Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

LEYLA 8

Leyla mengenakan persalinan jumpsuit berwarna putih bagi menyelesakan figura untuk bergerak, memandangkan jejaka bermata helang telah mengajaknya melakukan aktiviti safari selepas sarapan pagi.

Leyla duduk di atas sofa baldu sambil menunggu Darius yang masih berada di dalam kamar mandi membersihkan diri.

Beberapa minit kemudian, sepasang mata milik Leyla menangkap figura tegap yang selamba keluar dari kamar mandi dengan hanya mengenakan tuala bagi menutup bahagian anatomi bawah.

Leyla diam memerhati Darius yang seakan mencari sesuatu di dalam laci yang terdapat di bahagian dapur.

Melihat rambut gaya moden fade pompadour yang tampak kemas dan klasik itu masih kebasahan, membuatkan Leyla tidak senang melihat.

Leyla masih diam memerhati Darius.

"Leyley—" Darius membalas renung Leyla yang asyik merenungnya.

"Jangan tenung begitu, jika tak mahu diri diterkam." Darius tersenyum nakal kepada Leyla yang bagaikan tidak pernah melihat manusia tanpa seurat benang.

"I rimas melihat you." Leyla bangun perlahan dari duduk dan mengorak langkah ke arah kamar mandi dengan bantuan tongkat besi miliknya.

Darius membuntuti langkah Leyla.

Leyla mengambil tuala kecil yang tebal berwarna putih, lalu dia memaling dan tergemap apabila susuk figura milik jejaka bermata helang berdiri tidak jauh seinci darinya.

Leyla menggeleng perlahan, lantas dia meletakkan tuala kecil ke atas kepala Darius dan mengelap rambut jejaka itu yang masih basah.

Darius membiarkan tingkah Leyla terhadapnya bersama segaris senyuman.

"Tingkah Leyley tampak romantis pada pagi ini." Usik Darius seraya merangkul pinggang ramping milik gadis kegemaran.

"I tak suka melihat rambut basah yang dibiarkan tak kering." Sebelah tangan Leyla masih mengelap perlahan rambut basah milik Darius, membiarkan jejaka itu merangkul pinggangnya.

"Dahulu, Leyley selalu mengeringkan rambut I yang basah." Darius mengukir senyuman yang sukar ditafsirkan.

Leyla berhenti mengelap rambut basah Darius yang mulai mengering sedikit, dia merenung dalam sepasang anak mata tajam bak burung helang.

"I rasa déjà vu." Ujar Leyla, lalu dia melangkah perlahan ke arah rak gantung tuala untuk meletakkan tuala ke tempat asalnya.

Darius menaikkan sebelah kening ke atas sambil memikirkan dialog si Leyla.

"Cepat bersiap, I lapar." Leyla melangkah untuk keluar dari kamar mandi.

"My Leyley—"

Leyla memaling tubuh melihat Darius yang mampir ke arahnya bersama wajah serius, membuatkan dia menelan air liur yang pahit.

"Ada sesuatu yang tak melengkapi Leyley."

Leyla berkerut wajah tidak memahami.

Darius mendekati Leyla, lalu dia memusing susuk figura gadis itu untuk membelakangi dirinya.

Kemudian, Darius mengikat rambut Leyla yang semakin panjang itu menggunakan reben.

Leyla membiarkan tingkah Darius terhadapnya, senyuman terbit di wajah menawan miliknya tanpa jejaka itu sedari.

Seusai menjamah sarapan pagi, Jeep pacuan empat roda 4x4 membawa mereka berdua merentasi pasir gurun merah paling mendalam di dunia yang menghiasi dengan pelbagai jenis hidupan liar unik dan eksotik.

Leyla membiarkan angin meniup lembut rambut miliknya sambil menikmati landskap indah gurun Kalahari melalui jendela Jeep.

Satu jam kemudian, Jeep berhenti di kawasan delta atau lanar yang berbentuk segi tiga di muara sungai.

Darius membuka pintu Jeep buat Leyla, membantu gadis itu untuk keluar dari perut Jeep.

"Di mana kita sedang berada?" Soal Leyla apabila melihat beberapa manusia sedang menaiki perahu kayu yang hanya muat untuk dua orang sedang merendahi muara sungai.

"Wilayah Okavango Delta." Darius memeluk bahu Leyla seraya melangkah ke arah rizab tersebut.

Leyla menoleh wajah kebelakang melihat dua jejaka yang turut mengikuti mereka.

Kelihatan kedua jejaka tersebut mengukir senyuman mesra terhadap Leyla yang asyik memerhati mereka berdua.

Leyla memaling wajah melihat hadapan kembali apabila Darius berbual dengan penjaga rizab tersebut.

Leyla diam memerhati Darius yang sedang berbual dengan jejaka tempatan, di dalam hati sempat memuji jejaka bermata helang yang mahir bertutur di dalam bahasa Afrikaans.

"Mari." Ajak Darius kepada Leyla.

Leyla membuntui langkah Darius mendekati sungai.

"You cakap nak bawa I pergi safari." Leyla membiarkan Darius membantu dirinya untuk duduk di dalam perahu kayu kecil.

"Leyley—"

"Sabar." Darius mempamerkan senyuman tampan terhadap gadis kegemaran.

"I rasa takut—" Leyla duduk di atas sampan sambil memerhati permukaan air. Apa yang berada di dalam air sungai itu dia tidak tahu.

Thalassophobia

"I ada, you tak perlu takut." Ujar Darius yang duduk di belakang Leyla.

Leyla mengganguk wajah perlahan.

"Jalan." Arah Darius kepada jejaka tempatan yang berdiri di hujung sampan untuk membawa mereka melayari Okavango Delta. 

Secara perlahan, Leyla menoleh wajah melihat hadapan apabila sampan mulai bergerak.

Leyla memerhati suasana yang tenang dan teduh, mata melihat sekawan burung unik berterbangan di hadapannya bersama perasaan yang sukar diungkapkan.

"Delta ini merupakan oasis terbesar yang kaya dan subur dengan tumbuhan. Terdapat pelbagai jenis spesis burung di kawasan ini juga." Darius memeluk tubuh Leyla dari arah belakang.

Leyla membiarkan Darius memeluk tubuhnya sambil menceritakan tentang kawasan tersebut yang mulai berjaya menarik minatnya.

"Burung biru itu namanya Okavango." Jari telunjuk milik Darius menunjuk ke arah sekawan burung yang asyik berterbangan di hadapan mereka, seperti sedang membuat pertunjukan.

"Oh, sebab itu nama delta ini Okavango?" Soal Leyla.

"Yes my Leyley." Darius tidak lagi memeluk tubuh Leyla, dia merakam gambar gadis itu yang sedang tersenyum menawan mengamati burung-burung Okavango.

Leyla menatap wajah melalui refleksi air, lalu dia meletakkan tangan di permukaan air yang jernih.

"Hati-hati." Pesan Darius terhadap Leyla yang ketawa dengan tingkahnya sendiri.

Leyla menoleh wajah melihat Darius bersama kerutan dahi.

"Ada anakonda."

Leyla membulat mata besar.

Secara pantas, Darius merakam gambar Leyla terkejut yang kelihatan sungguh kelakar.

"Arghhhh...geli-geli!!!" Leyla melompat ke arah Darius bersama jeritan histeria.

"Weh Leyley ingat you kecil sangatkah?" Darius tidak dapat bernafas apabila Leyla memeluk batang lehernya seperti hendak mencekik dirinya.

"Leyley, stop it! You nak perahu kita terbalik?"

"You dah gila bawa I ke tempat begini?! Macam mana kalau anakonda telan kita?!" Jerit Leyla di hadapan wajah Darius.

Tetiba Leyla teringat filem Anaconda yang dia menonton bersama Yara seminggu yang lepas terlayar di minda. Anaconda membuka luas mulut bersama gigi tajam menelan manusia dengan begitu rakus. Dia tidak mahu mengalami nasib yang sama.

Darius menolak wajah Leyla menjauh darinya, boleh pekak telinga dibuatnya.

Jejaka tempatan yang sedang mengayuh perahu memandang pelik pasangan di hadapannya, dia masih tenang mengayuh mengusuri sungai.

"Chill okay, tak ada anakonda." Seraya itu Darius melepaskan ketawa besar kerana berasa geli hati melihat Leyla yang histeria.

Leyla mengetap gigi tanda bengang.

Kemudian, Leyla melihat dua jejaka yang bersama mereka dengan menaiki perahu lain yang turut mengetawakannya.

Leyla mengambil tongkat besi miliknya, lalu dia mengangkat tinggi ingin belasah jejaka bermata helang.

"Main kasar."  Darius menahan tongkat besi dari terkena susuk figura miliknya.

Kedengaran semakin kuat dua jejaka yang berada di perahu lain itu ketawa sambil merakam aksi Leyla terhadap majikan mereka itu.

"I nak tolak you masuk dalam air, biar anakonda makan you." Leyla sedaya upaya menolak tongkat besi yang ditahan oleh jejaka bermata helang sehingga perahu mereka bergoyang teruk.

Jejaka tempatan cuba mengawal perahu mereka agar tidak terbalik.

"Leyley, jangan uji kesabaran I." Darius merampas tongkat besi milik Leyla, lalu dia membaling ke arah dua manusia yang sedang seronok mengetawakannya.

"Aduh muka kacak aku!" Alex meraba wajah yang terkena tongkat besi.

Felipe iaitu pembantu peribadi Darius terselamat kerana duduk di bahagian belakang.

"Korang berdua." Darius membuat tanda potong leher kepada mereka berdua apabila berjaya memeluk tubuh Leyla kembali.

Leyla merengus geram.

Mereka berdua mengelap peluh yang tetiba membasahi dahi apabila melihat Darius memberikan pandangan membunuh terhadap mereka.

Apabila perahu Darius menjauhi dari mereka, mereka berdua melepaskan ketawa besar.

"Dia tak boleh apa-apa kan kita, aku ada banyak gambar dia yang sedang mabuk bercinta." Alex mengukir senyuman nakal sambil melihat gambar-gambar Darius bersama Leyla yang dirakam olehnya.

"Kau memang suka cari hal dengan tuan." Felipe menggeleng melihat Alex.

"Relaks, dia tak boleh sentuh kita. Tanpa kita, dia tak akan dapat meneruskan rancangannya." Alex melihat pasangan yang berada jauh dari mereka itu bersama senyuman yang sukar ditafsirkan.

"Hey Leyley, why so feisty?" Darius memeluk tubuh Leyla yang tidak henti memberontak.

"Only with you." Balas Leyla sombong.

"Leyley—jangan begini dengan I." Darius redup merenung wajah Leyla.

Leyla mulai rasa sesuatu.

"Maaf." Leyla mengeluh perlahan.

Leyla sudah berjanji di dalam diri tidak mahu bergaduh dan ingin membuang segala rasa curiga terhadap suaminya itu sejak kejadian semalam.

Seusai menjamah makan malam, Leyla masuk tidur kerana diri keletihan.

Leyla melihat Darius masih sibuk dengan komputer riba, tiada tanda-tanda untuk masuk tidur.

Leyla membaringkan tubuh di atas katil bersaiz raja tanpa bantuan Darius apabila melihat jejaka bermata helang kelihatan sibuk.

Mata yang rasa mengantuk tadi tidak lagi rasa seperti ingin memejam apabila memikirkan malam itu si suami akan tidur sekatil dengannya, membuatkan dia menjadi resah.

Leyla tersentak sedikit apabila kamar mulai malap. Mata mencuri melihat kelibat Darius yang melangkah ke arah komputer riba miliknya kembali setelah menutup suis lampu.

Leyla memerhati Darius yang sedang menaip sesuatu di papan kekunci komputer riba bersama riak wajah serius tanpa jejaka itu sedari.

Leyla tidak pasti apa yang berlaku sehingga jejaka itu tampak begitu tegang, rambut yang masih basah tidak dikeringkan.

Leyla melelapkan mata apabila melihat Darius menutup skrin komputer riba setelah dua puluh minit menghadap sebuah alat yang berguna dan memudahkan umat manusia pada zaman kini.

Kedengaran derapan tapak kaki melangkah ke arah katil membuatkan jantung milik Leyla berdebar kencang.

Leyla dapat merasakan Darius melabuhkan punggung di birai katil sambil memerhati wajahnya, membuatkan dia semakin rasa tidak selesa.

"Semoga esok hari emosi Leyley baik kembali." Darius mengelus lembut rambut milik Leyla.

"I miss your smile and your affection."

"Good night, sleep tight."

"I love you my Leyley."

Darius mencium dahi licin milik Leyla dan berlalu keluar dari kamar, membiarkan gadis itu tidur dengan tenang.

Leyla membuka mata yang dipejam apabila tiada lagi kelibat Darius di dalam kamar, lalu dia menyentuh dada yang berdebar kencang.

Leyla terasa sesuatu apabila Darius mengungkapkan perkataan cinta terhadapnya, dia dapat merasai kasih sayang jejaka itu buatnya tetapi tidak tahu kenapa hati selalu menidakkan.

Tetiba air mata mengalir membasahi pipi.

Leyla menyentuh pipi yang basah, dia sendiri tidak tahu kenapa dirinya menangis.

Mungkin kerana layanan beku dia terhadap si suami yang langsung tidak pernah terasa hati.

"Tiada apa yang perlu dimaafkan." Darius memeluk tubuh Leyla dan mencium pipi gebu milik gadis itu.

"I tahu you masih tak selesa dengan I." Ujar Darius apabila melihat wajah bersalah Leyla.

"Take your time." Darius mengukir senyuman kepada Leyla yang merenungnya.

Leyla memaling wajah melihat hadapan kembali bersama perasaan bersalah dan berdebar.

Leyla selalu berasa ragu dan suka mencari fasal dengan Darius tetapi pada masa yang sama dia tidak mahu jejaka itu hilang di dalam kehidupannya.

Perahu berhenti di kawanan gajah yang terdapat di delta tersebut.

Seperti biasa Darius membantu Leyla untuk bergerak.

Darius mendukung tubuh Leyla memandangkan tongkat besi milik gadis itu telah dibaling olehnya kepada dua manusia yang asyik mengetawakannya.

Leyla memeluk leher Darius sambil mata meliar melihat sekeliling, kawasan itu penuh dengan gajah.

Alex dan Felipe turun dari perahu dan mendekati pasangan suami isteri tersebut.

Alex memberikan semula tongkat besi kepada Leyla bersama senyuman tampan.

Leyla mengambil bersama ucapan terima kasih.

"Mungkin, you boleh turunkan I." Ujar Leyla kepada Darius yang sedang mendukung tubuhnya.

"Kalau I tak nak?" Darius mengukir senyuman nakal.

Leyla merenung dalam wajah tampan milik Darius kerana jejaka itu tampak semakin tampan di bawah sinaran matahari.

"Cium I dulu." Arah Darius selamba.

"You nak I ketuk kepala you dengan tongkat besi ini?" Leyla tidak suka Darius yang suka mengusiknya kerana diri terasa malu.

"Garang tapi I sayang." Darius meletakkan tubuh Leyla di atas tanah, lalu dia melangkah pergi meninggalkan gadis itu yang tercenggang.

Kelihatan dua manusia menggigil tubuh menahan ketawa.

"Darius!!!" Leyla menjerit geram terhadap jejaka bermata helang yang membiarkan dia duduk di atas tanah.

Darius berhenti melangkah, dan mendekati Leyla kembali.

"Cium I dulu." Darius memasukkan kedua tangan ke dalam kocek seluar bersama senyuman sinis.

Leyla merengus geram.

"Sini." Leyla menggamit Darius merapatinya untuk mencium jejaka itu.

Darius teruja dan lantas merapati si Leyla.

"Ini cium!"

"Cepat bantu I berdiri semula!"

Leyla memulas telinga milik Darius, jangan harap dia akan mencium jejaka bermata helang di tempat awam.

Darius menyeringai kesakitan seperti anak kecil.

Alex merakam aksi di depannya bersama ketawa jahat.

Felipe turut ketawa tetapi dia tidak berani seperti Alex untuk merakam aksi majikannya yang asyik dikasari oleh gadis kesayangan.

Darius membantu Leyla untuk berdiri semula bersama wajah mendurga.

Leyla mengukir senyuman sinis kepada Darius, lalu dia melangkah perlahan melewati kawanan gajah.

Darius membuntuti langkah Leyla dari arah belakang tetapi sempat dia mendebik kepala dua manusia yang tidak henti mengetawakannya.

"Darius." Leyla berhenti melangkah apabila berdiri di hadapan anak gajah yang kelihatan comel.

"Yes my Leyley." Darius berhenti aksinya dan mendekati Leyla.

"I nak duduk atas gajah boleh tak?" Soal Leyla bersama mata bersinar comel.

"Boleh sayang." Darius mengukir senyuman apabila Leyla mulai berlembut dengannya.

Kemudian, Darius terlihat bayangan pasukan-pasukan profesional yang sedang melakukan kajian dan penyelidikan terhadap haiwan liar tersebut.

Oh uh wrong timing

"Errr...tak boleh." Darius mengurut leher yang tidak lenguh.

Secara drastik, Leyla menoleh wajah melihat Darius.

"I nak naik juga. I nak duduk atas gajah dan rakam gambar." Leyla muncung.

"Kaki you tak kuat."

"I tak kisah." Leyla tetap berkeras ingin menaiki gajah walaupun sebelah kakinya cacat.

"Kasihan Yara nanti kena betulkan kaki you semula."

"Jangan cakap dengan I." Rajuk Leyla.

"Okey kita naik gajah hujung sana itu besar sikit." Darius menarik lengan Leyla apabila perasan salah seorang doktor sedang merenungnya bersama kerutan.

Pekerja safari menolong Leyla yang teruja ingin menaiki gajah.

Leyla suka melihat gajah-gajah di delta itu kerana kelihatan comel seperti duta bedak Carrie Junior.

Darius melepaskan Leyla bersama pekerja safari yang akan membawa gadis itu mengelilingi kawanan tersebut, walaupun aktiviti safari menaiki gajah telah diharamkan olehnya sendiri mengikuti saranan doktor yang sedang mampir ke arahnya.

"Walaupun kau pemilik tempat ini tapi haiwan-haiwan yang berada di sini bukan milik kau." Ujar sinis doktor yang sedang memerhati si gadis teruja menunggang gajah.

"Gadis itu cinta hati aku, tak sanggup aku nak katakan tidak." Darius membalas bersama wajah tidak bersalah.

"Tak sangka Darius Assagaf lemah dengan makhluk Tuhan yang bergelar wanita." Doktor yang bernama Nash itu mengukir sinis kerana bukan dia tidak kenal sikap sebenar pemilik kem safari tersebut.

"Kau mesti tak pernah bercinta, kan?" Darius menoleh wajah melihat doktor berdarah sepanyol di sebelahnya itu.

Nash berwajah poker.

"Cuba kau bercinta, baru kau tahu lemah atau tak bila berhadapan dengan kekasih kau." Usik Darius kepada si doktor yang asyik sibuk bekerja tanpa henti.

"Aku tak ada masa untuk perkara yang membuangkan masa." Balas Nash berlagak.

"Wah ayat kau." Darius menepuk-nepuk bahu Nash.

Darius tidak seberapa masuk sangat dengan sikap doktor Nash itu kerana ideologi dan cara pemikiran mereka berbeza.

"Aku nampak lagi aktiviti begini, aku sendiri akan saman kau." Nash bernada serius memberikan amaran.

"Aku salah seorang BOD syarikat yang kau sedang bekerja." Darius sedar Nash seorang doktor yang berani.

"Jadi?" Nash menaikkan sebelah kening ke atas.

"Duit bukan masalah aku, asalkan cinta hati aku gembira." Darius mempamerkan senyuman angau.

Nash menjeling Darius.

"Aku janji ini kali terakhir." Ujar Darius apabila menangkap jelingan tajam dari doktor muda tersebut.

Nash mengangguk seraya berlalu pergi meninggalkan jejaka itu.

Nash marah kerana terdapat banyak gajah yang kesudahannya menjadi cacat dan patah tulang belakang kesan daripada bertahun-tahun dan berjam-jam membawa pelancong.

Nash telah banyak menyelamatkan gajah-gajah di kawanan itu bersama pasukannya dan memberikan amaran kepada Darius tetapi nampaknya jejaka itu seperti tidak mengambil serius amarannya.

Darius menggeleng melihat Nash berlalu pergi, lalu dia mendekati Leyla apabila pekerja safari membawa gadis itu bersama gajah kembali.

Darius membantu Leyla turun dari gajah.

"Seronok?" Soal Darius.

"Seronok tapi ada satu kumpulan manusia asyik pandang I seperti I ada melakukan kesalahan." Beritahu Leyla.

"Tak peru hiraukan mereka." Darius memeluk bahu Leyla seraya melangkah ke arah kereta buggi safari yang setia menunggu mereka.

Darius pasti sekumpulan yang melihat Leyla tidak berpuas hati itu adalah pasukan profesional yang membuat kajian, penyelidikan dan dokumentari di kawasan miliknya.

Walaupun sebahagian kawasan delta itu adalah miliknya tetapi dia tidak mempunyai sebarang hak terhadap semua haiwan liar yang hidup di kawasannya itu kerana mereka semua itu dilindungi di bawah organisasi haiwan liar.

Tugasnya hanya perlu memasti kesemua haiwan liar di dalam kawasannya sihat dan membuat duit di atas haiwan-haiwan liar tersebut.

Darius tidak menyalahi Leyla kerana gadis itu tidak tahu bahawa isu menunggang gajah adalah isu yang sensitif dan terkenal di peringkat antarabangsa.

Mereka menaiki kereta buggi yang akan membawa mereka ke aktiviti seterusnya.

Sepanjang perjalanan Leyla melihat pelbagai makhluk eksotik, termasuk singa Kalahari yang mempunyai surai unik kehitaman seperti Ayam milik Darius.

Di gurun itu turut ada kerbau air, antelop Kudu, burung unta dan beratus-ratus spesies burung, membuatkan Leyla tidak lepas menggamati suasana.

Walaupun keadaan kering tetapi terdapat banyak dedaunan yang rimbun membuatkan kawasan itu tidak terlalu terdedah dengan matahari.

Leyla menarik senyuman apabila melihat sekumpulan kuda belang sedang berlari seperti di dalam rancangan dokumentari.

"Felipe, aku baru sedar hari ini bahawasanya rupa kau macam antelop Kudu." Kutuk Alex kepada Felipe.

"Kacak lah juga dari kau rupa macam burung unta." Kutuk Felipe semula kepada Alex yang suka mengusik rupa tampan miliknya.

"Hei ini bukan sebarang burung unta, burung unta ini mampu merakam gambar pasangan romantis yang sedang hangat berasmara di gurun Kalahari." Alex mengusik tuannya pula walaupun terpaksa mengaku rupanya seperti burung unta.

"Alex, kau boleh senyap tak?" Darius menegur Alex yang asyik membuat bising sejak tadi.

"Ampun tuanku." Alex menyatukan kedua tangan sambil tertawa nakal.

Darius menjeling Alex, lalu menoleh melihat hadapan kembali.

Leyla menggigit bawah bibir sambil menahan malu apabila ayat berasmara asyik bermain di telinganya. Tidak tahu kenapa di saat hari semakin panas dan tubuh mulai berpeluh, dia boleh terfikir adegan dewasa itu.

Leyla mencuri melihat wajah tampan milik jejaka bermata helang. Apabila jejaka itu sedar dengan renungan darinya, lantas dia bertingkah membetulkan ikatan reben yang mengikat rambutnya.

Kereta buggi berhenti.

Darius membantu Leyla turun dari kereta buggi.

"Tak salah jika ingin merenung wajah tampan ini, ia percuma tak perlu bayar." Bisik Darius kepada Leyla.

Wajah Leyla berona merah menahan malu.

"Perasan." Leyla menjeling.

Darius mencuri mencium hidung Leyla, membuatkan gadis itu merengus geram.

Aktiviti mereka pada tengahari itu adalah safari kuda.

Mereka berdua menunggang seekor kuda yang sama ke dalam savannah, mengambil jalan masuk ke dalam semak dengan panduan pekerja safari.

Leyla membiarkan Darius mengawal pergerakkan kuda, dia hanya bersandar tubuh di dada bidang milik jejaka itu sambil menikmati landskap gurun pasir yang kaya dengan pelbagai haiwan dan tumbuhan liar yang tidak berkesudahan.

"Di gurun pasir tanpa batas, aku kehilangan jiwaku, dan menemukan bunga mawar ini." Darius memetik sepotong ayat puisi dari Rumi seraya berhentikan kuda.

Leyla berdebar jantung.

"Haruman figura ini sama seperti bau mawar." Darius memeluk tubuh Leyla.

Darius menunduk wajah menyembam wajah di leher Leyla, mencium haruman gadis itu sehingga meremang bulu roma si isteri.

"I sayang you, my Leyley."

Secara perlahan, Leyla menyentuh lengan yang sedang memeluk tubuhnya bersama seutas senyuman kerana saat itu dia dapat merasai kasih sayang dari jejaka bermata helang yang mengalir buat dirinya adalah bonafide.

"Berapa lama kita bercinta sebelum berkahwin?" Soal Leyla tetiba.

"Tiga tahun."

"Lama juga kita bercinta." Leyla mengukir senyuman.

"Apa yang membuatkan you jatuh cinta dan berkahwin dengan I?" Leyla menoleh wajah kebelakang apabila terdengar tertawa milik jejaka bermata helang.

"I jatuh cinta dan berkahwin dengan you sebab you adalah Leyley." Darius menggerakkan semula kuda untuk ke kawanan Rhinoceros.

"You memang tak suka jawab soalan I, kan?" Leyley menyiku perut berotot milik Darius.

Darius berpura-pura sakit perutnya akibat di siku.

Setengah jam kemudian, Alex duduk di atas tanah sambil memerhati pasangan yang berada di dalam sungai sedang memandikan badak air bersama ketawa.

Pemerhatian terhenti apabila telefon pintar miliknya berdering.

"Helo."

"Alex, mana tuan Darius?" Soal si pemanggil.

"Sedang berseronok."

"I rasa ada seseorang yang tahu tentang rancangan tuan Darius." Beritahu si pemanggil cemas.

Alex menelan air liur.

"Mereka ganti tempat I dengan doktor lain."

"Damn it." Carut Alex.

"I nak cakap dengan tuan Darius." Pinta si pemanggil.

Alex terjun masuk ke dalam sungai yang cetek menghampiri Darius.

"Hal penting yang tak dapat dielakkan." Bisik Alex kepada Darius yang sedang membantu Leyla menggosok tubuh badak.

Leyla terus menggosok tubuh badak sambil memerhati Darius yang menjauh darinya untuk menjawab panggilan.

Leyla memerhati riak wajah Darius yang semakin lama semakin tegang menandakan jejaka itu sedang di dalam kemarahan.

Darius memberikan semula telefon pintar kepada Alex dan mendekati Leyla yang asyik memerhatinya.

Riak wajah tegang berubah manis kembali.

"You nampak macam tak okey." Leyla bersuara apabila Darius membantunya membersihkan tubuh badak yang penuh dengan kotoran.

"Cakap saja yang you sibuk nak tahu dengan siapa I berbual." Darius mengukir senyuman yang boleh membuatkan Leyla menampar wajah tampan miliknya.

Leyla geram.

"Biasa lah hal kerja. Kadang okey, kadang tak okey." Beritahu Darius apabila melihat wajah kegeraman milik gadis pujaan hati.

"Tak nak tahu." Leyla menjelir lidahnya.

"Can't wait to twist your tongue." Darius mengenyit sebelah mata nakal kepada Leyla.

"Tak senonoh!" Jerit Leyla bersama wajah memerah menahan malu, lalu dia menjauhi jejaka bermata helang bersama wajah masam.

Kedengaran Darius ketawa kuat.

Malam itu, Darius membawa Leyla ke The Malori iaitu sebuah platform yang dibina dengan panel kaca untuk menatap bintang-bintang berkelipan di langit Kalahari.

Mereka berdua baring di atas sofa besar sambil melihat langit yang cerah tanpa sebarang bicara.

"Darius—"

"Hmm."

"You dah lama tak baca puisi untuk I."

Masing-masing masih melihat langit bersama perasaan terawang.

"I ingatkan you dah bosan dengan bait puisi dari I."

"I tak pernah bosan."

"Kadang garapan puisi you membuatkan I rasa terbuai."

"Contohnya." Darius menoleh wajah melihat Leyla.

Leyla turut menoleh wajahnya bersama senyuman menawan, dia tidak menjawab pertanyaan jejaka bermata helang.

"Senyuman menawan ini sentiasa menyuntik energi di dalam tubuh ini." Darius menyentuh pipi halus milik Leyla.

"I minta maaf." Tetiba Leyla memohon maaf.

"Untuk?"

"Bersikap kasar dan ragu pada you."

"Semalam you mimpi I sambut you dari jatuh ke dalam gunung berapi?" Jemari milik Darius tidak henti mengelus pipi lembut milik si cinta hati.

"You memang suka menyindir I, kan?" Leyla menarik perlahan pipi Darius yang suka mengusiknya.

Kemudian, mereka berdua tertawa kecil.

"I suka tempat ini." Leyla menoleh melihat langit kembali.

"I dah beritahu you akan jatuh cinta dengan tempat ini." Darius masih merenung wajah menawan yang baring di sebelahnya.

"Tempat ini milik you?" Soal Leyla kepada Darius kerana setiap kali bertembung dengan para pekerja hotel dan safari, mereka akan menegur mesra jejaka bermata helang dan memanggil jejaka itu sebagai tuan.

"Sebahagiannya milik I."

"Jadi tempat ini adalah perniagaan yang you sibuk uruskan selama ini?"

Darius mengukir senyuman yang sukar ditafsirkan, lalu dia mengangguk mengiyakan.

"Bermakna you suka haiwan liar."

"Jika tak suka mana mungkin Ayam menjadi haiwan perliharaan I." Darius tertawa.

"Weirdo." Leyla memberikan pandangan pelik kepada jejaka bermata helang.

Darius mempamerkan senyuman tampan.

"Matahari tak terlihat, terpampang rembulan yang bersinar indah."

"Cahaya malam di langit dan di sebelah tubuh membuatkan suasana malamku menjadi semakin indah."

Pasangan tersebut mula merenung di antara satu sama lain.

"Walaupun redup cahayanya tetapi masih menyinari jiwa ini."

Leyla terbuai sesaat, membiarkan Darius mencium lembut dahi miliknya.

"Leyley—"

Leyla memberikan renungan sayang terhadap Darius kerana tidak pernah cuba menyentuh bibirnya atau lebih dari itu. Jejaka itu sedar bahawa dia masih tidak bersedia.

"Apa yang membuatkan perasaan curiga dan ragu you hilang?" Darius berterus terang menyoal tentang perkara yang asyik bermain di dalam fikiran sejak tadi.

Leyla bangun dari pembaringan, melihat gurun luas di depan mata.

Darius turut meniru aksi Leyla.

"I dapat rasa kehidupan lepas I hanya seorang diri tanpa sesiapa di dunia ini. Hanya ada you di dalam kehidupan I." Wajah Leyla mulai muram.

"Jadi—I tak patut rasa curiga atau ragu pada you." Leyla membiarkan air mata mengalir membasahi pipi.

"Kenapa you menangis?" Darius menyentuh pipi yang basah itu.

"I tak tahu." Leyla menggeleng perlahan bersama tangisan sayu.

Darius menarik Leyla di dalam dakapannya.

"Beritahu I, benarkah I tiada sesiapa di dunia ini selain you?"

Darius membisu memikirkan soalan dari Leyla.

"I ada keluarga?"

Leyla mendongak wajah melihat Darius yang membisu.

Mereka berdua merenung di antara satu sama lain.

"Leyley cakap dia tak ada keluarga."

"Keluarga Leyley dah meninggal sejak dia kecil lagi." Beritahu Darius.

Leyla tidak membalas, dia melentokkan kepala di dada bidang milik jejaka bermata helang bersama fikiran menerawang.

Darius memeluk tubuh Leyla bersama perasaan menggila, jikalah gadis itu mengetahui perkara sebenar.

•••••

Ketika waktu dinihari sebelum fajar menyising, si gadis bernama Leyla terjaga dari mimpi yang membuatkan seluruh tubuh berpeluh.

Leyla bangun dari tidur bersama dada berombak laju, dia tidak tahu kenapa sejak kebelakangan ini asyik bermimpi sesuatu perkara yang ngeri.

Leyla melihat sekeliling kamar tidur, bila yang dia masuk ke dalam kamar tidur pun dia tidak sedar kerana kali terakhir ingatannya berada di platform melihat bintang bersama suaminya.

Leyla memaling wajah melihat sebelahnya mencari Darius tetapi malangnya jejaka bermata helang tiada seperti semalam.

Secara perlahan, Leyla bergerak turun dari katil mengambil tongkat besi miliknya dan melangkah ke arah dapur untuk mencari air bagi membasahi tekak yang kering.

Selesai membasahi tekak dan membasuh gelas, telinga Leyla mendengar seperti suara sedang berbual di kawasan geladak yang terdapat di luar kamar.

Leyla pasti manusia itu adalah Darius.

Leyla meletakkan gelas di atas rak kembali dan melangkah keluar dari kamar untuk mencari suaminya.

Apabila berada di geladak, Leyla berkerut wajah melihat tiada sesiapa di kawasan itu. Hanya kedengaran bunyi air pancur yang jatuh ke dalam kolam renang.

Kemudian, Leyla perasan pintu jerami yang terdapat di hujung geladak terbuka luas.

Dia mendekati pintu itu memikirkan mungkin Darius berada di luar.

Leyla melihat sekeliling mencari Darius tetapi jejaka itu masih tidak kelihatan, hanya kedengaran bunyi suara-suara haiwan liar.

Leyla mengorak langkah perlahan menuju ke sebatang pohon yang menarik minatnya sejak tiba.

Camel Thorn Trees

Leyla menyentuh kulit pohon camel thorn trees bersama perasaan lega kerana akhirnya dia dapat menikmati dan menyentuh pohon tersebut.

ROAR!!!

Leyla terenjat bahu apabila mendengar suara guaman milik si singa Kalahari di belakang tubuhnya.

Leyla memaling tubuh bersama dada berombak laju dan melihat seekor singa yang sedang merengus geram terhadapnya seolah dia telah menggganggu kawasan haiwan tersebut.

Leyla melihat singa itu bukan si Ayam milik Darius kerana tidak mempunyai kolar tali di leher.

Tanpa menunggu masa, Leyla berlari walaupun kakinya tidak kuat untuk berlari laju.

Leyla menjerit nyaring apabila singa liar itu mengejar tubuhnya, membuatkan dia semakin berusaha untuk berlari laju kerana tidak mahu menjadi mangsa si singa liar.

"Darius, help me!!!" Saat itu Leyla teringatkan Darius yang sentiasa membantunya di dalam keadaan gawat dan baru dia sedar bahawa diri tidak mampu hidup tanpa bantuan suaminya.

Kedengaran tangisan Leyla memecahi kesunyian apabila kakinya mula berasa sakit akibat dipaksa berlari.

"Arghhhhhh!!!" Leyla menjerit nyaring apabila si singa berjaya menerkam tubuhnya.

Leyla bergelut dengan si singa dan tongkat besi di tangan memukul kuat haiwan liar tersebut menggunakan segala kudrat yang ada.

Di ruang tamu, jejaka bermata helang meneguk minuman di dalam botol air sambil melihat aksi ganas di hadapannya melalui dinding berpanel kaca.

Selesai meneguk minuman, Darius mengukir senyuman sinis melihat Leyla yang sedang bergelut dengan singa liar dan langsung tiada niat ingin membantu gadis itu.


Lawan atau mati


••••••••••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro