LEYLA 13
Gadis menawan di dalam emosi gembira, membuatkan dia rajin berkebun dan membersihkan taman bunga mawar pada pagi nan cerah.
Leyla menyanyi merdu sambil menyiram pokok bunga mawar setelah selesai menanam dan membuang bunga yang sudah mati.
Yara berehat di kerusi santai, membaca berita di tablet miliknya. Sekali sekala mata melihat Leyla yang tampak senang hati.
Yara tidak mahu mengganggu Leyla kerana sudah beberapa bulan emosi gadis itu di dalam keadaan tenang dan mampu berjalan seperti sedia kala.
Selesai aktiviti paginya itu, Leyla merapati Yara.
"Selepas ini saya nak ke kedai, awak tak perlu teman saya." Beritahu Leyla kepada Yara yang khusyuk membaca berita.
"Saya hantar puan memandangkan Hans tak ada." Yara menutup tablet miliknya.
Leyla mengangguk dan masuk ke dalam rumah untuk menukar pakaian.
Rumah tasik itu kelihatan sunyi tanpa si pemilik yang sudah seminggu ke luar negara di atas urusan kerja.
Seperti yang dijanjikan, Yara menghantar Leyla ke kedai buku.
Leyla membuka tali pinggang keledar dan menoleh melihat gadis yang sentiasa bersama dirinya itu.
Yara menaikkan kening ke atas menyoal Leyla yang sedang merenungnya.
"Sememangnya awak tak nak teman saya ke kedai sebab nak keluar temu janji, kan?" Leyla mengecilkan mata melihat Yara yang memerah wajahnya akibat malu.
Leyla syak sesuatu apabila setiap kali melihat Yara menghilang diri. Dia menyiasat tanpa gadis itu sedari, rupanya gadis itu sedang bercinta bersama jejaka yang tinggal di bandar yang sama dengan mereka tetapi dia tidak tahu siapakah jejaka misteri tersebut.
"Erk...jangan beritahu tuan." Yara mengemam bibir.
"Tak boleh bercinta jika bekerja dengan tuan awak?" Soal Leyla sinis.
"Bukan tak boleh tapi—saya takut jika tuan tahu dengan siapa saya sedang bercinta." Yara berdebar jantung jika Darius tahu akan perihal kisah cintanya.
"Macam-macam." Leyla menggeleng melihat Yara yang tampak resah.
"Saya tak akan beritahu tuan awak. Petang ini seperti biasa ambil saya di kedai aiskrim." Ujar Leyla seraya keluar dari perut kereta.
Yara menghela kuat nafasnya.
Leyla menolak pintu berpanel kaca kedai buku, mata melihat Sophia bersama tiga orang pekerjanya yang lain sedang berbual di kaunter pembayaran.
"Tolak gaji." Leyla duduk di atas kerusi yang terdapat di kaunter pembayaran.
"Puan ini ingatkan siapa lah tadi, terkejut I." Robbie seorang jejaka perwatakan wanita memegang jantungnya bersama wajah terkejut, lalu dia melimbas bulu ayam di hadapan wajah Leyla.
Leyla menjeling jejaka bercampuran wanita itu.
"Geli aku dengan kau ini Robbie!" Anwyll iaitu seorang jejaka sejati menolak tubuh sotong milik Robbie.
Leyla melihat aktiviti tolak menolak di hadapannya, tetapi yang pasti dia tidak tahu bagaimana ingin menyebut nama pekerjanya itu yang membuatkan lidahnya terbelit-belit.
"Kopi panas buat puan." Sophia memberikan cawan kertas yang terisi kopi panas buat Leyla.
Leyla mengambil kopi panas itu bersama senyuman manis.
"Korang berdua ini bergaduh mengalahkan kumpulan Liam and the gang." Elisa menggeleng melihat jejaka-jejaka yang sedang bergaduh itu, nasib baik pagi itu tiada pelanggan yang datang ke kedai buku lagi.
"Robbie dan An-An-An, apa-apa saja lah. Korang berdua berhenti bergaduh!" Leyla berwajah bengang, bengang bukan kerana pergaduhan mereka itu tetapi kerana dia tidak dapat menyebut nama pekerjanya itu, tertekan dibuatnya.
"Biebie lah, berapa kali nak beritahu puan panggil I Biebie." Robbie muncung bibirnya tanda merajuk.
Anwyll mengambil kaca mata yang terpelanting seketika tadi, lalu memakai kembali diwajahnya.
"Jantan gedik!" Anwyll menjerit geram.
Robbie menjelir lidah kepada Anwyll yang selalu mencari fasal dengannya itu.
"Korang berdua nampak dinding kaca yang berhabuk itu?" Jari Leyla menunjuk ke arah dinding kedai buku.
Mata mereka semua menghala ke arah dinding.
"Tolong cuci bagi bersih ya, tingkat bawah dan atas. Terima kasih." Leyla mengukir senyuman kepada dua orang jejaka yang sudah bertukar rupa monyok.
Beberapa jam menghabiskan masa di kedai buku, Leyla masih duduk bersama sekumpulan anak kecil yang suka membuat bising di dalam kedai bukunya. Mereka langsung tidak hormat pada orang dewasa yang sedang menelaah buku.
Mereka sekumpulan anak kecil duduk menggeliling Leyla yang sedang membaca buku tentang pelajaran kanak-kanak.
"You semua lihat gambar ini!" Leyla menunjuk gambar kartun yang di gambar oleh penulis.
"Kalau you makan dan terus telan tanpa kunyah terlebih dahulu, bakteria baik yang hidup dalam perut korang akan tercedera."
"Nampak tak kepala bakteria kartun ini benjol sebab terkena makanan yang tak dikunyah terlebih dahulu." Leyla menakutkan mereka semua.
Liam dan Amelia menekup mulut kerana mereka berdua selalu menelan makanan tanpa mengunyah terlebih dahulu, kemudian mereka berdua melihat di antara satu sama lain.
"Sibuk tiru orang!" Mereka berdua menolak bahu di antara satu sama lain.
"Korang boleh tolong senyap tak? Korang berdua dah bunuh bakteria baik dalam perut korang tahu tak?!" Tommy menjerit geram kepada mereka berdua.
"Bermakna dalam perut mereka hanya tinggal bakteria jahat?" Sherine menyoal Leyla.
Leyla mengangguk.
"Bermakna korang berdua akan mati tak lama lagi!" Jari telunjuk Sherine menghala ke arah kedua teman kecilnya itu.
Liam dan Amelia terkaku.
Kemudian mereka berdua meraung menangis sambil berpelukan kerana tidak lama lagi mereka akan mati.
Leyla melepaskan ketawa melihat adegan kelakar tersebut, dia langsung tiada niat untuk memujuk mereka berdua itu.
Leyla sempat berimaginasi jika dia mempunyai anak kecil, pasti kelihatan comel dan kelakar seperti mereka semua itu.
Wajah Leyla mulai memerah segan apabila teringat momen ranjang dia bersama jejaka bermata helang.
Sudah beberapa bulan mereka kerap bersetubuh dan tidur bersama, Leyla memegang bahagian rahim memikirkan jika ada benih yang mulai bersemi di situ.
Elisa berlari ke arah anak-anak kecil yang sedang menangis itu, dia cuba menenangkan mereka agar berhenti menangis.
Elisa menggeleng apabila melihat Leyla mengukir senyuman tanpa rasa bersalah. Dia tidak tahu kenapa setiap kali gadis itu bersama sekumpulan anak kecil tersebut, pasti ada yang akan menangis.
"Puan, ada pelanggan nak bertemu dengan puan." Sophia mendekati Leyla yang sedang mengelamun.
Leyla bangun dari duduk meninggalkan mereka untuk bertemu pelanggan dia yang sedang menunggunya di kaunter.
"Boleh saya bantu encik?" Tegur Leyla kepada jejaka yang membelakangi tubuhnya.
"Jadi benar lah kedai buku ini milik Leyla Amani?" Jejaka itu menyoal seraya memaling tubuhnya melihat gadis di hadapannya.
"Ada apa yang boleh saya bantu?" Leyla menyoal tanpa sebarang riak di wajah.
"Kita perlu bicara." Jejaka itu mendekati Leyla.
Leyla menapak kebelakang tubuhnya.
"Keluar." Halau Leyla kepada jejaka yang dia bertemu di hospital beberapa bulan yang lepas.
"I tak akan ke mana." Keras jejaka itu.
Leyla menjeling jejaka itu, dan dia melangkah keluar dari kedai buku miliknya.
Jejaka tampan itu mengekori gadis yang dia menyiasat beberapa bulan yang lepas, dan sememangnya gadis itu adalah dia kenali.
Leyla melangkah ke arah kedai aiskrim yang terletak sederet dengan kedai bukunya.
"Leyla Amani." Jejaka tersebut menahan tubuh Leyla dari masuk ke dalam kedai aiskrim.
"Berani you sentuh I?!" Leyla menarik lengannya secara kasar.
"Berhenti berpura-pura seperti tak kenali siapa I." Ujar jejaka itu kepada Leyla yang cuba mengelak diri darinya.
"You tak faham bahasa? I cakap I tak kenal siapa you, kan?!" Leyla mula naik hantu.
"I Ian, tunang you." Ian memandang sayu wajah yang dia merindui.
Leyla merenung tajam wajah jejaka di hadapannya.
"I dah berkahwin." Leyla tunjuk cincin berlian yang tersarung cantik dijemarinya kepada jejaka yang berani mengaku sebagai tunangnya itu.
"Jangan begini Leyla." Ian mendekati Leyla
"I tahu you marah dengan apa yang telah terjadi, I mengaku kesalahan yang I lakukan terhadap you." Ian menyentuh pipi milik Leyla yang masih merenungnya.
"I sayangkan you dan ingin bersama you." Ian memeluk tubuh Leyla, tidak kisah dengan mata-mata orang awam yang memandang.
"Mari kita pulang." Ian semakin erat memeluk tubuh gadis yang dia sayangi.
"Jangan mengarut." Leyla menolak Ian.
"I tak akan ikut sesiapa pulang!!!" Jerit Leyla kuat.
"Sini bukan tempat you Leyla!" Ian menyentuh lengan Leyla kembali.
"Lepaskan I sebelum I panggil polis." Leyla mengetap gigi tanda geram.
"I tak akan lepaskan you lagi." Ian menggeleng perlahan, dia semakin memegang erat lengan tunangnya itu.
"Berikan I peluang kedua Leyla."
"Kita kahwin seperti yang dirancang." Ian memujuk Leyla agar bersamanya kembali.
"I DAH BERKAHWIN!!!" Leyla menjerit kuat, lalu dia melarikan diri dan sempat meloloskan diri ke dalam teksi yang berada di kawasan itu.
"LEYLA!!!" Ian mengejar Leyla yang sudah pergi bersama teksi.
Ian menggenggam erat penumbuk, dia tidak akan melepaskan Leyla dan akan mencari gadis itu sehingga ke lubang cacing.
Itu kerana Leyla hanya miliknya seorang
•••••
Suasana hening dan sepi, mereka berdua keluar dari ruang yang kelihatan seperti singgahsana apabila selesai bicara dengan seseorang.
Mereka berdua berjalan merentasi manusia yang mengawal kawasan itu tanpa sebarang bicara.
Apabila jauh dari singgahsana, jejaka bermata helang bersandar tubuh lemah di tiang tinggi berukiran gaya yang dicirikan oleh seni Byzantine.
"Darius—" Zalia merenung wajah anak sulungnya.
"Kita telah ditakdirkan untuk hidup begini selamanya." Zalia mendekati Darius, lalu memegang bahu anaknya.
"Nasib kita sama Darius."
"You menangis?" Zalia mengelap air mata yang mengalir di pipi milik anaknya itu.
"Jangan menangis sayang, you patut bersyukur yang dia tak ambil nyawa you."
"I ingat I akan kehilangan you selepas keluar dari singgahsana tadi." Air mata Zalia mengalir deras melepaskan rasa ketakutan yang dia rasai saat bersemuka dengan dia itu.
"You masih selamat kerana dia masih tak tahu rancangan you." Zalia memeluk tubuh anak sulungnya bersama tangisan.
Darius berdiam sepi, membiarkan air mata yang mengalir membasahi pipinya.
"Apa rancangan you selepas ini?" Soal Zalia setelah tangisannya tidak lagi kedengaran.
"You akan ikut permintaannya?" Zalia merenung dalam anak mata unik persis suaminya itu.
"I akan lakukan apa saja demi kehidupan mummy, walau terpaksa korban nyawa I." Suara Darius kedengaran mendatar.
"Mummy minta maaf." Zalia menangis kembali.
Darius meraup wajahnya yang basah.
"I tak nak kehilangan sesiapa lagi Darius, terutamanya diri you." Zalia teringat akan kehilangan orang-orang kesayangan, membuatkan dia semakin di dalam kesedihan.
Kemudian, Zalia merenung lama wajah tampan milik anak sulungnya itu bersama perasaan sayu. Anak sulungnya itu perlu hadapi pelbagai dugaan hidup kerana dirinya.
"Darius, mungkin kita boleh hidup seperti kehidupan asal semula." Ujar Zalia perlahan.
"Pulang semula ke Cape Town, menikmati kehidupan." Darius mengambil tangan Zalia, lalu dia mencium lembut tangan ibunya dengan penuh rasa kasih sayang.
"Jangan pernah terfikir untuk kembali kepada kehidupan asal." Darius memberikan amaran kepada Zalia, lalu dia melangkah pergi meninggalkan ibunya.
"Darius." Zalia mendesis nama anak sulungnya dengan penuh sayang sambil melihat anaknya itu pergi meninggalkannya, air mata masih tidak henti mengalir.
Leyla menolak pintu utama rumah sambil memegang kepala yang terasa sakit dan pusing, dia menuju ke arah ruang tamu.
"Pamela!" Leyla memegang kepala yang semakin sakit.
Beberapa kali Leyla menyeru nama Pamela tetapi malang wanita tua itu masih tidak muncul, barangkali ke pasaraya membeli bahan untuk makan malam.
"My love—"
"I love you." Ian merenung angau wajah gadis yang sedang membaca buku puisi itu.
"I love you too." Leyla mengukir senyuman manis terhadap cinta hatinya.
"I tak sabar nak berkahwin dengan you." Ujar Leyla teruja sambil fikiran berimaginasi majlis perkahwinannya yang meriah, buku puisi sudah dilempar ke atas meja.
"Kita akan bersatu tak lama lagi." Ian memeluk tubuh Leyla, mereka berpelukan cinta.
Leyla memegang kepala apabila momen dulu muncul di dalam bayangan, lalu dia menjerit kuat bersama tangisan.
"ARGHHHHHHHH!!!"
"Tak mungkin!" Leyla mulai menggila.
"Aku tak kenal siapa kau!" Leyla menggeleng kuat dan menolak lampu berdiri yang terletak berdekatan sofa.
"Aku tak pernah bercinta dengan kau!"
"Kau bukan tunang aku!" Leyla menolak kasar alat yang memainkan piring hitam.
"Aku benci kau!!!" Jerit Leyla kuat dan menghuru-harakan perabut dan perhiasan yang terdapat di ruang tamu.
Leyla memangung kepala yang sakit, dia jatuh merebah ke atas permaidani.
Leyla menangis dan terus menangis tanpa henti.
"Tak—tak—aku tak kenal siapa kau." Leyla meraung kesedihan.
Kemudian, Leyla merangkak perlahan ke sofa dan melabuhkan kepala yang sakit di atas kusyen sofa.
"Kau tak patut muncul dalam hidup aku lagi." Lirih Leyla yang kedengaran sayu.
"Aku tak akan maafkan kau dan semua orang yang dah hancurkan hidup aku!" Leyla menggila kembali.
"Lebih baik mati dari ingat kau dan hidup bersama kau!!!" Leyla mengambil serpihan kaca pasu bunga yang hancur berderai yang berada berdekatannya, lalu dia menggenggam erat serpihan kaca itu sehingga darah mengalir keluar dari tapak tangannya.
Leyla menyentuh wajah basah miliknya, membuatkan seluruh wajahnya turut berlumuran darah.
"Bermakna—"
Leyla menoleh wajah melihat manusia yang berada di ruang tamu itu, dia tidak tahu dari sejak bila manusia itu sudah berada melihat kegilaannya.
"Leyley masih ingat akan momen lepas?"
"Leyley ingat segala memorinya selama ini."
"Leyley tak pernah lupa ingatannya."
Darius melihat kosong wajah Leyla yang sudah bermandi air mata dan darah.
"Darius." Leyley melihat Darius bersama tangisan sayu.
Darius melangkah perlahan mendekati leyla, menghiraukan ruang tamu rumahnya yang sudah berantakan.
Darius duduk melutut di hadapan Leyla.
"Darius." Leyla menangis lemah memandang jejaka bermata helang yang tidak mempamerkan sebarang reaksi apabila rahsia yang dia simpan selama ini sudah terbongkar.
"Jadi—kau masih ingat siapa aku?" Darius mulai mempamerkan riak wajah bengis terhadap gadis yang berjaya memperbodohkannya.
Mereka berdua menikam mata di antara satu sama lain apabila momen lepas mulai terlayar di ruang imaginasi.
Lelaki dan wanita itu berpisah di jalanan
Tiada kata, tidak ada janji
Suara di jalanan bergema
Terlihat burung di atas bumbung
Kuda-kuda melarikan diri pada waktu malam
Dan aku adalah tangisan kesedihan yang sunyi
•••••••••
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro