LEYLA 16
Di ruang kafeteria yang terdapat di dalam kawasan kampus, terlihat dua orang gadis muda sedang menikmati makanan tanpa sebarang bicara. Salah seorang dari mereka itu tidak menjamah makanan, dia hanya menguis-guis pasta sambil berkhayal tentang sesuatu perkara.
"Kenapa dengan kau?" Diadra meletakkan garpu, lalu dia menikmat separuh jus tembikai.
"Tidur aku tak tenang." Leyla turut meletakkan garpu, tidak lagi bermain dengan pasta.
Diadra mempamerkan wajah bingung.
"Hari sabtu yang lepas, ada sesuatu yang terjadi." Leyla merenung Diadra.
"Tapi tak ada sebarang berita yang terpapar di surat khabar atau media." Leyla teringat akan kejadian tembak atau lebih kepada kejadian pembunuhan yang terjadi secara langsung di depan mata tetapi tiada sebarang berita yang membicarakan tentang kejadian tersebut.
"Berita mengenai apa?" Diadra kembali menjamah makanan kerana petang itu dia begitu berselera sekali.
Leyla tidak membalas kerana fikiran masih teringat akan si manusia jahat yang mengacu pistol kepadanya. Dia tidak dapat membayangi jika dia hei dan terus mencarut manusia jahat itu pasti akan menembak dahinya tanpa sebarang bicara.
Leyla melepaskan nafas kelegaan seraya memegang dadanya memikirkan dia masih lagi bernafas pada saat itu.
"Aku rasa kau patut pergi ke hospital." Tiba-tiba Diadra memberi cadangan kepada Leyla.
Leyla berkerut wajah.
"Kau nampak seperti tak sihat." Diadra membawa jari telunjuknya ketepi dahinya, lalu dia memusing-musing jarinya menceritakan gadis di hadapannya itu mengalami gangguan mental.
"Aku dah lama tak tarik rambut kembang kau itu." Leyla merengus geram apabila teman baiknya itu samakan dia dengan manusia kurang siuman.
"Sejak pagi sehingga sekarang tingkah kau nampak berbeza. Kau asyik termenung dan melepaskan nafas kelegaan. Apa yang terjadi sebenarnya?" Diadra fokus kepada Leyla apabila perutnya sudah kenyang.
Leyla merenung Diadra, lalu dia mengeluh perlahan.
"Aku nak tanya kau sesuatu." Leyla melihat sekeliling, dan mendekati merapatkan wajah mereka.
"Kau ada terbaca tentang berita kes pembunuhan di media sosial kau? Kejadian pembunuhan di sebuah restoren?" Soal Leyla serius.
Diadra berkerut wajah seperti memikirkan sesuatu, lalu dia menggeleng tanda tidak ada.
Leyla menghela, lalu dia bersandar di kerusinya.
"Kenapa soalan kau itu kedengaran seperti menakutkan?" Soal Diadra.
"Jangan-jangan kau dah bunuh orang!" Jerit Diadra kuat.
Leyla membulat mata besar, lalu dia bangun dari duduk dan menerpa ke arah Diadra. Dia menekup mulut gadis itu yang menjerit seperti histeria.
Diadra membulat mata besar.
"Aku bunuh semut pun tak berani wahai Diadra si dungu!" Leyla menunjal dahi Diadra, lalu dia melepaskan gadis itu dan mengambil barangannya untuk berlalu pergi.
"Bayar." Arah Leyla kepada Diadra yang sedang merengus geram.
"Tak guna punya kawan." Diadra melihat Leyla yang melangkah keluar dari kaferia sambil mencarut gadis itu. Kemudian, dia mengambil pasta Leyla dan mula menjamah makanan teman baiknya itu memandangkan dia yang akan membayar.
Leyla mengalas beg sandang menonong melangkah sekitar kawasan kampus yang masih sibuk dengan pelajar. Dia berhenti di sebatang pohon yang terdapat berdekatan tasik, lalu dia bersandar melihat tasik di depan mata.
Leyla tidak tahu kenapa kejadian berdarah itu mengganggu jiwa raganya sehingga dia tidak dapat tidur nyenyak dan tidak lalu menjamah sebarang makanan. Mungkin kerana si pemangsa itu kelihatan sebaya seperti ayah kandungnya.
Leyla terfikir jika sesuatu pekara buruk seperti itu terjadi terhadap ibu bapanya walaupun mereka itu tidak lagi perduli akan dirinya tetapi dia tetap risau akan kesihatan dan keselamatan mereka berdua itu.
Perduli atau tidak, kecewa atau tidak, dekat atau jauh, dia tetap menyayangi ibu bapanya sehingga ke akhir hayat.
Leyla membuang emosi tersayat hati, dia mengeluarkan telefon pintar untuk menghubungi ayah kandungnya.
Setelah beberapa kali membuat panggilan, akhirnya panggilannya dijawab.
"Hello papa." Leyla mengukir senyuman lebar, dia menjatuhkan punggung di atas rumput sambil bersandar di pohon tua.
"Leyla."
Air mata Leyla bertakung apabila mendengar suara garau yang dia merindui itu.
"Boleh kita bicara?" Soal Leyla yang sedang mengawal suara sedihnya.
"Semestinya sayang."
"Papa tak sibuk?" Leyla hairan kerana sebelum ini apabila dia menghubungi ayahnya itu akan cepat-cepat menamatkan perbualan mereka.
"Papa berada di pejabat sekarang."
"Maaf jika Leyla ganggu papa, Leyla cuma nak bertanya tentang khabar papa."
"Papa sihat?" Leyla memeluk beg sandang sambil melihat tasik yang tenang.
"Leyla." Si ayah kepada Leyla tidak menjawab pertanyaan anaknya.
"Ya papa."
"Papa teringat sesuatu."
Leyla memejam mata kerana dia sudah agak pasti ayahnya itu ingin menamatkan perbualan mereka seperti selalu.
"Dua bulan akan datang perkahwinan Cassian akan berlangsung, papa nak Leyla hadir."
Leyla tergemap.
"Tak—apakah jika Leyla hadir?" Soal Leyla kekok apabila teringat seseorang yang erat dengan ayahnya yang tidak suka akannya.
"Cassian nak kamu jadi flower girl dia."
"Nanti papa akan aturkan segalanya untuk kamu terbang ke perkahwinannya."
"Baik papa, Leyla tak sabar nak bertemu papa, Cassian dan yang lain." Ujar Leyla teruja.
"Bagaimana dengan pelajaran dan kewangan Leyla?"
"Semuanya baik." Beritahu Leyla walaupun dia mengalami masalah kewangan tetapi dia tidak mahu menyusahkan ayahnya itu. Lagipun sekarang dia bekerja separuh masa di perpustakaan awam, jadi dia ada wang sedikit untuk dirinya.
"Ada apa-apa lagi?" Soal si ayah kepada anak gadisnya yang sudah lama dia tidak ketemu.
Leyla tidak membalas kerana dia ada banyak soalan dan perkara ingin berbual dengan ayahnya.
"Jika begitu papa pergi dulu. Ada urusan lain yang perlu diuruskan."
"Okay papa, take care and I love you." Leyla bicara ikhlas.
"Take care too."
Panggilan dimatikan.
Leyla menyimpan telefon pintar ke dalam beg sandang, dia melihat tasik bersama perasaan tenang. Mendengar suara ayahnya membuatkan dia berasa lega dan tenang kerana ayahnya masih lagi bernafas, tidak seperti jejaka berusia yang menemu ajal pada sabtu yang lepas.
Kemudian, Leyla teringat kepada Cassian iaitu abang tirinya tidak sebapa dan seibu yang ingin menamatkan zaman bujang. Dia tidak sangka abang tirinya itu masih ingat padanya walaupun mereka sudah lama tidak bertemu sejak dia sambung belajar ke universiti.
Selepas Leyla tamat belajar di sekolah asrama, ayah Leyla telah membawa dia pulang ke rumah untuk tinggal bersama sementara menunggu kemasukkan universiti memandangkan ibunya tidak mahu menjaga Leyla kerana tidak mempunyai masa.
Ketika berada di rumah agam milik ayahnya, Leyla mengenali anak-anak kepada ibu tirinya yang tidak senang dengan kehadirannya.
Leyla mempunyai dua orang abang tiri dan seorang kakak tiri, mereka bertiga itu melayannya dengan ramah sekali sehingga dia tidak rasa seperti manusia asing. Hanya ibu kepada mereka bertiga itu sahaja yang tidak mesra terhadapnya. Malah wanita itu jarang sekali mahu bicara dengannya.
Leyla tidak tersinggung dengan tingkah layanan ibu tirinya itu kerana dia hanya memikirkan ayahnya, untuk tinggal bersama ayahnya dia tidak perlu menghiraukan manusia yang tidak menyukai dirinya.
"Leyla!"
Leyla tidak lagi terawangan apabila ada suara yang memekik di tepi telinganya.
"Di sini rupanya kau." Diadra melabuhkan punggung di sebelah teman baik.
"Aku nak pergi perpustakaan, kau nak ikut?" Soal Diadra.
"Kenapa kau suka buang masa? Kau pergi bukan nak belajar pun." Leyla menjeling Diadra kerana tahu niat sebenar gadis itu yang kerap menampakkan batang hidung di perpustakaan kampus kerana ingin mengintai seseorang.
"Aku tak akan lepaskan peluang yang ada." Diadra mengemaskan rambut kembangnya bersama wajah gatal.
"Malas."
"Tak kira kau teman aku juga!" Diadra menarik lengan milik Leyla.
"Lagipun makan tadi aku belanja kau."
"Aku tak makan pun!" Leyla bangun dari duduk mengikuti jejak langkah Diadra yang sedang mengheretnya seperti anak anjing.
"Siapa suruh kau tak makan." Diadra memeluk bahu Leyla bersama tertawa sinis.
"Lapar wei." Leyla memegang perutnya kerana menyesal tidak menjamah sebarang makanan seketika tadi.
Lagi menyesal apabila makanan itu dibayar oleh teman baiknya!
•••••
Malam nan sepi dan gelap, hanya disimbahi cahaya cakrawala berbinar yang bagaikan sedang bergerak-gerak.
Come by our side
A place where you can hide
We are the sunshine
We are the moon
Rest your Soul here
And you'll find
We are the energy
We give the world to thee
Hold up your heart now
We will ease pain from your brow
You can come with us here
When the people are strangers
You'll rest here with the peace
Light up the dark below
See through the stars
Reach to the earth's flow
Drift in the joy of our hearts
Unleash the energy
Taste of the wine
Drink as a Soul
That knows now, power of Abraxas
Manusia-manusia berpakaian jubah berkerudung mantel hitam di tubuh dan melindungi kepala mereka dengan hud mengangkat gelas kaca ke udara sambil berikrar bersama pelbagai emosi yang sedang bercampur di dalam jiwa masing-masing.
Setiap empat bulan sekali, mereka semua wajib berkumpul di bangunan pencakar langit yang dibina berteraskan konsep fiksyen sains oleh arkitek avant-grande yang lokasinya terletak di Baku untuk berikrar bagi mengingati tujuan sebenar mereka di dalam hidup dan berbincang tentang rancangan atau masalah yang mereka hadapi.
Keadaan sepi apabila melihat ketua mereka yang berada di hadapan itu memulakan bicara sehingga bergema ruang singgahsana.
"We're family."
"No betrayals."
"Only if you are dare to face death and dying without fear." Mendengar suara garau bernada keras itu sudah cukup membuatkan mereka semua di situ berasa giris.
"We will not betray father and this family." Ucap mereka semua yang berada di hadapan ketua mereka yang cukup mereka geruni.
"Look at the sky." Arah jejaka berwajah tegang itu, lalu mereka semua di situ mendongak wajah melihat cakrawala berbinar yang mencantikkan suasana singgahsana.
"Taste of the wine. Drink as a Soul." Ujar jejaka yang digelar sebagai father itu seraya meneguk wain merah bersama para pengikutnya yang berada di ruangan tersebut.
Jejaka bermata helang meneguk wain merah sambil melihat bintang-bintang di langit.
"Haast's."
Setelah mengosongkan air wain di dalam gelas kaca, mereka semua fokus kepada father kembali.
"Now or soon you all need to follow Haast's." Ujar father kepada mereka semua.
"Obey him!!!" Jeritan father bergema membuatkan mereka semua melutut di atas jubin mahal.
Jejaka bermata helang mengukir sinis, di situ hanya dia seorang sahaja yang tidak melutut.
Tanpa membuang masa jejaka bermata helang menggenggam kuat gelas kaca sehingga kedengaran bunyi kaca berderai, terlihat darah merah pekat mengalir keluar dari telapak tangannya.
"Hidup dan mati hanya untuk Abraxas. Darah ini untuk Abraxas. Ingkar Abraxas. Maut." Ujar jejaka bermata helang kuat bersama wajah bengis melihat satu persatu wajah yang di persembahkan di hadapannya.
Haast's adalah simbol jejaka bermata helang yang mempunyai kedudukkan kedua tertinggi di dalam organisasi Abraxas. Dia akan menggantikan tempat father tidak lama lagi kerana jejaka berusia itu ingin hibernasi.
Abraxas adalah sebuah organisasi yang telah ditubuhkan oleh father, di mana para pengikutnya bukan calang-calang orang.
Kebanyakan mereka berjawatan tinggi di dalam kerajaan yang terdapat di merata negara, ada juga dari mereka mempunyai syarikat ternama, dan ada juga di antara mereka adalah selebriti dan peragawati terkenal antarabangsa.
Siapa mereka di mata dunia, sehebat mana mereka di mata manusia, mereka tetap milik Abraxas yang di mana hidup mati mereka hanya untuk organisasi tersebut.
Setiap dari mereka mempunyai simbol yang tersendiri, mereka akan memainkan watak simbol mereka itu apabila menerima sampul merah. Jika tidak menerima sampul merah, mereka hanya menjalani kehidupan seperti manusia normal.
Mereka diberikan latihan di dalam semua bidang intelektual, terutamanya ilmu metafizik mengenai alam di sebalik fikiran dan juga ilmu seni mempertahankan diri.
Sesiapa dari mereka yang berani membantah atau memberontak, hanya maut yang mereka akan menemui di akhir hari.
Sehingga kini tiada sesiapa yang berani ingkar Abraxas kerana Abraxas bukan sekadar organisasi tetapi adalah keluarga mereka. Tidak mungkin mereka akan mengkhianati keluarga mereka.
Abraxas membantu dan menjaga mereka sejak dari anak kecil. Setiap dari mereka yang menyertai Abraxas mempunyai kisah silam sebelum menyertai organisasi tersebut.
Di sebalik wajah bengis mereka, terdapat kisah menyayat hati
"Hidup dan mati hanya untuk Abraxas. Haast's akan dipatuhi sehingga akhir titisan darah." Jeritan mereka yang sedang melutut bergema kuat.
Jejaka bermata helang berwajah tiada emosi, darah yang mengalir dibiarkan sahaja.
"Bersurai." Arah father kepada mereka semua apabila waktu sudah melangkaui, lagipun dia ada perkara penting ingin berbincang dengan jejaka yang sudah dia meletakkan kepercayaan sepenuhnya.
Setelah mereka semua keluar dari singgahsana, hanya tinggal father bersama jejaka bermata helang.
"Darius." Father melabuhkan pungung di atas kerusi besar berkain baldu mahal, kerusi itu hanya miliknya seorang sahaja.
"Aku nak tahu keputusan kau." Father meletakkan kedua lengan di atas alas tangan kerusi, dia merenung tajam jejaka tampan yang memiliki anak mata berona unik itu.
Darius membisu, dia menentang mata dengan jejaka yang digelar sebagai father itu.
Kemudian, Darius merapati jejaka berusia yang masih kelihatan tampan dan energi itu, lalu dia duduk melutut di hadapan jejaka itu.
"Aku tak mungkin akan menghampakan father." Darius menyentuh tangan jejaka yang banyak mengajarnya di dalam hidup, lalu dia mengucup cincin batu permata berlian milik jejaka itu.
"Aku tahu kau tak mungkin akan menghampakan aku." Jejaka berusia itu melengkungkan senyuman, tangannya terdapat kesan darah itu dia menjilat bersama wajah kepuasan.
Darius mendongak wajah melihat jejaka berusia yang sedang menjilat darah pekat miliknya, lalu dia turut mengukir senyuman yang agak menakutkan.
Setelah itu, Darius keluar dari singgahsana seraya membuang hud yang menutup kepalanya. Tidak sempat ingin melangkah, lengannya ditarik kuat oleh seseorang.
Manusia itu memberikan isyarat agar mengikuti dirinya.
Darius mengikut tanpa sebarang bantahan.
Mereka melangkah tanpa sebarang bicara sehingga ke sebuah kamar, manusia itu mengimbas kornea hazel miliknya di alat peranti yang terdapat di pintu bagi mendapatkan kelulusan untuk masuk ke dalam kamar tersebut.
"Hariz Léron."
"Access."
Seraya itu pintu dibuka luas secara automatik, mereka berdua masuk ke dalam kamar yang paling penting di dalam bangunan kayangan itu.
Kamar yang menyimpan segala pangkalan data dan sistem Abraxas yang di mana Hariz Lèron adalah ketua atau orang yang bertanggungjawab menjaga sistem organisasi mereka itu.
Suasana futuristik
Masuk di dalam kamar tersebut, mereka mendekati hologram berbentuk bumi yang sedang bergerak perlahan.
"Ada yang cuba tembusi sistem kita." Hariz menekan sesuatu di skrin komputer hologram dan terpapar wajah manusia yang cuba menggodam sistem mereka.
Manusia itu tidak berjaya menggodam sistem mereka kerana bukan mudah untuk menemui atau memahami Syntax yang dia telah koding.
Darius berwajah bengis apabila melihat wajah manusia tersebut.
"Aku dah hantar virus Toskaf, obliterated semua sistem data dia."
"Jadi minta adik kau cepat memulakan langkah, sebelum terlewat." Ujar Hariz serius.
"Cakap dengan adik aku sendiri." Balas Darius sambil melihat data si musuh yang sempat sistem Hariz menyalin sebelum menghapuskan data itu.
"Kau tahu adik kau benci aku sebab hubungan kami hanya bertahan sehari saja." Hariz yang terkenal dengan sikap kaki perempuan itu tidak mungkin akan menjalinkan hubungan serius dengan mana-mana gadis melebihi tiga hari.
"Aku pun benci kau juga." Darius menoleh melihat Hariz yang melepaskan tertawa jahat.
"Aku tak sentuh adik kau lagi." Hariz berkata tenang.
"Kau memang nak mati?" Jika tidak memikirkan kepentingan jejaka itu di dalam organisasi Abraxas, sudah lama Darius menamatkan riwayat jejaka itu.
"Chill bro, kau tak boleh bunuh aku sebab aku baru saja update replika kau." Hariz mengaris senyuman nakal.
"Kau pasti akan suka dengan Hayal kau yang baru ini." Hariz menekan sesuatu dan munculnya replika yang bernama Hayal.
Darius mengetap gigi apabila melihat rupa baru Hayal.
"Cepat cakap terima kasih pada aku." Hariz masih tersenyum nakal kepada jejaka bermata helang.
"Sememangnya aku benar-benar rasa nak bunuh kau sekarang ini." Ujar Darius bengang.
"Tuan Assagaf, tiada nama Hariz Lèron di dalam data." Hayal mematikan niat tuannya itu.
Darius merengus geram.
"Hayal, you're so sweet." Hariz melepaskan ketawa kuat kerana suka mengusik Darius yang sentiasa berwajah bengis dan serius itu.
Hariz telah menukar rupa baru replika milik Darius kepada rupa manusia yang telah membuatkan tahap intelligence quotient jejaka itu turun seratus peratus.
"Tak guna kau, pastikan tiada yang tahu." Amaran Darius seraya melihat Hayal yang berwajah polos sedang menunggu arahan darinya.
Jantung Darius berdegup kencang kerana wajah Hayal itu mirip dengan si gadis yang kerap bermain di alam khayalannya.
"IQ kau dah lama tak rendah begini, aku gembira untuk kau." Hariz tidak lagi mengetawakan teman sepermainannya itu.
Darius hanya mendiamkan diri, dia masih lagi merenung Hayal.
"Darius Assagaf." Terlihat seorang wanita bertubuh ramping masuk ke dalam kamar itu mendekati jejaka bermata helang.
"Mummy tunggu you, ingat you dah pulang ke Istanbul semula." Zalia merapati anaknya dan mengambil tangan yang terluka itu, lalu dia menyapu alkohol sebelum melilit kain dengan ketat bagi memberhentikan perdarahan.
Darius tidak bicara, dia hanya mengukir senyuman kepada ibu kesayangan.
"Memandangkan you tak pulang lagi, jadi mummy nak you dan adik-adik you ikut I pulang ke Cape Town."
"Kita semua dah lama tak menghabiskan masa bersama." Zalia merenung anak lelaki sulungnya itu yang sentiasa tampak mempersona.
"Sorry mummy, Darius sibuk." Hariz menjawab bagi Darius yang mempunyai pelbagai agenda itu.
Darius melemparkan renungan maut kepada Hariz.
"Tapi I boleh ikut mummy. I tak sibuk." Ujar Hariz kepada wanita yang sudah dianggap sebagai ibu itu.
"Anak gadis I ada, you nak mati?" Zalia menggeleng melihat Hariz, sepertinya dia tidak tahu jejaka itu telah memberikan harapan palsu dan menghancurkan hati anak gadisnya.
Hariz melepaskan ketawa, dia langsung biadap dan tidak rasa bersalah kerana telah melukai hati anak kepada wanita yang masih kelihatan menawan itu.
Hariz teringat kembali semasa di singgahsana tadi anak kepada wanita itu asyik merenungnya tajam seperti hendak mencekik batang lehernya.
"Tak perlu layan dia." Darius bersuara.
"Jadi you akan ikut mummy?" Soal Zalia bersama senyuman.
Darius tidak membalas, dia menoleh wajah melihat Hayal.
Zalia meniru perbuatan anaknya itu, lalu kedua bebola matanya membulat besar.
"Cantikkan dia mummy?" Hariz duduk di atas kerusi sambil melihat reaksi dari Zalia.
"Hariz, you tukar semula rupa replika ini!" Arah Zalia keras kepada Hariz yang tidak serius itu.
"Anak you suka." Tenang Hariz menjawab.
"Darius—" Zalia fokus kepada anaknya kembali.
"Jangan bermain dengan api. You dah buat keputusan." Zalia menyentuh kedua lengan sasa milik anaknya, dia mulai cemas.
"Hariz akan tukar semula rupa replika, mummy jangan risau." Darius mengukir senyuman kepada Zalia, lalu dia mengambil tangan wanita itu untuk dikucup.
Zalia melepaskan nafas kelegaan kerana dia tidak mahu anaknya mengalami sebarang masalah disebabkan tidak dapat mengawal emosi ecstasy yang sedang melonjak naik itu.
"Bosan dapat mummy seperti mummy ini, nasib baik bukan mummy I." Hariz berwajah bosan melihat Zalia yang selalu melarang anak-anaknya dari melakukan sesuatu dan menyekat emosi mereka terhadap sesuatu perkara.
"Nasib baik you itu bukan anak I, jika tak dah lama I cekik you!" Zalia merengus geram terhadap Hariz.
"Sanggup mummy nak cekik I? Nak nangis. Mentang-mentang lah I no parents lagi di dunia ini." Hariz berpura menangis seperti anak kecil.
"Hariz, mummy tak bermaksud—" Zalia mendekati Hariz walaupun dia tahu jejaka itu sedang berpura-pura tetapi dia tidak suka mendengar apabila jejaka itu berkata no parents. Rasa simpati dan empati terhadap jejaka itu terbit di dalam hatinya.
Darius menggeleng melihat Zalia sedang memujuk Hariz yang berpura-pura menangis itu, lalu dia melihat Hayal kembali.
Beberapa minit Darius merenung Hayal yang tidak berkelip merenungnya, lalu dia mengukir senyuman sinis seraya berlalu keluar dari kamar tersebut meninggalkan mereka kerana ada sesuatu rencana terlintas difikirannya.
Keputusan sudah diputuskan atau tidak, dia tetap akan mengejar Hayal yang sebenar di dunia nyata
••••••••••
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro