Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Lari

LARI

Raufah berjingkit-jingkit melangkah, mengintai luar rumah. Tiada orang. Gadis menginjak umur 19 tahun itu berpaling kebelakang, memberi isyarat kepada adik-adiknya untuk ikut sekali.

Raiqa, si cilik berusia enam tahun terkedek-kedek mendekati kakak sulungnya. Diikuti oleh Raisya, gadis kecil molek berumur 16 tahun, dan Rania, 14 tahun, paling tinggi di antara adik beradiknya kini. Rania menjinjit seplastik beg penuh makanan ringan.

Mereka ketawa berdekit-dekit, membuka pintu rumah perlahan.Raufah, si kakak sulung menghampiri kereta si ayah. Dia menekan punat buka kunci. Mereka berempat masuk. Pintu kereta di tutup.

"Kak Fa belajar mana bawa kereta?" Si cilik Raiqa memecahkan kesunyian.

"Dengan kawan kak Fa di sekolah. Ish. Jangan banyak tanya boleh tak Iqa? Kak Fa suruh keluar baru tau." Rania menjawab, mengusik. Raiqa menarik muncung panjang. Raufah ketawa mengekeh.

"Kau orang dah pakai tali pinggang keledar belum? Cepat pakai sekarang." Bebel si Raisya.
Adik-adiknya yang duduk di tempat duduk belakang menurut. Raufah melihat sekilas di belakang, memastikan adik-adiknya sudah memakai tali pinggang keledar.

Gadis itu menghela nafas, memegang erat tombol gear. Dia mengintai cermin pandang belakang, yang pantulannya - memantulkan pintu pagar yang terbuka luas untuk mereka.
Gear ditarik ke tempat yang dikehendaki.
Kereta Honda Accord merah itu mengundur, senyap. Stereng dikilas cermat, dan kereta itu meluncur laju. Keluar dari perkarangan rumah itu.

"Wahhhh!" Jerit Raiqa teruja.

"Hebatnya Kak Fa!" Sambungnya lagi. Anak rambutnya mengurai menutupi mata, lantas diselak oleh Rania. Gadis berumur 14 tahun itu merehatkan telapak tangannya sebentar di kepala adik bongsunya itu.

"Kan dah cakap. Kak Fa tahu bawa. Setakat kereta auto ayah ni, senang je." Ujar Raufah. Raisya membuat muka mahu muntah. Raiqa tertawa mengekeh melihat kakak-kakaknya.

"Siapa nak jajan? Aku nak buka ni." Ujar Rania.

"Nak! Iqa nak. Iqa nak pilih dahulu." Raiqa melonjak-lonjak dari kerusinya.

"Eh duduk diam-diam boleh tak? Gedik. Nah." Rania menghulurkan plastik berisi makanan ringan. Teruja, kanak-kanak itu memilih snek kegemarannya.

"Kita nak ke mana ni, Kak Fa?" Tanya Raisya. Raufah terdiam.

"Pantai. Kau orang nak ke pantai kan?" Ujar Raufah.

"Wah! Pantai! Nak! Nak pergi pantai!" Jerit Raiqa gembira. Rania mencubit manja adiknya.

"Gedik!" Ujar Rania, mengusik.

Rania tertawa. Mulutnya penuh dengan makanan ringan. Tidak lama kemudian, mereka sampai di tepi pantai. Ombak bergulung dasyat, laut berwarna biru gelap - menandakan ribut kian mendekati.

"Wahh. Pantai." Bisik Raiqa. Raufah menurunkan cermin kereta. Membenarkan adik-adiknya menghirup udara segar pantai.

Suasana diam seketika. Raufah memandu perlahan, jalan di tepi pantai itu sunyi. Tiada kereta lain, selain mereka.

"Ayah tak pernah bawa kita ke pantai." Ujar si kecil Raiqa, memecahkan kesunyian. Kakak-kakaknya terdiam.

"Pernah sekali, masa Iqa kecik." Kata Rania. Raiqa berpaling mengadap kakaknya.

"Kak Nia ada sekali masa tu?" Tanya Raiqa. Rania tersenyum, mengangguk.

"Ada. Semua ada. Mama ada. Kak Sya. Kak Fa. Kak Nia. Tapi Iqa kecik lagi. masa tu Iqa dalam perut mama." Ujar Raufah.

"Oh." Raiqa memuncungkan mulut. "Masa tu ayah kak Sya, kak Fa, Kak Nia ada lagi?" Tanya Raiqa. Kakak-kakaknya berpandangan.

"Mana Raiqa tahu?" Tanya Raufah. Rania terdiam seketika, mengutis-ngutis plastik makanan ringannya.

"Ayah cakap."

"Bila ayah cakap?" Rania menunduk.

"Dalam bilik ayah semalam." Ujar Rania perlahan.

"Celaka." Raufah berbisik. Raisya menekup muka. Rania menghela nafas.

"Iqa, Iqa tetap adik kak Fa. Kak Sya, Kak Nia semua sayang Iqa." Pujuk Raufah.

"Iqa tahu." Raiqa tersenyum. "Bila masa Iqa masuk bilik ayah?" Tanya Rania.

"Semalam, masa tu mama belum balik kerja lagi. Semalam kan mama kerja malam. Masa tu ka Fa kak Sya kak Nia, semua dah tidur." Cerita Iqa. Ketiga-tiga gadis itu menahan nafas.

"Apa ayah buat kat Iqa?" Tanya Raufah, menyembunyikan getar dalam suaranya.
Raiqa terdiam. Gadis kecil itu merenung luar jendela kereta.

"Sama macam apa dia buat kat kak Fa hari tu, yang dia suruh Iqa tengok." Ujar Raiqa perlahan.

"Celaka!" Raufah melaung, menumbuk stering. Air mata Raisya jatuh. Rania merangkul bahu adiknya erat.

"Yang aku tak faham," Ujar Raisya dalam sebak air mata, "Kenapa mama tak nak percaya?" Sambung Raisya lagi.

"Dari awal dia kahwin dengan jantan tak guna tu aku dah cuba bagitahu mama. Mama tak dengar. Mama tak percaya." Ujar Raufah penuh benci.

"Mama kata aku saja reka-reka cerita." Kata Raisya dalam tangisan.

"Itu okaylah. Mama kata aku perempuan jalang. Yang aku mengandung sebelum ni buatan lelaki lain." Ujar Rania bersahaja.

"Mama paksa kau cuci, kan?" Tanya Raufah. Rania mengangguk. "Masa tu baru empat bulan. Kau?" tanya Rania.

"Aku tak tahu. Dia jatuh sendiri lepas aku masuk lumba lari awal tahun ni." Raufah menghela nafas.

"Kak Fa dah lama tak pergi sekolah, kan?" Ujar Raiqa.

"Ya. Kak Fa pergi sekolah pun sama dik. Sebab kak Fa pernah mengandung, lelaki lain selalu sentuh-sentuh kak Fa. Sebab dia ingat kak Fa murah." Cerita Rania.

"Murah?" Raiqa mendongak memandang kakaknya. Rania cuma diam tak menjawab.

"Kau, Raisya?" Tanya Raufah. Raisya mengelap air mata. "Tak perlu kau tanya Fa. Dia selalu paksa kau tengok apa dia buat pada aku." Raisya menggeletar. Raufah mengetap bibir.

"Kau tak pernah bercerita kat cikgu ke, Fa?" Tanya Raisya. Raufah mendengus.

"Ayah kita kan pengerusi PIBG sekolah aku. Sekolah kau orang juga. Aku cerita pun, dia tak percaya. Ingat tak masa pengetua telefon mama hari tu? Sebab aku bercerita kat guru kaunseling la." Ujar Raufah penuh benci.

"Teruk kau kena pukul dengan mama, Fah." Rania berkata kasihan. Raufah mengangkat bahu. Mereka sampai ke penghujung jalan pantai. Seterusnya adalah tasik yang menghubungkan laut dan sungai. Raufah memusingkan kereta, mahu melalui jalan pantai sekali lagi.

Telefon bimbit Raufah berbunyi.

"Cuba kau lihat, siapa tu." Ujar Raufah kepada Raisya. Raisya mencapai telefon bimbit Raufah.

"Mesej Whatsapp, Fah." Ujar Raisya.

"Bacalah." Raufah berkata ringkas.
Raisya membelek telefon bimbit kakaknya, dan dia tergamam. Berpuluh nombor, menghantar mesej lucah.

"Noty u kan? Berapa u byr satu malam?"

"Woi betina. Ko gatal b**t sangat dah ke smpai ko tackle laki aku? Apa laki aku hantar kat ko ni?"

"Phonesex jom"

"Ringan2 nak?"

"Baby videocall plz. Plz..."

Raisya terpana. Raufah cuma diam.

"Kenapa kau tak block nombor-nombor tu, Fa?" Tanya Rania yang membaca dari balik bahu Raisya. Raiqa sedang membuka plastik makanan ringan keduanya, tidak ambil kisah akan perbualan kakak-kakaknya.
Raufah mengangkat bahu.

"Aku rasa kerja lelaki tu. Lepas aku mengadu kat guru kaunseling, terus jadi macam ni." Ujar Raufah. Rania tersandar.

"Dia rakam video kau, kan Fa?" Tanya Rania perlahan. Raisya mengangguk.

"Sebab tu aku rasa," Jawab Raisya.
Raisya menghela nafas, "Tak ada orang percayakan kita, Fa," Ujarnya.

"Dunia ni dah bencikan kita." Rania berkata, memandang luar tingkap kereta kosong.

"Ya. Aku tahu. Sebab tu aku ajak kau lari." Ujar Raufah. "Iqa." Raufah memanggil adik bongsunya.

"Betul Iqa nak ikut kakak ni?" Tanya Raufah.

"Em!" Raiqa mengangguk, tersenyum.
"Kalau Iqa ikut kami, Iqa tak dapat balik dah.

Tahu?" Rania berkata, memandang dalam adik bongsunya. Raiqa tersenyum, menunduk.

"Iqa faham." Ujar kanak-kanak itu.
Raufah menghela nafas.

"Baiklah." Ujarnya.

"Dah sedia?" Dia bertanya.

Adik-adiknya mengangguk.

Tali pinggang keledar di buka. Bermula dengan Raufah, diikuti Raisya, dan Rania. Kemudian, si kecil Raiqa - turut membuka tali pinggang keledar, dengan riak wajahnya yang tersenyum kecil, membuatkan kanak-kanak itu kelihatan berkali ganda lebih tua dari usia sebenar.
Raufah mencapai tangan Raisya. Rania merangkul Raiqa, yang memeluk kakaknya kembali.

"Kak Fa sayang adik-adik kak Fa." Ujar Raufah, penuh perasaan. Adik-adiknya diam, memulangkan kembali perasaan sayang itu dalam suasana hening.

Raufah menekan minyak. Memandang ke hadapan kosong dengan air mata berlinangan. Kereta Honda Accord merah meluncur, semakin laju, mengaum bersama ombak yang mengganas.

**********************************************

"....TERENGGANU: Pemandu dan tiga penumpang kereta jenis Honda Accord rentung selepas kenderaan itu terbakar dalam kemalangan di jalan Pantai Teluk Lipat, Dungun hari ini. Pemandu dan penumpang yang dipercayai sekeluarga itu telah...."

"... TERENGGANU: "Saya bersalah kerana tidak percayakan mereka. Mereka ada memberitahu saya mengenai perlakuan ayah mereka, tetapi saya enggan percaya. Saya bersalah. Saya bersalah."

Itulah luahan ibu kepada empat adik beradik, Raufah, 19 tahun, Raisya, 16 tahun, Rania, 14 tahun, dan adik bongsu mereka, Raiqa, 9 tahun, yang saling berpakat membunuh diri dalam nahas jalan raya baru-baru ini kerana....."

EPILOG

Lelaki itu mengerekot di lantai penjara, memeluk lutut. Mulutnya terkumat-kamit akan sesuatu. Mukanya calar-balar, kesan cakaran yang dibuat dirinya sendiri.

Dia bangun. Mengheret kakinya berjalan sekeliling penjara.
Mulutnya masih terkumat-kamit akan sesuatu.

"maafmaafmaafmaafmaafmaafmaafmaafmaafmaaf..."

Lelaki separuh abad itu tiba-tiba menangis. Dia menggeleng-geleng. Umpama enggan berbuat sesuatu.

Dia menghampiri dinding penjara.

"maafmaafmaafmaafmaafmaafmaafmaafmaafmaafmaaf"

Dia menghantuk kepalanya. Sekuat mungkin. Dihantuk lagi. Lagi. Lelaki itu kemudiannya menjerit, meraung sekuat hati.
Tiga bayangan anak gadis, bersama seorang kanak-kanak perempuan memerhatinya tajam. Bergentayangan didalam sel penjara.

"Hantuk kepala ayah. Buatlah, ayah."

Dia terdengar satu bisikan. Dia mengikut. Kepalanya dihantuk kuat.

"Ayah, cakar muka. Cakar muka." Bisikan lain pula.

Dia menurut. Mukanya dicakar-cakar dalam sayu tangisannya.

"Ayah, gigit lidah. Cepat. Gigit."

Terdengar arahan lain pula. Dia menurut. Semua yang disuruh, dia menurut. Hinggalah pengawal penjara menariknya dari dinding penjara.

"Sayang ayah. Sayang sangat-sangat..."

Suara-suara itu bersatu.
Lelaki itu teresak-esak di lantai penjara, mukanya diselaputi hingus dan darah.

TAMAT

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: