Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Welcome home

"Aku ada soalanlah."

Mereka berdua mendongak melihat rumah agam dihadapan. Jambatan antik yang menghubungnya pagar utama dengan rumahnya masih sama seperti dulu. Kereta Audi yang dinaiki dari airport tadi meluncur laju meninggalkan mereka.

"Agak-agak berapa lama kita hilang?" Laura menyambung soalannya sebentar tadi.

Bagasi diletakkan di tepi kaki. Rambut blondenya diikat sanggul. Allysium bakal beralih musim kepada musim sejuk. Angin yang bertiup lain macam sejuknya.

Menusuk ke tulang. Jacket coklat ditubuhnya tidak cukup tebal rasanya.

"Entahlah. Macam tak banyak beza sangat pun. Dekat sana 6 bulan, kat sini?"

Tiada jawapan dari Arissa yang ralit merenung langit mendung. Hanya angin sejuk menampar lembut wajah mereka.

Pintu pagar terbuka perlahan. Laura terpaku apabila melihat raut wajah sepasang suami isteri yang berdiri dengan wajah terkejut di hujung jambatan antik itu.
.
"Laura??"

"Mummy! Daddy!"

Laura lari merentasi jambatan antik dan menerpa mendapatkan Puan Lucy dan Encik Lucas dengan linangan air mata. Rindu betul dia pada mereka.

Arissa tersenyum sambil menyeka air mata. Siapa sangka mereka masih ada peluang untuk menjejakkan kaki ke sini. Sangkanya mereka bakal terperangkap di planet asing selamanya.

Apa khabar agaknya along? Walau dia dengan abangnya selalu berselisih pendapat, mereka masih rapat. Mereka cuma ada satu sama lain. Ibu dan ayah mereka terkorban semasa dia masih kecil. Sejak itu, abangnyalah yang membesarkan dia dengan susah payah. Rindunya pada along!

Dia menarik bagasi dia dan Laura perlahan merentasi jambatan kecil yang dihias cantik itu. Matanya tidak henti mengamati suasana indah yang terdapat di situ. Encik Lucas mempunyai syarikat Interior designornya sendiri. Cawangannya sudah berkembang ke beberapa negara luar.

Patutlah rumahnya sangat ekslusif dan cantik!

"Mari Rissa!" Puan Lucy menggamit lembut gadis berambut coklat gelap itu. Tubuh gadis itu turut ditarik ke dalam pelukan.

Wajah wanita separuh abad itu basah dengan air mata.

"Thanks God, both of you are safe. How did..."

Ayatnya tergantung apabila suaminya menjeling. Puan Lucy hanya akur. Banyak persoalan dalam kepala, terpaksa dibiarkan tidak berjawab.

Mereka berdua tersenyum bahagia. Akhirnya mereka dapat balik ke pangkuan keluarga tersayang.

"Come. Mummy ada masak special untuk kamu berdua. Sekejap, ada suprise untuk Arissa."

"Gosh, miss ur cooking really bad!"

Puan Lucy dan Encik Lucas tergelak kecil mendengar jeritan kecil anaknya itu. Akhirnya keceriaan dalam rumah agam itu sudah kembali.

Puan Lucy masuk ke dalam salah sebuah bilik dan kemudian keluar memimpin seorang wanita awal 90-an.

"Nenek!"

Laura lari mendapatkan seorang wanita bongkok yang amat dirinduinya itu. Wanita itulah yang membesarkannya selama ini dengan penuh kasih sayang.

Wajah berkedut itu dicium bertalu-talu. Tangan itu terketar-ketar memegang pipi gadis itu perlahan.

"Cucu nenek? Ini Laura ke?"

"Iya nek. Ini Laura cucu kesayangan nenek."

"Nenek tahu kamu masih hidup, nak. Hari-hari nenek berdoa nenek dipanjangkan umur supaya dapat bertemu dengan kamu, nak."

"Nek, jangan cakap macam tu. Laura dah balik ni! Nenek sihat?"

"Nenek macam inilah. Sihat orang tua."

Mata tua itu merenung wajah cucu kesayangan dengan air mata bergenang di tubir mata.

"Eh, nenek nampak makin mudalah! Kalah mummy tau!" Laura berseloroh sambil memeluk bahu wanita tua itu perlahan.

"Aih, ada-ada saja kamu ni, Laura!"

"Betullah, nek! Sumpah! Nenek makin cantik. Macam Angelina Jolie!" Laura mengangkat sebelah tangannya bergurau.

"Arissa!" Satu suara garau kedengaran. Ruang tamu yang penuh dengan gelak ketawa menjadi senyap.

Gadis berambut coklat berpaling. Dia kenal akan suara itu! Along!

Lelaki itu merenungnya tajam. Wajahnya tegang, tiada secalit senyuman menyambut adiknya pulang.

Arissa menelan air liur pahit. Wajah tegang abangnya buat dia seram.

"A...along. A...adik m....minta maaf..." Air mata bergenang di tubir matanya. Hanya  menunggu masa untuk tumpah.

Tubuh abangnya dipeluk erat. Dia menangis teresak-esak di dada bidang abangnya.

"A...adik tahu along m...marah. tapi sekarang adik d...dah balik kan? Senyumlah sikit along. Adik r..rindu."

Adam melonggarkan pelukan. Wajah sememeh adiknya ditatap tajam. Budak bertuah. Naik gila along cari kau tahu? Hampir putus asa dibuatnya?

Biarlah orang cakap kau dah mati sekalipun. Hati aku kata yang kau masih hidup.

"3 tahun aku cari kau dik. Sampai semua pihak dah putus asa. Tapi aku tetap cari kau, hati aku kuat kata yang kau masih hidup! Cuma aku tak tahu kau kat mana. Syukur kau selamat. Aku takkan maafkan diri aku kalau satu-satunya adik aku ni diapa-apakan."

"Adik mintak maaf, along!"

"Sedar pulak salah, ya. Lepas ni kau nak ke mana kena ada aku, faham? "

"Alah along. Dengan Laura pun tak boleh ke?"

"Tak boleh! Aku tetap kena ikut!"

"Along!" Gadis itu memandang abangnya dengan riak wajah cemberut. Aduh, tak bestlah kalau along ada.

Tak bebas nanti!

"Apa!" Lelaki itu mencerlung ke arah  adiknya. Dah mula perangai rebel dia lah tu!

"Adeh..adeh..ampunn along." Telinganya perit ditarik abangnya.

Adam mencebik. Seketika dia terpandang wajah lembut Laura merenungnya lama. Sebaik sahaja mata mereka bertembung, gadis itu melarikan matanya.

Gadis itu tertunduk malu. Cantiknya! Kenapa dia baru perasan adiknya berkawan dengan bidadari?

Dia berdehem.

"Eleh, budak ni drama betul. Aku tarik cuping telinga je."

Arissa menjelir lidah. Tanda tak puas hati.

Mereka yang ada hanya menyambut dengan gelak ketawa. Keceriaan sudah mula menjelma. Semoga keceriaan tersebut akan berkekalan.

"Psst, adik." Bisik Adam sambil jalan beriringan dengan adiknya ke ruang makan rumah agam milik keluarga Laura.

Arissa menjeling abangnya. Apasal berbisik pulak ni? Cakap macam biasa sudah.

"Apa, along?"

"Laura single ke? Aku nak masuk jarum boleh tak, agak-agak?" Adam tersengih penuh makna.

Arissa membulatkan mata. Along ada hati dengan Laura ke?

Oh no!

Ini tidak boleh dibiarkan. Rosak masa depan kawan baiknya itu.

"Along jangan buat lawak ye. Dia dah berpunya." Bohong Arissa. Memang tak dia nak bagi kawan baik dia yang lemah lembut kepada abangnya yang garang serupa beruang kutub tu.

Kesian Laura nanti!

Adam mencebik. Bukan boleh percaya budak sekor ni. Baik dia tanya tuan badan sendiri.

Iye dak?

❤❤❤

"Kenapa awak halang saya tanya mereka tadi?"

Puan Lucy menjeling manja suaminya yang ralit dengan laptop di meja.

"Saya taknak awak rosakkan mood mereka. Esok kita tanya, okay."

Encik Lucas menoleh ke arah wanita kesayangannya yang bersimpuh atas katil.

"Awak memang tak sayang anak kan. Anak kita sorang tu ke tau."

Lucas menghela nafas berat. Laptop ditutup dan dia perlahan melabuhkan duduk di birai katil. Inilah orang perempuan. Benda kecik suka diperbesarkan.

"Saya sayang sangat satu- satunya anak kita tu. Ada sebab saya halang awak tanya tadi. Awak nak ke Laura tiba-tiba menangis?"

"Kita tak tahu apa yang mereka lalui setahun lepas. Mungkin tragis, mungkin sedih. We will wait untill tomorrow okay."

Tubuh isterinya ditarik dalam pelukan. Perasaan bercampur baur dalam dada antara gembira dan tertanya-tanya.

Ke manakah hilang gadis berdua itu selama setahun ini? Harap tiada kena mengena dengan apa-apa unsur jenayah.

Harap mereka cuma sesat.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro