Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

⚘09⚘

Jihoon menyarung kemeja putih di tubuhnya. 2 butang dari atas di biarkan.

Dia mengenakan seluar putih bagi memadankan baju kemeja putihnya.

Akhir sekali dia menyarung kot putihnya.

Dia tidak bercadang untuk pergi ke mana-mana.

Dia selalu pakai pakaian begitu setiap hari.

Pakaian seperti itu sahaja yang ada di rak pakaiannya.

Jihoon keluar dari biliknya lalu pergi ke ruang makan.

Kelihatan seorang yeoja di situ.

Melihat dari belakang yeoja itu, Jihoon sudah tahu siapa yeoja itu.

"Yeona"

Yeoja itu memandang Jihoon dengan senyuman.

"Selamat Pagi Jihoon" sapa Yeona mesra.

"Selamat Pagi" balas Jihoon.

Jihoon duduk di kerusi dan memandang Yeona yang sedang menyusun Bunga Ros di dalam pasu di atas meja makan yang besar itu.

"Apa awak buat?" Soal Jihoon pelik.

"Saya nak awak sentiasa gembira. Saya harap awak sentiasa gembira melihat bunga ini." Beritahu Yeona.

"Macam mana awak tahu bunga ni boleh buat saya gembira?" Soal Jihoon.

"Sebab bunga Ros wangi. Bau dia dapat menggembirakan saya. Saya harap awak pun sama macam saya."

"Bunga lain tak wangi ke?"

"Bunga lain wangi. Cuma....Bunga Ros ni lain bagi saya. Macam ada keistimewaan pada bunga Ros ni. Sebab tu saya suka." Terang Yeona sambil memandang bunga Ros yang dihiasinya.

Jihoon menganggukan kepala tanda faham.

"Jihoon" panggil Yeona tiba-tiba.

Jihoon memandangnya.

"Awak tak makan lagi kan?" Soal Yeona.

"Emm..tak" jawab Jihoon.

"Awak nak tak makan dekat rumah halmeoni saya. Sekarang ni Halmeoni saya tengah masak untuk makan malam." Ajak Yeona.

"Tapi....."

"Awak tak payah malulah.. sayakan ada. Kajja!" Yeona tarik Jihoon keluar dari ruang makan itu.

🌷

Kini Yeona dan Jihoon berada di depan rumah Halmeoni Yeona.

"Jom masuk" ajak Yeona sambil buka pintu.

Jihoon mengangguk kecil kepalanya.

Jihoon mengikut Yeona dari belakang sehingga mereka di meja makan.

"Oh? Siapa ni?" Soal Halmeoni Yeona yang baru menyusun makanan di atas meja.

"Halmeoni. Ni kawan Yeona. Nama dia Park Jihoon"

"Annyeonghasaeyo..." sapa Jihoon malu-malu.

"Kenapa Yeona tak cakap nak bawa chingu Yeona datang rumah? Kalau tak boleh Halmeoni masak lebih."

"Cukuplah ni kita makan. Yeona tak makan banyak pun" ujar Yeona.

"Ye ke? Bukan ke kamu yang selalu makan banyak?" Usik Halmeoninya.

Jihoon tersenyum mendengar apa yang Halmeoni Yeona katakan.

"Halmeoni ni...dahlah. jom kita makan" Yeona terus ke dapur untuk mengambil nasi.

🌷

Sepanjang mereka bertiga makan, hanya perbualan antara Halmeoni Yeona dengan Jihoon sahaja dikedengaran di dalam rumah itu.

Selesai sahaja Yeona makan, Yeona mengambil telefonnya lalu curi-curi berselfie dengan Jihoon dan Halmeoninya yang sedang sibuk berbual.

Yeona tersenyum melihat hasil takapannya.

Mereka berdua tidak perasan langsung kerana terlalu seronok berbual.

🌷

"Sekarang dah lewat malam. Apa kata kamu tidur sini je. Bahaya pulak kamu nak balik malam-malam ni.." pelawa Halmeoni Yeona.

Yeona dan Jihoon tergamam.

Mereka berdua saling pandang antara satu sama lain.

"Ta-Tapi...Ji-Ji-"

"Emm...boleh juga." Potong Jihoon.

Yeona pandang Jihoon terkejut.

Jihoon hanya tersenyum melihat riak wajah Yeona.

"Kenapa dengan kamu, Yeona? Biarlah kawan kamu tidur sini" ujar Halmeoninya.

"Tapi, rumah dia depan tu je..." bisik hati Yeona.

🌷

Yeona bawa tilam bersama bantal ke bilik dimana Jihoon berada.

Yeona mengetuk pintu lalu masuk.

Yeona letak telam dan bantal itu di bawah.

Dia duduk menghadap Jihoon.

"Kenapa awak nak tidur sini? Awak boleh je tidur dekat istana awak. Dekat sini tak ada katil macam dekat istana awak. Dekat sini kitaorang tidur dekat tilam. Bukan ke awak baru bangun tidur tadi?" Bebel Yeona pada Jihoon.

"Salah ke saya nak tidur sini?" Soal Jihoon sambil membuka kotnya.

"Tak. Tapi, awak okey ke tidur sini? Sini tak ada katil. Rumah halmeoni saya tak semewah macam istana awak" balas Yeona.

"Apa salahnya saya nak tidur dekat sini? Asyik tidur atas katil je..." balas Jihoon.

"Huh..suka hati awaklah..." akhirnya Yeona mengalah.

Yeona memandang baju kemeja yang dipakai oleh Jihoon.

"Awak selesa ke tidur dengan baju tu?" Soal Yeona.

Jihoon memandang pakaiannya.

"Kalau ikutkan memang tak selesa."

"Sekejap eh. Saya ambil baju saya yang muat untuk awak" kata Yeona.

🌷

Yeona kembali di bilik Jihoon bersama hoodienya berwarna putih.

"Nah. Pakailah baju ni. Baju ni besar sangat untuk saya. Saya rasa awak muat baju tu" kata Yeona sambil hulur bajunya pada Jihoon.

Jihoon ambil dan menukarnya.

Yeona terkejut melihat Jihoon terus buka butang bajunya.

"Yah! Awak nak buka sekarang ke?" Soal Yeona gelisah.

"Haah. Wae?"

Yeona memusingkan badannya.

"Dah cepatlah tukar" arah Yeona sambil menutup matanya.

Jihoon tersenyum melihat kelakuan Yeona.

"Dah" kata Jihoon.

Yeona buka matanya dan pusing.

"Yah! Awak tipu!" Marah Yeona.

Yeona menutup matanya semula apabila melihat keseluruhan badan Jihoon terdedah.

Jihoon ketawa kecil lalu memakai baju yang di beri oleh Yeona.

"Dah" kata Jihoon sekali lagi.

"Betul ni?"

"Nae"

"Kalau tak, siap awak"

Yeona pusingkan badannya dan membuka matanya perlahan.

Dia luaskan pemandangannya apabila melihat Jihoon memakai baju.

"Woah! Awak muatlah baju tu. Awak ambil je lah baju tu." Kata Yeona teruja.

"Jinjja?! Gomawo. Selesa juga baju ni. Boleh tak awak belikan baju ni lagi untuk saya?"

"Awak suruhlah Jinyoung beli."

"Ala.."











TBC...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro