Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 10

ERISA terpaku di hadapan pagar. Pada mulanya agak terkejut juga melihat beberapa manusia terpacak betul-betul di sebalik pagar sekolahnya. Di tangan mereka lengkap dengan senjata api yang tampak menggerunkan.

'Dia orang ni kumpulan gengster ke? Nak bertempur dengan siapa bawa senapang macam tu. Apa dia fikir dia tu hebat sangat nak buat muka belut' Bisik hati Erisa.

Ternyata mereka terdiri dari tiga orang remaja dan seorang lelaki yang agak tua. Wajah lelaki tua itu agak menakutkan. Kesan calar di pipinya membuatkan dia kelihatan seperti seorang ketua samseng.

"Kamu seorang diri sahaja ke?" Lelaki tua itu bertanya membuatkan Erisa mengganguk kemudian menggeleng.

Mungkin terlalu runsing sehingga tidak tahu perbezaan antara angguk dan geleng.

"Ada lagi dua orang dekat kereta. Uh you guys bukan datang nak bergaduh kan?" Kata-kata Erisa membuatkan seorang gadis tergelak kecil.

"Kami bukan musuh. Jangan risau, kami datang untuk selamatkan kamu. Saya akan bawa kamu ke tempat yang lebih selamat," Erisa hanya termenung.

"Macam mana tahu ada orang dekat sekolah?" Tanya Erisa

"Nanti saya cerita," Jawab lelaki tua itu.

"Er, boleh percaya ke dengan orang asing yang nama pun saya tak tahu ni?" Soalannya sekaligus menyentakkan lelaki tua itu.

"Sir Remy,dan kamu boleh percaya saya," Erisa mencemikkan bibirnya dan mengangguk-angguk.

"Eris?" Celah Alisa yang muncul secara tiba-tiba.

"Eh? Bukan aku suruh kau tunggu dekat kereta ke?" Tanya Erisa.

"Kau lama sangat, mana budak lain?" Rania bertanya.

Erisa hanya mengangkat bahu. "Uh ni ada pendatang," Bisik Erisa mengalihkan matanya kepada kumpulan itu.

Sir Remy menggamit ahli-ahlinya untuk merapati mereka.

"Saya Sir Remy, yang ini Hadi, penolong saya dan ini ahli baru saya minggu lepas, Ayu dan yang ini pula Daniel, adik saya," Sir Remy memperkenalkan gerangan yang berdiri terpaku di tepi van dari tadi.

"Saya Alisa,"

"Dan saya Rania,"

"Eris,"

"So you guys ni apa? Askar? Polis? Gengster?" Pertanyaan Rania membuatkan Hadi tersengih di sebelah Sir Remy.

"Bukan, kami dari kumpulan 'Army'. Mungkin kamu tak pernah dengar sebab kumpulan kami memang berada di kawasan terpencil," Sir Remy melihat jam di tangannya.

"Lagipun kita orang memang cari sesiapa yang masih selamat. Masa nak pergi bandar ternampak pula pagar sekolah ni macam bergerak-gerak ingatkan apa, rupanya ada lagi orang masih selamat dekat sekolah besar ni," Daniel berkata sambil tersenyum kecil.

"Oh, if bukan askar atau anggota penyelamat, kau orang dari pasukan pemberontak eh?" Mereka menggeleng kepala dengan laju.

"Apa kata kalau saya terangkan kemudian. Mari, saya bawa ke tempat yang lebih selamat, bahaya dedahkan diri dekat sini. Kita tak boleh jangka apa yang bakal berlaku," Kata-kata Sir Remy membuatkan Alisa menggaru kepala. Dia memandang Erisa di sebelahnya.

Erisa mengabaikan pandangan Alisa dan memerhati sekeliling di luar pagar. Keadaan agak sunyi dan jalan raya dipenuhi dengan kereta-kereta kosong.

Mata Erisa berhenti pada sebuah van putih di jalan raya. 'Macam van penculik ja,' Bisik hati Erisa.

"Hey, jangan risau lah. Kita orang bukan ada niat jahat pun," Gadis yang bernama Ayu menegur mereka.

"Okay," Mereka membalas dan menapak ke arah van.

"Nanti," Bentak Alisa secara tiba-tiba.

"Kereta aku macam mana!" Alisa memandang Erisa.

"No..no nooo.. My baby..My sweet car..No aku takkan biarkan kereta aku macam tu..Omg my precious car..My my everything..Omg omg.." Alisa membebel sendirian.

"Ey, kau ni kenapa, bukan tak boleh beli lagi," Rania menampar-nampar bahu Alisa.

"Hello? Kau fikir ada ke manusia yang masih bekerja dalam keadaan macam ni? Senang aje kau cakap, fikir aku boleh pergi syarikat kereta and then cakap, hello can i buy a car? Kau nak tahu tak apa jadi nanti? Silap-silap aku boleh mati berurusan dengan zombi kau tahu," Rengus Alisa.

"Curi jelah, bukan ada orang kisah pun," Erisa menayang wajah selamba.

Alisa memutarkan matanya.

"Okay kamu bertiga boleh masuk ke dalam van. Saya akan bawa kamu semua ke tempat saya. Apa-apa pertanyaan kamu boleh tanya selepas sampai di kawasan kediaman kami. Baiklah, dipersilakan,"

Mereka melangkah laju mengikuti Sir Remy.

Daniel membuka pintu van dan membiarkan mereka masuk seorang demi seorang. Setelah itu dia menutup pintu tersebut dan berdiri di sebelah Hadi.

Mereka yang sedang berbicara di luar van membuatkan perasaan gadis bertiga itu tidak enak.

"Dia orang macam rancang nak buat sesuatu je. Dia orang nak culik kita ke?" Alisa berkata dengan nada risau.

"Ish aku takut lah macam ni," Sekali lagi Alisa berkata sendirian, dia memintal hujung bajunya dengan erat sambil memerhati Sir Remy dan pembantunya.

Erisa mengeluh perlahan dan menyandarkan diri lalu memejam matanya. "Rileks la, apa motif nak culik kita, bukan kita ni kanak-kanak pun,"

"Oh excuse me? Kau fikir kanak-kanak je boleh diculik? Kita pun boleh kena tahu tak! Kut dia buat kita jadi hamba dia ke, jadi pengedar dadah ke, hah kut dia buat kita jadi pelacur ke?" Alisa bercekak pinggang merenung Erisa.

"Apa benda kau ni, orang sekarang fikir macam mana nak hidup dengan zombi bodoh ni semua. Tak ada orang nak beli dadah, tak adanya dia nak tengok perempuan murahan tayang badan sana sini. Akal kau letak mana? Jubur?" Erisa membalas semula.

"Oh nak cakap aku tak guna otak lah ni? Apa kau ingat, kau tu pandai sangat?"

"Kalau setakat nak fikir logik boleh lagi,"

"Eh wah kau ni kan memang nak cari pasal dengan aku eh?"

"Tak pun, buang masa,"

"Habis? Yang kau tak puas hati-"

"Eh sudahlah tu! Bergaduh ajelah. Nak cakap bebal kang marah, dah besar kan? Cuba matang sikit," Celah Rania membuatkan kedua-dua mereka terdiam.

Ayu tiba-tiba membuka pintu dan mengambil tempat di bahagian penumpang manakala Sir Remy, Daniel dan Hadi bergerak ke dalam sekolah.

"Eh? Mana dia orang nak pergi?" Alisa bertanya lalu Ayu memusingkan kepalanya dan memandang Alisa.

"Dia orang nak periksa dalam sekolah tu, mana tahu kalau ada bekalan makanan ke apa? Atau masih ada manusia yang selamat. Sebenarnya kita orang dah lama tunggu pagar ni buka tapi itulah, pagar tu ada elektrik, terkejut kita orang," Iefa mengeluh lalu tersenyum kecil ke arah gadis-gadis tersebut.

"Ouh...." Mereka serentak berkata sambil memerhati sekeliling.

"Setiap hari ke lalu depan sekolah kita orang?" Rania pula yang merajinkan diri untuk bertanya.

"Seminggu tiga kali. Hari ini paling bertuah ah sebab dapat tengok isi dalam sekolah tu. Manalah tahu sekolah besar-besar macam ni biasanya banyak isi. Lagi-lagi sekolah elit, mesti banyak harta karun dalam tu kan," Ayu menjongket keningnya membuatkan mereka ketawa kecil.

"Sir Remy kata kau budak baru. Macam mana kau boleh masuk kumpulan Army tu?" Erisa bertanya.

"Aku lari dari sekolah, waktu tu merayau dekat kedai-kedai yang memang dah sunyi, sampailah Sir Remy jumpa. Dia kata nak selamatkan aku jadi aku ikut jelah dia. Dan dari situlah aku tahu siapa dia Sir Remy dan apa sebenarnya Army,"

Cerita Ayu membuatkan mereka berasa teruja.

"Umur kau ni sebenarnya berapa," Nada Alisa agak serius.

"17 tapi nampak macam orang dah besar kan?" Ayu tersengih.

"Besar apanya, pendek adalah," Kata-kata Rania membuatkan Alisa ketawa rakus.

"Eh mana ada, eii!" Bentak Ayu.

"Bukan setiap sekolah ada buat rawatan ke? Yang suntik apa benda alah tu, macam mana kau boleh lepas pula?" Sambung Rania.

"Eh Ran? Kan dia kata dia lari dari sekolah. Kau tak faham cerita ke?" Balas Erisa.

"Tak adalah, maksud aku. Takkan lah dia lepas macam tu je. Takkan tak ada pagar elektrik ke? Dawai ke? Pengawal yang kejar ke?"

"Hmm nak buat macam mana, sekolah aku bukan sekolah orang kaya. Tak mampu nak ada elektrik bagai ni, " Jelas Ayu.

Mereka semua menggaru kepala. Tidak lama selepas itu, Sir Remy dan yang lain kembali dengan membawa beberapa bungkusan plastik. Mungkin di dalamnya ada bekalan yang mereka kehendaki.

Daniel memandu van itu dengan bersahaja. Gayanya tampak seperti seorang yang pakar namun wajahnya menayangkan riak bosan.

Perjalanan dari sekolah ke kawasan 'Army' mengambil masa yang agak lama. Ianya terletak berhampiran dengan hutan dan terlalu banyak simpang yang dimasuki.

Dalam perjalanan itu, mereka semua bertanyakan pelbagai macam soalan kepada Sir Remy. Keletah-keletah gadis remaja ini mencuit hati Sir Remy. Dengan tempoh perkenalan yang singkat, dia sudah merasakan bahawa mereka seperti anaknya sendiri.

Walaupun Sir Remy mempunyai kecacatan fizikal di wajahnya, hal itu sedikit pun tidak membawa apa-apa halangan bagi mereka untuk bergurau senda dengannya. Tampaknya, mereka berasa selesa dengan lelaki tua itu.

"Eyaa betul, masa Sir pergi dekat kawasan tu, isteri Sir risau sangat. Nak tahu dia suruh bawa apa? " Sir Remy yang sedang duduk di barisan hadapan van kini sibuk berceloteh tentang memorinya dengan sang isteri.

"Dia suruh Sir bawa ubat nyamuk. Nak tahu kenapa? Sebab dia kata, nyamuk lagi bahaya dari makhluk zombi tu," Sir Remy tersenyum sendirian manakala Alisa dan Erisa memandangnya pelik.

"Eh? Kenapa macam tu pula Sir? Zombi makan orang. Nyamuk pula hisap darah je," Rania berkata dan Sir Remy hanya tersenyum.

Baru sahaja Sir Remy hendak berkata, Alisa telah memintas ayatnya terlebih dahulu.

"Salah tu Rania, menurut fakta cheromology saintifik, some of mosquito such as Anopheles gambiae is currently undergoing spe-emmmphhh..wh-emphh!?" Ayat Alisa tersekat-sekat apabila Erisa menutup mulutnya secara paksa.

"Dia memang macam ni Sir, penyakit terlebih pandai," Alisa menjeling Erisa dengan tajam.

Hadi dan Ayu yang duduk di tempat belakang hanya tergelak dengan keadaan yang baru berlaku.

"Tak apa. Kamu ni saya dah anggap macam anak-anak saya," Sir Remy menghadiahkan senyuman kecil kepada mereka semua.

"Jadi kamu semua nak tahu tak kenapa isteri Sir suruh bawa ubat nyamuk?" Sir Remy bertanya kembali bila merasai keadaan agak tegang.

"Nak!" Mereka menjerit serentak membuatkan Sir Remy ketawa lucu.

"Dia suruh bawa sebab nyamuk berisiko buat kita demam denggi. Kalau Sir demam nanti isteri Sir malas nak jaga sebab dia kata Sir ni manja orangnya. Hehehe,"

Mereka semua tergelak berdekah-dekah dengan kenyataan Sir Remy. Habis riuh van itu dengan gelak tawa mereka semua.

Van kini memasuki sebuah kawasan yang tidak dijangka oleh gadis-gadis tersebut.

"Wow! Is this real?" Teriakan Alisa kini didengari satu van. Dia terlalu terkejut dan tidak sangka Sir Remy adalah orang yang berpangkat tinggi.

"Dia ni..." Rania bergumam sendirian.

"Ahli kongsi gelap.." Sambung Erisa yang turut terkejut.

"Siapa ahli kongsi gelap?" Tanya Sir Remy.

Mereka berdua kini kaku mendengar suara Sir Remy yang sudah keluar dari van. Dia membuka pintu van dan memberi senyuman yang manis. Tetapi bagi mereka, senyuman itu kelihatan seperti senyuman yang paling menakutkan.

Hadi berdehem kecil membuatkan mereka tersentak dari lamunan.

"You! Sir tipu kan!" Alisa memandang wajah Sir Remy dengan sebak. Sir Remy hanya membuat muka aneh.

"Sir ahli kongsi gelap kan? Sir pemberontak kan! Sir nak bunuh kami kan!" Suara Alisa yang agak kuat mengejutkan semua yang berada di situ.

Sir Remy ketawa kecil lalu menggamit gadis bertiga itu untuk turun.

"Mana ada saya nak bunuh kamu semua. Ini kediaman saya, masih ramai lagi yang ada dalam rumah. Marilah saya kenalkan, "

Hadi menutup pintu van setelah memastikan semua telah keluar. Daniel membawa van itu ke sudut belakang kediaman 'Army'. Dengan sekelip mata, van itu sudah hilang dari pandangan.

"Kediaman ni besar sangat. Malahan rumah besar macam ni jarang dijumpai. Even rumah saya pun separuh aje dari kediaman Sir. Kebiasaanya kediaman macam ni dimiliki oleh kaum kerabat atau ahli yang terlibat dalam kegiatan perjudian," Alisa berkata sambil memerhati kediaman Sir Remy yang kelihatan seperti rumah agam.

Silap, macam istana pun ada. Balkoni yang luas dihiasi pokok-pokok kecil di setiap penjuru. Banglo berwarna krim putih itu tampak gah di penglihatan mereka.

"Kawasan dia pun luas," Erisa menyampuk sambil memerhati sekeliling. Kawasan halaman yang cantik, diserikan lagi dengan beberapa buah gazebo di tepi kolam.

"Menara pun ada seh, apa motif buat menara ni. Dah macam penjara," Rania menunjuk menara yang sederhana tinggi tidak jauh darinya.

"Itu menara untuk pemerhati lah, mana tahu zombi datang serang. Boleh prepare, " Ayu yang dari tadi diam kini menyelit di antara perbualan mereka semua.

"Mari masuk, saya kenalkan kamu dengan isteri saya dulu. Hadi, Ayu, tolong bawa kayu-kayu ni semua kat bilik kawalan," Hadi dan Ay mengambil alatan dari Erisa dan Rania. Kemudian mereka beransur ke belakang rumah. Sir Remy menapak ke arah pintu dan membuka pintu gerbang yang besar itu. Mereka berdua terdiam kaku.

Ruang tamu itu agak mewah dengan lantai jubin yang dibuat daripada marmar. Dinding yang berwarna putih membuatkan kawasan itu kelihatan lebih besar. Terdapat lampu chandelier berada di tengah-tengah siling.

"Fuh, dia kerja apa sampai dapat beli semua ni," Erisa berbisik ke arah Alisa.

Dan Alisa turut membalas "Penari tiang,"

"Gosh so sexy hahahaha,"

Gelak tawa mereka didengari oleh Sir Remy. Terkejut mereka apabila Sir Remy menghalakan senapang ke arah mereka.

"Penari tiang? Okay well. Here's the truth. I'm a fucking mafia,"

Dan tembakan dilepaskan. Alisa memejam matanya. Tangannya digenggam erat. Serta-merta tubuhnya rebah ke lantai.

•••
END OF CHAPTER 10
Thank you for reading. Do vote or comment

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro