Holiday!
Suasana pagi di Pulau Ardel agak dingin. Pengunjung di kedai bakeri itu juga berkurangan berbanding biasa. Kot tebal berbulu dikemaskan pada tubuh. Sejuknya oii. Laura merengus geram sambil merenung cawan di meja.
Air dah habis. Budak bertuah ni tak sampai lagi. Heh. Laptop dikeluarkan dari beg sandang. Baik dia mula buat draf kira-kira. Dah masuk hujung bulan. Waktu untuk tutup akaun kedai keknya!
Suasana di tebing sungai biru itu sangat tenang. Bunyi air sungai mengalir perlahan diselangi dengan bunyi angsa yang riang di permukaan air.
Oh mak kau! Meja bergegar dilanggar seseorang.
Laura mengangkat muka sambil mengurut dada. Arissa muncul dengan jaket tebal merah bersama jeans biru. Nafasnya termengah-mengah.
"Sorry i'm late" Dia tersengih memohon ampun. Laura mencebik. Jangan harap dia nak maafkan. Bukan sekali dua minah ni lambat!
"Kenapa kau tinggalkan aku? Makan seorang eh?" Arissa merenung muka sahabatnya lembut. Terlajak tidur tadi. Jam tak berbunyi pula tadi! Wajah Laura masih masam mencuka.
"Aku dah kejut. Kau yang tidur mati! Aku tinggal jelah!" Laura menjeling sahabatnya yang tersengih.
Arissa mengeluh. Dari kecil mereka berkawan, dia tahu yang Laura amat menepati masa. Lambat seminit, naiklah muncung itik tu.
Kedua tangannya digosok perlahan. Sejuk betul pagi ni.
"Okay. Sory tak sedar masa kau kejut tadi. Seriously aku penat. Kan semalam aku launch kafe baru aku kat Allysium. Penat tak habis lagi. Kau nak apa? Aku ambikkan." Sepatutnya dia yang merajuk sebab kena tinggal, ini dia pulak yang merajuk?
"Croissant satu. Scones dua. Bagel satu. Teh panas satu" pinta Laura menjeling sahabatnya yang tersengih dari tadi. Dia kembali menekur laptop di hadapan.
Amboi! Arissa membulatkan mata. Nak breakfast ke melantak ni? Laura..laura tak padan dengan jaga badan! Donut pelbagai perisa terlintas di kepala. Dia bangun dari kerusi dan melangkah menghampiri rak yang menempatkan berpuluh jenis roti, kek dan pastri.
❤❤❤
Bandar Metropolis sesak dengan kenderaan dan asap yang menyesakkan dada. Bahang matahari terik juga terasa memancar sesiapa yang berada di kota ini.
Pluto terbatuk-batuk. Asap kenderaan memenuhi ruang udara amat menyesakkan dadanya. Begini ke suasana bumi? Penuh dengan pencemaran? Sesak dada dibuatnya.
Venus kelihatan lebih tenang. Lelaki bertubuh tegap itu leka merenung pergelangan tangannya. Seketika dahinya berkerut-kerut.
Tidak lama kemudian sebuah kenderaan sederhana besar berhenti di hadapan mereka. Manusia kelihatan berpusu-pusu keluar dari perut kenderaan tersebut.
"Jom" Venus terlebih dahulu melangkah menaiki kenderaan tersebut. Dia masih lagi termangu-mangu. Ini ke kenderaan yang boleh memuatkan ramai orang dalam satu masa?
"Pluto cepat naik! Bas nak jalan ni" Jerit Venus di lagi. Oh nama kenderaan itu bas. Dia bergegas naik kenderaan bertayar empat itu.
Dia mengambil tempat. Keadaan bas itu agak sesak dengan manusia. Agak berhimpit-himpit. Dia mengeluh. Hatinya melonjak ingin cepat pulang ke Reutus!
Di Reutus setiap seorang penduduk Reutus mempunyai hoverboard sendiri. Hoverboard hanya boleh dinaiki oleh seorang. Ia akan bertukar menjadi kereta berkuasa cahaya sekiranya diperlukan. Had ditetapkan cuma dua orang sahaja. Lebih dari itu kereta berkuasa cahaya ini akan mencantum sesama sendiri dan akan menuju ke destinasi yang sama. Mereka tidak perlu bersesak beramai-ramai menaiki satu kenderaan yang sama. Malah mereka hanya duduk bersendirian dan bebas membaca atau tidur tampa diganggu.
Hoverboard mereka bergerak secara automatik mengikut naluri. Kenderaan itu akan menuju ke destinasi mengikut naluri dan kehendak mereka sendiri.
Tubuhnya dirempuh dari belakang. Beberapa orang kelihatan bergegas turun apabila bas berhenti. Venus juga turut bangun. "Dah sampai?" Soal Pluto yang membuntuti langkah sahabatnya.
Venus mengangguk cuma. Pergelangan tangan dibelek lagi sekali. Kelihatan hologram berbentuk peta muncul dari pergelangan tangannya. Satu titik kuning ditatap lama. Harapnya pencarian mereka berhasil dan gadis manusia itu mahu bekerjasama. Jika tidak usaha mereka ke planet ini sia-sia sahaja. Keluh venus perlahan.
Pluto mendongak membaca papan tanda tersegam di sisi jalan.
Pulau Ardel- 5 kilometer.
Jauh lagikah perjalanan mereka? Dia ingin segera pulang. Perasaan resah mula menguasai diri.
❤❤❤
"Sini ke? Tak terpencil sangat ke?" Laura menyoal sambil memicingkan mata melihat air jernih menyapa hujung kaki. Arissa yang memeluk tikar dengan erat hanya tersengih.
"Aku rimas ramai orang. Sini, tak ada orang. Aku boleh berenang ikut suka! Kuak lentang, kuak itik, kuak harimau boleh!" Arissa menghirup udara segar. Bau laut memang menyamankan!
"Ikut suka kaulah!"
Arissa membentang tikar di atas pasir halus. Laura meletakkan bakul berisi makanan dan minuman yang dibeli dari kafe pagi tadi.
Angin pantai berpuput lembut menyambut kedatangan mereka. Dari jauh kelihatan kanak-kanak lain riuh bermain air.
"Kau taknak mandi ke?"
"Tak. Kau pergi dulu." Laura menolak lembut dan mencapai novel dan buku nota didalam beg sandangnya.
Pantai adalah tempat yang ideal bagi penulis buku seperti dia! Sebab tu dia beria-ria ajak sahabatnya ke situ.
Boleh release stress. Dia mencapai botol air dan meneguk perlahan. Chocolate ais memang sedap dinikmati di persisir pantai.
Tiba-tiba ada cahaya dicelah batu berdekatan. Laura mengerutkan dahi.
Cahaya apa pulak tu?
Dia mengabaikan cahaya tersebut. Dia memandang Arissa yang riang bermain air.
Buku dicapai perlahan. Helaian tadi ditatap perlahan.
Sretttt.....
Bunyi aneh itu menarik mata Laura ke arah batu-batu tersebut.
Wajahnya berubah riak. Ah sudah, bunyi apa pulak tu?
Matanya terbuntang apabila melihat ada kaki yang muncul dari cahaya aneh tersebut.
"R-Rissa! A...Arissa!"
Laura melompat menyarung selipar dan memecut ke arah arissa yang riang bermain air.
"Rissa!" Jerit Laura lantang. Lengan Arissa yang basah ditarik.
Kenapa ni? Nampak hantu ke?
"Eh kejap- barang kita tu-"
Arissa menoleh ke arah tikar dan barangan mereka tidak jauh dari situ.
"T..tinggalkan je! Yang penting kita pergi dari sini?"
Arissa mengerutkan dahi. Nampak hantu ke minah ni? Dalam rasa kehairanan yang mendalam, dia tetap berlari mengejar sahabatnya yang jauh ke depan.
❤❤❤
"Kenapa kita lari?" Arissa berhenti di tepi jambatan berdekatan pantai. Nafasnya tercungap-cungap.
Sah nampak hantu dia ni. Dengan muka pucat.
"Okay. Aku rasa kita dah selamat" Ujar laura yang tertoleh-toleh ke belakang sejak tadi. Laura melabuhkan duduk di bangku berdekatan.
"Kau dah kenapa? Cemas semacam aku tengok" Soal dia lagi. Gadis berambut kuning itu kelihatan menyeka menyeka peluh di dahi.
"K- kau perasan tak ada batu-batu banyak dekat kita berkelah tadi?" Terasa bulu romanya berdiri seluruh badan.
"Aah. Kenapa dengan batu tu?"
Ah sudah. Sudahlah dia naik atas batu tu, lepastu terjun ala-ala perenang kebangsaan. Ada hantu batu keluar dari celah batu ke?
Arissa mengigit jari.
"Aku nampak cahaya dari celah batu. Mula-mula aku buat tak tahu. Mungkin perasaan aku je."
"Dalam aku sambung baca buku, ada bunyi pelik. Cahaya tadi masih ada kat situ. Dalam aku pandang lama cahaya tu, aku nampak ada kaki keluar dari cahaya tu!"
"Hantu batu ke?"
Laura menjungkit bahu. Rasa takutnya masih belum hilang
"Mungkin jin batu kot. Dia marah kita kacau tempat dia." Arissa membuat ulasan.
Patutlah kawasan itu lengang tidak berorang. Mungkin kawasan jin batu.
"Jom kita ambik barang. Kita pindah tempat." Arissa melangkah bangun perlahan. Laura hanya membuntuti langkah sahabatnya perlahan.
❤❤❤
"Kenapa kau tak guna cahaya ni? Buat penat kita jalan jauh tadi!"
Bebel Pluto sambil menepuk kaki seluarnya yang penuh dengan pasir halus.
Air pantai yang beralun lembut menghempas pantai perlahan.
"Itu baru adventure! Kalau pap terus sampai, tak bestlah!"
Venus tersenyum bersahaja menepuk bahu sahabatnya yang masam mencuka.
"Bumi ni ada juga tempat indah macam ni. Aku ingat hanya penuh dengan pencemaran macam tempat kita singgah pagi tadi!"
Pluto tunduk menguis pasir halus. Ombak kecil menggulung sebelum menghempas pantai dan mengenai kakinya.
Dia tersenyum sendiri.
"Kau dah jatuh cinta dengan bumilah ni?"
Venus tersenyum kecil sebelum menangkap susuk tubuh kecil dua orang gadis yang berada di gigi air.
Ada manusia! Mungkin mereka yang dicari?
"Kau nampak tak?"
Pluto mendongak memandnag pelik sahabatnya.
"Aku rasa aku dah jumpa."
Eh, kenapa mereka lari?
❤❤❤
"Seronok main lari-lari cik adik?" Tegur satu suara garau. Arissa tersentak. Di hadapan tercegat seorang lelaki berambut blonde. Lututnya terasa lemah. Dia jatuh terduduk.
" En...Encik jangan apa-apakan kami. A....Ambillah barang berharga kami. Ini saja yang kami ada" Laura sudah menangis teresak-esak. Dia memegang erat lengan sahabatnya yang jatuh terduduk. Beg sandang dicampak ke depan.
"Jangan takut. Kami tak berniat jahat." Lelaki berambut hitam menghulurkan beg yang dicampak tadi pada mereka. Lelaki berbadan tegap itu membantu mereka untuk berdiri.
Dia menjeling sahabatnya, si rambut kuning. " Kau kejar diorang kenapa? Siapa tak takut kalau dikejar tiba-tiba" Marahnya sambil menggosok belakang kepala.
"Aku cuma takut mereka hilang dari pandangan" Lelaki berambut kuning itu tersengih. Terasa bersalahlah pulak bila memandang wajah dua gadis yang ketakutan itu.
"Maafkan aku. Aku pluto Trenes. Ini sahabat aku Venus Elegendre. Kami ada hal penting nak bincang. Boleh cik berdua luangkan masa sekejap?" Pluto tayang gigi bagi hilangkan rasa bersalah pada mereka.
Arissa dan Laura berpandangan. Siapa dua orang lelaki ini? Laura masih lagi ketakutan. Dia masih lagi terketar-ketar. Arissa yang sudah pulih semangatnya, menepuk perlahan bahu sahabatnya.
"Kami betul-betul perlukan bantuan cik berdua. Ini kawasan terbuka, kami takkan berani buat apa-apa. Mari cik berdua, kita berbual panjang di bangku sana" Venus tersenyum lembut. Dia bantu memapah Laura yang masih lemah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro