LEYLA 7
Sekujur tubuh melangkah perlahan memijak awan-awan bak gula kapas mengapung di ruang udara bersama rasa gundah-gulana memikirkan di dimensi mana dia sedang berada.
Waktu seakan tidak bergerak, burung berterbangan di langit udara turut tidak bergerak.
Tetapi kawasan itu membuatkan rohani miliknya rasa tenang dan tidak lagi perih seperti yang dirasai selama hidupnya.
Jika boleh dia mahu tinggal di situ membina rumah kerana perasaan tenang yang di alami sungguh mengasyikkan jiwa.
Leyla meliar pandangan melihat sekeliling yang hanya kepulan awan yang nampak dempak, lalu dari jauh dia terlihat susuk tubuh tegap milik seorang jejaka.
Secara pantas, Leyla berjalan menuju ke arah jejaka itu tanpa bantuan tongkat miliknya lagi kerana di atas awan itu membuatkan kaki dia pulih kembali.
Leyla berhenti melangkah apabila diri sudah mendekati jejaka tersebut, dia melihat susuk tubuh tegap jejaka itu dari arah belakang.
"Kau tak patut berlari ke arah aku." Jejaka itu melontarkan suara.
Leyla berkerut wajah.
"Kau akan menyesal." Ujar jejaka itu pada Leyla.
"I tak faham dan kita berada di mana?" Leyla menggeleng sambil melihat sekeliling kembali.
"Daerah yang membuatkan kau terleka sesaat." Jejaka itu mengukir senyuman sinis.
"Lihat dibawah."
Leyla menuruti kata jejaka itu dengan melihat bawah yang membuatkan kedua bebola mata miliknya terbuka luas.
Lava dan kepulan abu yang dimuntahkan gunung berapi
Leyla menelan air liur.
"Daerah itu tidak pernah memandikan kasih sayang." Jejaka itu bicara kembali.
"Tempat ini boleh menjadi milik kau tapi malangnya ada aku di sini."
"Aku lebih suka melihat kau dibawah." Jejaka itu mengukir senyuman menakutkan, lalu dengan pantas dia menolak tubuh Leyla ke bawah.
Leyla menjerit nyaring dan sempat mata menangkap wajah jejaka yang menolak kasar tubuhnya.
"DARIUS!!!!!!!"
"Leyley, wake up!!!" Darius mengoyangkan tubuh Leyla yang tidak keruan di tempat duduknya.
Mata-mata manusia di dalam penerbangan kelas pertama itu memanah pasangan suami isteri tersebut.
Pramugari datang membawa air seperti yang dipinta oleh jejaka bermata helang.
Darius memercik air ke wajah Leyla agar gadis itu sedar kembali tetapi malang gadis itu masih menjerit seperti kerasukkan.
Tanpa memikir lagi, Darius mencurah air di dalam gelas ke wajah Leyla membuatkan gadis itu membuka mata besar.
Leyla bersama kedua mata membulat besar, dengan lantas dia menampar kuat wajah tampan milik Darius.
Darius memegang pipi yang memerah bersama ketapan gigi tanda bengang.
Kedengaran suara-suara menahan ketawa yang membuatkan Darius menikam tajam wajah milik dua manusia yang dibayar gaji olehnya itu.
Darius bernasib baik kerana ruangan tersebut seperti berada di dalam bilik tertutup dan tiada penumpang lain yang melihat aksi ganas dari Leyla terhadapnya.
"Kau berdua blah sekarang." Darius menghalau dua jejaka yang menekup bibir bersama ketaran tubuh akibat menahan ketawa.
Dua jejaka itu berlari anak menuju ke tempat duduk mereka kembali bersama ketawa kuat yang dilepaskan.
Secara kasar, Darius menutup pintu yang berfungsi menutup ruangan tersebut.
"Kenapa—you tampar I?" Darius bernada geram menyoal.
"I berjalan di atas awan dan you tolak I jatuh ke dalam gunung berapi!" Leyla berombak dada menikam wajah Darius.
"Apa yang you mengarut?" Darius mengusap pipi yang masih terasa pedih bersama wajah tidak memahami apa yang Leyla bicarakan.
"Siapa yang berjalan di atas awan?" Soal Darius apabila Leyla melemparkan pandangan tajam terhadapnya seolah dia telah menyebarkan gambar bogel gadis itu ke dalam media sosial.
"I berjalan di atas awan dan you tolak I ke dalam gunung berapi!" Leyla mengulangi ayat dia kembali.
"Di atas awan—" Darius memegang dagu tajam milik Leyla, lalu dia mengerakkan wajah gadis itu melihat luar jendela.
"Tiada gunung berapi."
Leyla menepis tangan yang menyentuh dagunya bersama rengusan geram.
"Nah lap wajah you." Darius memberikan kain tuala kecil yang tersedia ada di dalam kapal terbang itu kepada Leyla.
Leyla mengambil kasar tuala tersebut, lalu dia mengelap wajah yang basah dek di curah air oleh jejaka bermata helang.
"I tak suka you." Kata Leyla apabila selesai mengelap wajah basahnya.
Darius memekakkan telinga dan membaca majalah tentang dunia perniagaan.
"I pasti—Tuhan ingin menyampaikan sesuatu kepada I melalui mimpi tersebut." Leyla merenung tajam wajah Darius kembali.
"Pernah dengar tak ungkapan mimpi hanya sekadar mainan tidur?" Kornea mata Darius masih tertumpu pada majalah.
"Tak." Leyla memeluk tubuh.
"Oh lupa ada orang itu lupa ingatan." Darius menyindir.
Leyla menyunging sinis apabila mendengar bicara yang dilontarkan oleh jejaka bermata helang.
Lupa ingatan
"Jahat sangatkah I dalam mimpi you itu?" Darius menyoal sambil membelek majalah apabila si Leyla masih merenung tajam wajahnya.
"You tolak I." Leyla mengenangkan mimpi ngeri di atas awan kembali.
Darius melepaskan tertawa.
"Tak mungin I menolak gadis kegemaran I ini." Darius meletakkan majalah di tepi, lalu memeluk bahu Leyla.
Leyla membiarkan tingkah Darius terhadapnya.
"Leyley—" Darius melepaskan keluhan perlahan.
"You anggap I seorang yang jahat sebab itu you mimpi I melakukan perkara jahat terhadap you." Darius tidak lagi memeluk bahu Leyla.
Leyla mulai terhambat rasa bersalah apabila mendengar intonasi lemah milik jejaka bermata helang.
"Jangan ganggu I, I nak tidur." Leyla memusing tubuh ke kanan, melarikan diri dari Darius.
"Leyley, jangan tidur!" Darius memeluk tubuh Leyla.
"Takut you mimpi I tikam you dengan gergaji." Darius menyembunyikan ketawa.
"Lawaknya." Leyla menyiku perut berotot milik Darius, lalu dia memakai penutup mata berwarna hitam kerana malas ingin melayan jejaka bermata helang.
Darius hanya diam memerhati tingkah Leyla, tiada lagi senyuman di wajah apabila gadis itu mengenakan penutup mata.
Darius bersandar tubuh di kerusi kulit sambil memikirkan sesuatu.
Mungkin sisa perbuatan dia terhadap Leyla pada masa lalu, masih mengganggu dalaman jiwa gadis itu
•••••
Turun dari kapal terbang, rongga hidung milik Leyla menghirup udara gersang yang terdapat di sekeliling Maun Airport, Botswana.
Leyla meliar mata melihat kawasan lapangan terbang yang sibuk sambil perlahan mengikuti jejak langkah Darius.
Darius berhenti melangkah apabila sedar dia bersama seseorang, tidak seperti selalu hanya dia seorangan diri.
Leyla menjeling Darius yang akhirnya sedar akan kehadirannya.
"Maaf Leyley." Darius mengukir senyuman tidak bersalah, lalu dia menggenggam erat jemari milik gadis itu.
"I ingatkan you ini seorang jutawan." Leyla bersuara sementara mereka masih berjalan di dalam lapangan terbang menuju ke pintu keluar.
Darius menaikkan sebelah kening ke atas.
"I ingat you ada pesawat persendirian."
"Yara cakap you selalu terbang sana sini di atas hal urusan perniagaan you." Ujar Leyla lagi apabila Darius memberikan reaksi tidak memahami.
"Jadual penerbangan biasa boleh ikut jadual urusan you?"
Darius melepaskan ketawa.
"Tak ada." Dua patah Darius membalas, lalu dia membantu Leyla masuk ke dalam Range Rover P525 HSE yang datang dengan enjin Supercharged V8.
"Jalan."
Kereta berwarna hitam itu bergerak laju membelahi jalan raya apabila mendengar Darius memberikan arahan.
"Jadi you bukan seorang jutawan?" Soal Leyla kepada Darius.
"Bukan." Darius memerhati suasana luar yang savannah.
"I nak kahwin dengan lelaki jutawan." Ujar Leyla seperti tidak berpuas hati terhadap Darius.
Darius tertawa melihat Leyla.
"Malangnya you dah berkahwin dengan I." Darius menarik pipi merah Leyla.
"I lebih suka suasana sejuk dari panas begini." Leyla memaling wajah melihat luar yang kering.
Leyla ingat Darius ingin membawa dia bercuti ke pulau untuk merehatkan minda tetapi malangnya ke negara Wakanda jejaka itu membawanya.
"You akan suka tempat ini."
"I tak nak gelap."
"I ada sunblock."
Leyla menjeling Darius.
"Harap-harap tempat yang you bawa I ini ada aiskrim." Ujar Leyla serius yang mengundang ketawa Darius meletus kuat.
"Tiada apa yang kelakar." Leyla memaling melihat suasana luar kembali, membiarkan Darius bersama ketawanya.
"You ini serius sangat." Darius memeluk bahu Leyla yang seakan tiada emosi dengan dirinya.
"Kadang I suka you, kadang I tak suka you." Leyla meluahkan bicara apabila Darius merapat tubuh dengannya.
"Sekarang you tak suka I?" Soal Darius.
Leyla mengangguk.
"Menci lah dengan Leyley ini." Darius menolak bahu Leyla dengan bahu besar miliknya bersama wajah masam.
Tubuh Leyla terhentak ke tepi pintu, membuatkan Darius menerima jegilan tajam dari Leyla.
Darius melepaskan ketawa tanpa rasa bersalah melihat Leyla mengusap tubuh bahagian kiri yang pedih.
"Nak rasa penampar lagi?" Leyla bernada bengang.
Hilangnya ketawa Darius.
Darius mendekati tubuh Leyla kembali dan tapak tangan naik menyentuh kaca jendela kereta bagi memerangkap tubuh gadis itu.
Jantung milik Leyla berdetak laju apabila Darius memberikan renungan menakutkan terhadapnya.
"Pipi ini tiada sesiapa yang pernah berani menyentuh selain Leyley."
"Berani si Leyley, kan?" Darius mengukir sinis.
Leyla menelan air liur.
"Kalau nak rasa ciuman romantis penuh kehangatan, sila tampar lagi pipi ini." Bisik Darius nakal di cuping telinga milik Leyla membuatkan bulu roma gadis itu meremang seram.
Leyla menolak tubuh Darius kerana rimas, geram dan--takut.
Darius hanya mengukir senyuman sinis terhadap Leyla yang mempamerkan riak ketakutan.
Akhirnya mereka sampai ke destinasi yang ingin dituju setelah satu jam setengah perjalanan, membuangkan rasa sepi di dalam kereta.
Leyla melihat jejaka berpakaian kemas membuka pintu untuk dirinya, lalu dia keluar dari perut kereta dengan bantuan jejaka berkulit gelap itu.
"Selamat datang puan Assagaf." Jejaka berkulit gelap itu mempamerkan senyuman manis terhadap Leyla.
Leyla terbatuk kecil apabila mendengar jejaka berkulit gelap itu memanggilnya sebagai puan Assagaf.
Darius mengukir senyuman senget.
"Puan Assagaf, kenalkan ini Kaleb." Darius memeluk bahu Leyla bersama senyuman sambil memperkenalkan pengurus yang menjaga Tswalu Kalahari Reserve Luxury Camp miliknya itu.
"Kaleb adalah pengurus tempat ini." Beritahu Darius kepada Leyla.
Leyla mengukir senyuman terhadap Kaleb, lalu dia mengikut Darius menuju masuk ke dalam kem mewah bertaraf hotel enam bintang itu.
Mata Leyla meliar melihat suasana lobi yang sibuk dengan manusia-manusia yang sedang santai berlegar di ruangan tersebut.
Darius membawa Leyla menuju ke kawasan suite mewah, di mana terletaknya bilik yang bakal mereka menginap selama seminggu.
Leyla melihat kamar-kamar suite mewah yang terdapat kelihatan seperti sebuah rumah persendirian.
Darius mengimbas kad kamar di bahagian pintu, lalu pintu di buka secara automatik dan mereka masuk ke dalam bilik.
Leyla keinginan melihat rekaan dalaman yang menarik membuatkan bibir menarik senyuman.
"Ini bilik I?" Leyla melangkah perlahan mendekati sofa.
"Bilik kita." Darius memasukkan kad ke dalam slot yang disediakan untuk menghidupkan elektrik suite mewah tersebut.
Sepasang mata milik Leyla menikmati rekaan dalaman yang berjaya menarik minatnya.
Sebuah bilik yang luas yang dilengkapi divan, lantai kayu keras, bilik mandi besar, dapur kecil, sisi tingkap kaca dan bumbung kanvas lembut.
Tidak lupa juga landskap indah pasir merah, rumput emas, dan pohon-pohon akasia dipenuhi di luar kamar, dan hidupan liar unik disesuaikan dengan persekitaran yang keras.
"I tak mahu sebilik dengan you." Leyla melabuhkan punggung di atas sofa, tajam dia menikam wajah Darius.
Darius mengukir senyuman kepada Leyla, lalu dia merebahkan tubuh di atas katil empuk bersaiz raja dan memejam mata.
Leyla menggenggam penumbuk melihat Darius di atas katil, lantas dia bangun dari duduk dan mendekati jejaka bermata helang.
"I nak you keluar sekarang!" Leyla memukul tubuh Darius menggunakan tongkat miliknya.
Darius membuka mata apabila terasa benda besi menghempas kuat di belakang tubuhnya.
"Leyley!" Darius memaling tubuh dan menahan tongkat besi milik Leyla yang ingin menyentuh tubuhnya buat kali kedua.
"I tak mahu sebilik dengan you!" Jerit Leyla.
"Kenapa dengan you ini?" Darius duduk di birai katil bersama keluhan kuat dilepaskan.
"I tak mahu sebilik dengan you!" Leyla mengulangi ayat yang sama.
"Ya I faham! Tak perlu ulang ayat yang sama berkali-kali!" Jerit Darius bengang.
"Kalau faham kenapa tak keluar?!" Jerit Leyla yang tidak mahu kalah.
"Alasan untuk I keluar dari bilik ini?" Darius menaikkan sebelah kening ke atas.
"I tak selesa sebilik dengan you."
"Sebelum memori lepas Leyley dipadamkan oleh Tuhan, setiap malam kita tidur bersama dan bersetubuh." Darius tersenyum sinis.
Leyla membisu merenung Darius yang tersenyum sinis terhadapnya.
"Kita bersetubuh?" Leyla menggenggam erat tongkat miliknya.
"Kenapa kita tak ada anak?" Soal Leyla.
Giliran Darius membisu merenung Leyla.
"Bagaimana Leyley tahu selepas bersetubuh boleh dapat anak?" Darius binggung melihat Leyla.
Leyla merengus geram.
"Kenapa tak nak tanya bagaimana Leyley boleh bercakap dan ingat setiap patah perkataan sedangkan dia lupa ingatan!" Leyla menjeling Darius dan melangkah pergi meninggalkan jejaka itu.
"Haah betul juga bagaimana orang lupa ingatan mampu bercakap sedangkan dia lupa ingatan?" Darius mengusap dagu bagaikan kes Leyla begitu merumitkan.
"Oh, mungkin sebab dia lupa ingatan tapi bukan bisu." Darius menjawab soalannya sendiri.
"Keluar Darius!" Leyla melabuhkan punggung di atas sofa kembali bersama wajah mendurga.
Darius melepaskan ketawa besar.
Leyla menutup kedua telinga kerana benci mendengar suara ketawa milik jejaka bermata helang.
"You tahu tak kenapa I bawa you ke sini?" Ketawa jahat milik Darius tidak lagi kedengaran.
"Di sini adanya kawan baik you."
Drastik, Leyla menoleh wajah melihat Darius.
"Kawan baik?"
Darius mengangguk.
"Tak sangka I punya kawan baik."
"Mana dia?" Leyla mempamerkan wajah teruja.
"Lupakan sahaja." Darius duduk bersila di atas katil.
Leyla berkerut wajah.
"Leyley halau I keluar dari bilik ini." Darius melarikan anak mata dari Leyla sambil bersiul.
Leyla merengus geram.
"Fine!" Leyla meluat melihat tingkah Darius yang seakan anak kecil itu.
"I love you, my Leyley." Darius menghadiahi ciuman terbang kepada Leyla, lalu meletakkan kepala di atas bantal dan memejam mata kembali kerana berasa mengantuk.
Leyla merenung wajah tampan milik Darius yang sedang ketiduran sambil terfikir siapakah kawan baiknya.
Akibat banyak sangat bermain di dalam fikiran, dia turut melelapkan mata bagi merehatkan minda yang letih.
•••••
Terjaga dari tidur yang nyenyak, kornea mata meliar melihat sekeliling untuk memastikan dia tidak bermimpi menjejakkan kaki ke negara Wakanda.
Leyla bangun dari pembaringan, dan melihat dia di atas katil empuk bersaiz raja. Tidak lagi di atas sofa.
Kamar suite mewah itu sepi tanpa jejaka bermata helang.
Leyla memijak lantai dan mengambil tongkat miliknya untuk menuju ke kamar mandi bagi membersihkan tubuh yang mulai melekit.
Selesai membersihkan tubuh, Leyla melilitkan kain tuala ke atas tubuhnya dan melihat cermin besar yang terletak di dalam kamar mandi.
Darius melihat jam tangan mewah miliknya kerana sudah satu jam Leyla berada di dalam kamar mandi sejak dia masuk ke dalam kamar untuk mengejutkan gadis itu.
Kemudian, dia mengetuk pintu kamar mandi kerana mulai resah Leyla terlalu lama sangat berada di dalam kamar mandi.
"Leyley." Darius memulas tombol pintu, dan tidak berkunci.
"Are you okay?" Darius masuk ke dalam kamar mandi melihat Leyla yang sedang berdiri di hadapan cermin.
Tubuh kaku seperti boneka
Darius mendekati Leyla yang merenung wajah pucat miliknya, lalu dia menyentuh bahu gadis itu yang terdedah.
"Apa yang sedang mengganggu fikiran?" Soal Darius.
Leyla membisu.
"Leyley—" Darius menyeru nama gadis kegemaran.
"Tetiba—hati rasa tak tenang." Bicara Leyla setelah lama membisu.
"Perkara apa yang buat hati you rasa tak tenang?"
"Tak tahu." Leyla masih merenung wajah pucatnya di refleksi cermin.
Darius mengeluh perlahan, lalu dia menuju ke arah rak pakaian yang terdapat di dalam kamar mandi yang menyimpan pakaian milik mereka.
Darius mengambil pakaian tidur milik Leyla, lalu dia kembali ke arah gadis itu semula.
Kemudian, Darius membantu Leyla mengenakan pakaian tidur tanpa sebarang bicara.
Leyla hanya membiarkan perilaku Darius terhadapnya sambil memerhati jejaka itu.
"You tak boleh berdiri lama sangat, nanti kaki you sakit." Darius menarik kerusi buat Leyla.
Leyla melabuhkan punggung.
Darius mengambil alat pengering rambut, lalu dia mengeringkan rambut si gadis yang sedang berperang dengan perasaan sendiri.
"Rubaiyat Jalaluddin Al-Rumi yang menjadi pilihan Leyley." Darius bersuara kembali sambil berhati-hati mengeringkan rambut lembut bak kain cindai.
"Kisah manusia menjadikanku bertepuk tangan, menjadikanku tanpa ketenangan, tanpa akal, tanpa roh."
Suasana sepi sesaat di antara mereka.
"I tak suka puisi itu." Darius menyikat rambut milik Leyla.
Leyla merenung tajam wajah tampan milik jejaka bermata helang.
"Leyley suka puisi itu, mungkin ia menceritakan kehidupan Leyley yang lepas." Leyla mengukir sinis.
"Kehidupan lepas Leyley yang tambung." Darius mengukir sinis terhadap Leyla kembali.
"Jangan nak tipu, I bukan seorang gadis tambung." Leyla mengetap bibir tanda geram.
"Bagaimana Leyley tahu yang dia bukan seorang gadis tambung pada masa lepas?" Darius menaikkan sebelah kening ke atas.
Suasana sepi sesaat.
"Kalau I tambung, kenapa you memperisterikan I?" Leyla bersuara kembali mematikan suasana sepi di antara mereka.
"Bagaimana tingkah Leyley pada masa lepas, I tetap sayangkan Leyley." Darius tersenyum melihat Leyla yang seakan tidak berpuas hati.
Leyla membisu bersama debaran hati.
"Dah siap, mari makan." Ajak Darius setelah selesai mengikat kemas rambut gadis kegemaran.
"I tak mahu makan." Leyla melihat kosong wajah Darius yang berkerut seribu.
"Kalau tak mahu makan, you mahu apa?" Soal Darius.
"Mahu you keluar." Balas Leyla tanpa rasa bersalah menghalau jejaka yang membantu diri seketika tadi.
"Leyley—"
"Makan sedikit buat alas perut you yang kosong." Darius mengukir senyuman kepada Leyla, lalu dia berlalu keluar dari kamar mandi meninggalkan gadis itu bersendirian.
Leyla melihat pintu kamar mandi yang tertutup rapat.
"Kau tahu apa yang mengganggu jiwa aku, kan?" Leyla bermonolog sendirian sambil melihat wajahnya di cermin besar kembali.
Leyla mengempal penumbuk bersama perasaan merampang, lalu secara perlahan dia melangkah keluar dari kamar mandi bersama tongkat besi.
Darius berehat di atas sofa santai yang terletak di geladak berbumbung jerami yang menjalar, ia kelihatan seperti istana ala Afrika yang aneh.
Jejaka bermata helang menikmati cerut mahal miliknya sambil cuba tenangkan diri yang berang terhadap gadis yang bernama Leyla Amani.
Leyla melangkah perlahan apabila melihat susuk tubuh milik Darius yang sedang bersantai di luar bilik.
Mata sempat melihat luar yang mempunyai permaidani oriental berbentuk permata menghiasi lantai dan kolam renang persendirian yang turut terdapat di geladak luas itu dengan pemandangan gurun.
Turut terdapat pagar jerami yang mengelilingi kawasan kem mewah tersebut.
"Itu singa, kah?" Leyla di bingkai pintu melihat seekor singa yang sedang bersantai di tepi kolam yang terdapat di kawasan geladak.
"Anak kucing." Darius tersenyum sinis kepada Leyla yang menjelingnya.
"You tolong halau singa itu, I takut." Leyla tidak berani untuk keluar ke geladak apabila melihat si singa yang tajam merenungnya.
"Mana mungkin singa takut dengan singa?" Darius semakin lebar senyuman.
"Darius!" Leyla mengetap gigi.
"Dia tak bahaya." Darius melepaskan asap cerut ke ruang udara savannah.
"Berani you samakan I dengan singa?!" Leyla naik angin.
"Lihat singa tengah naik angin." Usik Darius lagi bagi menyakiti hati si gadis hormon tidak menentu.
"YOU!" Leyla mendekati Darius untuk memukul jejaka itu menggunakan tongkat besi miliknya.
Tidak sempat Leyla ingin memukul Darius, telinga menangkap bunyi kuat ngauman garau si singa ke arahnya.
Leyla menjerit nyaring apabila melihat seekor singa ingin menerkam tubuhnya.
Secara lantas, Darius bangun dari bersantai dan menangkap si singa yang ingin melompat menerkam tubuh Leyla.
"Chill okay. Dia bukan musuh aku." Darius memeluk tubuh dan mengusap lembut surai singa yang berbulu unik kehitaman bagi menenangkan rasa amarah haiwan liar itu.
"Dia isteri aku, tempat aku bergembira." Darius menahan tertawa melihat Leyla di dalam ketakutan.
Leyla duduk di atas sofa santai bersama dada berombak laju kerana nyaris si singa berjaya menerkam tubuhnya.
Leyla membalas renungan tajam milik si singa yang tidak lepas merenungnya.
"Nama dia Ayam, haiwan kesayangan I." Darius mengusap lembut bulu si singa kesayangan.
"Ayam?" Leyla berkerut dahi.
"Tapi dia bukan ayam." Berkerut kening Leyla.
"Siapa cakap dia ayam?" Darius turut berkerut kening.
"Sabar Ayam sabar jangan marah, maafkan si Leyley yang tak tahu beza di antara singa dan ayam." Ujar Darius kepada si singa yang bernama Ayam.
Leyla merengus geram.
"Tak kisah singa atau ayam, I tak suka haiwan buas ini." Leyla memeluk tubuh bersama wajah tidak suka.
"Jadi?"
"You tahu apa yang patut dilakukan." Leyla menahan tangan dari mencekik batang leher milik jejaka di hadapannya.
"I tak sanggup berpisah dengan Ayam." Darius memeluk leher si singa bersama wajah muram.
"You jangan nak main-main dengan I." Leyla geram melihat wajah muram palsu milik Darius.
"Bila I main dengan you?" Darius mengukir nakal seolah ada makna tersirat di sebalik pertanyaannya itu.
Leyla menjeling Darius.
"ROARRRRRRRR!!!" Tetiba si singa yang bernama Ayam itu mengaum yang boleh didengar sejauh 5 batu kepada Leyla membuatkan gadis itu tersentak terkejut.
"DARIUS!!!" Leyla menjerit nama jejaka bermata helang.
"The majestic sound of an constipated African male lion." Darius mengukir senyuman sambil mengosok tubuh si singa, langsung tidak menghiraukan teriakan Leyla.
"You halau cepat singa ini sebelum dia makan I!" Leyla mengawal riak wajah yang ingin menangis.
Benar saat itu dia ingin pengsan kerana si singa duduk merapat dengannya.
"Okay fine." Darius menarik tali yang terdapat di leher si singa, lalu melangkah ke arah pintu jerami yang terdapat di hujung geladak.
Setelah melepaskan si singa ke kawasan tempat singa-singa berkumpul, Darius masuk semula ke kawasan kem mewah miliknya.
"Singa sudah nyah dari mata, sekarang yang tinggal hanya mak singa." Darius mampir ke arah Leyla yang mendurga wajah.
"I bukan mak singa." Leyla merengus geram.
Darius mengukir senyuman sinis sambil memeluk tubuh melihat Leyla yang sedang rampang.
"You cakap nak bawa I bertemu dengan kawan baik." Soal Leyla kepada Darius.
"You dah bertemu dengan kawan baik you."
"Bila?" Leyla berkerut dahi.
"Si Ayam." Darius mengenyit nakal sebelah mata kepada Leyla.
"You memang suka memperbodohkan I." Leyla mengetap gigi.
"Tak mungkin Ayam kawan baik I!" Ujar Leyla bengang.
Darius melepaskan ketawa.
"Ayam juga haiwan kesayangan you." Beritahu Darius.
"Hanya orang pelik dan hilang akal macam you yang jadikan singa sebagai haiwan peliharaan dan kesayangan." Leyla merenung tidak berpuas hati terhadap Darius.
"I ada gambar you peluk mesra si Ayam." Tipu Darius.
"Jangan nak tipu." Leyla bangun dari duduk, lalu melangkah perlahan masuk ke dalam kamar mewah. Sempat dia menghadiahi jelingan kepada Darius yang sedang mengetawakannya.
Ketawa nakal milik Darius mati apabila telefon bimbit miliknya berdering, lantas dia menjawab panggilan penting itu.
"Bawa dia datang jumpa I." Terdengar suara di hujung talian memberikan arahan.
"Bukan sekarang." Darius membalas serius.
"I nak berjumpa dengan dia."
"Seperti yang I cakap bukan sekarang." Darius melangkah ke arah kolam renang. Menjauh diri dari kamar.
"Darius, jangan degil." Kedengaran suara tegas di hujung talian.
"You akan berjumpa dengan dia tapi bukan sekarang. Bagi I peluang untuk bercanda dengannya dulu." Darius melihat Leyla yang sedang menjamah makanan yang terletak di atas meja makan melalui dinding berpanel kaca.
"Baik lah."
Talian dimatikan.
Darius mengukir senyuman sinis melihat Leyla yang sombong tidak mahu makan pada mulanya tetapi akhirnya gadis itu kalah dengan ego diri.
Darius merencanakan sesuatu agar Leyla kembali mesra bersamanya kerana gadis itu tampak seperti tidak berpuas hati dan ragu terhadapnya.
Leyla, walaupun memori lepas hilang tetapi tetap bersikap angkuh
••••••••••
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro