
Bab 11
TAMPARAN yang keras membuatkan matanya sedikit berair. "Hoi kau kenapa termenung," Tegur Erisa.
Alisa terkebil-kebil memandang situasi di hadapannya. Tiada pula senapang di tangan Sir Remy. Dia mengusap pehanya perlahan. Terasa bahang setelah ditampar oleh Erisa.
"Terbayang rupanya," Alisa menggeleng kepala.
"Eh orang baru yaa?" Seorang wanita yang agak berusia menegur mereka. Dia kemudian menapak ke arah Sir Remy dan memaut tangan lelaki itu.
"Ha dia lah isteri saya Maria, yang saya cerita tadi. Mar, ini budak-budak baru yang saya jumpa masa lalu depan sekolah besar tu. Abang nak pergi kemas alatan dengan Hadi, Mar tolong bawa mereka ke bilik boleh?" Sir Remy kemudian mengusap lembut bahu Puan Maria dan keluar dari rumah agam itu.
"Mari nak, saya tunjukkan bilik kamu semua. Jangan segan-segan, inilah rumah baru kamu," Puan Maria tersenyum manis lalu menggamit mereka supaya mengikutinya.
Lantai jubin itu membuatkan derapan kaki mereka berbunyi-bunyi. Kawasan di sekelilingnya dihiasi dengan pasu-pasu bunga yang agak moden. Rumah itu agak sunyi.
"Emm, makc—ehh Puan? Mana pergi orang lain dalam rumah ni?" Tergagap-gagap Rania bertanya kepada Puan Maria.
"Awak semua boleh panggil saya umi aje, saya tak kisah. Ahli dalam rumah ni ada latihan, mereka akan berkumpul semula petang nanti, " Rania mengangguk seraya tersengih malu.
Puan Maria membawa mereka di ruang tamu kedua. Perabot-perabot yang berwarna merah kelihatan moden apabila dipadankan dengan dinding dan lantai yang berwarna coklat cair.
Seterusnya dia membawa mereka ke ruang dapur yang tersangat luas dan canggih. Pelbagai kelengkapan memasak tersusun rapi di atas kabinet. Kelihatan beberapa orang tukang masak sedang bertungkus lumus melakukan kerja mereka.
"Izah? Mari sini, saya nak kenalkan kamu dekat mereka," Puan Maria menggamit ke arah seorang wanita yang berpakaian chef serba putih.
"Ya umi? Budak baru lagi ke?" Wanita itu kini bersalaman dengan mereka.
"Hai, saya Izah. Selamat berkenalan," Mereka semua mengenalkan diri antara satu sama lain sebelum satu suara mencelah.
"Saya pulak Fendi, suami tersayang Izah. Selamat berkenalan wahai adik-adik," Seorang lelaki yang agak tinggi merangkul pinggang Izah dari belakang. Puan Maria menggeleng kepala melihat aksi spontan dari tukang-tukang masak kesayangannya.
Puan Maria kemudian membawa mereka ke tingkat atas. Tidak boleh dibiarkan mereka melihat adegan yang tidak sepatutnya di hadapan mereka.
"Tingkat dua ini menempatkan kawasan bagi ahli Army untuk beristirehat atau melakukan aktiviti di dalam rumah," Puan Maria menunjukkan dimana sebuah televisyen yang bersaiz besar serta alat permainan video diletakkan.
"Dekat sini pun ada bilik spa tau. Tu hujung sana," Sebuah bilik yang berada di tepi sudut menempatkan di mana bilik spa itu berada.
"Kalau nak tengok wayang pun boleh sebab kita ada sediakan bilik wayang," Puan Maria menggamit mereka memasuki sebuah bilik yang serupa seperti panggung wayang yang selalu mereka pergi sewaktu mereka melepak.
Kawasan di tingkat dua amat luas. Pemandangan di luar dapat dilihat dengan jelas kerana sebahagian dindingnya adalah kaca.
Terdapat dua tangga di sebelah kiri dan kanan. Ternyata tingkat ketiga dipisahkan oleh dua bahagian. Tanpa membuang masa, Puan Maria mengajak mereka menaiki tangga di sebelah kiri.
"Ini adalah kawasan bilik tidur bagi kaum perempuan. Disebabkan kami bercampur, jadi bilik lelaki dan bilik perempuan diasingkan. Memang kami berkongsi rumah tetapi hanya bilik sahaja yang berlainan. Bahagian tangga sebelah sana adalah bilik tidur bagi kaum lelaki. Jangan tersalah tangga pulak ya," Puan Maria memberi sedikit penerangan serta amaran.
"Umi dan Sir Remy tidur berasingan?" Pertanyaan Erisa dibalas dengan gelengan.
"Bilik kami berdua di tingkat atas," Jawab Puan Maria sambil tersenyum mesra.
"Oh ya, tingkat atas adalah ruang kawasan bagi ahli khas di unit Army, tingkat atas ni adalah kawasan larangan, jadi saya harap awak semua jangan tersalah masuk ya,"
"Err unit khas tu apa pula?" Tanya Rania.
"Mereka adalah kumpulan senior dan ketua-ketua unit," Terang Puan Maria.
"Baiklah, saya akan bawa kamu ke bilik kamu," Puan Maria melalui laluan panjang yang terdapat beberapa bilik. Kesemuanya terdapat lapan bilik. Puan Maria berhenti di bilik kedua terakhir dan membuka pintu bilik itu.
"Ini bilik kamu," Puan Maria hanya mampu tersenyum melihat riak terkejut dari kembar itu. Ruang di dalam bilik itu memuatkan dua katil bersaiz king yang bertentangan serta disediakan bilik mandi yang lengkap dengan alatan mandian.
"Cantik," Alisa melambungkan badannya di atas salah satu katil yang tersedia.
"Er umi? Saya punya katil?" Tegur Rania.
Puan Maria tersenyum kecil. Dia menapak ke arah rak buku. Di sebelah rak itu terdapat suiz kecil. Dia menekan suiz itu dan sebuah katil keluar dari dinding.
Ketiga-tiga mereka tergamam melihat kecanggihan bilik itu.
"Kamu semua boleh bersiap dan turun ke bawah untuk makan tengah hari," Puan Maria tersenyum sebelum menapak keluar dari bilik itu.
"Bahagia kalau aku dapat rumah besar macam istana ni," Alisa berkata lalu melambungkan badan di sebelah Erisa.
"Rumah kita dah cukup besar. Hargailah sedikit," Alisa menjeling Erisa di sebelahnya.
Alisa bangkit dari pembaringannya lalu menapak ke jendela yang tertutup rapat, dia kemudian membuka jendela itu dan memerhati kawasan dari pemandangan atas. Halaman rumah yang besar tersangat cantik jika dilihat dari atas.
" Weh Eris, kau tertinggal sesuatu! " Jerit Rania.
"Apanya?"
"Kucing kau mana?"
"Aduh Jimbo aku!" Erisa menepuk dahinya. Baru sekarang dia teringat akan kucing itu.
"Hm kesian dia," Alisa menggeleng kepala dan terus menjengah ke dalam bilik mandi.
"Eh weh aku rasa yang ni macam bilik untuk orang berbulan madu je,"
"Maksud kau?" Rania menapak ke arah bilik mandi itu.
"Tu, bathtub dia boleh muat dua orang kut," Alisa menuding jari ke sebuah bathtub yang agak besar. Erisa juga turut meninjau.
"Kita la mandi sama-sama nanti," Selamba sahaja Erisa berkata sambil tersengih.
"Euw geli lah!!" Mereka hanya ketawa membayangkam situasi di mana mereka memasuki bathtub itu bersama-sama.
Erisa bergerak ke arah sebuah pintu yang belum diterokainya lagi. Dibukanya pintu itu secara perlahan.
Dan mulutnya terbuka luas. Berpuluh-puluh pakaian tergantung di dalam bilik itu. Ternyata bilik itu adalah bilik pakaian. Kasut turut diletakkan di atas rak. Erisa menarik sebuah laci, di dalam laci itu terdapat pakaian dalam yang pelbagai warna.
"Alisa! Rania!" Erisa memanggil mereka.
"Oh my..." Alisa ternganga melihat bilik itu. Dibeleknya satu persatu baju yang tergantung.
"Der, kau serius ke kita masih hidup ni?" Rania turut melihat kasut-kasut yang terletak di atas rak.
"Oh trust me, this is what we called destiny," Kata Erisa sambil tersenyum sinis. Di suatu sudut terdapat kotak kaca yang meletakkan pelbagai jenis minyak wangi yang tersusun rapi.
"Dia ni raja ke, gila dasyat dia orang ni," Bebel Erisa.
Beberapa jam kemudian, mereka semua telah turun ke ruang makan. Meja panjang yang menempatkan 40 buah kerusi yang bertentangan dipandang sekilas.
Ya, ianya tersangat panjang dan kerusi itu telah dipenuhi oleh manusia. Tinggal beberapa sahaja lagi yang kosong di sudut akhir. Keriuhan suara-suara manusia tadi mula perlahan apabila Sir Remy berdehem kecil.
"Baiklah semua, saya kenalkan kamu kepada ahli-ahli baru kita," Mereka semua bersorak dan menepuk tangan. Seorang lelaki yang duduk di bahagian tengah tiba-tiba bangun dan memandang tepat ke arah Alisa.
Alisa seakan-akan berdiri kaku dan tidak dapat menggerakkan kakinya. Air mata Alisa yang tiba-tiba menitis mengejutkan mereka semua yang berada di situ.
Keadaan mula sunyi apabila mereka menumpukan perhatian ke arah Alisa dan lelaki tadi. Bibir Alisa terketar-ketar seolah-olah ingin mengatakan sesuatu. Dia menggengam tangannya dan memandang anak mata lelaki itu dengan tajam dan mengatakan sesuatu dengan bisikan.
"You.." Alisa terpaku melihat kewujudan lelaki itu di hadapannya. Keadaan di sekitarnya mula sunyi bagaikan dia berada di dunia sendiri. Apakah ini hanya mimpi? Dengan sekelip mata Alisa merasakan tubuhnya ditarik. Segala-galanya berlaku dengan pantas. Kini Alisa berada di luar rumah bersama lelaki itu.
"Sayang..I'm so sorry. Awak tak apa-apa kan?" Alisa menatap wajah lelaki itu. Sungguh indahnya ciptaan tuhan.
"Al, are you okay my love?" Shah mengesat air mata yang semakin laju menuruni pipi Alisa.
"Kau dah mati," Suara Alisa hanya keluar sekadar bisikan.
"Siapa kata? Hey saya dekat depan awak ni sayang," Shah mengusap kepala gadis itu perlahan.
"Tapi macam mana?" Alisa memandang Shah dengan aneh. Dia masih ingat lagi akan kejadian tempoh hari. Dengan tangannya sendiri dia membunuh lelaki itu. Tangan dia sendiri!
"Sir Remy selamatkan saya waktu saya lari dari sekolah. Maaf sebab saya tinggalkan awak," Pandangan mata Shah yang redup membuatkan jantungnya berdebar.
"Saya nampak awak dah jadi zombi. Pakaian awak dan jam tangan awak, " Alisa terimbas kembali bayangan zombi itu.
"Baju? Jam? Awak nampak jelas ke muka saya waktu tu?" Shah berpeluk tubuh merenung Alisa dengan tajam.
"Tak sebab muka zombi tu berdarah. Rambut kusut masai sampai tutup muka.Tapi baju dia ada nama awak. Saya ingat lagi zombi tu pakai jam tangan yang saya bagi awak," Shah ketawa kecil membuatkan dahi Alisa berkerut.
"Siapa suruh gelak ni?" Alisa mengecilkan mata memandang Shah yang sedang menahan ketawanya.
"Maaf sayang. Sebenarnya saya tukar baju dengan Rizal waktu tu. Segala pakaian semua saya tukar termasuk jam sekali. Masa tu ada lubang dekat pagar belakang sekolah kita. Saya dengan Rizal pergi situ nak larikan diri tapi saya aje yang lepas, Rizal kena tangkap dengan pengawal. Jadi lepas saya berjaya keluar dari sekolah, saya pergilah kedai yang ada seberang sekolah kita. Tiba-tiba terserempak dengan Sir Remy jadi dia bawa saya ke sini. Dan beberapa minggu lepas tu, saya jumpa balik ratu saya," Shah menghabiskan katanya dengan senyuman nakal.
Alisa hanya menghadiahkan senyuman kecil. Masih tidak percaya akan situasi yang berlaku.
"Kenapa ni?"
"Saya takut kehilangan awak," Alisa menghela nafas panjang sebelum memandang wajah Shah.
Shah memejam matanya.
"Saya ada sekarang ni kan?" Shah menghadiahkan Alisa senyuman yang lebar.
Gadis itu mengangguk kecil lantas Shah memaut bahunya. Alisa terperasan akan seekor kumbang yang terbang ke arah Shah. Dia hanya tersenyum nakal membayangkan aksi Shah sebentar nanti.
"Shah, kaki awak," Serta-merta Shah tunduk melihat kakinya.
Shah yang terkejut akan kehadiran kumbang itu, melompat ke sisi apabila kumbang itu mendekatinya. Dia melarikan diri namun terjatuh banyak kali akibat tubuhnya yang tidak stabil.
Alisa tergelak kecil.
Manakala di ruang makan pula, masing-masing menayangkan riak pelik. Erisa semakin bengang dengan kewujudan lelaki itu.
"Eh its okay, sambunglah makan. Iklan je tadi hehe, makan lah makan. Sedap tuu hehe," Rania cuba mengawal keadaan.
Dia menarik Erisa duduk di sebuah kerusi yang kosong.
"Aku fikir dia dah mati, dasar anjing," Gumam Erisa.
"Apa dia?" Tanya Rania.
"Mamat tu lah, eish apahal dia hidup lagi," Erisa menggigit kukunya.
Rania menggaru kepalanya. Dia hanya tersengih ke arah mereka yang memerhatinya.
"Why!" Kakinya menghentak meja makan sekaligus mematikan perbualan mereka yang lain.
"Err sorry.." Rania mengangkat tangan ke arah mereka.
Dan mereka mula berbisik antara satu sama lain.
Apabila Erisa mula sedar akan bisikan-bisikan tentang dirinya, dia mengerutkan dahi.
"Apa masalah kau ?" Ujar Erisa kepada sekumpulan gadis di hadapannya.
Tidak lama selepas itu, Alisa kembali ke ruang makan namun hanya mendapati semua memandangnya hairan.
"Alisa, mari makan," Puan Maria menggamit Alisa ke arah kerusi di sebelahnya. Dia tersenyum kecil ke arah semua orang yang sedang memerhatinya.
"Hmm hai?" Alisa menegur mereka dan dengan serentak mereka membalas teguran gadis itu.
Keadaan menjadi seperti biasa dan mereka semua dihidangkan dengan makanan yang dimasak oleh Izah dan suaminya serta pembantu-pembantu mereka.
Mereka berbual sesama sendiri namun Alisa merasakan seseorang sedang memerhatinya. Dengan pantas dia memerhati keadaan sekeliling mendapati seorang lelaki sedang merenungnya. Apabila pandangan mereka bertaut, serta merta lelaki itu mengalihkan pandangan.
Tidak lama kemudian, Shah memasuki ruang makan dengan pakaian yang agak kotor dan tidak terurus. Alisa ketawa kecil namun ketawanya hilang apabila lelaki tadi bangun dengan pantas dan meninggalkan meja makan.
Alisa mengerutkan dahinya dan membiarkan sahaja lelaki itu. Baginya, dia tidak kisah akan keadaan sekeliling, cukuplah jika Shah berada di sisinya.
Erisa mengetap giginya. Garfu ditangan digenggam erat. Mahu sahaja dicucuk-cucuk mata Shah biar buta. Namun melihat wajah Alisa yang gembira, dia mendiamkan diri dan menjamu selera dengan keadaan yang terpaksa.
•••
Setelah malam menjelma, mereka berkumpul semula di dalam bilik. Tiba-tiba sahaja keadaan di dalam bilik itu terasa janggal.
"Eris kau rasa—"
"Aku rasa kau dah bahagia so no need to talk to me anymore cause yelah aku cuma insan yang diperlukan waktu duka aje," Erisa membidas.
Alisa menundukkan wajahnya, dia bermain-main dengan jari jemarinya akibat perasaan serba salah yang menyerbu diri.
"Sorry, just joking. Aku tak kisah ah asalkan kau pandai jaga diri," Apabila Alisa mengangkat wajahnya, Erisa menghadiahkan senyuman kecil.
"Aku terkejut masa dia bangun tadi, serius weh terkejut gila," Alisa memeluk bantalnya.
"Ah really? Aku lagi terkejut," Erisa menggumam.
"Weh sekejap, cuba kau orang cerita dekat aku, apa benda yang kau orang bincang ni?" Celah Rania.
"Kau tak perasan ke tadi?" Tanya Alisa.
"Perasan apa?" Rania menongkat dagunya.
"Shah?"
"Uh? Okay? Then?"
Alisa meraup wajahnya.
"Haih kau lupa ke yang Shah tu dah mati," Ujar Erisa.
"Eh?"
"Tu dia hidup balik, aku pun tak tahu saka apa dia guna," Kata Erisa selamba sambil membelek kukunya.
"Eris..." Dengus Alisa.
"Sir Remy selamatkan dia, katanya dia lari sekolah. Haih bahagianya," Alisa menongkat dagunya sambil tersengih lebar.
"Eee mengada," Erisa membaling bantal ke wajah Alisa.
Mereka ketawa dan membaling bantal ke arah satu sama lain. Alisa menghembus nafas lega. Dia mengucapkan selamat malam dan bergerak menuju ke katilnya. Malam itu, dia tidur dengan lena. Hilang semua masalah yang dihadapinya.
Namun apa yang dia tidak tahu adalah dendam Erisa yang masih tidak pudar dan semakin menebal.
•••
END OF CHAPTER 11
❝Thank you for reading. Do vote or comment❞
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro