Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Luar biasa

(Planet Reutus)

Jet berkuasa tinggi mendarat perlahan di lapangan rumput biru. Beberapa ekor burung aneh riang terbang si udara. Langit oren kelihatan indah pagi itu seakan akan menyambut tetamu dari bumi.

Dua gadis itu turun perlahan sebaik sahaja kenderaan mendarat. Rumput biru kelihatan berkilauan basah dek titisan embun pagi. Perasaan mereka sukar ditafsirkan. Teruja? Gementar? Segalanya asing pada pandangan mata kasar mereka. Terlalu asing.

Langit berwarna oren....akan bertukar ungu ketika malam menjelma...

Rumput serta pokok-pokok yang aneh. .

Sekeliling mereka penuh dengan kehijauan tumbuhan yang sangat indah....

"Kami dilarang sama sekali memusnahkan pokok serta tumbuh-tumbuhan di sini. Semua kemajuan teknologi di sini tidak akan menjejaskan kehidupan flora dan fauna. Ketua negara kami amat cintakan alam semulajadi. Jadi undang-undang alam sekitar di Reutus amat ketat." Venus memecahkan kesunyian antara mereka. Matanya juga meliar melihat pokok-pokok gergasi yang tumbuh di kawasan sekitar.

Iya. Planet itu sebenarnya dilitupi oleh flora yang pelbagai warna dan bentuk. Pokok-pokok aneh tersergam indah di kiri dan kanan. Bunga-bunga liar tumbuh begitu banyak di sekeliling. Yang anehnya semua itu kelihatan rapi dan terjaga. Seolah-olah ada kuasa aneh menjaganya.

"Pernah tak penduduk di sini melanggar undang-undang tersebut? Apa kesannya?" Laura ingin tahu. Wahh...dia amat kagum dengan ketua planet itu. Hasil dari tindakan bijak pemimpin tersebut planet ini menjadi indah dengan latar belakang pemandangan dipenuhi dengan flora yang berbagai warna dan bentuk. Udaranya juga nyaman dan tenang.

"Pernah terjadi 30 tahun dahulu..." Venus memetik bunga merah gergasi. Bunga itu kemudian disimpan. Boleh dibuat minuman dan diberi pada gadis bumi untuk rasa.

Ada. Pernah berlaku 30 tahun lalu, dua beradik Nene dan meme, bertindak membakar pokok-pokok berhampiran rumah mereka. Mereka ingin membina kolam renang di situ.....

"Apabila perkara ini diketahui oleh ketua kerajaan. Memang sengaja cari nahaslah. Mereka ditahan dan dipaksa menanam semula benih-benih tumbuhan pada tempat pembakaran tersebut. Kerakyatan sebagai penduduk Reutus dilucutkan dan mereka dihukum. Mereka berdua dilenyapkan dari planet ini. Sehingga sekarang mereka gagal ditemui. Sejak kejadian itu, penduduk amat berhati-hati dalam menjaga alam sekitar mereka. Hatta tebang sebatang pokok pun dilarang diusik."

Rissa dan Laura berasa gerun. Biar betul? Takkan hilang macam tu je?

"Kabarnya nene dan meme dibuang ke planet lain jauh dari sini" Pluto menambah. Sebab peristiwa itu jugalah mereka amat mencintai flora dan fauna. Mereka menjaganya seperti nyawa mereka sendiri.

Pasti pembaca tertanya-tanya bagaimana pula keadaan di bandar Reutus atau dikenali sebagai Main city of Reutus oleh penduduk planet itu. Teknologi menjangkau luar fikiran ketika di Reutus main city tadi sangat mengejutkan. Memang patutlah planet itu berada di tangga teratas di antara seluruh kerajaan bimasakti.

Bangunan kerajaan satu-satunya bangunan terapung megah di situ. Suasana amat tenang dan nyaman. Hanya kelihatan beberapa robot gergasi berkawal di sekitar.
Mereka singgah sebentar atas urusan memberitahu dan mengesahkan kedatangan mereka di pejabat kerajaan Reutus. Satu perkataan bertulis visitor diukir oleh robot pada pergelangan tangan mereka. Menurut Venus, tulisan laser itu akan memudahkan kehidupan mereka di sini. Macam mana? Entah mereka kurang pasti.

☆☆☆☆☆☆

"Ini rumah kamu berdua" Suara lelaki memecahkan lamunan Laura. Tidak berkelip matanya memandang sesuatu. Unik dan cantik betul rumah ni!! Wahhh!

Lelaki itu meminta Laura meletakkan pergelangan tangan di pintu kaca.Satu cahaya biru memancar dan kemudian pintu kaca itu terbuka secara automatik.

Welcome miss Laura and Arissa..

Rissa tersentak. Suara apa tu? Takkan rumah ini hidup? Rumah itu tidaklah terlalu besar juga tidaklah kecil. Selesa untuk didiami oleh dua hingga tiga penghuni. Namun isi dalamnya sangat ringkas. Ada katil, dresser dan sebuah skrin besar terlekat di dinding berhampiran serta beberapa mesin pelik tersusun rapi di sudut rumah.

" Rumah ini telah diprogramkan melalui tulisan di pergelangan tangan kamu berdua. Degupan jantung, tekanan darah semuanya dapat dikesan secara terus. Rumah ni membuat kamu selesa tinggal di dalamnya. "

"Sediakan meja untuk kami makan" pinta Venus tiba-tiba. Sebuah meja kaca tiba-tiba muncul di tengah ruang . Secara tiba-tiba juga muncullah pelbagai jenis makanan di atasnya.

Mana kerusi? Takkan mereka nak berdiri sepanjang hari? Laura semakin pelik.

"Sofa terbang?" Jerit Rissa teruja. Pluto hanya tersengih.

Empat sofa kecil kelihatan terbang melayang menghampiri. Warnanya juga menarik biru, hijau, kuning dan merah.

"Venus, nak tanya. Sepanjang perjalanan, saya tidak pernah lihat kamu berdua makan dan minum? Kamu berdua tidak lapar?"

Arissa turut menyambung. " Kamu berdua tak tidur juga kan. Tak penat ke? Eeh.." Giliran dia pula bertanya. Dia terjerit lantang tatkala sofa kecil biru itu perlahan naik dan terapung. Dia gayat sebenarnya.

"Jangan risau. Kau takkan jatuh" Beritahu Pluto. Laura menghampiri lelaki kurus itu. Wahh! dekat dinding pun buah boleh tumbuh? Bunga pun ada! Cantiknya!

"Kami sangat cintakan flora. Jadi 100 tahun lampau, moyang kami berjaya mencipta rumah pintar yang menyerupai pokok . Dinding dan tiang dipenuhi dengan buah dan bunga-bungaan."

"Macamana mereka tumbuh? Perlu disiram dengan air seperti di bumi?" Laura memetik bunga berwarna oren. Cantik dan harum sungguh baunya.

"Tidak perlu. Teknologi mengatasi segalanya" Terang Pluto lagi.

"Err...rumah kamu juga begini?" Laura memandang Venus yang sedang merenung ke luar tingkap.

"Iya. Semua rumah dan bangunan di sini berbentuk pokok-pokok gergasi kecuali bangunan kerajaan yang kita singgah tadi. Bangunan itu sahaja dibina tinggi mencecah langit."

Venus hanya tersenyum. Pluto yang leka memungut buah yang tumbuh lebat di dinding pohon hanya menoleh. " Pasal soalan kamu tadi mestilah kami makan , minum serta tidur. Cuma cara kami berbeza dengan penduduk bumi."

Laura mengambil tempat di sofa terapung. Sofa itu mendarat perlahan ke lantai tatkala gadis itu duduk. Dan perlahan naik terapung.

"Setiap planet mempunyai cara tersendiri." Ujar Venus pendek. " Jemput makan buah ini. Segar kerana baru dipetik"

Pluto menghampiri meja makan dengan bakul berisi buah. Dia menyeluk poket jaket birunya dan mengeluarkan satu bekas kecil berisi beberapa biji pil.

Laura dan Arissa berpandangan seketika. Lelaki berambut kuning ini sakitkah? "Ubat? kau sakit apa Pluto?" Arissa mengigit buah jingga yang dicapai dari bakul. Hmm sedap dan manis rasanya.

"Eh, kamu berdua tak makan?" Soal Laura memandang pelik. Dua lelaki ini cuma tersengih memandang mereka makan. Dari dalam jet tadi pun, hanya dia dan Rissa yang makan.

"Inilah makanan utama penduduk Reutus. Kami makan pil ini hanya sekali sehari." Terang Pluto sambil menghulur bakul buah.

"Hanya pil ini? Boleh kenyang ke?" Laura membelek buah biru berbentuk petak itu. Baunya sangat harum. Mesti sedap tapi...

Venus tersenyum melihat keraguan yang tergambar di wajah gadis bumi itu

"Makanlah Laura. Ia selamat dan rasanya manis. Makan sebiji saja akan menyebabkan kau kenyang sepanjang satu hari di sini"

"Makanlah juga Pluto" Pluto yang sibuk menekan sesuatu di pergelangan tangan mendongak. "Kami tak makan buah ini"

"Buah ini tumbuh di bumi Reutus dan penduduk Reutus tak makan buah ni?" Arissa menjongket kening. Pelik sungguh fakta itu. Apa gunanya tumbuhan tersebut tumbuh di situ jika bukan untuk manfaat penduduk di situ?

"Aku akan terangkan semuanya" Balas Venus tenang. Jarinya menguis kotak kaca kecil.

"Mesti kau pening bukan? Mengapa kami tidak memakan buah buahan yang tumbuh di sini? "Mereka berdua mengangguk.

"Buah ini kami kutip, kumpul dan hantar ke Planet lain dimana penduduk mereka hanya makan buah-buahan.Hanya sesetengah planet penduduknya hanya makan pil seperti kami."

"Erm pil itu penduduk Reutus buat sendiri ke?"

"Begini Laura. Reutus membekalkan buah-buahan kepada planet Axia manakala planet Axia pula membekalkan pil untuk kami. Planet Axia dipenuhi dengan gurun dan padang pasir, sebab itu tumbuh tumbuhan tak boleh hidup di sana"

"Ohh..kamu semua saling memerlukan antara satu dengan yang lain" Rissa mencelah. Baru dia faham.

"Tapi sejak kebelakangan ini peperangan semakin kerap berlaku. Terutama di bahagian barat galaksi. Jauh dari sini"

"Kebanyakan planet berkuasa menindas planet lemah. Habis teknologi dan sumber dirampas."

"A....adakah jauh dari sini? Agaknya bumi jadi sasaran tak?" Ujar Laura cemas. Rissa sudah menekup muka ketakutan. Siapa boleh bertenang mendengar perkataan perang kan?

"Jangan risau. Planet ini dilengkapi kawalan keselamatan yang ketat dan berteknologi tinggi. Kebanyakan planet tidak ada teknologi laser dan atom berkuasa tinggi seperti Reutus. Bumi pula, aku pasti yang bumi dan planet sekitar akan selamat. Sebab planet kau terletak agak jauh di arah timur galaksi. Jom kita ke skrin. Ada sesuatu yang aku mahu tunjukkan"

Laura kelihatan teragak-agak untuk turun dari sofa terapung. Arissa yang baru nak lompat terus batalkan niat. Haih mahu patah kaki ni kalau jatuh!

"Tak payah turun, Laura. Sofa kecil ini bergerak seiring dengan kata hati" Larang Venus. Pluto yang sudah terbang separuh jalan terhenti. Dia tergelak besar. Muka Arissa yang cuak mahu melompat tadi betul-betul mengelikan hulu hatinya.

"Diamlah Venus!" Jeling Arissa tajam.

"Kenapa tak terjun tadi?" Perli lelaki berambut kuning itu.

"Suka hatilah!" Sofa kecil yang membawanya terbang laju ke depan.

"Arghhh... aku gayat tahu tak?...Benda ni terbang macam pelesit pulak" jerit gadis itu cemas. Serta merta sofa kecil itu berhenti mengejut. Tubuh gadia itu tersungkur ke depan. Macam nangka busuk!

"Eh, kau tak apa- apa?"

"Lah macam mana kau boleh jatuh?"

"Kau okay?"

Arissa mengerutkan dahi menahan sengal di pinggang. Nasib tak patah pinggang aku. Wajah Laura, pluto dan Venus dipandang dengan wajah selamba. "Aku tak apa-apa. Mujur tak luka"

Laura menghela nafas lega. Haishh Rissa ni..macam-macam...

"Sofa ini direka khas seiring dengan suara hati. Ia akan terbang tenang sekiranya kita berjaya mengawalnya dengan baik. Sekiranya kita tengah marah atau sedih ia akan terbang dengan sangat laju"

"Err tak faham"

"Kamu berdua kena belajar menyesuaikan diri dengan segala peralatan dalam rumah ini. Semuanya berkait dengan emosi dan jiwa kita".

Haaa? Semakin berbelit pula ayat lelaki ini.
Buatkan Rissa makin pening. Laura pula sekadar berkerut dengan renungan penuh tanda tanya.

"Oh my ...oh my...Venus dah mula guna ayat pujangga. Macam mana mereka nak faham?" Pluto memutar mata ke atas. Mungkin dia yang kena bagi penjelasan.

"Biar aku terangkan" Pluto mencelah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro