Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

LQ - 1

Tok!! Tok!! Tok!!

"Reen!! Dah bangun ke belum tuu?? Bangun cepat, nanti lewat pula!! Jangan nak mengada-ngada nak sambung tidur lagi!!" Teriak Datin Lianawati iaitu ibu tersayang aku yang berada di luar bilik tidur.

"Wuargh!! Okey ma... Reen dah bangun nie!! Jangan lah ketuk pintu macam tuu, macam nak tercabut dah oleh mama tu..." Sambil aku membebel di hujung ayat dan merengangkan badan, aku menoleh jam yang berada di sebalah katil aku. Pejam celik pejam celik mata aku sebab belum buka sepenuhnya.

Dan....

"Whaaat?! Ma!! Kenapa tak bangunkan Reen dari tadi lagi? Dah lewat nie, mati lah aku." Kelang kabut aku belari ke bilik air sebab dah pukul 6.55 pagi. Dah lah pagi nie pukul 8 tuu aku ada temuduga, mana tak nya aku kelang kabut. Nasib lah aku dah solat subuh kalau tak confirm makin tak tentu arah.

Datin Lianawati yang berada di luar hanya menggelengkan kepala dan terus turun dari tingkat 2 dan terus menuju ke dapur. Dari tadi dah dia mengetuk pintu anaknya itu tapi... Hampehh!! Tak ada respon dari anaknya dan anaknya suruh bagi 5 minit. Last-last jadi macam tulah. Bukan dia tak tahu yang anaknya tidur lewat semalam di sebabkan menonton tv. Dah cakap jangan tidur lewat, tapi degil. Tengah sibuk dia membebel...

"Dah lah tuu Lia, jom makan dulu. Syaa dan abang dah tunggu nie dari tadi. Biar laa si Reen tuu, nanti adalah dia turun tuu." Dato Qayyum memberhentikan apa yang di bisingkan oleh isterinya dari tadi.

Manakala anaknya yang bongsu hanya mendiam diri dan menggelengkan kepala. Bukan dia tak tahu bila mamanya dah berleter, sampai esok pun belum tentu habis lagi. So, lebih baik di hentikan. Satu lagi kakaknya yang seorang nie, dah tahu mama macam tuu. Hmm... malas nak cakap macam mana.

Sedang diaorang makan sarapan pagi... Datang lah Lara Qaireen dengan selambanya dia duduk sebelah adiknya dan merampas garfu dan terus ngap!! HAHAHA!! Aku tak peduli pun yang diaorang tengah pandang aku.

"Angah!!!" Geram dia melihat muka kakaknya yang langsung tak ada rasa bersalah. Huh!!

Selepas selesai ngap mee goreng yang mama masak iaitu dari piring Syaa, baru lah aku menyapa kepada dua orang tua ku. "Morning mama papa..." Hanya sengihan saja yang mampu aku berikan kepada mereka.

"Bila lah Reen nak berubah, dah macam budak - budak mama tengok. Sepatutnya umur macam Reen nie dah matang dah dan dah boleh dah jadi mak budak, nie tak and bla bla bla bla" dah datang dah perangai mama yang suka berleter tapi aku buat tak dengar jeee. Sambil tuu aku meminum minuman panas yang dah kena sediakan itu sedikit demi sedikit. Yelah dah nama pun panas, takkan terus minum kut.

Setelah selesai sarapan, aku melihat jam di pergelangan tangan aku. Dah pukul 7.30. So, got to go now sebelum bertambah lewat aku nak sampai sana. Walaupun company tu tak jauh lah sangat, kira-kira 20 minit macam tulah baru sampai and sebelum bertambah panjang lagi apa yang mama cakap.

"Okey okey... Dah lah tuu maa nak berleter sekalipun, cuba tengok muka papa sama Syaa tuu. Dah lain macam Reen tengok." Hahahaha... Kesian aku melihat mereka berdua yang terpaksa mendengar sekali leteran mama di pagi hari.

"Huh... Jangan nak pandai - pandai bawa nama papa dan Syaa, mama tau yang Reen nak mengelak dari mama." Sambil itu mama menjeling aku.

Papa dan Syaa hanya mampu menggelengkan kepala bermaksud tak ada tanda - tanda nak tolong aku. Hmm... Sabar jee lah.

Aku terus berdiri dan ingin meminta izin kepada meraka yang aku ingin bertolak dah.

"Ma Pa... Reen dah nak gerak nie, nanti lewat pula sampai sana." Dan aku terus menyalam tangan mereka berdua dan mencium pipi mereka seperti biasa. Tidak kurang juga, aku buat dekat Syaa tapi dia lah yang cium tangan aku takkan aku pula, dah nama pun dia yang adik.

"Kan papa dah kata sebelum nie kerja jee dekat company papa tapi Reen still juga tak mau." Dato Qayyum pun tak tahu apa yang anak dia inginkan. Tapi Dato Qayyum tahu jawapan anaknya akan kekal sama iaitu...

"Tak nak lah paa, Reen nak cari pengelaman and cuba berdikari dulu. Nanti bila Reen dah bersedia baru lah Reen kerja dekat company papa." Entah malas nak cakap macam mana lagi.

Selepas saja aku berkata macam tuu, aku memberi salam kepada mereka dan aku terus beredar keluar dan menuju ke kereta aku iaitu Myvi yang berwarna pink. Why Myvi aku pilih?? Walaupun banyak lagi kereta yang ada berada di garage and banyak lagi yang canggih seperti Ferrari, Audi Lemborghini. Bukan riak okey. Cuma nak bagitahu infomarsi lebih jee. Nanti lah aku cerita. Nanti makin lewat pula sampainya. Dengan baca bismillah, kereta aku pun mula keluar dari rumah 2 tingkat itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro