Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Krisis memburuk

" Tuan, petani di seluruh pelusuk negara mengadu hasil tanaman kering dan mati serta merta. Hasilnya, kadar peratusan pengeluaran buah-buahan negara juga berkurangan."

Lelaki separuh abad mengusap janggut putihnya perlahan. Apa sedang berlaku sebenarnya? Setahunya tanah amat subur sepanjang tahun. Cuaca pula seimbang. Ada panas, hujan, luruh dan salji.

"Pelik sungguh. Sudah lama isu ini tidak berlaku. Seingat saya, kali terakhir berlaku kes tanaman musnah adalah puluhan ribu tahun lalu."

"Ketika papa masih kecil?" Soal seorang lelaki muda yang duduk bertentangan dengannya.

"Ya betul tu. Ada kes terpencil seperti tanaman mati akibat racun perosak atau sebab lain kah?" Matanya dihalakan pada lelaki bersut kemas yang berdiri di sisinya.

"Setakat ini tiada tuan."

Venom mengangguk sebelum menaip sesuatu pada tabletnya.

"Pastikan kamu dan pasukan kamu meneliti kes ini dengan terperinci. Saya perlukan jawapan dengan kadar segera. Kalau lambat, nescaya kita akan mengalami gangguan bekalan makanan pula. Sebolehnya itu yang kita nak elakkan terjadi."

Lelaki bersut kemas itu mengangguk faham sebelum berlalu keluar untuk menjalankan tugas.

"Ada bawa sample tanah dan benih?" Soal seorang pemuda bermata helang pula. Kali ini kepada wanita berkacamata berpakaian formal berhadapan dengannya.

"Ada tuan Venus. Ini dia."

Sample yang dibungkus cermat bertukar tangan. Mata helangnya merenung lama sample tanah itu. Ada yang tak kena dengan tanahkah? Atau ada sebab lain?

Dia mendegus perlahan. Hal ketiadaan air, tidak settle lagi, ini pula timbul isu tanaman pula?

"Biar Vens kaji sample ni di Makmal dulu. Tapi.."

Venom mendongak menanti bicara dari anaknya itu. Dahinya diurut perlahan tanda keletihan. Letih memikir masalah negara.

"Hmm, Vens rasa ada benda lain yang perlu disiasat."

"Maksud kamu?"

"Biar Vens uruskan tentang hal tanaman dan juga bekalan makanan. Papa boleh balik dan berehat. Nampak macam papa kurang rehat."

Lelaki separuh abad itu menggeleng perlahan. Kurang bersetuju dengan permintaan anaknya itu.

"Negara tengah hadap krisis air dan makanan, kamu suruh papa berehat? No. Kamu uruskan hal gangguan bekalan air sahaja. Jangan lupa melawat Tasik Hersen. Papa pasti punca berasal dari situ." Ujarnya perlahan.

"Papa, apa guna papa lahirkan Vens kalau anak papa ni tak boleh tolong papa? Just go home and rest. We need you to handle another things. Let me fix this alone with my own way." Matanya diredupkan memandang wajah tua yang disayangi itu.

"Masalahnya mama kamu yang lahirkan kamu. Bukan papa." Spontan Venom membalas.

Mereka berdua tergelak kecil. Pandai juga orang tua itu loyar buruk. Ingat Pluto sahaja yang begitu.

"Yes, but you the one who raise me untill i became handsome kebaboom like this, yeah? Let me solve this with my friends okay?"

Venom tersenyum merenung lelaki muda yang memeluk tubuh itu. Tubuh tegap itu mengingatkannya pada dirinya waktu muda dahulu. Wajah tampan itu pula mengingatkannya pada arwah isterinya.

'You have grown up, my son. Your late mother will be proud of you, for sure.'

"Kalau itu yang kamu nak, baik. Papa akan balik dan rehat. Anything, just rang me up, okay?"

Venus pantas mengangguk laju.

"I will, papa."

🦋🦋🦋
Kuda bersayap dan lembu bersaiz kecil berkeliaran di mana mana. Aliran sungai mengalir tenang. Robot-robot besar berkawal rapi di setiap sudut.

Robot bersaiz kecil menghampiri mereka berdua.

....Saya dapat arahan dari tuan Venus dan Pluto untuk menghantar cik berdua ke penempatan sementara..Mari ikut saya.

"Robot kecil...kami di mana?"

....Saya Techno..kita sekarang berada di E.C (Emergency Camp). Ia merupakan kawasan di mana penduduk Reutus dipindahkan sekiranya berlaku kecemasan seperti sekarang.

Mereka melalui khemah besar bewarna putih. Kelihatan di situ ramai berlegar-legar. Beberapa doktor sedang merawat pesakit di kapsul khas berdekatan..ada yang memapah ahli keluarga yang lemah kerana kurang nutrisi dan kehilangan air.

Krisis air dan makanan semakin memburuk dari hari ke hari. Oleh itu Tuan Presiden Venom telah mengarahkan kawasan yang tidak terkesan dijadikan penempatan kecemasan bagi penduduk di kawasan terjejas teruk.

Mari kita periksa keadaan cik berdua. Kemudian baru kita pergi ke kawasan tempat tinggal cik berdua.

Robot humanoid bersut putih membawa mereka ke kapsul kosong. Apabila Laura dan Arissa baring dia atasnya muncul cahaya ungu mengimbas tubuh badan mereka. Dengan serta merta rasa letih, tekak kering dan pening-pening akibat kekurangan air hilang sekelip mata.

Hebat betul teknologi mereka. Tak terjangka dek akal manusia pun banyak sepanjang mereka di sini.

🦋🦋🦋

"Aku rasa tak sedap badanlah"

Laura memicit-micit dahinya sejak tadi.
Badannya terasa dedar seperti mahu demam. Kepalanya berdenyut kuat.

Arissa yang sedang memunggah barang peribadi dari beg galas menoleh. Tangannya menyentuh dahi kawannya yang kelihatan lesu.

Panasnya!

"Kau demam ni. Kau rehat dulu. Nanti aku mintak Pluto tolong. Aku rasa dengar suara kecoh dia kat luar tu."

"Erm..ok."

Laura baring dan berselimut satu badan. Kepalanya terasa berat. Tekaknya juga sakit dan kering.


Arissa keluar dari rumah kecil itu. Dia mencari kelibat lelaki berambut blonde. Namun hampa. Yang ada cuma beberapa penghuni kem yang lalu lalang.

"Mana pulak lelaki ni pergi? Takkan hilang macam tu je?" Gumamnya perlahan.

"Hoi" sergah satu suara dari belakang.

Arissa terkejut. Spontan tangannya hinggap di pipi lelaki itu.

"Auch!"

"Ha, lain kali main sergah lagi. Dapat penampar free."

Lelaki itu tersengih sambil mengusap pipinya yang terasa perit.

"Kau cari aku ke? Ha, mesti rindu aku yang kacak lagi bergaya ni kan...kan?" Kening lelaki itu terangkat.

Gadis itu membuat muka seposen.

"Perasan! Kuda bersayap kat tepi tu lagi hensem dari kau tahu!"

Lelaki itu hanya membalas dengan deraian tawa.

"Eh Laura mana?"

"Laura tak sihat tu. Ada rehat kat dalam."
Baru dia teringat niat sebenarnya mencari lelaki itu.

"Aku panggil robot kesihatan sekejap. Nanti dia datang dan bawa Laura ke rumah kesihatan ya."

Lelaki itu menekan sesuatu di dinding rumah kecil yang didiami mereka berdua.

"Kalau ada kecemasan, kau tekan butang hijau ni. Robot pelindung akan datang.  Kalau sakit, butang biru. Robot kesihatan akan datang." Jelasnya kepada gadis itu.

Arissa hanya mengangguk.

"Oh ya, ni makanan untuk kau. Tadi Don singgah kejap, ada beras bukit dengan pasta dalam ni."

"Dekat sini ada kebun kecil. Petik je apa yang kau nak. Kejap lagi aku bawa kau ke sana."

⭐⭐⭐

"Aku risaulah." Arissa itu mengeluh.

Panas betul badan Laura tadi. Gadis itu baru sahaja dibawa oleh robot ke rumah kesihatan.

Kini tinggal Arissa dan Pluto duduk menikmati udara segar di kebun kecil yang terdapat berhampiran tasik.

Pluto menepuk perlahan bahunya memberi semangat.

"Dia akan sembuh. Mesin perubatan kat sini gred A. Setakat demam kawan kau tu, conform baik punya." Lelaki itu menyilang kakinya.

"Betul ni?" Arissa membelek buah di tangan. Sesekali menjeling lelaki kurus itu. Yakin je.

Rambut blondenya dibiar serabai. Lelaki itu kelihatan bersahaja bertshirt maroon dan berseluar denim.

Serabai betul! Cubalah kemas sikit pakaian tu! Heh

"Hah, kutuk aku ke tu?"

"Eh? Aku kata cantiknya kebun ni! Biar aku hantar kau kat rumah kesihatan. Biar sembuh dari penyakit perasan tu! Huh!"  

Arissa sengaja melanggar bahu lelaki itu. Menghalang jalan!

"Hahahahha" Pluto membuntuti langkah gadis itu perlahan. Menikmati suasana kebun yang penuh dengan tanaman subur.

Cantik kalau tengah marah! Lelaki itu tersenyum lebar.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro