang budak itu dan menepuk bahunya.

"Nama adik siapa?"

"Zafril,"

"Umur?"

"Lapan tahun,"

"Oh siapa nama mama?"

Diam. Dia terdiam sebelum menunduk memandang lantai. Alisa cuba memanggilnya beberapa kali namun secara tiba-tiba dia memeluk gadis itu erat.

"Ehem," Alisa tersentak apabila sepasang suara menegurnya dari belakang. Terasa seperti diperhati, perlahan-lahan dia melonggarkan pelukan Zafril.

Alisa memegang erat tangan Zafril lalu berdiri menghadap ke belakang.

"Zafril? Im sorry okay?" Kini kaki Alisa dipeluk kuat. Zafril cuba menyembunyikan dirinya di belakang gadis itu.

"Zafril, I warn you little kid. Come here!" Zafril perlahan-lahan bergerak ke arah Raihan.

Raihan?

Raihan terus memeluknya dan mencium pipi Zafril bertalu-talu "Maafkan abang okay? Abang tak akan marah Zaf lagi. Abang janji nanti abang bagi coklat nak?" Zafril menggeleng laju sambil menjuihkan bibirnya.

"Nak abang Rai je, itu pun dah cukup," Raihan melagakan dahi dengan adiknya itu.

Adik mungkin.

'Awww look at those sweet siblings. I wish i had them as my famil—no no focus Al, jangan menggatal, kau dah ada Shah' Getus hati Alisa.

Alisa tersenyum kecil sebelum berpusing untuk ke ruang makan namun langkahnya menjadi kaku apabila Raihan memanggilnya.

"Yaa?" Alisa menyahut.

"Thanks," Raihan tersenyum.

"Abang Rai, kakak tu cantik kan?"

Pipi Alisa menjadi merah padam. Dia segera beredar ke ruang makan bagi menutup malunya.

Dia perasan akan susuk tubuh Erisa yang sedang menjamah sarapannya, lantas Alisa bergerak ke arah Erisa.

"Oi, kenapa tak kejut aku," Alisa menepuk bahu Erisa perlahan.

"Lupa,"

Alisa terdiam. Lain pula Erisa pada pagi itu. Kerana malas mahu bertanya, dia mengambil tempat di sebelah Erisa dan turut menjamah sarapan yang dihidangkan.

Tidak lama kemudian, Shah muncul dan menempatkan dirinya di sebelah Alisa. Kehadiran Shah menganggu selera Erisa. Mereka saling menjeling antara satu sama lain. Shah mendekatkan diri kepada Alisa. Aksi itu menyakitkan pandangan mata Erisa lalu dengan segera gadis itu bangun dan keluar ke halaman belakang.

Erisa menarik hood sweaternya lalu menutup sebahagian kepala dan membiarkan rambut ikalnya dilepaskan.

Kakinya menuju ke arah pusat latihan bawah tanah. Telah lama dia tidak berlatih meninju. Kebas pula tangannya untuk memulakan latihan.

Pintu besi yang tertutup itu diperhati dengan tajam. Jari-jemarinya ligat menyentuh palang besi yang mengunci pintu itu. Terimbas semula memori bagaimana Sir Remy mengajar mereka untuk membuka pintu besi tersebut.

Erisa menolak palang itu ke atas, kemudian dia memutarkan palang itu ke kanan sebanyak tiga kali dan menolak palang itu ke bawah semula.

Kedengaran bunyi kunci terbuka membuatkan Erisa tersenyum. Dia menolak pintu itu dengan perlahan. Erisa menuruni tangga dengan berhati-hati kerana kawasan itu agak gelap.

Sampai sahaja dia di tangga terakhir, cahaya mulai kelihatan dari lorong-lorong panjang yang menempatkan bilik latihan mereka. Namun kawasan itu agak sunyi.

"Tak ada orang buat latihan ke?, " Erisa merungut sendirian sambil matanya masih melilau mencari kelibat yang dikenali.

Erisa melintasi gelanggang tinju. Bergejolak hatinya untuk melangkah ke dalam gelanggang itu. Dia meninjau ke dalam bilik untuk memastikan tiada sesiapa di situ. Apabila pasti bilik itu tidak digunakan, Erisa segera memasuki bilik itu dan mengambil sepasang sarung tangan tinju. Sweaternya dibuka dan dicampak ke atas lantai. Rambutnya diikat agar tidak mengganggu wajahnya.

Erisa memulakan latihannya. Tumbukan demi tumbukan dilepaskan sehabis tenaga. Tidak puas dengan tumbukan, tendangan kasar juga dihadiahkan ke arah kantung tinju itu.

Hampir setengah jam juga dia beradu tenaga di bilik itu sehinggalah bunyi tepukan menghentikan pergerakannya.

Dengan dada yang berombak kencang, Erisa memakukan pandangan ke arah seorang lelaki yang bersandar di pintu bilik. Lelaki itu menghampirinya secara tiba-tiba dan mengelilingi Erisa dalam beberapa pusingan.

"Nice skill.." Suaranya yang agak garau dan maskulin membuatkan Erisa sedikit gentar.

"Plus, nice body too," Lelaki itu ketawa sinis sambil memandang sekilas ke tubuh Erisa yang hanya mengenakan singlet hitam.

Erisa merengus kasar. Dia mengutip sweaternya dan disarungkan ke tubuhnya dengan pantas. Sarung tangan dibuka dan diletakkan ke tempat asal.

"Sorry, what?" Erisa berpeluk tubuh memandang lelaki itu. Wajahnya yang samar-samar dalam kegelapan tidak membantu Erisa untuk mengecam wajah lelaki tersebut.

"Hmmm, nothing.." Lelaki itu mula menapak keluar setelah Erisa tidak memberi apa-apa balasan.

"Eh nanti, kau siapa?" Erisa bertanya namun soalan itu tidak dijawab.

Erisa mengetap giginya. Dia mengikuti lelaki tersebut hingga ke luar bilik. Erisa melajukan langkahnya dan terus menarik bahu lelaki itu untuk menghadapnya.

Kini, wajah lelaki itu jelas di penglihatan matanya. Entah mengapa perasaan gerun menyelubungi jiwanya saat matanya terpandang anak mata lelaki itu.

Rambutnya yang terjuntai di dahi diraut kebelakang. Dia menolak tubuh Erisa ke belakang dengan agak kasar.

"I don't give my name to strangers," Lelaki itu mengenyit mata dan meninggalkan Erisa terkebil-kebil di lorong itu.

"Bongkak," Erisa mendengus kasar.

•••

Zafril memerhati Alisa dari jauh kemudian dia menarik baju abangnya.

"Abang, pergi lah teman kakak tu, kesian dia," Raihan mengusap kepala Zafril lalu mendukung anak kecil itu.

"Apa kata, Zaf yang teman dia?" Anak mata Zafril bersinar-sinar apabila Raihan berkata sebegitu. Zafril tergesa-gesa turun dari dukungan abangnya dan berlari anak ke arah Alisa yang leka berborak dengan kembarnya.

"Seronok perhati anak dara orang ya Rai," Suatu suara menegurnya dari belakang.

"Eh bang, merepek apa ni?" Raihan menggeleng kepalanya laju. Malu apabila dirinya kantoi merenung Alisa.

Daniel tergelak kecil. Dia menepuk bahu Raihan berkali-kali. "Ni abang nak bagitahu, Sir nak jumpa dekat makmal,"

"Oh ye ke? Baiklah, terima kasih bagitahu,"

Setelah Daniel beransur dari tempat itu, Raihan segera menghembus nafas lega. Dia menoleh ke arah Alisa namun gadis itu telah tiada. Senyuman Raihan pudar. Perlahan-lahan kakinya menapak ke makmal.

•••

Sir Remy sedang melihat perubahan DNA yang sedang berlaku di skrin. Kelihatan seorang doktor sedang memasukkan sesuatu ke dalam sekujur tubuh yang digari.

Ketukan di pintu menandakan seseorang sedang menanti di luar, Sir Remy bingkas bangun dari kerusi dan membuka pintu makmal.

"Kenapa Sir panggil saya?" Tanya Raihan.

"Masuk dulu," Sir Remy menghulurkan mask yang telah tersedia.

Raihan terkebil-kebil di hadapan pintu sebelum kakinya mengatur ke dalam makmal. Mask di tangan di pakai dengan segera. Skrin yang terpapar diperhati dengan serius.

Beberapa saat kemudian, matanya terbeliak. Terus sahaja Raihan menegur doktor yang sedang mengkaji tubuh itu.

"Macam mana DNA tu boleh jadi macam ni?" Raihan perhati akan tubuh yang pada mulanya meronta, kemudian berhenti secara perlahan-lahan.

Mati.

Doktor itu menunjukkan beberapa helai kertas kepada Raihan. "H2SO4,"

"Asid sulphurik,"

Raihan tersenyum kecil. Mereka telah menjumpai bahan yang mampu mematikan sel mayat hidup itu.

"So, kamu tahu apa yang nak dibuat kan?" Sir Remy bersandar di kerusi sambil matanya tidak dialih dari Raihan.

"Sure, tapi saya perlukan bantuan,"

"Dari?"

"Zain,"

"Aaa of course," Sir Remy mengangguk kecil.

Raihan mengambil kertas ujian itu dan segera beredar dari makmal. Dia melalui lorong sunyi itu dengan langkah yang pantas. Sesampai sahaja di hadapan pintu yang agak besar, dia segera memasukkan angka pin yang terletak di tepi pintu. Raihan menunggu beberapa saat sebelum pintu itu terbuka dengan sendiri.

Dari jauh sudah kedengaran pelbagai bunyi besi yang berlaga. Raihan menaiki tangga untuk ke bilik pemerhatian. Dia menjenguk ke dalam bilik yang penuh dengan kertas-kertas kerja. Namun terdapat seseorang sedang berehat di atas kerusi empuknya.

"Apa dia?"

Raihan melangkah masuk dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Dia mencampak kertas ujian itu ke atas meja.

"So?"

"Alat baru, Dr. Rozie dah jumpa apa yang kita cari selama ni,"

"And?"

"Zain, kau baca pun kau boleh faham kan?" Raihan berpeluk tubuh memerhati Zain yang tersenyum sinis.

"Okay no problem," Zain bangkit dari kerusi dan menapak ke hadapan tingkap kaca yang membolehkan dia melihat para pekerja yang bertungkus lumus bertukang membina senjata api.

"Tak rugi kau masuk Army bro," Raihan bersandar di dinding menanti jawapan dari Zain.

"Tak rugi aku jumpa Sir," Zain berkata dingin.

Raihan menapak ke arah Zain. Dia berdiri di sebelah lelaki itu dan turut memerhati keadaan di bawah.

"Aku berharap dekat kau," Raihan menepuk bahu Zain dan beredar dari bilik lelaki itu.

"Ouh ya, esok kita kena bawa budak baru,"

"Budak baru?"

"Ya, yang kembar tu dengan kawan dia sekali,"

Zain tersenyum sinis, "Pergi mana?"

"Hutan," Dan mereka berdua tersenyum lebar.

•••

Erisa mendengus geram. Dijelingnya Alisa yang leka bergelak tawa dengan seorang budak kecil.

"Al, tak payahlah kau nak heret budak tu kehulu-kehilir. Sakit lah mata aku," Erisa memandang Zafril dengan tajam.

Alisa tersenyum ke arah Zafril kemudian menjeling Erisa. "Suka hati aku lah, kau kenapa? Cemburu?"

"Gedik,"

Mulut Alisa ternganga luas. Dia menampar bahu Erisa dengan kasar. "You little donkey,"

"Habis kau apa ?Big bitch?"

"Erisa! Kau cakap apa ni! Kan ada budak kat sini!"

"Dahtu? Suruh ah dia berambus,"

Zafril menyorok di belakang Alisa. Dipegang kuat kaki Alisa sebagai sokongan.

"Ha kau budak, tak payah nak menyorok sangat. Macamlah aku ni buta tak nampak kau,"

Erisa cuba merentap tangan Zafril namun Alisa menolak-nolak tubuhnya kasar.

Setelah beberapa minit berkejar-kejaran, Erisa pun mengalah. Dia menapak ke dalam bilik dan menghempas pintu itu dengan kasar.

Alisa menggeleng kepala akan perangai Erisa. Dia menarik tangan Zafril dari belakangnya dan menatap Zafril dengan senyuman manis.

"Zafril jangan risau, akak tu bergurau aje," Alisa mengusap perlahan rambut Zafril.

"Tapi kenapa kakak tu tak suka Zafril? Kakak tu jahat! Zaf tak suka! Tak suka!" Zafril menutup mukanya dan mula teresak-esak.

Alisa serba salah apabila budak kecil itu menangis. "Zaf janganlah nangis, nanti tak comel dah," Zafril tetap mengabaikan pujukan Alisa.

Tiba-tiba Erisa keluar dari biliknya dan menjenguk ke bawah.

"Ha melalak je kau tahu, nangis lagi nangis. Nangis sampai bisu," dan Erisa memasuki biliknya semula.

Tangisan Zafril semakin kuat. Alisa mendukungnya dan mengusap belakang Zafril dengan lembut. Namun kelibat Raihan yang kelihatan dari jauh serta merta membuatkan Alisa berlari ke dalam bilik. Dia menurunkan Zafril dan mengunci pintu itu.

Erisa dan Rania yang terkejut akan kehadiran mereka pantas bangun dari katil dan merenung Zafril. Rania terlebih dahulu meminta izin untuk keluar dari bilik tersebut. Tidak mahu bercampur dengan pergaduhan yang bakal meletus.

"Wah senang hidup kau angkut budak ni kat sini kan?" Erisa membentak, sekaligus membuat Alisa memukul bahunya.

"Kau ni perangai cubalah elok sikit. Dia budak je pun!" Alisa membaling bantal tepat mengenai kepala Erisa.

"Eiii suruh budak tu diam lah!" Erisa membalas balingan Alisa. Kini mereka berdua bertarung di atas katil sambil berbalas-balas serangan.

Entah macam mana, bantal di tangan Alisa tercampak ke arah Zafril, membuatkan dia jatuh rebah ke lantai. Tangisannya turut terhenti.

Erisa dan Alisa berbalas pandangan. Masing-masing berwajah pucat. Tidak berapa lama kemudian, kedengaran ketawa kecil menghiasi ruang bilik mereka. Zafril menolak bantal yang menutupi wajahnya dan bingkas duduk sambil menayangkan senyuman lebar di bibirnya.

Alisa tersenyum kecil. Dia menoleh ke arah Erisa yang sedang memerhati Zafril. Dengan sekelip mata, Alisa menuruni katil dan menapak ke arah Zafril.

Tangan Alisa pantas menggeletek tubuh budak kecil itu. Menjerit-jerit Zafril dikerjakannya. Tidak lupa juga ketawa yang seiring dengan jeritan mereka.

Erisa tersenyum kecil. Dia yang pada mulanya tidak menyedari akan perbuatannya itu kini terdiam kaku. Dia berdehem kecil dan berpeluk tubuh memerhati budak kecil itu terbaring di sisi Alisa. Senyuman Erisa turut mati.

Zafril tersengih ke arah Alisa dan memakukan pandangannya ke arah Erisa. Dia memandang Alisa yang tersenyum kecil. Perlahan-lahan Zafril merangkak ke arah Erisa dan merenung gadis itu.

"Kakak, Zaf minta maaf.."

Tiada respon.

"Maaf kalau Zaf kacau kakak.."

Erisa mengeluh. Dia menjeling Zafril sekilas kemudian pantas berdiri dan menapak ke arah pintu. Dibukanya pintu tersebut dan pandangan dihala ke arah Alisa.

"Al, bawa budak ni keluar,"

Zafril menundukkan wajahnya. Alisa mengeluh berat, dia memimpin tangan Zafril dan melangkah ke arah pintu. Genggaman tangan mereka begitu erat.

Sesampai sahaja di pintu, Erisa menarik baju Zafril. Dia mengusap kepala budak kecil itu dan tersenyum mesra.

"Pergi main jauh-jauh," Zafril tersengih panjang. Dia memaut kaki Erisa dan mengucapkan terima kasih. Alisa juga turut ketawa kecil.

Dia membawa Zafril ke ruang istirehat. Apabila ternampak Raihan yang sedang duduk, laju sahaja Zafril berlari ke arah lelaki itu.

"Abang Rai!" Zafril melompat ke pangkuan Raihan. Dipeluknya Raihan dengan erat.

"Seronok tak main dengan kakak?" Raihan bertanya.

"Seronok!" Zafril tersengih. Alisa menarik nafas lega apabila Zafril tidak membongkarkan kejadian tadi.

Raihan membiarkan Zafril bermain di ruang istirehat dan menapak ke arah Alisa.

"Terima kasih sebab jaga Zafril tadi,"

Alisa ketawa, "Tak apa, dah biasa,"

"Ouh ada adik ke?"

"Eh bukan, cuma ada akak yang perangai macam adik-adik," Kini Raihan pula yang ketawa kecil.

"Ouh haha," Raihan menggaru tengkuknya.

"Em Alisa?"

"Ya?"

"Kalau boleh.."

"Kalau boleh, tolong jangan kacau awek orang bro," Suatu suara muncul dari belakang mereka. Dengan riak wajah yang selamba, dia merangkul bahu Alisa dengan erat.

"Errr kau kenapa?" Raihan menjeling lelaki itu sekilas.

"Sorry bro, she's mine," Lelaki itu mengetatkan lagi gengamannya.

"Err hai Shah," Alisa memandang teman lelakinya.

Ouh ya, Shah. Shahiton tak guna ni lagi.

Shah menjeling Raihan dan menarik Alisa jauh dari lelaki tersebut. Mereka berdua kini berada di dapur.

Alisa menggaru kepalanya, "Kenapa?"

"Kenapa? Boleh lagi tanya kenapa?" Shah membentak.

"Then what else should i ask? " Alisa memutarkan bebola matanya.

"Damn Al! You were flirting! " Suara Shah semakin meninggi.

"Shah! Saya cuma jagakan adik dia aje. Tak ada niat apa pun!"

"Dahtu tergelak sana sengih sini, fikir orang tak nampak?" Alisa mengeluh. Dia tahu Shah marah jika dia mendekati lelaki lain.

"Shah.."

Lelaki itu tidak mengendahkannya.

"Maaflah," Alisa memaut lengan Shah. Dibuatnya muka sedih untuk menarik perhatian lelaki itu.

"Yela, lain kali jangan dekat dengan lelaki lain. Tahu?" Shah memberi amaran. Alisa hanya tersengih lantas mengangguk laju.

"Kau merenyam dengan betina lain boleh pula," Satu suara sindiran menerpa di telinga Shah.

"Apa kau kata?" Alisa menegur kembarnya yang tiba-tiba mencelah dari belakang.

"Tak, aku tengah main game kucing ni ha, abaikan abaikan," Erisa berkata lantas membuka peti sejuk dan mengeluarkan sekotak air. Dia memasukkan telefonnya ke dalam poket seluar dan memerhati Shah yang sedang merenungnya bagai singa yang kelaparan.

"Ouh ya, sambunglah sambung. Bye!"

Erisa segera keluar dari dapur dan sempat tersenyum sinis ke arah Shah.

"Alisa.."

"Ya wak kenapa?"

Shah mengelus pipi Alisa dengan lembut. Diselitkan rambut yang terjuntai ke belakang telinga gadis itu.

"Tak akan ada sesiapa pun yang mampu halang cinta kita,"

Alisa tersenyum bahagia.

•••
END OF CHAPTER 13
"Thank you for reading. Do vote or comment,"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro