
Bab 1
MATANYA terpejam erat saat silauan matahari memancar terik di dada langit. Kotak milo di tangan dibawa ke wajah untuk menutupi cahaya tersebut.
"Eh bangkai, motor kau rosak lagi ke?" Ujar seorang gadis yang sedang merapikan rambut di cermin kereta. Diambil lipstick dari beg sandangnya dan dioleskan ke bibir. Senyuman kecil ditayangkan. Puas melihat wajahnya sendiri, riak sedikit.
"Haah, dekat bengkel lagi," Gadis riak itu hanya mengangguk perlahan. Dia mengeluarkan kunci kereta dari poket seluar dan merenung ke arah kembarnya yang masih berdiri sambil memegang sekotak air milo. "Tumpang aku ke apa?"
Kotak milo diturunkan ke tepi, matanya berkelip-kelip memandang kereta di hadapannya. Nafasnya ditarik perlahan. Dia mengangguk kecil dan menapak ke arah seat penumpang.
Saat mereka berdua memasuki kereta, seorang pembantu meluru ke arah kereta mereka. "Maaf cik, Dato' dan Datin pesan, mereka ada mesyuarat di syarikat Encik Yusri, jadi mereka akan tinggalkan rumah seminggu," Kata pembantu rumah tersebut. Mereka berdua cuma mengangguk perlahan.
"Guess that we have a week to enjoy ourself then," Mereka berdua tergelak kecil dan keluar dari kawasan rumah. Perjalanan dari rumah untuk ke sekolah tidak mengambil masa yang lama. Sewaktu mereka menghampiri perkarangan sekolah, kedengaran dari jauh lagi loceng telah berbunyi. Mereka memandang antara satu sama lain dan tersengih lebar.
Jam lapan tepat menandakan sudah tiba waktu perhimpunan bagi pelajar-pelajar SMT Roshelle. Kelihatan para pelajar berpusu-pusu melepasi pintu pagar besi yang besar. Ada juga sekumpulan pelajar lelaki yang menghabiskan sisa sedutan rokoknya sebelum mencecah masuk ke dalam sekolah.
Deruman kereta membuatkan para pelajar membuka ruang untuk mereka. Kereta Bmw i8 putih miliknya meluncur laju memasuki perkarangan sekolah. Setelah keretanya berhenti di tempat parkir kenderaan, mereka menuruni kereta dengan riak wajah yang selamba.
"Weh, weh tu Erisa kan? Motor dia mana weh?" Seorang pelajar menuding jari ke arah gadis yang berambut panjang. Rambutnya diikat tinggi dan tubuh langsingnya menjadi igauan pelajar yang lain.
"Eh, bukan si Alisa tu bawa kereta Porche ke minggu lepas. Naik cuti je dia tukar kereta siot," Mendengar bualan pelajar tersebut, Alisa hanya tersenyum sinis. Dia cuma memandang sipi ke arah pelajar yang melintasi mereka sambil berbisik perlahan.
"Anak orang kaya, biasalah" Tidak lari juga bisikan sebegitu menerpa ke halwa pendengaran mereka. Erisa cuma berlagak tenang, tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.
Mereka berdua berjalan beriringan ke dewan. Kesesakan pelajar langsung tidak diberi perhatian. Malah pelajar-pelajar lain memberi laluan kepada mereka. Kelebihan dari segi harta dan paras rupa membuatkan pelajar-pelajar di situ menganggap mereka sebagai idola paling celaka.
Mengapa celaka?
Disebabkan figura mereka terlalu menonjol, mereka tidak lari dari menjadi topik hangat di sekolah. Publisiti merupakan salah satu kegemaran mereka. Dilahirkan sebagai pasangan kembar yang berbeza perwatakannya, mereka menggunakan kelebihan yang ada untuk melonjakkan lagi nama mereka di mata-mata pelajar yang lain. Namun ternyata, sikap celaka tidak lari dari rutin harian mereka.
Alisa Khan, memiliki alis mata yang agak lebat serta bulu mata yang panjang. Dagunya yang runcing mempamerkan lagi raut wajah jelitanya. Rambut separas bahunya yang berwarna coklat keaslian bersinar-sinar tatkala di bawah pancaran matahari. Alisa dikenali sebagai pelajar contoh di sekolah atas kebijaksanaannya. Dirinya digilai ramai pelajar lelaki dek kerana kecantikannya ditambah dengan solekan di wajah. Namun sikap sombongnya yang kuat mempergunakan orang lain, membuatkan gadis-gadis di sekolah itu menyimpan perasaan benci kepada dirinya. Alisa memandang sekilas ke arah kembarnya yang sedang membelek iPhoneX.
Dikenali sebagai Erisa, memiliki sepasang anak mata yang sangat menikam jiwa bersertakan bibir yang menggoda namun gadis ini sering melakukan masalah di sekolah. Kemahirannya dalam bidang tinju menjadikan dia seorang jurulatih di sekolah itu. Nama Erisa Khan sering menjadi buah mulut di kalangan guru-guru SMT Roshelle kerana sikapnya yang agak nakal. Erisa kerap melakukan kesalahan disiplin sehinggakan para guru sudah lali dengan perangainya. Dikategorikan sebagai pembuli nombor satu di sekolah, dirinya digeruni oleh pelajar-pelajar junior mahupun senior.
"Hai boss—umm tak perasan tadi. Sorry, sorry—" Seorang gadis tergesa-gesa mengambil beg sandang kembar tersebut. Rambutnya sedikit kusut akibat lariannya.
Mimi, gadis kecil yang sering hadir di mana-mana sahaja kembar tersebut berada. Dilayan seperti kuli, Mimi kerap dibuli oleh pasangan kembar itu. Walaupun sebaya, mereka terus memberi arahan dan melakukan perkara-perkara terkutuk kepada Mimi. Hanya kerana Mimi merupakan anak angkat dalam keluarga mereka, gadis itu dilayan seperti anjing kurap.
"Lambat eh kau, bukan kau pergi awal ke tadi? Bas pukul 7 kan?" Soal Alisa, berpeluk tubuh.
"Sorry, pergi tandas tadi," Mimi hanya menundukkan wajah. Tidak berani untuk bersemuka. Erisa hanya mengeluh kecil, ditolaknya tubuh gadis itu lantas melepasi pintu dewan. Wajah-wajah pengajar yang berada di hadapan pentas sedikit sebanyak mempamerkan reaksi meluat kepada kembar tersebut.
"Chill la kalian, dah tak lama pun dekat sekolah bodoh ni haks. Nak jeling-jeling aku pulak si tua ni haha," Ujar Erisa sambil mengenyit mata kepada pengetua. Pantas sahaja pengetua mencebik dan menjelingnya.
Tahun ini merupakan tahun terakhir mereka di SMT Roshelle. Hanya tinggal beberapa bulan peperiksaan bertulis STPM akan diduduki oleh mereka.
"Haih, hadap jela Eris. Dua bulan je lagi," Alisa menyiku lengan kembarnya dan tergelak kecil.

KEADAAN di dalam kelas yang pada mulanya bising, kini semakin reda apabila Puan Shila memasuki kelas mereka. Dengan raut wajahnya yang tegas, Puan Shila memerhati satu persatu wajah anak muridnya. Kemudian dia menarik nafas panjang.
"Morning class, today we will learn about classic journal, so just write a three page of your own journal and i want to see it later,"
"Alah, asyik-asyik tulis jurnal je, bosan lah miss," Salah seorang pelajar berkata.
"Eh banyak mulut pula, awak ke yang mengajar sekarang ni?" Puan Shila menjeling pelajar itu dengan selamba kemudian membelek telefon bimbitnya.
Erisa mengangkat keningnya lalu tertawa sinis. Bibirnya diketap erat. Dia memandang Alisa yang mengenyit mata ke arahnya.
"Miss?" Erisa bertanya dengan nada meleret.
"What?" Puan Shila masih leka dengan telefonnya.
"Don't you think that, its very funny bila ada manusia yang gelar diri dia cikgu but she doesn't act like one, aight?" Erisa menyandar di kerusi sambil memandang Puan Shila.
"You know miss, if you nak makan gaji buta sekali pun, tak perlu susahkan orang lain. I mean, write a journal? Hello, its 2018 okay. Budak 8 tahun pun boleh buat apa," Alisa menyambung sambil tersenyum sinis. Matanya ligat memerhatikan wajah Puan Shila yang tegang.
Seluruh kelas bersorak dan mengiyakan kata-kata kembar tersebut.
"I swear kid nowadays freaking crazy," Puan Shila memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg dengan kasar dan menjeling seisi kelas.
"Hah assignment semalam mana? Hantar sekarang," Kata Puan Shila dengan bengis. Seorang demi seorang meletak dokumen mereka di atas mejanya.
"Count the file," Puan Shila menyandar di kerusi sambil membelek kukunya. Seorang pelajar mula mengira buku latihan tersebut. Senyuman sinis mula terbit di wajahnya.
"Complete miss," Dan senyuman itu mati serta-merta. Puan Shila berdehem kecil. Pelajar tadi sudah pun bergerak ke tempat duduknya.
"Hah elok pula, aku ingat ada lagi yang pemalas dalam kelas ni, boleh aku halau je tak payah nak mengajar orang macam tu, kan Erisa?" Soal Puan Shila. Matanya tajam menikam anak mata gadis itu.
"Seems like everyone here interested in learning rather than watching their teacher chatting with her boyf—" Kata Erisa dipotong dengan jerkahan Puan Shila.
"Good, we'll start the class,"
Erisa tahu akan rahsia guru itu. Walaupun sudah bersuami dan beranak dua, wanita itu masih liar di waktu malam. Baginya, gosip sebegitu tidak menarik kecuali Puan Shila benar-benar mencari masalah dengannya.
Alisa menoleh ke arah Mimi, sungguh senang jika mempunyai kuli sepertinya. Kerja khusus yang diberi hanya perlu dicampak kepada gadis itu. Asalkan duit diberi, kerja juga berjalan lancar. Apa yang mereka perlu buat hanyalah bersandar di kerusi dan menikmati kehidupan.
Kelebihan dilahirkan sebagai pasangan kembar yang bijak juga cukup sekadar mendengar dan membaca tanpa melakukan apa-apa latihan. Kelulusan cemerlang mereka di setiap semester sangat dicemburui oleh pelajar lain. Mendapat pointer tinggi juga merupakan satu anugerah yang sangat ajaib buat mereka.
Yes darling. I know it's not fair.
"Okay class, complete the work. In our next session i want it to be done, thank you," Kata Puan Shila seraya beransur keluar dari kelas. Namun separuh jalan dia berhenti dan menoleh semula.
"Oh and to both of you," Puan Shila menuding jari ke arah Erisa dan Alisa. "Buat kerja biar hasil titik peluh sendiri okay girls. Nowadays, i asyik terima benda yang sama. Just saying, I dont want my student jadi bengap sampai ke tua kalau asyik meniru hasil kerja orang lain. Okay then, see you later," Puan Shila meninggalkan kelas dengan teruja.
Rata-rata pelajar berbisik antara satu sama lain. Mulut Alisa terbuka luas, matanya membulat. Segera dijeling ke arah Mimi yang tergopoh-gapah mengemas alatannya dan keluar dari kelas.
"Patut diajar budak Mimi ni, macam mana si gedik tu boleh tahu! Ini mesti dia sengaja! Shit!" Alisa menghentak meja. Kesemuanya sedikit tersentak.
"Apa pandang-pandang ? Dah habis kelas kan ? Tak tahu nak berambus ke ?" Teriak Alisa semula, menjeling para pelajar yang masih memerhati mereka.
Erisa cuma merenung meja, dia mengeluh perlahan dan mengeluarkan gula-gula getah dari poketnya. "Big mistake miss, very big," Erisa mengambil begnya dan memaut bahu Alisa yang sedang dilanda amuk.
Mereka bergerak keluar dari kelas untuk meletakkan buku di dalam loker, kemudian mengambil buku untuk subjek yang seterusnya.
Alisa membuka pintu lokernya dengan kasar. Sempat dia menilik wajahnya pada cermin di tepi lokernya. Dia menggumam sendirian sambil merapikan solekannya.
"Eh Al, Eris!" Seorang pelajar kelas ekonomi menyapa dari belakang. Erisa tersenyum dan melambai ke arahnya.
"Hai Rania," Ujar Alisa perlahan di sebalik loker. Rania memaut bahu Alisa dan mengusik rambut gadis itu.
"Hey, janganlah. Ish, rosaklah rambut!" Teriak gadis itu. Rania cuma tergelak kecil. "Hey, korang free tak? Lepak kafeteria jom?" Soalnya.
"Aku ada kelas ni kejap lagi. Kau ponteng kelas eh? Kau jangan, kau nak SPM kan?" Alisa berkata sambil melihat wajah Rania di dalam cermin.
"Hehe, sekali sekala kan," Rania tersengih sambil menepuk lengan Alisa yang sedang mengoles gincu.
Erisa tergelak "Hey aku gerak kelas dulu okay," Erisa menepuk bahu Rania dan mengundur diri terlebih dahulu meninggalkan mereka. Rania cuma melambai dari jauh sambil tersengih.
"Oh Al, ini orang lupa nak bagi, Shah bagi tadi," Rania menghulurkan sehelai kertas yang dilipat-lipat kecil.
"Thanks," Alisa tersenyum sambil menyimpan kertas itu ke dalam poket. "Dia ada buat hal lagi tak?"
"Ahaha taklah, dia cuma pecahkan pasu kelas je. Tahu-tahu jela perangai dia kan," Ujar Rania sambil tergelak.
"Eh okaylah, orang nak pergi tandas ni. Takut terserempak cikgu orang, mati gak ni kang," Ujar Rania lalu segera beredar ke tandas. Tangannya dilambai dari jauh.
"Haih, tak sia-sia kau jadi spy aku Rania," Alisa menggeleng kepala. Tujuan dia mendekati gadis itu cuma kerana keluarga mereka merupakan rakan perkongsian syarikat ayahnya dan tidak lupa juga bahawa Rania menduduki kelas yang sama dengan Shah, teman lelakinya sejak dia ditingkatan empat.
Alisa membuka surat itu dengan pantas. Bibirnya tersenyum lebar setelah membaca isi kandungan kertas tersebut.
"Elelelele ingat sweet la tu," Alisa ketawa kecil lalu menyimpan semula kertas itu. Dia mengejar Erisa yang semakin jauh. Langkahnya dilajukan secepat yang mungkin.
"Eris, weh weh!" Alisa menarik baju Erisa dari belakang.
"Apedia,"
"Eh weh kau nampak si Mimi tu tak?" Tanya Alisa.
"Hmmm aku rasa budak tu—" Belum sempat Erisa menghabiskan ayatnya, dia terpandang seorang gadis yang berjalan laju menunduk ke bawah tanpa memandang kiri dan kanan.
"Tu kan," Erisa berkata.
"Hoi Mimi!" Jerit Alisa dari jauh. Akibat jeritan itu, buku-buku yang dipegang oleh Mimi bertaburan jatuh di atas lantai.
"Ooooh kau nak lari eh?" Ujar Alisa sambil bercekak pinggang di hadapan gadis itu.
"Tak..tak Mimi tak lari pun. Mimi—" Tiba-tiba Mimi ditolak oleh Alisa sehingga terjatuh. Erisa mencangkung untuk mengutip buku-buku yang bertaburan itu. Dia tersenyum sinis sambil merenung anak mata Mimi yang ketakutan.
"You know, sekelip mata aku boleh buang kau dari rumah aku tau. Kau suka jadi anak yatim? Merempat tepi jalan?" Ujar Erisa, mendapat gelengan dari Mimi. Mata gadis itu terpejam erat.
"Kalau bukan disebabkan bapak aku yang selamatkan kau, kau ingat kau dapat hidup ke ha! Dasar tak sedar diri, kau fikir kau dapat hidup senang ke lepas apa yang keluarga kau dah buat deka—?" Erisa menahan kembarnya dari meneruskan ayat itu. Dia menggeleng kepala ke arah Alisa dan menghadap Mimi dengan wajah yang dingin.
"Mi, kau dah puas hidup ke?" Mimi mendongak, merenung dengan penuh ketakutan ke arah Erisa. Dia menggeleng laju. Serta merta dia mengangkat tangan meminta maaf kepada kembar itu. Teresak-esak gadis itu menangis, namun mereka cuma tergelak menyaksikan raungan gadis itu.
"Haih, kau ni memang betul menyusahkan tau," Ujar Erisa sambil membuat belon menggunakan gula-gula getahnya.
Mata Mimi semakin sembab. Rambutnya menutupi separuh wajahnya. Tangannya terketar-ketar di sisi.
"Because of this, you need to do something for us, can you?" Ujar Erisa sekali lagi. Alisa cuma mengerutkan dahinya memerhati mereka berdua.
Mimi mendiamkan diri sambil mengangguk perlahan. Erisa mengeluarkan sebuah plastik kecil yang mengandungi pil. Mimi memandang Erisa yang tersenyum sinis dan mengambil plastik tersebut.
"Kau kenal Cikgu Shila kan?" Dahi Mimi berkerut mendengar nama guru English itu. Mimi mengangguk setelah Erisa menghulurkan pil itu kepada Mimi.
"Eh kejap, apa benda tu Eris?" Soal Alisa sambil menahan tangan Erisa. Matanya dikerdipkan beberapa kali. Erisa membongkok ke arah Alisa dan membisikkan sesuatu sehingga gadis itu tersenyum lebar.
"Listen carefully darling, this one is a pretty hard mission," Alisa memandang Erisa dan mereka berdua memberikan senyuman sinis. Segalanya bakal disaksikan tidak lama lagi.
HABIS sahaja kelas di sesi petang, mereka berdua beransur pulang ke rumah dan berehat. Ketukan di pintu bilik membuatkan Alisa terhenti dari menukar pakaian. Dengan langkah yang malas dia mengaturkan langkahnya ke pintu dan membukanya luas.
"Yes my dear sister? What can I help you?" Alisa bertanya. Kepalanya disandar di tepi pintu. Wajahnya ditepek dengan bedak sejuk.
"Malam ni, on tak on?" Erisa menjongket keningnya, menanti jawapan Alisa.
"Of course, just let me sleep for now okay? Shuh," Alisa menolak tubuh Erisa dan menutup pintu biliknya kasar. Dia melompat ke atas katil sambil memasang lagu kegemarannya. Dibiarkan Erisa yang termangu sendirian di luar bilik.
"Mmhkay, I need to get my baby back" Ujar Erisa sambil menuruni tangga. Dia mendail nombor seseorang.
"Hello Lan, motor aku dah siap tak?"
USAI malam menjelma, mereka bersiap-siap untuk keluar. Alisa mengenakan t-shirt putih bersarungkan kemeja pink yang diikat hujungnya di bahagian pinggang. Tight jeans putih menjadi pilihannya malam ini digayakan dengan high heels yang berkilat. Erisa cuma memutarkan matanya melihat gaya Alisa yang melampau.
"Kita bukan nak pergi berjalan mana pun Al, pergi tukar kasut lah," Ujar Erisa sambil membalas WhatsApp rakannya. Alisa tergelak sinis, "Okay lah ni, dari kau pakai macam tak ada style langsung,"
Alisa mencemik melihat pakaian kembarnya yang hanya berseluar jeans dan hoodie biru. Rambutnya dibiar lepas.
"Kita nak pergi arcade je bodo, pergi tukar kasut kau sekarang," Alisa mendengus kasar dan kembali ke biliknya semula. Dihentak kasut tumitnya seperti menghentak acara di kawad kaki.
Deringan telefon yang nyaring membuat Erisa pantas menjawab panggilan tersebut namun tidak sampai beberapa saat deringan itu mati. Nombor yang tidak dikenali tertera di skrin. Erisa mengerutkan dahi.
"Ni okay tak?" Ujar Alisa dari biliknya, menayangkan kasut sarungnya yang dihiasi bow kecil. Deringan kali kedua membuatkan Erisa panas hati.Terus sahaja dia menjawab tanpa melihat pemanggil di skrin.
"Hoi kau memang suka main telefon ke? Mak ayah ajar tak macam mana nak pakai?" Soal Erisa menggerutu.
"Erisa?" Suara dari pemanggil itu sangat dikenali. Erisa melihat skrin, segera dihulur kepada Alisa. Wajahnya berubah sekelip mata. Keluhan dapat didengari sewaktu Erisa melabuhkan diri di sofa.
"Hello papa? Yaa Alisa ni. Errmm—Erisa pergi tandas. Hmm. Oh, ya ya. Okay paa. Iye nanti Alisa bagitahu dia. Okay, thanks. Okay. Yaa, okay. Hmm ya. Oh, haa okay bye. Love you too," Akhiri Alisa lantas mematikan panggilan.
"Kenapa?" Tanya Erisa.
"Papa dah masukkan duit dekat akaun kita,"
"Kay, and?"
"Papa kata take care selama dia dengan mama tak ada seminggu ni. Jaga diri, jaga rumah. Pergi sekolah, jaga makan and jangan lu—"
"Dah jom gerak, dah lewat," Pintas Erisa sambil mencapai telefonnya di tangan Alisa. Kunci motor di poket segera dikeluarkan. Alisa hanya menggeleng kepala dan turut mengekorinya.
Alisa menapak ke garaj dan menghidupkan enjin kereta. Dilihatnya Erisa menyarung sarung tangan dan jaket kulitnya. Dia mengenyit mata ke arah Alisa sebelum memakai helmet. Alisa hanya menjeling dan membetulkan reben di kepalanya. Tanpa membuang masa, mereka segera ke tempat yang dituju.
Sedang Rania dan beberapa orang gadis berbual-bual di tepi kenderaan masing-masing, perbualan mereka terhenti saat sebuah kereta Bmw i8 memasuki ruang meletak kenderaan.
Alisa membetulkan rambutnya dan membuka pintu kereta. "Hai geng," Sapa Alisa membuatkan mereka mengangguk.
"Mana Erisa?" Tanya gadis yang bernama Sofea.
"Dia naik motor dia, kejap lagi sa—ah ha tu dia," Alisa menunjuk ke arah Erisa yang menghampiri mereka.
Setelah mematikan enjin, Erisa membuka helmetnya dan membetulkan rambut yang sedikit kusut. Rambutnya yang dibiar lepas itu kini disanggul tinggi.
"Wuih, baru servis ke wak," Pertanyaan Rania dibalas dengan anggukan kecil.
"Nice, Ducati eh?" Soal seorang gadis di sebelah Rania.
"Yes, new release,"
"Mahal ni kan?" Adu gadis itu sambil mengusap kepala motor itu.
"Tak adalah mahal sangat. Satu ratus juta je," Balas Erisa selamba. Dia membelek iPhoneX miliknya dan membalas komen-komen di Instagram miliknya.
"Oooookay then, so apa lagi? Semua dah ada kan?" Pintas Sofea.
"Jom ah gerak. Tangan dah kebas ni, dah lama tak main," Seru Rania.
"Paintball Arcade, here we go!" Jerit Sofea dan lain-lain. Mereka terus menuju ke pintu masuk Royal Clan.
PISTOL di tangan digenggam erat. Alisa menyembunyikan dirinya di belakang tong yang agak besar. Degupan jantungnya dapat didengari akibat kawasan pertempuran yang agak sunyi.
Peluh mula menitik membasahi bajunya. Alisa memberanikan diri untuk meninjau keadaan sekeliling.
"Hai," Satu teguran dari belakang membekukan tubuh Alisa.
Perlahan-lahan dia memusingkan tubuhnya. Kelihatan Sofea sedang mengacukan pistol ke arahnya.
"Tata see you later," Sebelum picu ditarik, kedengaran bunyi tembakan dilepaskan dari belakang Sofea. Cat berwarna merah memenuhi belakang Sofea.
"Hai kembali," Kata Erisa sambil mengangkat pistolnya ke bahu. Alisa ketawa melihat wajah muram Sofea.
"Aku dah dapat bendera!" Laung rakan sepasukan mereka dari atas menara yang sederhana tinggi.
Alisa dan Erisa melompat kegirangan apabila pasukan mereka memenangi perlawanan itu. Alisa menepuk bahu Sofea dan melepaskan tembakan ke arah perut gadis itu. Habis kotor jaket gadis itu dipenuhi cat.
"Whaat the hell—ALISAAA!!!!!"
Mereka berkejar-kejaran sambil bergelak tawa. Alisa meletakkan pistol di atas para dan membaling topinya ke arah Sofea. Erisa di tepi sudut hanya merakam aksi mereka dan memuat naik gambar-gambar mereka di laman sosial. Tidak sampai seminit, gambar mereka telah mendapat satu ribu like.
Usai mereka melepaskan gian bermain Paintball, mereka singgah di sebuah restoran untuk mengisi perut yang kosong.
Gelagat-gelagat lucu rakannya berjaya membuatkan tawa mereka didengari oleh para pelanggan yang lain. Pelanggan itu memandang sinis ke arah remaja-remaja tersebut. Namun mereka tidak menghiraukan pandangan sinis itu lantas menikmati hidangan dengan sisa gelak tawa yang masih ada. Masing-masing tergelak mengimbas semula kejadian semasa di Paintball tadi.
"Yang orang pelik, masa kita main tadi tak rosak. Tapi bila kumpulan seterusnya masuk habis jahanam!" Galak Rania bercerita.
"Adalah tu yang rosak," Balas Alisa.
"Biarlah, yang penting kita dah lepas," Ujar Erisa pula. Dia menyuap daging steak ke dalam mulutnya. Dikunyah perlahan sambil melihat suasana sekeliling.
Tampak jelas raut kegembiraan di wajah Erisa dan Alisa. Beginilah aktiviti harian mereka. Meluangkan masa bersama-sama dan bergelak tawa. Wajah mereka sering dihiasi senyuman apabila bersama. Bagi mereka, asalkan mereka bersama semuanya pasti mudah dilakukan.
Berita yang terpapar di skrin televisyen langsung tidak diendahkan oleh mereka sedangkan ramai pelanggan sudah mula berbisik sama sendiri. Gambaran-gambaran risiko kejadian buruk akan berlaku sedang terpapar di skrin kaca tersebut. Namun remaja-remaja itu langsung tidak mempedulikannya. Terus sahaja mereka menikmati hidangan yang lazat dan bergelak tawa. Tanpa mereka sedar, mereka bakal kehilangan semua itu satu persatu.
•••
END OF CHAPTER 1
❝Thank you for reading. Do vote and comment❞
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro