Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 14

DHINAH buat surat rayuan dan dia terus pergi jumpa Managing Director kilang. Dhinah guna juga Kesatuan Sekerja. Hari tu juga Encik Ahmad kena panggil dengan orang-orang besar syarikat. Akhirnya Dhinah menang. Dhinah kekal di bahagian kami.

"Jangan main-main dengan aku. Baru orang tua tu tau langit tinggi ke rendah." Angkuh sungguh Dhinah berkata-kata.

"Itu aku tak petik aje nama orang tu. Kalau aku petik gerenti dua puluh empat jam kena transfer. Baru padan dengan muka."

Nama orang tu nama akulah. Siapa lagi kalau bukan aku. Tapi aku tak kesah pun.

"Kalau aku kena transfer, aku pergi aje. Tak pasal aku nak merayu bagai jumpa MD la. Jumpa orang Kesatuan la. Dah kalau orang tak nak, maknanya orang tak suka. Baik blah aje." Aku pula menyindir.

"Sokong. Aku pun sama. Kalau aku kena transfer, aku okey aje. Aku pun takkan merayu. Buat malu nak merayu bagai. Nampak nau diri tak berapa nak berkualiti bila nama sudah terpilih." Nazri menokok. Seronok ni. Ada geng.

"Hah, kalau nak kena transfer, berhambus ajelah."

"Masalahnya kami semua masih diperlukan di sini. Maknanya kerja kami lebih bagus berbanding kau. Kau sedar diri sikit, Dhinah. Bukan maknanya kau berjaya ubah keputusan kau hebat. Pihak atasan malas nak banyak cakap aje. Tapi percayalah, nama kau dah disenarai hitamkan. Bagi aku lebih baik kena transfer, dari kena buang kerja."

Dhinah tidak menjawab. Terasa agaknya dengan kata-kata Nazri. Kalau terasa baguslah. Sedarlah diri tu sikit. Tapi percayalah. Dia takkan sedar punya.

"Satu lagi, kan. Kau ingat Encik Ahmad akan suka ke tengok muka kau? Kalau aku memang dulu-dulu blah." Nazri tak sudah lagi.

Dhinah betul-betul senyap selepas itu. Keangkuhannya hilang sekelip mata. Mira dan Aliyah juga diam tak bersuara. Mereka berdua seolah setuju dengan kata-kata Nazri.

Hari ni suasana pejabat benar-benar sepi. Tiga serangkai langsung tak bergosip.

"Selesaikan kerja ni. Selagi tak selesai jangan balik. Saya nak semuanya ada di atas meja saya pagi esok!" Encik Ahmad hempas fail atas meja Dhinah. Terkejut kami semua melihat tindakan Encik Ahmad. Dia masuk semula ke dalam biliknya selepas itu.

"Kan aku dah cakap tadi..." Nazri senyum-senyum.

Padan muka Dhinah. Berlagak sangat.

Kami semua sambung kerja kami. Dhinah sesekali nampak merungut. Yalah, banyak kerja yang dia kena buat.

Sehinggalah waktu pulang. Aku tengok langsung Dhinah tak berhenti buat kerja.

"Tolonglah aku sama. Banyak ni. Kejap lagi nak balik." Dhinah mula merayu. Tinggal lagi setengah jam nak balik.

"Kerja aku pun banyak. Kau tengok ni." Mira tunjuk fail yang menimbun di atas mejanya. Aku dengan Nazri mula senyum-senyum. Kalau dulu, Dhinah dengan selamba saja minta aku tolong buat kerja dia. Sekarang, jangan mimpilah aku minta tolong.

"Teya, hari tu kau balik lambat, kau ada dengar apa-apa bunyi tak?"

Nazri seperti mahu buat sesuatu.

"Tak ada apa-apa pulak. Tapi aku ada dengar budak-budak production cerita, toilet bangunan hujung tu selalu nampak something."

"Itulah pasal. Baru ni pun ada jadi jugak tau."

"Janganlah benda tu sesat sampai bahagian kita. Seram!"

Aku kalut mengemas. Sudah tiba masanya hendak pulang.

"Ingat, saya mahu semua tu ada di atas meja saya pagi esok. Kalau tak ada, awak sendiri pergi meeting dengan HOD lain esok."

Encik Ahmad terus keluar dari pejabat. Masa untuk dia pulang.

"Mira, Aliyah, tolonglah aku. Banyak lagi yang tak siap ni."

Aku berani bertaruh yang Mira dan Aliyah takkan membantu Dhinah. Masing-masing akan lepaskan diri masing-masing.

"Maaflah, Dhinah. Aku kena balik awal hari ni. Tak boleh nak tolong kau." Mira juga kalut mengemas.

Aliyah dulu-dulu bangun. Lagi tak boleh pakai. Aku juga bangun.

"Kau jaga-jaga. Takut ada orang lain sebelah kau yang tolong kau." Nazri bagi takut.

"Korang, janganlah tinggalkan aku sorang-sorang." Dhinah seperti hendak menangis.

"Tu la pasal. Kalau kau kena transfer tempat lain, silap hari bulan kau boleh jadi bos. Ini tidak. Nak jugak tunggu kat sini. Padan muka kau, Dhinah."

Aku melangkah pelan-pelan. Nasib kaulah, Dhinah. Salah satu kesalahan besar ialah membawa keluar dokumen-dokumen syarikat. Sebab itulah semua kerja haruslah disiapkan di tempat kerja. Tak boleh dibawa pulang ke rumah.

Sehingga sepuluh malam, Aliyah masih tak sampai lagi ke rumah. Aku rasa dia kena paksa dengan Dhinah temankan dia buat kerja. Aku lihat ada empat panggilan daripada Aliyah, tapi satu pun aku tak jawab. Itu mesti nak tanya aku pasal kerja.

Sesekali, aku juga mahu jadi jahat.

KEESOKANNYA, Encik Ahmad mengamuk teruk sebab tugasan yang dia suruh Dhinah selesaikan banyak yang silap. Dhinah bukan saja disuruh betulkan semua, bahkan ditambah dengan kerja baru yang menimbun.

Aku rasa apa kata-kata Nazri memang tepat. Sekarang ini Encik Ahmad sedang mendera Dhinah.

"Kau tolonglah buat kerja betul-betul, Dhinah. Aku tak sanggup setiap hari balik lewat. Penat tau tak?" Aliyah mula merungut.

"Dah tu, semua ni bukannya kerja aku. Aku mana biasa buat. Tiba-tiba saja bagi kat aku. Orang tu senang hati goyang kaki."

"Selama ni, yang korang goyang kaki tak sedar diri pulak?" Nazri menjawab bagi pihak aku.

"Bila masa kita orang goyang kaki? Mulut jangan main sedap saja bercakap!" tempelak Mira.

"Kejap-kejap bergosip dalam pantri tu bukan ke goyang kaki?"

Mira diam. Kena batang hidung tahu pula terdiam.

"Selama ni kita orang yang balik lambat. Sekarang adillah. Korang pulak rasa."

Aku pun mahu bercakap seperti Nazri, tapi aku tak boleh. Cukuplah Nazri seorang.

"Yang ini kamu buat. Jangan balik selagi tak siap." Encik Ahmad letak pula satu satu timbunan fail atas meja Mira. Mendapat Mira hari ni.

"Ini tak adil. Kenapa kami saja yang kena buat kerja-kerja ni!" Mira membantah sebaik sahaja Encik Ahmad ke biliknya.

"Macam tulah yang kami selalu buat, Mira. Tak ada siapa-siapa pun yang tolong kami. Sekarang, kau buat ajelah. Jangan nak merungut. Takut makan gaji tak berkat."

Ceramahlah pulak Nazri. Tapi tak apa. Baru Dhinah dan Mira tahu. Selalu nak kerja senang saja. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro