Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 13

HARI baru. Gembiranya. Tak perlu nak fikir apa-apa lagi. Hanya mahu menunggu idah berakhir. Selepas itu aku akan bebas sebebasnya.

"Amboi, cerianya..." Nazri menegur.

"Hati senang, perut pun kenyang," balasku selamba.

"Peliknya. Kau kena cerai boleh hidup dengan gembira, yang nak nikah tu pulak gundah-gulana. Ada apa-apa tak kena ke dengan bakal pengantin baru kita?" Nazri ketawa-ketawa. Jahat betul Si Nazri ni. Mencari pasal saja.

Dhinah tidak menjawab. Dia seperti susah hati saja. Lantak dialah. Tak ada kena-mengena dengan aku. Aku melangkah menuju pantri. Letak bungkusan minuman segera atas kabinet dan kembali ke tempatku.

"Teya, bos panggil," beritahu Aliyah.

Belum sempat aku labuhkan punggung, bos sudah panggil. Kali ni apa pula yang tidak kena? Sudahlah semalam punyalah banyak kerja aku kena buat.

Aku nampak Dhinah juga berjalan menuju ke bilik Encik Ahmad. Muka dia masam. Dia pun kena panggil sama? Bos sudah kena bodek dengan Dhinah ke? Ini yang buat aku tak sedap hati.

"Encik panggil saya?" soalku sebaik sahaja masuk ke dalam bilik Encik Ahmad.

"Duduk Teya, Dhinah."

Aku duduk terlebih dahulu. Kemudian Dhinah.

"Tahu kenapa saya panggil kamu berdua?" Encik Ahmad bertanya sambil memandang wajah kami berdua.

Aku geleng. Memang aku tak tahu apa-apa. Tiba-tiba saja kena panggil.

"Saya terpaksa transfer salah seorang daripada kamu ke bahagian lain memandangkan kamu berdua sudah tidak serasi lagi bekerja di bawah bahagian yang sama."

Aku tenang saja. Sekarang ini mahu tukarkan aku kebahagian mana sekalipun aku sudah tidak kesah. Yang penting aku masih ada pekerjaan untuk menyara kehidupanku.

"Saya rasa saya tak ada sebarang masalah bekerja di bahagian ni. Tak tahulah orang lain." Dhinah cepat menjawab. Agak jelas, nada suara dia sedang menggambarkan dia sedang cemas.

"Ada, saya nampak." Encik Ahmad semakin tegas.

Aku diam juga. Sudah bersedia dengan keputusan Encik Ahmad. Aku tahu Encik Ahmad seorang ketua bahagian yang sangat tegas dan telus dalam menjalankan tugasnya.

"Saya tidak berpihak kepada sesiapa. Masalah peribadi kamu berdua, itu masalah kamu berdua. Saya tidak masuk campur. Jadi, untuk berlaku adil, semalam saya sudah berikan satu tugasan. Nampaknya Teya yang bertungkus lumus siapkan."

Encik Ahmad pandang lagi kami berdua.

"Jadi Teya akan kekal di bahagian ni dan kamu Dhinah saya akan tukarkan kamu ke bahagian promosi."

Aku hela nafas lega.

"Esok awak terus bertugas di bahagian bekalan mentah."

"Tapi encik, saya tak bermasalah dengan sesiapa pun. Saya okey aje. Tak tahulah kalau ada orang lain yang bermasalah dengan saya." Dhinah seolah-olah tidak boleh terima kenyataan dan aku yakin Dhinah akan mempertahankan dirinya.

"Tapi kenapa saya rasa seperti kamu berdua ada masalah saja?"

"Jadi encik tukarlah orang yang ada masalah tu."

Orang yang Dhinah maksudkan itu tentu saja aku. Siapa lagi.

"Seperti yang saya katakan tadi, saya tak kesah siapa yang bermasalah. Yang penting siapa yang berjaya menyiapkan tugasan yang saya beri semalam. Orang itu yang bakal kekal di bawah saya. Adil, kan?"

"Tapi encik tak cakap apa-apa pun..."

"Pekerja yang ikhlas tak mengharapkan apa-apa ganjaran pun. Sekarang ni semuanya dah jelas. Awak dah boleh mula kemas barang awak, Dhinah. Hari ni hari terakhir awak di sini. Saya ucapkan terima kasih untuk usaha awak selama berada di bahagian ni. Nanti kita adakan jamuan kecil sempena pertukaran awak. Bersurai sekarang."

Aku dulu-dulu bangun. Rasa sangat lega.

"Terima kasih, encik. Saya minta diri dulu."

Aku tinggalkan bilik Encik Ahmad bersama perasaan gembira yang berganda-ganda. Ada baiknya juga salah seorang dari kami berpindah bahagian. Taklah sakit mata masing-masing melihat antara satu sama lain.

"Kau yang buat permintaan pada bos, kan? Kau yang nak sangat aku berambus dari sini, kan?" Dhinah tarik bahuku.

"Entah, aku tak tahu. Selama ni siapa yang pegang gelaran ratu bodek? Bukan kau ke?"

Aku toleh pandang muka Dhinah yang kemerahan. Dia marah sangat tu. Siapa yang suka bahagian bahan mentah? Sudahlah kerja banyak, silap hari bulan kena kerja luar lagi.

"Kau ni memang manusia paling jahat, Teya. Hati busuk!"

Aku buat tak dengar. Malas nak layan orang gila meroyan.

"Berkumpul semua." Tiba-tiba suara Encik Ahmad mencelah antara suara Dhinah.

Kami segera berkumpul di meja bulat.

"Saya ada berita yang ingin disampaikan kepada kamu semua." Encik Ahmad pandang kami seorang demi seorang. Terakhir dia pandang Dhinah yang tunduk memandang lantai.

"Hari ni merupakan hari terakhir Dhinah bersama kita. Esok Dhinah akan mula bertugas di bahagian promosi. Tengah hari nanti kita akan adakan sedikit jamuan sempena pertukaran Dhinah. Jadi tak perlulah masing-masing keluar rehat."

Kata-kata Encik Ahmad buat masing-masing tergamam.

"Kita ucapkan ribuan terima kasih buat Dhinah atas usahanya selama ni. Semoga di tempat baru dia akan lebih berjaya. Itu saja yang hendak saya sampaikan. Boleh bersurai semuanya."

Aku pun tak tahu kenapa Encik Ahmad membuat keputusan mengejut begitu. Selalunya notis pertukaran akan diberikan sekurang-kurangnya seminggu.

"Tahniah, Dhinah," kata Nazri sebaik sahaja Encik Ahmad kembali ke biliknya.

"Tahniah kepala hotak kau. Aku dianiaya tau tak!" balas Dhinah kasar.

"Kau dianiaya? Siapa punya kerja pulak tu?" Mira bertanya. Pura-pura aje tu. Sah-sah nak tuduh aku yang aniaya kawan baik dia.

"Kau rasa siapa?" Dhinah pula menyoal.

Semua mata pandang aku.

"Dahlah, Dhinah. Jangan nak drama sangat. Aku tahu semuanya sebab Encik Khairul ada pecah lubang kat aku. Dia cakap bos kita memang dah lama perhatikan kau. Prestasi kerja kau dahlah menurun. Disiplin pulak hancur. Buat syarikat ni serupa bapak kau punya saja." Nazri jelaskan perkara sebenarnya.

Semua pandang Nazri pula. Lelaki putih kuning dan bertubuh agak kurus memang selalu menjadi perhatian di bahagian kami kerana dia selalu mendapat berita tentang syarikat terlebih dahulu.

"Semalam masa Encik Ahmad bagi tugasan tu, aku dah agak. Ini mesti pasal tu. Kau pulak bagi alasan macam-macam. Sudahnya Teya yang kena selesaikan. Aku nak cakap pada kau, tapi kau dulu-dulu balik."

Dhinah mula menangis. Ini baru drama.

"Tapi aku tahu mesti ada orang tak puas hati dengan aku." Dhinah tetap berkeras. Seolah tak terima kenyataan yang dia tu seorang pekerja yang tak boleh diharap.

"Dahlah, Dhinah. Tak ada siapa yang aniaya kau. Prestasi kau tu memang buruk. Satu lagi, Encik Khairul cakap syarikat memang nak kurangkan tenaga pekerja. Korang hati-hatilah. Memang tahun ni kenaikan gaji tinggi, tapi kalau korang tengok balik, berapa ramai antara kita yang tak naik gaji. Alasannya prestasi kerja kurang memuaskan. Alasan aje. Bila tak naik gaji mesti kita tak puas hati. Akhirnya letak jawatan. Tu yang syarikat nak."

Aku hanya mendengar penjelasan Nazri. Aku rasa memang ada betulnya cakap-cakap Nazri itu. Dia ramai kawan. Tak hairan kalau dia dapat tahu banyak hal syarikat.

Aku, Linda dan Aliyah sedang menonton cerita seram sambil menikmati mi segera. Masing-masing makan mi segera malam ini kerana masing-masing malas hendak masak. Sesekali makan mi segera sedap juga.

Bunyi enjin kereta berhenti di hadapan rumah buat aku dan Linda saling berpandangan.

Aliyah dulu-dulu bangun dan dia ke pintu utama.

"Teya, Zafran nak jumpa kau." Aliyah beritahu aku.

"Apa hal pulak ni?" Aku ke bilik untuk ambil tudung. Kemudian aku sarung saja ke kepala.

"Nak aku temankan ke?" Linda tawar diri.

"Tak apa. Kalau dia apa-apakan aku, aku menjerit aje nanti."

"Hati-hati."

"Okey."

Aku berjalan ke muka pintu. Rupanya Zafran sudah tercegat di situ.

"Apa lagi ni, abang? Nak suruh Teya minta cerai, kita dah bercerai pun. Apa lagi yang tak kena?"

Dulu-dulu aku hamburkan rasa tidak puas hatiku.

"Memang. Memang abang tak puas hati. Sampai hati Teya aniaya Dhinah. Abang memang tak sangka hati Teya sebusuk ni. Tak dapat balas dendam dengan abang, Teya buat pada Dhinah."

Ini sah pasal pertukaran Dhinah rupanya. Tak perlu aku pertahankan diriku sebab Zafran takkan percaya. Buat sakit hati saja.

"Ya? Baguslah kalau abang dah tahu. Memang Teya tak sanggup nak tengok muka kekasih abang tu. Teya yang mintak tukar, tapi tak sangka dia pulak yang kena. Sebabnya, abang tahulah kan. Mesti bos kita orang tengok prestasi kerja siapa yang paling bagus." Sengaja mahu sakitkan hati Zafran sama.

"Abang memang tak sangka Teya..."

"Ya, Teya memang jahat." Aku pintas kata-kata Zafran.

"Teya jahat. Abang tak jahat. Abang manusia suci. Macam tu jugak dengan Dhinah. Abang tak pernah hidup bahagia dengan Teya. Jadi abang rasa Dhinah mampu berikan kebahagiaan buat abang. Dalam hal ni, semua Teya yang salah. Betul, kan?" Aku sudah tidak mahu menjadi terlalu baik. Cukup-cukuplah aku dibuli. Sekarang aku mahu bangkit semula.

"Abang pun dengan hati terbuka terima Dhinah walaupun terpaksa hancurkan rumah tangga sendiri. Abang lupakan cinta Teya hanya semata-mata untuk Dhinah. Nampak sangat Teya yang jahat, kan?" Aku menyindir.

"Sekarang memang terserlah perangai Teya yang sebenarnya, kan? Memang abang menyesal sangat sebab nikah dengan Teya."

"Baguslah kalau abang dah sedar. Orang kata sesal dahulu pendapatan. Sesal kemudian dah tak berguna."

"Kalau pun Teya nak balas dendam, janganlah sampai masukkan pasir ke dalam periuk orang. Kesian Dhinah."

Tabahkanlah hatiku. Selepas bercerai, aku belum lagi terajang orang. Jangan malam ni aku pecah rekod.

"Apa motif abang cakap semua ni pada Teya? Bukannya Teya boleh tolong pun. Satu lagi, tak guna pun abang jumpa Teya semata-mata nak ceramah Teya. Lebih baik abang pergi pujuk bakal isteri abang. Teya rasa itu lebih baik daripada abang jumpa Teya."

Sakit betul mata tengok Zafran.

"Salah ke abang beri nasihat pada Teya, sedangkan itu juga tanggungjawab abang pada Teya?"

Letih telinga mendengar perkataan tanggungjawab.

"Abang dah bagi ceramah pada Teya. Sekarang boleh tak abang balik saja?"

Aku tidak menunggu lama. Terus tutup pintu dengan rapat.

"Kenapa, Teya?" Linda nampak cemas.

"Dah gila agaknya. Cari aku semata-mata nak marah aku pasal bakal isteri dia kena transfer bahagian lain."

"Eleh, alasan aje tu. Sebenarnya dia datang nak tengok kau aje. Orang gila talak memang macam tu."

Aku bawa bekas mangkuk mi segera ke dapur. Baik aku masuk tidur. Lagi aku fikir, lagi serabut fikiran aku.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro