Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 12

SEDANG Rania menuruni tangga, dia terlihat akan beberapa orang sedang berkumpul di tingkat dua. Masing-masing leka dengan perbualan sehingga tidak sedar akan kewujudan orang asing di situ.

"Hai!" Jerit Alisa dari belakang sekaligus membuatkan Rania tersentak. Mereka yang mendengar jeritan Alisa berhenti berbual dan memberi tumpuan kepada tiga orang gadis asing yang berdiri di tangga.

"Hai, new kid ey?" Salah seorang dari mereka berkata.

Alisa mengangguk dan menapak ke arah kumpulan itu, meninggalkan Rania yang termangu sendirian di tangga.

"Um hai, i'm Alisa yang tu Rania. Oh and—" Alisa menarik tangan Erisa yang menghampirinya "—This is my twin, Erisa,"

Alisa menghulurkan tangan untuk bersalam. Huluran itu disambut mesra oleh mereka semua. Erisa hanya mengangguk dan tangannya dimasukkan ke poket seluar.

"Nama I Celine,"

"Hai, saya Melissa, panggil Mel,"

"Hana,"

"Hey, just call me Amir,"

"Saya Raihan.."

Mereka mengenalkan diri masing-masing. Alisa menggamit Rania yang masih berdiri kaku. Rania berjalan menunduk ke arah mereka. Dia bersalaman dengan kumpulan itu dengan mesra.

Raihan yang leka merenung Alisa tidak sedar akan Erisa yang turut memerhatinya dengan aneh.

"Umm, so kau orang berkumpul ni ada apa-apa ke?" Tanya Alisa.

"Eh tak, kita orang biasa rehat dekat sini," Ujar Amir.

"Nak join sekali ke?" Sambung Hana.

"You guys tak kisah ke?" Tanya Rania.

"Of course lah tak," Melissa ketawa kecil.

"Eh you semua borak dulu lah ya, I sama Hana kena tolong umi. See you later guys," Celine dan Hana melambai mereka dan segera menuruni tangga.

Raihan dan Amir beransur ke meja snooker dan mengabaikan perbualan gadis-gadis itu.

"Mel, boleh tanya tak?" Melissa mengangguk ke arah Erisa.

"Bilik siapa dekat atas eh?"

"Bilik Sir dengan Umi and bilik orang kanan dia," Melissa berbisik ke arah mereka.

"Orang kanan?" Tanya Alisa.

"Yup, orang kuat Sir Remy. Biasalah, dapat layanan special. Bilik pun mestilah special kan,"

"Siapa?" Tanya Erisa sekali lagi.

"Emm you all tak kenal lagi kut,"

Mereka mengangguk. Perbualan mereka terhenti apabila seorang lelaki memasuki ruang tamu itu.

"Budak baru tu kan? Sir minta jumpa di pejabat, sekarang,"

Alisa dan Erisa mengerutkan dahi mereka. Tampak jelas wajah terkejut mereka kerana tiba-tiba sahaja mereka dipanggil. Namun mengingatkan bahawa Sir Remy bukanlah seorang yang tegas jadi mereka mengikuti arahan itu dengan tenang.

Sesampai di hadapan pintu bilik pejabat Sir Remy, mereka memandang sesama sendiri.

"Eris kau masuk dulu lah," Alisa menolak badan Erisa ke hadapan.

"Eh aku pula, kau lah masuk," Erisa sedaya upaya menolak dirinya kembali.

Rania hanya menggeleng kepala.

Perbuatan mereka terhenti apabila suara seseorang di dalam pejabat itu memanggil mereka masuk.

Erisa dan Alisa membuka pintu dan membiarkan Rania masuk terlebih dahulu. Setelah selesai mereka menutup kembali pintu tersebut.

Sir Remy memerhati mereka bertiga dengan pandangan yang sukar ditafsir. Dia meregangkan badannya di atas kerusi empuknya itu.

"Kid nowadays suka melengahkan masa.." Sir Remy menggumam sendirian.

Setelah beberapa minit menunggu dengan penuh kesabaran. Pintu bilik terbuka membuatkan mereka semua mengalihkan pandangan ke arah pintu.

Seorang gadis yang agak rendah memasuki ruang pejabat itu dengan wajah yang manis. Dia menjinjing fail yang berisi kertas-kertas yang agak banyak.

Gadis itu meletakkan barang-barangnya di atas meja Sir Remy. Habis berterabur kertas-kertas itu di atas meja. Sebahagian kertas itu tercampak ke Sir Remy.

Terbeliak mata gadis itu memandang Sir Remy yang sedang berpeluk tubuh.

"Hehe, maaf Sir. Gelabah sikit," Gadis itu tersengih kecil sambil menggengam tangannya.

"Ini bukan sikit, banyak." Sir Remy menggelengkan kepalanya.

"Ni ahli baru haritu, saya nak kenalkan dekat kamu tapi haritu ke mana entah kamu menghilang, " Sir Remy bangun dan menunjuk ke arah mereka bertiga.

Gadis itu melambai ke arah mereka dan mereka turut melambai kembali.

Sunyi.

"Silakan," Kata Sir Remy.

"Hai, saya Dina. And i'm about 15 years old so i bet you guys lagi tua dari Dina kan? Dina selalu duduk dekat menara. Yang menara besar depan pagar tu kan haa situlah Dina duduk. Best tau, nanti Dina tunjukkan pemandangan kat atas tu. Okay?"

"Ouh I Alisa. Panggil apa-apa you nak. All of us here is 19. And she's my twin," Alisa berkata seraya menunjuk ke arah Erisa.

Dina tersenyum ke arah Erisa.

"Eris" Erisa menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"I like your hair, cantik je," Puji Dina

"Eh? Thanks," Dengan selamba Erisa menepuk bahu Dina sedikit kasar menyebabkan gadis itu kelihatan seperti ingin tersungkur.

Erisa tersenyum ke arah Sir Remy yang memandangnya pelik.

"Um hai, saya Rania," Dina tersenyum dan mengangguk ke arahnya.

"Okay so can we go to our main topic? Ada beberapa perkara yang saya kena terangkan dekat awak semua," Sir Remy menunjukkan ke arah meja kaca yang agak luas di ruang tepi pejabat itu.

Mereka mengambil tempat masing-masing manakala Dina mula meletakkan satu persatu kertas yang diambilnya tadi.

Sir Remy membentangkan satu lakaran peta yang menunjukkan kawasan persekitaran rumah Army.

Terdapat beberapa tempat tersembunyi yang mereka masih belum ketahui.

"Dekat belakang rumah, ada satu kandang kuda. Biasanya budak-budak ni selalu guna kuda-kuda tu kalau setakat nak cari bekalan yang dekat-dekat lah. Actually, saya ingat nak buang kuda-kuda tu tapi disebabkan Maria tu—" Sir Remy tersengih kecil sebelum menyambung katanya.

"—tak mahu kuda-kuda ni lari bertempiaran jadi saya buat sebagai pengangkutan jela. Tempat yang paling dekat adalah kawasan taman yang berdekatan dengan kediaman kita," Sir Remy menunjukkan sudut kawasan perumahan yang agak dekat dengan kediaman Army.

"Di sebelah kawasan kandang ni ada padang latihan menaiki kuda yang berpagar, " Sir Remy menyasarkan di suatu kawasan kiri kandang tersebut.

"Dan dekat sebelah kediaman Army, terdapat satu garaj yang menempatkan kenderaan,"

"Baiklah, dalam rumah ni ada bahagian pembuatan senjata api. Kawasan ni terletak dekat tingkat bawah sekali. Tingkat bawah tanah. Ada juga makmal penyiasatan, bilik pengawasan cctv, ruang latihan. Saya rasa awak semua belum pernah jejak kaki kat sini lagi kan?" Mereka mengangguk kecil.

"Okay, ini kawasan bawah tanah," Sir Remy mengambil satu lagi kertas yang bergulung. Lakarannya tidak berapa jelas maka Sir Remy menarik sesuatu di sudut dinding.

Skrin kaca nipis yang lutsinar dibawa keluar. Jari jemari Sir Remy ligat menekan skrin kaca itu. Lantas, paparan peta ringkas terpancar di skrin.

"Memang kawasan bawah lagi besar dari rumah ni. Sebab ianya terbahagi kepada banyak bahagian. Especially ruang latihan. Ada lima ruang yang dibahagi sama rata. Pertama sekali gelanggang tinju—" Erisa tersenyum sinis mengingati hobinya dalam aktiviti bertinju.

"Yang kedua ruang memanah, ketiga pula gelanggang latihan pedang, pisau dan juga kapak. Keempat ruang gym dan yang terakhir sekali pusat menembak,"

"Beralih pula di sudut tengah, di sini aktiviti latihan diri diadakan bagi ahli-ahli baru seperti kamu semua dan latihan ini bermula hari ini. "

"Latihan apa pula ni Sir, " Rania mengeluh.

"Macam susah aje," Alisa menyambung pula kata-kata Rania.

"Senang aje. Perlahan-lahan kita didik," Sir Remy menyambung semula penerangannya.

"Bahagian ni, khas untuk makmal. This place, is dangerous okay? Kalau tak ada urusan jangan sesekali masuk tempat ni, sebelah makmal ni untuk pusat rawatan. Sesiapa yang injured boleh datang sini. Jangan salah masuk pula, sebab ada dua pintu. Satu lagi untuk bilik pembuatan senjata. Ha ini memang bahaya. Awas ya?" Sir Remy membuat bulatan di tepi sudut skrin.

"Dekat luar kawasan kediaman kita ni, ada hutan yang dikawal. Ianya akan digunakan untuk latihan kalian,"

"Trust me, that part is the most fun thing, " Dina berbisik perlahan.

Kata-kata Dina membuatkan mereka semua mengeluh. Duduk kampung yang penuh dengan nyamuk pun sudah merengek mahu balik inikan pula masuk hutan? Musibat. Eh salah, musibah.

Musibah bagi golongan berada seperti mereka.

"Jadi, boleh saya tunjukkan kawasan-kawasan ini? Lepas tu boleh teruskan dengan latihan kalian,"

"Alaaaa," Mereka merengek seperti anak kecil.

Sir Remy hanya tergelak melihat kelakuan mereka semua.

"Dah, jom. Dina tolong kemas kertas tu balik, hantar dekat bilik Daniel, " Dina segera mengangkat tangan melambai mereka.

"Selamat menjalani latihan maut,"

Mereka terkedu dengan ayat Dina

•••

Bermula di kawasan kandang sehinggalah ruang bawah tanah, mereka hanya tergelak riang dengan suasana yang ceria itu. Sir Remy ternyata seorang yang penyayang. Dilayannya mereka semua seperti anak sendiri. Setiap lawatan di sesuatu tempat pasti ada sahaja cerita yang terkeluar dari mulutnya itu. Namun keceriaan itu hancur apabila tiba di kawasan latihan.

Pelbagai bayangan di kepala mereka membuatkan kesemuanya gerun memandang kawasan itu. Sebaik sahaja mereka sampai, terdapat beberapa orang yang menanti mereka.

Empat orang lelaki yang asing bagi mereka kini menghampiri diri mereka.

Melihatkan situasi sunyi itu, dengan pantas Sir Remy memulakan adegannya.

"Okay," Sir Remy berpeluk tubuh memandang mereka.

"You may start," Serentak itu, jejaka-jejaka tersebut mengangguk. Seorang dari mereka melangkah ke hadapan.

"Good luck girls," Sir Remy bernada sinis.

"Saya Daniel dan saya akan melatih kamu semua untuk hari ini. Mereka juga akan turut membantu anda dalam latihan-latihan yang bakal dilakukan, kita buat streching dulu." Terang Daniel.

Mereka merungut namun mengikut sahaja apa yang disuruh. Setelah selesai mereka bergerak ke sebuah tembok yang agak tinggi.

Mereka bertiga berdiam diri apabila Sir Remy mengarahkan mereka supaya memanjat tembok itu.

"Kau naik lah Eris,"

"No,"

Alisa mengeluh. Dia cuba memanjat tembok itu namun kakinya tidak sampai. Erisa dan Rania tergelak kecil.

"Kau tolonglah dia naik," Seorang lelaki menyapa mereka. Dia menunjukkan cara untuk menyokong tubuh Alisa dengan menadahkan telapak tangan di atas paha sambil melutut.

"Pijak," Lelaki kedua turut menyampuk perbualan mereka.

Alisa memberanikan diri untuk memijak telapak tangan Erisa dan melontarkan tubuhnya ke atas melepasi tembok itu.

Kini Rania dan Erisa memandang antara satu sama lain. "Cepatlah, meh aku tarik dari atas!" Alisa menjenguk dari atas lantas menghulurkan tangan.

Erisa melutut dan menadah tangannya di atas lutut. Rania mengambil jarak yang agak jauh kemudian berlari ke arah tembok itu. Dia memijak tangan Erisa sementara gadis itu menolaknya ke atas. Rania memaut lengan yang dihulurkan oleh Alisa.

Kini Erisa termangu sendirian memerhati mereka di sebalik tembok itu.

Rania dan Alisa menghulurkan tangan. Dia turut mengambil jarak yang jauh dan melompat ke atas. Tangannya mencapai tembok dan Alisa turut membantunya manakala Rania memaut lengan Erisa. Mereka tersengih apabila berjaya melakukan latihan tersebut.

"Uhuh? Good. Next," Daniel menunjuk ke arah satu kawasan yang lengang. Masing-masing membuat ekspresi bengang. Nak menari ke?

Seorang lelaki menekan suiz di tangannya. Tiba-tiba kelihatan garisan laser memenuhi ruang tersebut. Daniel memegang sebiji epal. Dia melontarkan epal itu ke ruang laser tersebut.

Malangnya, epal itu terbelah dua.

Alisa terkejut dan menyiku lengan Erisa. "Apa kaitan benda ni dengan zombi,"

"Okay, you see, laser ini sangat sangat berbahaya, if you fail, you die,"

Beberapa jam kemudian, ketiga-tiga mereka berjaya melepasi halangan tersebut. Namun, rambut Erisa terpotong sedikit akibat terkena pancaran laser itu.

Mereka meneruskan latihan. Pelbagai rintangan yang telah dilalui. Latihan-latihan itu membuatkan tubuh mereka terasa lemah.

Usai sahaja Daniel mengatakan latihan mereka tamat untuk hari ini, mereka bertiga terduduk di tepi kawasan latihan itu. Tubuh mereka bermandikan peluh.

"Aku....rasa.....nak..mati," Alisa mengadu kepada Erisa di sebelahnya. Tekak mereka terasa haus lalu Rania dengan sukarelanya bangun dan pergi ke dalam rumah untuk mengambil beberapa botol air mineral.

Alisa dan Erisa rancak berborak tentang latihan mereka sebentar tadi. Namun perbualan mereka terhenti apabila seorang lelaki menegur mereka. Mereka mendongak mencari arah suara itu.

Alisa menjongketkan keningnya. Dia merupakan pembantu Daniel.

"Can i sit there?" Lelaki itu menunjuk di sebelah Alisa. Gadis itu hanya mengangguk.

"So Alisa kan?" Alisa mengganguk lagi.

Dia tersenyum menampakkan lesung pipitnya di belah kanan.

Alisa turut membalas senyuman itu.

"Hye, Raihan right?" Erisa mencelah.

Raihan mengangguk. Erisa memerhati Raihan dan Alisa kemudian dengan pantas dia berdiri. "Okay, bye then"

Alisa menjeling kembarnya. Seperti sengaja mahu meninggalkan mereka berdua.

"Um, do you mind if i show you something?" Raihan bertanya.

"And what is that?" Raihan tersenyum kecil. Dia bingkas berdiri dan menggamit Alisa supaya mengikutinya.

Ternyata Raihan membawa Alisa ke halaman belakang, kawasan kandang. Dengan langkah yang perlahan Alisa memasuki kandang itu.

Terdapat sepuluh ekor kuda yang matang. Alisa pergi ke arah seekor kuda yang berwarna coklat. Dia mengusap kepalanya perlahan dan tersenyum kecil.

"V," Alisa memusingkan kepalanya ke arah Raihan. Lelaki itu sedang berdiri sambil memasukkan tangannya ke dalam saku seluarnya.

Raihan memajukan langkah merapatinya. Dia mengusap kuda yang dibelai oleh Alisa dan mengulang semula katanya.

"Nama kuda ni V," Alisa menganggukkan kepala beberapa kali dan membelai V.

"Kenapa nama dia V?"

"Sebab dia ada parut macam huruf V dekat perut dia, " Raihan berkata sambil menunjukkan parut yang berada di perut kuda itu.

"Nak cuba tunggang dia?" Raihan memerhati Alisa yang sedang menggaru kepala.

"Emm boleh jugak," Raihan hanya mengangkat bahu dan mempersiapkan alatan untuk menunggang.

"Nah pakai sarung tangan ni," Raihan mencampakkan sepasang sarung tangan kulit yang bewarna hitam.

Raihan menarik V keluar dari kandangnya setelah Alisa selesai memakai sarung tangan itu.

V berada betul-betul di mukanya. Kini Alisa berdiri kaku di depan kuda itu.

"Letak kaki kat pedal tu. Naik perlahan-lahan dan cuba seimbangkan badan awak. Pastikan kaki awak betul-betul masuk dekat lubang pedal tu. Got it?"

"Rai, tak apalah. Saya tak tahu naik kuda lah, Saya masuk dulu, okay?" Alisa membalas seraya bergerak ke dalam rumah. Sebelum itu sempat dia campakkan semula sarung tangan yang dipakaikan tadi ke tanah.

Sebelum Alisa sempat masuk ke rumah, Raihan menjerit sesuatu.

"Alisa, nice to know you! " Raihan melambai ke arahnya.

Alisa hanya tersenyum kecil. Kejadian itu disaksikan oleh Erisa dan Rania. Botol yang dipegang oleh Rania terjatuh.

"Alahai," Erisa hanya menggeleng kepala. Dia mengutip semula botol itu dan berdiri di hadapan pintu masuk, menanti kehadiran Alisa.

"Eh Rania? Ha kau ni ada pun. Lama sangat ambil air eh?"

Rania menayangkan botol mineral di tangannya. "Tak adalah, aku saja je nak tengok drama depan mata,"

Erisa menjongket keningnya. Dia tersengih memandang Alisa yang memutarkan bebola matanya. "Aku dah ada Shah okay? Ingat sikit,"

Erisa mengeluh berat. Malas mahu berbahas dengan kembarnya. Mereka bertiga masuk ke dalam rumah untuk membersihkan diri.

•••

Malam itu, Erisa terjaga akibat kehausan yang melampau. Dia menapak ke dapur untuk membasahkan tekaknya.

Tanpa membuka suis lampu, dia terus mengambil segelas cawan dan kemudian membuka peti ais untuk mendapatkan air sejuk.

Setelah dapat apa yang dia mahu, Erisa segera membasuh cawan dan beredar dari dapur. Dia mempercepatkan langkah ke bilik namun langkahnya terhenti apabila mendengar suara seseorang lelaki sedang berbisik.

"You are so beautiful," Bisikan itu semakin didengari dengan jelas.

"As long as you stay wi—" Kata-kata lelaki itu terhenti apabila Erisa berdehem kecil.

Lelaki tadi melepaskan pelukannya di pinggang seorang gadis. Dia kelihatan agak berang sebelum berbisik sesuatu ke arah telinga gadis tersebut. Gadis itu ketawa kecil sebelum memasuki biliknya. Ya Erisa nampak bayang-bayang lelaki tu tapi disebabkan keadaan agak gelap jadi mukanya tidak kelihatan.

"Like the view?" Suara garau menyapa Erisa

"Duh, of course lah tak," Sejurus Erisa berkata begitu dia menghentakkan tangannya di dinding menghalang gadis itu dari bergerak. Kedua-dua tangannya berada di sisi bahu Erisa.

"Kenapalah kau tak sama macam adik kau," Mata Erisa terbuntang luas.

Dia cuba menilik wajah itu. Rahangnya bergerak-gerak setelah tekaannya tepat.

"Uwuuu shahiton in the house.." Erisa berbisik perlahan.

"Aaaaaa kenal pun, minus the iton please?" Shah mengelus pipi Erisa perlahan namun gadis itu menepis kasar.

Dia merapatkan wajahnya ke wajah Erisa, "Kalau kau sayang adik kau, jangan bagitahu dia,"

Shah menjarakkan diri. Dia berpeluk tubuh memandang Erisa yang kaku.

Erisa membuka langkah ingin ke bilik namun sekali lagi dihalang oleh Shah.

"Remember, dont tell her if you want to see her smile again," Shah tersenyum sinis dan menghilang di sebalik samar-samar cahaya.

"Ah, dasar anak sial," Erisa memegang kepalanya yang berdenyut-denyut. Secara tiba-tiba kepalanya berpusing. Erisa terduduk di tepi dinding. Dia menumbuk-numbuk dinding itu untuk mengurangkan kesakitan di kepalanya.

Beberapa saat kemudian, Erisa berhenti. Dia menutup matanya dan kemudian membukanya kembali. Senyuman sinis terpahat di bibirnya.

"I will never let you touch her,"

•••
END OF CHAPTER 12
Thank you for reading. Do vote or comment

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro