Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

LEYLA 5

Jemari menyentuh bunga-bunga mawar merah yang mekar di halaman rumah bersama senyuman manis.

Leyla mengambil getah paip dan menekan butang hidup di muncung getah paip , lalu air merembes keluar menyimbahi kuntuman mawar.

Beberapa hari Leyla menjalankan rutin itu menggantikan Pamela yang sedang bercuti menghadiri istiadat konvokesyen anak gadisnya.

Leyla mencuri pandang melihat jejaka bermata helang yang sedang mengosok tubuh besi kereta agar menjadi bersih dan lebih berkilat.

"Leyley, berhenti renung wajah I yang tampan ini. Bagi sini getah paip itu." Jejaka bermata helang meminta getah paip kerana ingin membersihkan keretanya.

"I nak bersihkan." Leyley berjalan sempoyongan menggunakan tongkat mendekati jejaka bermata helang.

"Tak apa, I boleh bersihkan sendiri." Jejaka bermata helang menolak bantuan Leyla.

"Kaki you masih lagi tak kuat." Sambungnya lagi.

"I guna tangan bukan kaki." Leyla mempamerkan senyuman.

"Pergi masuk dalam Leyley, you tak boleh berdiri lama sangat." Jejaka bermata helang cuba merampas getah paip.

"I tak suka you." Leyla menjirus air ke tubuh jejaka bermata helang tanpa rasa bersalah.

"Leyley!!!" Jejaka bermata helang menyembunyikan diri di sebalik kereta.

Leyla tertawa gembira dan berjalan terhencot mencari kelibat jejaka bermata helang yang basah kuyup.

"I jumpa you!" Leyla menjirus kuat air ke arah jejaka bermata helang sehingga jejaka itu rebah ke atas tar kerana tekanan air yang kuat.

"Whooopsss...maaf." Leyla membuang getah paip ke atas tar, lalu dia beredar untuk masuk ke dalam rumah tanpa rasa bersalah.

Jejaka bermata helang melihat air keluar melimpah-limpah dari muncung getah paip.

Jejaka bermata helang mengambil getap paip, lalu dia membasuh kereta kegemaran membuang segala kekotoran agar tampak lebih bersih.

Selesai membersihkan kereta, jejaka bermata helang masuk ke dalam rumah melihat Yara sedang mengurut kaki Leyla.

Leyla mengukir senyuman sinis kepada jejaka bermata helang yang basah kuyup.

"Yara."

"Ya tuan." Yara mendongak wajah melihat tuan yang kebasahan.

Yara berkerut dahi memikirkan di luar rasanya tidak hujan.

"Jus Alpukat." Pinta jejaka bermata helang.

Yara mengangguk memahami, lalu dia meninggalkan Leyla sesaat untuk ke dapur.

Jejaka bermata helang mendekati Leyla.

"Jangan dekat." Leyla tahu jejaka bermata helang ingin melakukan sesuatu.

"I tak percayakan karma."

"I lebih suka balas sendiri perbuatan jahat manusia yang lakukan pada I daripada mengharapkan karma yang tak tahu bila akan tunjal nyawa manusia itu."

Jejaka bermata helang merenung serius wajah Leyla.

Leyla menelan air liur.

Jejaka bermata helang mendekati Leyla, lalu dia memeluk erat tubuh Leyla.

"My love, Leyley." Kedengaran jejaka bermata helang ketawa besar.

"YOU!!!"

"Lepaskan I!" Leyley menjerit kerana tubuh turut menjadi basah gara-gara dipeluk erat.

Jejaka bermata helang mencium pipi comel milik Leyla bertalu-talu.

"Jangan cium! I rimas!" Leyla sedaya upaya menolak wajah jejaka bermata helang.

"Okay enough." Jejaka bermata helang menyisir rambut ke belakang sambil mengukir sinis kepada Leyla, lalu dia menuju ke tingkat atas untuk membersihkan diri.

Leyla mendurga wajah.

"Yara, tolong I nak mandi!" Jerit Leyla kepada Yara yang sedang memesin buah alpukat.

Selesai membersihkan diri, Leyla memakai baju tanpa bantuan Yara kerana dia tidak lagi lemah seperti dahulu.

Beberapa bulan menjalani sesi rawatan fisioterapi, kedua kaki milik Leyla menunjukkan tanda positif dan jejaka bermata helang tidak pernah bosan memberikan semangat kepadanya.

Leyla menyikat rambut paras bahu sambil mengukir senyuman apabila teringatkan wajah tampan milik jejaka bermata helang.

Sikat rambut diletakkan di atas meja alat solek, lalu dia mengambil kotak kecil yang dihadiahi oleh jejaka bermata helang kepadanya.

Leyla membuka bekas berwarna hitam gelap itu dan melihat riben berwarna putih yang terukir jenama Chanel.

Leyla mengambil riben tersebut, lalu dia mengikat rambutnya dan senyuman semakin lebar kerana berpuas hati melihat penampilan diri.

"My Leyley." Jejaka bermata helang bersandar di bingkai pintu melihat Leyla.

"I dah siap." Leyla mengukir senyuman kepada jejaka bermata helang.

Petang itu Leyla rasa gembira kerana jejaka bermata helang ingin membawanya ke suatu tempat demi janji yang telah dibuat.

"Leyley nampak gembira." Jejaka bermata helang melihat Leyla yang tampak teruja.

"Mesti lah." Leyla mengerling jejaka bermata helang.

Satu jam kemudian, mereka tiba di kafe Häagen-Dazs yang terletak di bandar tasik garam.

"I nak semua perisa?" Leyla memeluk lengan jejaka bermata helang meminta seperti anak kecil.

"Bergantung kepada keadaan."

Leyla mendurga wajah.

Mereka melabuhkan punggung di atas kerusi, dan jejaka bermata helang membuat pesanan.

"Hi tea set."

"I tak nak hi tea." Leyla meletakkan dagu di atas meja.

Jejaka bermata helang sibuk memeriksa pesanan ringkas yang masuk.

Beberapa minit kemudian, pelayan datang meletakkan hi tea set di atas meja.

Leyla mengukir senyuman kerana terdapat beberapa perisa aiskrim di dalam hi tea set tersebut.

Leyla menjamah aiskrim tanpa perlawa jejaka bermata helang.

Jejaka bermata helang menuang teh ke dalam cawan untuk Leyla dan dirinya.

"Mengimbau kenangan." Jejaka bermata helang tetiba bersuara.

Leyla berkerut wajah.

"Kali pertama I bertemu Leyley semasa dia sedang menikmati aiskrim." Jejaka bermata helang mengukir senyuman kepada Leyla.

"Jadi I suka aiskrim sejak dari dulu?"

Jejaka bermata helang mengangguk.

"You bawa I dating ke kedai aiskrim begini?" Soal Leyla lagi.

"I tak pernah bawa you dating ke kedai aiskrim." Jejaka bermata helang menikmati air teh.

"Jika begitu bagaimana I boleh jatuh cinta dengan you?" Leyla menjeling jejaka bermata helang.

"Mungkin—bibir I manis seperti aiskrim." Jejaka bermata helang mengusik nakal.

Leyla memerah pipi dan meneruskan menjamah aiskrim, tidak menghiraukan jejaka bermata helang yang bercakap tidak senonoh.

"Musim sejuk bakal tiba tak lama lagi."

"You nak tinggal di sini semasa musim sejuk?" Jejaka bermata helang menyoal.

"I nak main salji." Balas Leyla.

"Tak dapat makan aiskrim."

Leyla menjeling jejaka bermata helang.

"I nak main salji dengan Yara." Leyla mengukir senyuman membina orang salji bersama Yara seperti di dalam filem yang di tonton.

"Okey."

"Memandangkan emosi I semakin stabil, jadi I ada beberapa soalan nak tanya you." Leyla menikmati buah bersalut coklat apabila selesai menghabiskan aiskrim.

"Tentang?"

"Kita."

Leyla berdehem sesaat.

"Bagaimana kita berkenalan?"

"I lebih suka you ingat sendiri detik kenalan kita." Jejaka bermata helang membalas bersama senyuman.

"Berapa lama kita bercinta?" Soal Leyla lagi.

"I tak akan beritahu you." Jejaka bermata helang memeluk tubuh bersama senyuman yang sukar diungkapkan.

"Bagaimana kita boleh berkahwin?" Leyla tidak bosan bertanya soalan walaupun jejaka di hadapannya itu tidak mahu membalas kembali.

"Kita ada anak?"

Jejaka bermata helang melepaskan tertawa.

"I tanya you soalan, bukan sedang buat lawak." Leyla merampang.

"Macam yang I bicara, I tak akan beritahu you." Jejaka bermata helang terhenti tertawa.

"Kenapa?"

"I nak you ingat sendiri."

"I tak nak nanti you cakap I tokok tambah cerita."

"Bosan berbual dengan you ini." Leyla mencelup buah ke dalam coklat fondue bersama wajah kebosanan.

Keadaan sepi di antara mereka.

"Pada mulanya I fikir bahawa cinta itu hanya kisah dongeng." Jejaka bermata helang memeluk tubuh melihat wajah kegemaran.

Leyla turut melihat jejaka bermata helang.

"Sehingga Leyley pertama kali datang mengucapkan helo bersama senyuman manis." Jejaka bermata helang menyentuh lembut jemari milik Leyla.

"Tiba-tiba kehidupan mempunyai makna baru kepada diri ini."

"Ada keindahan di atas perkara-perkara yang kita tidak perhatikan."

"Terjaga dari tidur dan sedar diri jatuh cinta pada Leyley." Jejaka bermata helang mengucup lembut jemari milik Leyla.

Leyla berbahang malu.

"Kita bertemu semasa waktu belajar di universiti." Beritahu jejaka bermata helang.

"I pelajar universiti?" Leyla menyoal binggung.

"Leyley bijak juga orangnya, dia tak bodoh seperti sekarang ini." Seloroh jejaka bermata helang.

Leyla menarik kasar jemarinya, lalu menghadiahi jelingan maut.

"I tak bodoh. I hanya lupa ingatan." Leyla memukul tangan yang ingin menyentuh jemarinya kembali.

Jejaka bermata helang melepaskan tertawa kerana suka melihat wajah mendurga milik Leyla yang kadang menghiburkan hatinya.

Leyla membisu apabila teringat tentang ingatannya.

•••••

Rongga hidung menghirup udara dingin sesaat dan mata meliar melihat suasana putih bersalju, lalu dia laju masuk ke dalam rumah kembali kerana rasa sejuk menikam sehingga tulang hitamnya.

Lantas dia duduk di atas sofa jenis wind chair melihat luar kembali.

"Leyley."

Leyla khusyuk melihat salju di sebalik jendela, memaling wajah melihat gerangan manusia yang menegurnya.

"Nak ikut I?" Jejaka bermata helang memberikan air coklat panas buat Leyla.

"Pergi mana?" Leyla mengambil gelas yang terisi air kesukaan.

"Memancing."

"Di mana you nak memancing? Tasik pun sedang membeku." Leyla mengukir senyuman, lalu dia melihat tasik beku di sebalik jendela.

"Tasik sedang membeku tak bermakna yang ikan di dalam tasik jua turut membeku." Jejaka bermata helang turut mengukir senyuman kepada Leyla yang tidak lagi lokek menghadiahi senyuman ikhlas kepadanya.

"I tak nak teman you. I rasa sejuk sangat." Leyla meletakkan gelas di atas meja kopi, lalu dia memeluk tubuh tanda dirinya sejuk.

"Tiada sesiapa di rumah. I tak akan tinggalkan you bersendirian." Ujar jejaka bermata helang.

"Jadi tak perlu pergi ke mana-mana." Leyla memberikan cadangan.

Jejaka bermata helang membisu dan merenung wajah Leyla.

"Baik lah I teman you pergi memancing. Tak perlu tengok begitu." Leyla menolak perlahan pipi milik jejaka bermata helang.

"My love, Leyley." Jejaka bermata helang memeluk dan mencium pipi comel milik Leyla.

Leyla membiarkan sahaja tingkah jejaka bermata helang terhadapnya kerana dia mula menyukai.

Leyla berjalan terhencot bersama tongkat yang erat mengepit lengan, mengikuti jejaka bermata helang ke kawasan tasik yang terletak di belakang rumah.

Leyla menunduk wajah melihat tasik yang membeku yang sedang di pijak olehnya, terlihat sekawan ikan sedang berenang di dalam tasik yang bakal menjadi mangsa jejaka bermata helang.

Jejaka bermata helang melutut di atas tasik yang membeku, lalu dia mengetuk permukaan tasik tersebut mengunakan sesuatu alat membuatkan Leyla menjerit ketakutan.

"What?" Jejaka bermata helang cemas melihat Leyla.

"Nanti kita jatuh." Leyla menjauh diri.

"Tak sesiapa yang akan jatuh." Jejaka bermata helang menggeleng melihat sikap takut Leyla.

Apabila berjaya membuat lubang, jejaka bermata helang memasukkan tali joran ke dalam tasik.

"Ikan-ikan jangan berenang di sini, pergi berenang di tasik sebelah sana." Leyla menunduk wajah mengikut ikan-ikan yang sedang berenang.

Jejaka bermata helang melihat kosong si Leyla.

Leyla menjelir lidah kepada jejaka bermata helang.

Setengah jam berlalu, jejaka bermata helang masih tidak berjaya menangkap ikan.

Mereka berdua duduk di atas kerusi kecil sambil menunggu ikan yang bernasib malang memakan umpan.

Leyla meneguk air kopi panas di dalam tumbler sambil mengukir senyuman manis kepada jejaka bermata helang, nampaknya seperti ikan-ikam mendengar amarannya.

"Salah you halau mereka." Jejaka bermata helang meletakkan kesalahan di atas bahu Leyla.

"You yang tak hebat memancing." Kutuk Leyla.

"Memancing adalah hobi I." Besar kecil besar kecil jejaka bermata helang merenung Leyla.

"I akan tunggu you lagi setengah jam."

"Tak ada ikan, kita pulang."

"Shush! I rasa sesuatu." Jejaka bermata helang dapat merasakan ada ikan yang memakan umpan.

"Oh no...kasihan ikan." Leyla mulai rasa sedih.

"Tak payah kasihan. Pamela masak ikan salmon bakar, you makan juga." Sindir jejaka bermata helang sambil menarik joran.

Leyla merengus geram.

Jejaka bermata helang memegang hujung ekor ikan apabila berjaya membawa ikan naik ke atas darat.

"I tak akan makan ikan itu." Leyla geli melihat ikan trout yang mirip seperti ikan salmon.

"Kita akan makan ikan ini memandangkan musim sejuk di sini sukar nak dapat stok ikan." Jejaka bermata helang mendekatkan ikan trout ke wajah Leyla.

"You lelaki teruk! You dah bunuh ikan!" Leyla menutup hidung kerana bau hanyir ikan.

Jejaka bermata helang melepaskan tertawa besar.

"Apa budak kecil itu buat di sini?" Leyla melihat terdapat seorang anak kecil sedang bermain di atas permukaan tasik.

Jejaka bermata helang henti tertawa dan melihat anak kecil tersebut.

"Mommy, look at me." Terdengar anak kecil itu menjerit kepada ibunya.

"Sayang, datang ke sini semula. Jangan main di situ. Bahaya." Si ibu berlari mendapatkan anaknya yang semakin main ke tengah tasik.

Tidak sempat si ibu ingin menangkap tubuh anak kecilnya, tiba-tiba anak kecilnya itu jatuh ke dalam tasik akibat permukaan ais yang pecah.

"SAYANG!!!" Jeritan si ibu bergema.

Leyla dan jejaka bermata helang terpana sesaat.

Kemudian, jejaka bermata helang berlari laju untuk mendapatkan anak kecil yang hanyut di bawa air.

Leyla turut mengejar jejaka bermata helang, walaupun kaki mulai rasa sakit dan ngilu.

"Tolong selamatkan anak saya!" Jerit si ibu bersama tangisan kuat.

Leyla cuba menenangkan si ibu yang meraung kesedihan sambil melihat jejaka bermata helang berlari di atas permukaan air yang membeku mengikut susuk tubuh anak kecil yang hanyut.

Melihat tubuh anak kecil tersekat di celah batuan, jejaka bermata helang menumbuk kuat permukaan air yang membeku secara bertalu-talu.

Leyla bersama si ibu mendekati jejaka bermata helang.

Salji dan ais mulai bertukar warna merah dek darah pekat yang mengalir keluar dari tangan jejaka bermata helang.

Leyla menjadi takut melihat.

Jejaka bermata helang berjaya memecahkan ais, lalu dia terjun dan menarik keluar tubuh anak kecil yang kaku.

Si ibu tidak henti meraung melihat wajah pucat milik anak kecilnya.

Jejaka bermata helang memberikan bantuan pernafasan kepada si anak kecil agar bernafas kembali.

"I ada lihat rakaman video dalam muka buku." Leyla mendekati jejaka bermata helang.

"Orang itu dukung budak kecil yang lemas secara terbalik." Beritahu Leyla.

Tidak sempat jejaka bermata helang ingin mengikut saranan Leyla, terdengar suara batuk si anak kecil.

"Dia hidup!" Jerit Leyla teruja.

Si ibu memeluk erat tubuh anak kecilnya bersama tangisan tiada kesudahan.

"Aku akan telefon pusat kebajikan dan laporkan tentang kau." Jejaka bermata helang menikam wajah si ibu.

"Tolong jangan."

"Saya dah larang dia dari bermain di sini." Si ibu mulai menjadi tidak ketahuan apabila mendengar nama pusat kebajikan.

Undang-undang negara barat, jika ada ibu bapa yang tidak berjaya menjaga anak kecil mereka dengan baik, pusat kebajikan akan mengambil anak mereka tanpa banyak soal.

"Sudah lah sekarang bukan masa untuk bertekak." Leyla mencelah.

"Maaf." Si ibu meminta maaf sebelum membawa lari anaknya menuju ke arah kereta kerana takut jejaka bermata helang akan merampas anak kecilnya, bukannya dia tidak kenal siapa jejaka yang menakutkan itu.

Leyla membuntuti langkah jejaka bermata helang menuju masuk ke dalam rumah.

Jejaka bermata helang melabuhkan punggung di atas sofa sambil mengeluh perlahan.

Leyla menuju ke arah dapur mengambil kit pertolongan cemas, lalu dia mendekati jejaka bermata helang.

"I ubati luka you." Leyla mengambil tangan jejaka bermata helang yang tercedera. Pada masa yang sama dia terfikir dari mana datangnya kudrat jejaka itu yang mampu memecahkan ais hanya menggunakan tangan.

"I pun marah dan geram juga." Ujar Leyla sambil mencuci luka dengan alkohol.

"Anak dia hampir mati tapi tak bermaksud yang kita boleh memisahkan mereka." Leyla mengukir senyuman nipis kepada jejaka bermata helang.

"Kalau anak dia mati?" Jejaka bermata helang melihat Leyla.

"Sudah tertulis ajal mautnya." Balas Leyla kembali.

"Kejadian tadi membuatkan I teringat kejadian lepas."

Leyla merenung pelik jejaka bermata helang.

"Kejadian yang hampir meragut nyawa you."

"I tak suka rasa situasi itu lagi sebab itu I rasa marah."

Leyla berhenti tingkahnya, dia merenung lama wajah merah milik jejaka bermata helang.

Dia pernah lemas di dalam air?

"Berhenti fikir tentang masa lepas. I tak nak ganggu emosi you." Jejaka bermata helang menyentuh lembut rambut paras baru milik Leyla.

Leyla mengukir senyuman kepada jejaka bermata helang, lalu dia sambung mengubati luka jejaka tampan itu.

"You marah tapi you tetap selamatkan budak itu." Leyla membalut luka jejaka bermata helang.

"Nyawa." Balas sepatah jejaka bermata helang.

"Oh shit my fish." Jejaka bermata helang risaukan ikan trout yang berjaya ditangkap olehnya.

"Malam ini makan sayur saja." Leyla ketawa melihat jejaka bermata helang yang kempunan ingin makan ikan.

Malam itu, mereka berdua duduk lepak di depan pendiangan memanaskan tubuh yang dingin sambil menikmati air kopi panas.

"Hari itu Yara bawa I ke kedai mainan." Leyla teringat dia menemani Yara ke kedai permainan membeli hadiah untuk adik sepupu gadis itu.

"I beli permainan kad." Leyla mengambil permainan kad yang dibeli olehnya.

"Tadaaa!"

"Leyley kenapa sikap you seperti budak kecil?" Jejaka bermata helang melepaskan ketawa melihat kotak Donkey yang dipegang oleh gadis itu.

"I mana tahu sikap I macam mana. I kan lupa ingatan." Leyla duduk di sebelah jejaka bermata helang.

"I nak main permainan donkey dengan you." Leyla mengeluarkan kad donkey, lalu diberikan kepada jejaka bermata helang.

"Tak sangka I terpaksa main game donkey." Jejaka bermata helang melayan sikap Leyla.

Beberapa minit kemudian.

"Bagi I tarik." Jejaka bermata helang ingin menarik salah satu kad yang dipegang oleh Leyla tetapi gadis itu erat memegang kadnya.

"You tarik belah kiri." Arah Leyla kepada jejaka bermata helang.

"Kad itu donkey, kan?"

"You ada dua kad donkey, kan?"

Jejaka bermata helang melihat curiga si Leyla.

"I tak nak main!" Leyla menghempas semua kad yang berada di tangannya itu.

Jejaka bermata helang melepaskan ketawa

"Langsung tak nak kalah." Jejaka bermata helang menyerabaikan rambut Leyla seperti ribut.

Leyla bermasam wajah mengutip kad permainan yang bertaburan di atas lantai.

Kemudian, Jejaka bermata helang bangun dari duduk dan mendekati piano miliknya yang terletak di ruang tamu.

Lantas dia membuka penutup papan piano, lalu dia menyentuh lembut tuts yang di mana setiap tuts melambangkan sebuah makna kehidupan.

Jemari mulai menekan tuts berwarna putih dan hitam, memainkan muzik kegemaran yang bertajuk Knife.

🎵
You touched my life
With your softness in the night
My wish was your command
Until you ran out of love

I tell myself I'm free
Got the chance of living just for me
No need to hurry home
Now that you're gone

Knife
Cuts like a knife
How will I ever heal?
I'm so deeply wounded

Knife
Cuts like a knife
You cut away the heart of my life

Leyla memegang kad permainan Donkey sambil merenung jejaka bermata helang yang sedang menyanyikan lagu yang kedengaran seperti mendukalarakan.

Secara perlahan, Leyla mendekati jejaka bermata helang bersama perasaan gundah-gulana.

"Suara merdu yang mendendangkan lagu patah hati ini seperti pernah I mendengar." Leyla merenung dalam wajah jejaka bermata helang yang merenungnya.

"Hari itu akan tiba." Jejaka bermata helang bersuara.

Leyla berkerut wajah tidak memahami.

"Hari di mana you akan mengingati segalanya." Jejaka bermata helang menekan tuts piano kembali memainkan muzik medley instrumental.

Leyla melabuhkan punggung di sebelah jejaka bermata helang sambil memikirkan sesuatu kerana teringatkan lagu yang dinyanyikan oleh jejaka itu.

"Siapa nama you?" Tiba-tiba Leyla menyoal.

Jemari milik jejaka bermata helang berhenti memainkan muzik medley instrumental yang membuaikan jiwa pendengar.

Jejaka bermata helang menoleh wajah melihat gadis kegemaran yang bertanya nama dia setelah beberapa bulan mereka tinggal bersama.








"Darius Assagaf."


••••••••••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro