Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

The truth

Ruang dewan mesyuarat Kesatuan Galaksi-Galaksi Bersatu hampir penuh dengan kehadiran pemimpin seluruh planet di Galaksi Adromeda.

Suasana agak gamat dengan suara-suara lelaki bersut kemas rancak berbual sesama sendiri. Mungkin mereka sudah lama tidak bersua, mesyuarat tergempar beginilah baharu mereka berpeluang bertemu.

Meja panjang yang memuatkan lebih 100 orang dalam satu-satu masa itu hampir penuh dengan kehadiran pemimpin tertinggi berpuluh planet dalam Galaksi itu.

Pintu kaca bilik mesyuarat itu juga sesak dengan ketibaan mereka yang baru sahaja tiba. Skrin besar terpampang menunjukkan status kehadiran setiap ketua planet. Kolum merah di skrin itu akan bertukar biru apabila mereka melangkah masuk ke dalam dewan itu.

Venom menepuk perlahan bahu tegap lelaki berselang satu kerusi dengannya itu. Tindakannya itu mengejutkan lelaki botak yang ralit merenung ruang angkasa yang gelap itu.

"Aku rasa tak payahlah. Aku rasa dah rasa selesa digelar Devil Of
Galaksi."

Venom cuma menguntum senyum.

"Nama kau perlu dibersihkan, Greg. Mereka semua kena tahu yang kau tak bersalah. Pesalah yang sebenarnya harus dihukum tahu?"

Lelaki botak itu menggosok belakang leher. Wajahnya masih beriak selamba membetulkan tali lehernya yang terangkat sedikit.

"Nasi sudah menjadi bubur. Aku malas serabutkan keadaan. Asalkan galaksi kita kembali aman sebelum 8 tahun lalu."

"Anggaplah aku buat semua ni atas dasar persahabatan." Balas Jake dengan muka tegang. Dia harus akhiri semuanya hari ini, dalam mesyuarat ini juga.

Venom hanya tersengih memandang lelaki berkaca mata yang berada di tengah-tengah di antara dia dan juga Greg.

"Well, kau dengar je nanti. Aku taknak kau masuk campur."

"Eh, apasal pulak? Greg bukan kawan kau sorang, bro." Jake menghela nafas berat.

"Kau tu Presiden Kesatuan kita. Aku takut kau melebih nanti, kau kena tuduh pakai kuasa veto."

Venom memutarkan biji mata.

"Ada aku kisah? Kebenaran harus dibela!"

"Haih, degil macam dulu kau ni, V. Menyampah aku!"

Venom dan Greg hanya menghamburkan tawa mendengar omelan sahabatnya itu.

Nasib sahabatnya yang tidak bersalah perlu dibela. Sampai bila Greg harus dipandang serong oleh semua pihak?

"Tuan, semua dah cukup."

Venom disapa oleh lelaki bertubuh tegap yang berdiri di sebelahnya. Dia hanya mengangguk.

"First of all, thanks for coming. This sudden meetings may have interrupt your day. We will focus on sudden attack yang berlaku baru-baru ini."

Semua yang ada kelihatan tenang mendengar ucapan dari Ketua Kesatuan itu. Aura Venom pada hari itu lain benar. Mungkin ada perkara penting ingin disampaikan oleh lelaki berkaliber itu.

"Ada sesiapa tahu siapa dalang di sebalik peperangan semenjak dua menjak ini?" Soal Venom seraya memandang satu persatu wajah ketua planet di hadapannya itu.

Semua yang ada di situ memandang sesama sendiri. Suasana tenang tadi menjadi hingar bingar semula.

"Devil Of Galaxy."

Satu suara kedengaran kuat. Venom segera memalingkan wajah kepada empunya suara. Kolon, lelaki berambut putih. Merupakan ketua Planet Denlon. Dengarnya anti benar lelaki itu dengan Greg.

"Are you sure?" Tanya seorang lelaki berambut hijau, bermisai nipis, ketua Planet Yeon.

Lantas seorang lelaki bertubuh kurus mula bangun dan bersuara.

"Planet aku, Planet Minre telah diserang bertubi-tubi semenjak beratus tahun dulu. Serangan itu berhenti mengejut tahun lepas."

"Baru-baru ini Planet Reutus diserang dan kita bersama-sama membantu Tuan Venom bagi mempertahankan planet Reutus. Devil of Galaxy tidak terkecuali turut bersama kita."

"Mana kau tahu? Mungkin dia menolong Reutus semata-mata kerana mahu mengaburi mata kita. Kononnya dia bersama kita menentang Lanun angkasa itu. Sedangkan sebenarnya dialah ketua organisasi jahat itu!"

Kolon menghentam meja seolah-olah menghamburkan perasaan marahnya di situ.

"Ada bukti?" Venom mencelah perlahan namun masih dapat didengari oleh semua yang hadir.

Jake mengepal penumbuk. Pecah muka kau nanti, Kolon! Wajahnya menunjukkan riak tidak berpuas hati dengan tuduhan tidak berasas itu.

"Kita boleh siasat!" Kolon tetap dengan pendiriannya. Bibirnya diketap kuat menahan amarah. Apasal semua nak back up si botak tu?

"Please calm down! Aku panggil kamu semua hari ni, untuk berbincang bukannya saling menyalahkan sesama kita! Kalau ada yang masih degil, dipersilakan keluar dari dewan sekarang!"

Lelaki bersut putih itu bangkit. Suasana dalam dewan itu tidak ubah umpama bilik mayat. Semua menikus mendengar amaran tegas Ketua Kesatuan Galaksi itu.

"Please continue. Aku harap tiada lagi unsur perbalahan selepas ini." Lelaki bersut putih berwajah tegang itu kembali duduk.

"Actually, devil of galaxy tak salah. Maaf, Greg. Sebaiknya kita pakai nama sebenarnya, Greg."

Lelaki berambut hijau tadi berdehem sebelum menyambung ulasannya sebentar tadi. Jake yang beriak tegang tiba-tiba senyuman terukir di bibir tebalnya. Lega apabila ada yang menyokong pernyataannya sebentar tadi.

Tak semua orang buta dalam menilai macam si tua tu! Dia menjeling tajam Kolon.

" Ada orang lain yang menyimpan dendam padanya dan telah memburukkan namanya di seluruh galaksi. Seseorang itu yang telah menyerang membabi buta semua planet yang lain, dengan memalitkan nama Greg."

"That's true. Aku tak rasa Greg bersalah. Mungkin dia hanya dipergunakan oleh seseorang yang memang nak kawal seluruh galaksi kita?" Sampuk lelaki berkaca mata pula. Jake namanya. Memegang tampuk sebagai setiausaha Kesatuan itu.

"Bagaimana kau tahu?" Lelaki berambut putih tadi mencerlung ke arahya. Tanda tidak puas hati.

"Aku korbankan masa aku selama 10 tahun untuk merungkai semua ini. Akhirnya aku berjaya menemui dalang disebalik musuh yang mengkucar-kacirkan galaksi kita tiga tahun ini. Walaupun nyawa aku hampir melayang. "

"Aku membesar dengan Greg suatu ketika dahulu. Secara peribadi, aku tak rasa dia sanggup merosakkan apa yang dia telah bina selama ini."

Semua yang ada memandang lelaki bersut hijau itu dengan tanda tanya. Skrin besar memaparkan pernyataan tentang sejarah Penubuhan Persatuan Galaksi itu.

"Venom merupakan Presiden kita sejak 3 tahun lepas dan merupakan pioneer kepada penubuhan persatuan kita ini. Tidak semua ketahui, Greg yang banyak memberi idea dan sumbangan tenaga dalam awal penubuhan. Logically, how could he destroy this galaxy at the same time he sacrifies all his soul to protect this galaxy?"

Suara Jake bergema seiring dengan gambar dan rakaman peperangan sebelum ini dipaparkan di skrin besar dihadapan mereka.

"Greg, kau ada di sini kan. Better you tell everybody the truth or else i will do it for you." Lelaki berkaca mata itu memandang ke satu arah.

Semua mata turut memaku pandangan pada bahagian hujung meja panjang itu. Lelaki botak yang mendiamkan diri sejak tadi. Lelaki yang digelar sebagai Devil Of Galaxy hanya memaparkan wajah beku.

Venom menghantar isyarat mata kepada lelaki itu. Greg menjongket kening merenung wajah separuh abad itu.

Kena bela diri jugak ke ni?

Faster, Greg. We don't have much time!

Okay, fine then.

Lelaki botak itu bangun dari kerusi kulit itu. Matanya merenung satu persatu wajah pemimpin-pemimpin planet di hadapannya itu. Dia berdehem sebelum membuka bicara. Akhirnya kebenaran akan terungkap jua.

Nafasnya dihela perlahan sebelum merungkai kebenaran yang tertutup selama ini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro