LEYLA 12
Kehidupan baharu—Jadilah salju yang mencair jika mendambakan kehidupan baharu, menanam benih-benih baharu demi sebuah kehidupan baharu.
Leyla merenung wajah di sebalik cermin besar yang terletak di dalam kamar mandi tanpa sebarang reaksi di wajahnya.
Mata melihat perkataan Kehidupan Baharu yang ditulis olehnya menggunakan gincu berona merah di atas permukaan cermin besar.
Susuk figura tanpa seurat benang mulai melangkah perlahan mencari pakaian untuk menutup tubuh yang terdedah bogel.
Berpakaian seperti yang diingini, Leyla membelek tubuhnya kembali.
Leyla mengambil gincu merah dan mengoles kemas dibibirnya, lalu minyak wangi mahal di sembur di sekitar nadi dan batang lehernya.
Leyla mengukir senyuman melihat diri yang kelihatan menawan pada malam itu. Kemudian, dia keluar dari kamar tidurnya sambil melihat sekeliling yang sunyi sepi.
Leyla menuju ke dapur dan membancuh air buat seseorang.
Setelah siap membancuh air kopi karamel panas, Leyla mengorak langkah kembali.
Langkahnya terhenti apabila berada di depan tangga untuk ke aras atas rumah.
Leyla mendongak wajah melihat atas, dia menarik dan menghembus nafas membuang pelbagai rasa di dalam hati.
Secara perlahan, Leyla menapak naik anak tangga.
Setahun lebih Leyla tinggal di rumah tasik itu tetapi dia tidak pernah sesekali naik ke aras atas, jadi tidak tahu bagaimana rupa deko di atas.
Beberapa minit kemudian, Leyla berjaya naik ke aras atas tanpa sebarang bantuan dari sesiapa atau tongkatnya yang sudah jarang dia guna.
Sepasang mata milik Leyla meliar melihat sekeliling mencari kamar tidur seseorang.
Sebelum ini, Leyla ada bertanya kepada Pamela tentang kamar yang terletak di aras atas. Wanita tua itu memberitahu bahawa terdapat lima kamar tidur di aras atas dan kamar tidur yang berada di hujung sekali ialah kamar tidur milik tuan rumah.
Leyla melangkah ke kamar tidur yang terdapat di hujung, lalu dia mengetuk pintu kamar agar tuan yang menghuni kamar tersebut sedar akan kedatangannya.
Pintu kamar dibuka luas.
"Leyley?" Darius menaikkan sebelah kening ke atas, terkejut melihat Leyla di hadapannya.
"Air kopi karamel panas." Leyla mengukir senyuman menawan terhadap jejaka yang seakan terkejut melihat figuranya.
"Bagaimana you naik ke atas?" Darius hairan melihat Leyla yang membawa air kopi untuknya dan berpakaian seksi.
Leyla berpakaian tidur seksi bertali halus sehingga menampakkan lurah dada, gadis itu jua turut mengenakan gincu merah dibibir.
Gulp
"Rumah you tak ada lif, jadi I naik ke atas ikut tangga." Leyla memberikan cawan yang terisi kopi karamel panas kepada Darius, dan masuk ke dalam kamar tidur milik jejaka itu tanpa dijemput.
Darius menutup pintu kamar sambil memandang Leyla yang selamba terjah kamar tidurnya.
"Kamar tidur you besar, ada katil besar, sofa besar, televisyen besar dan mini library." Leyla bernada tidak berpuas hati kerana kamar tidur Darius sebesar sebuah rumah pangsa.
Leyla menolak pintu sliding dan membulat mata besar melihat kamar pakaian yang terdapat pelbagai jenis pakaian mewah lelaki dan juga beberapa jenis aksesori jam tangan mewah yang tersusun kemas di dalam meja kaca.
Melihat Leyla yang sedang meninjau kamar pakaiannya, Darius cepat-cepat menuju ke arah meja ofis dan menyembunyikan sesuatu yang berada di atas meja ke dalam laci.
"Bilik pakaian you pun besar." Leyla bermasam wajah melihat Darius yang duduk di atas kerusi memerhatinya.
"Hish tak boleh jadi ini." Leyla menutup pintu kamar pakaian dan mendekati Darius.
"I rasa ini sesuatu yang tak adil."
Darius menaikkan kening ke atas.
"Mana adil jika you seorang saja yang ada kamar besar begini, I pun nak juga." Leyla masih bermasam wajahnya.
"Lihat kamar you ada beranda tapi kamar I tak ada pun!" Leyla menjuih bibir apabila melihat angin kuat yang meniup dari arah beranda sehingga kain langsir berterbangan.
"Kamar Leyley tak ada beranda sebab takut Leyley buat kerja gila." Darius tersenyum melihat Leyla yang tidak berpuas hati melihat keadaan kamar tidurnya.
Leyla merenung Darius dengan penuh kesabaran.
"Jadi apa yang patut kita lakukan?" Soal Darius seraya mencicip air kopi karamel panas.
"Mungkin I boleh pindah duduk sebilik dengan you." Leyla memberikan cadangan bersama senyuman lebar.
Tidak tentu fasal Darius tersembur minuman yang diminum olehnya.
Leyla menjauhi diri dari Darius, mengelak diri dari terkena air kopi karamel.
"Kenapa dengan you ini?" Leyla geram melihat reaksi Darius yang tersembur air apabila mendengar cadangan darinya itu.
Darius mengambil tisu mengelap bibir yang comot dek tersembur air kopi karamel.
"Kita berdua sebilik?" Soal Darius bingung.
"Ya sebilik, lagipun kita berdua kan suami isteri. Sebelum I kemalangan, kita tidur sebilik, kan?" Leyla duduk atas kerusi yang terdapat di hadapan Darius.
Darius mengangguk.
"Leyley masih tak kuat, buat masa sekarang lebih baik Leyley tinggal di kamar bawah dulu." Ujar Darius.
"Sekarang I dah boleh berjalan tanpa bantuan tongkat atau Yara lagi."
"I dah kuat." Leyla mengawal diri dari menjerit kepada Darius kerana jejaka itu asyik melayannya seperti seorang pesakit lumpuh yang tiada masa depan untuk sembuh kembali.
"Atau sebenarnya—"
"You tiada keinginan untuk sebilik dengan gadis cacat seperti I ini?" Leyla berwajah sedih.
"Siapa yang ajar semua ini?" Darius perhati tingkah Leyley yang tampak pelik sejak kebelakangan ini.
"Yara." Leyla menuduh Yara kerana gadis itu asyik memuji tuannya sehingga dia berasa cemburu, biar gadis itu dimarahi oleh tuannya nanti.
"I kenal Yara bagaimana orangnya." Darius mengukir senyuman kepada Leyla.
"Baik lah." Leyla mengeluh perlahan.
"Salahkah jika I nak sebilik dengan suami I?" Leyla berwajah minta simpati.
"Lagipun I bosan tidur seorang diri."
Leyla bangun dari duduk, dan mendekati Darius.
"I nak tidur peluk suami I." Leyla memeluk Darius yang masih duduk itu.
"You nak tahu sesuatu?" Leyla duduk di atas riba Darius dan memeluk leher jejaka itu.
Darius hanya diam merenung Leyla.
"Sebenarnya, rumah you ini ada hantu. Dah berapa kali I nampak kelibat hantu dalam kamar tidur I." Tipu si Leyla.
"Bagaimana rupa hantu itu?" Darius melayan penipuan Leyla.
"Macam Valak dalam filem The Conjuring." Leyla berwajah ketakutan, lalu melihat sekelilingnya.
"Kita baru tonton filem itu semalam, kan?"
"Ya betul sebab itu semalam I jerit macam gila tapi you selamba tinggal I seorang diri dan masuk bilik." Leyla menghembus geram terhadap Darius yang suka meninggalkannya selepas habis menonton filem di ruang tontonan.
Darius ketawa.
"Dah tahu penakut tapi beria nak tengok filem hantu juga." Perli Darius kepada Leyla.
"Jadi bermakna kita kena tinggal sebilik. Kalau I takut, I boleh peluk you." Leyla memeluk batang leher milik Darius kembali.
"I bincang dengan Yara tentang kesihatan you dulu." Darius memeluk pinggang Leyla.
"I dah pulih." Leyla mulai bosan.
"I tahu you dah pulih tapi bagi I bincang dulu dengan Yara."
Leyla mengangguk kerana tiada guna dia berbalah dengan jejaka bermata helang, jika akhirnya dia yang akan kalah.
Tetiba sesuatu muncul di dalam fikiran yang menggingati Leyla kepada niat utamanya naik ke aras atas rumah.
"Malam ini Yara tak ada, Pamela pula dah masuk tidur. Boleh you tolong urutkan kaki I?" Leyla bernada manja terhadap jejaka bermata helang yang kelihatan seperti tiada nafsu terhadapnya itu.
Darius mengangguk seraya mendukung tubuh Leyla, meletakkan tubuh gadis itu di atas katil bersaiz raja miliknya.
"Tilam katil you lagi empuk dari tilam I." Leyla membaringkan tubuhnya.
Darius memerhati susuk figura menggoda yang sedang terbaring di atas katilnya dengan penuh perasaan terasang.
Darius cuba mengawal nafsu nakalnya itu, lantas dia mengambil salap yang tersimpan di dalam kabinet.
Apabila melihat Darius mendekatinya kembali, Leyla bangun dari pembaringan dan menyelak pakaian tidur jenis kain satin yang terbelah di bahagian tepi peha bagi memudahkan jejaka itu untuk mengurut kakinya.
Darius menyentuh kulit licin bak porselin itu bersama getaran jiwa.
Leyla mengukir senyuman menggoda apabila melihat jejaka bermata helang lama menyentuh kakinya, tidak mengurut kakinya.
"What is your real intentions?" Darius bukan seseorang jejaka yang cepat lupa akan sesuatu perkara atau seseorang yang dungu.
Darius melihat Yara menjalankan tugasnya mengurut sepasang kaki milik Leyla, sebelum gadis itu keluar.
"Tak dapat tangkap?" Leyla mendekati Darius bersama senyuman yang tampak menakutkan.
"I want you—to be my real husband." Leyla membisik di cuping telinga milik jejaka bermata helang.
BA-DUMP!
Tanpa sebarang bicara lagi Darius mendukung tubuh Leyla, membawa gadis itu keluar dari kamar tidurnya.
Leyla merenung tajam wajah jejaka bermata helang yang tiada ekspresi itu.
Darius menolak pintu kamar tidur milik Leyla, lalu masuk ke dalam kamar dan meletakkan susuk figura menggoda itu di atas katil.
Darius menarik gebar selimut menutup tubuh Leyla yang tampak seksi itu.
Kemudian, Darius menutup lampu kamar agar menjadi gelap sebelum bergerak keluar dari kamar tidur tersebut.
Di dalam suasana gelap, Leyla mengawal perasaan geram terhadap jejaka bermata helang yang langsung tiada nafsu terhadapnya.
Leyla menggenggam erat gebar selimut bersama perasaan merampang.
•••••
Dari pagi sehingga ke siang harinya, Leyla menghabiskan masa di kedai buku miliknya. Dia membantu Sophia membersihkan rak-rak buku.
"Sophia—" Leyla bersandar di rak buku sambil melihat Sophia di atas tangga kayu membuang habuk menggunakan bulu ayam.
"Ya puan." Sophia fokus membuang habuk.
"Apa pendapat awak tentang tubuh saya?" Selamba Leyla menyoal.
"Begitu saya kena tidur dengan puan dulu, baru saya boleh berikan pendapat." Seloroh Sophia bersama ketawa kuat.
Leyla mendekati tangga kayu, lalu dia menggoyang kuat tangga kayu tersebut kerana bengang mendengar jawapan dari gadis itu.
Sophia berhenti ketawa dan menjerit ketakutan.
"Puan jangan buat begini pada saya! Baik lah saya akan jujur dengan puan!" Sophia cemas kerana Leyla tidak mahu berhenti menggoyangkan tangga.
Leyla berhenti aksi jahatnya.
"Tubuh puan menawan dan menggoda sehingga menarik beberapa jejaka ke kedai buku ini semata-mata untuk mendekati puan." Beritahu Sophia.
"Tapi tak ada sesiapa yang pernah mendekati saya pun?" Leyla melemparkan pandang pelik terhadap Sophia.
"Saya halang mereka dari mendekati puan sebelum ada yang hilang nyawa."
"Hilang nyawa?" Leyla bingung.
"Takut tuan Darius bunuh mereka yang cuba dekati puan." Sophia tersenyum melihat Leyla yang bingung.
"Dia bukan kisah pun." Leyla mempamerkan riak wajah tidak berpuas hati apabila mendengar nama Darius.
Sophia melihat sekelilingnya.
"Apa yang terjadi?" Sophia bernada perlahan ingin sibuk mengetahui hubungan Leyla bersama pasangnya.
"Tuan awak tak mahu berasmara dengan saya." Leyla duduk di atas bangku bulat kecil sambil melangut dagunya.
Sophia terbatuk-batuk apabila mendengar apa yang dibicarakan oleh Leyla, bukan kerana habuk yang terdapat di celah-celah buku.
"Tak suka dia!" Jerit Leyla geram seraya mengambil buku di dalam rak, lalu dilemparkan ke atas lantai.
"Jangan begini puan, penat saya susun buku itu tadi." Sophia beriak seperti ingin menangis melihat buku-buku yang bertaburan di atas lantai.
"Semua salah tuan Darius awak itu!"
Sophia menggeleng kepalanya, lalu dia turun tangga untuk bicara dengan majikannya itu.
"Kalau tak keberatan, puan boleh kongsi apa yang terjadi pada saya." Sophia duduk di sebelah Leyla yang sedang monyok.
"Awak ingat saya percayakan awak?" Leyla menjeling gadis di sebelahnya.
"Saya berjanji tak akan beritahu pada tuan Darius." Sophia mengangkat sebelah tangan seperti sedang berikar.
"Tak percaya." Leyla menjelir lidah kepada Sophia yang kelihatan sibuk ingin mengetahui masalahnya.
"Ceritalah, ceritalah. Nak tahu." Sophia menggoyangkan lengan Leyla.
"Tuan awak itu tak ada nafsu!" Leyla menarik lengannya kerana berasa rimas.
Sophia melepaskan ketawanya dengan begitu kuat.
"Tak mungkin." Sophia menggeleng kepalanya pula.
"Awak cakap tubuh saya menawan dan menggoda tapi tuan awak langsung tak terangsang dengan saya." Leyla merengus geram kerana jejaka bermata helang telah menolak dirinya.
Isteri mana yang tidak terasa hati?
"Mungkin sebab kondisi puan yang tak berapa kuat sekarang ini, sebab itu tuan menolak ajakan puan." Sophia cuba menenangkan perasaan si Leyla.
"Atau mungkin juga tuan takut kedua kaki puan makin tak berdaya nanti selepas meniduri puan." Sophia menekup mulutnya, mengawal ketawa dari kedengaran kuat kerana otaknya berimaginasi sesuatu yang nakal.
"Awak ingat saya tak tahu apa yang awak sedang berimaginasi? Dasar perempuan gatal!" Leyla menampar bahu Sophia.
Sophia tidak lagi mengawal ketawanya, malah dia sudah tergolek ketawa di atas lantai.
Leyla mengetap gigi kerana berasa geram terhadap gadis yang sedang mengekek ketawa itu.
"Sudah lah malas cakap dengan awak ini." Leyla bangun dari duduk dan mengimbas punggungnya.
"Jangan lupa susun semula buku-buku yang bertaburan ini ke tempat asalnya." Arah Leyla kepada Sophia yang sudah bermasam wajah itu.
Leyla menapak turun anak tangga kedai buku, dia menuju ke bahagian rak buku kanak-kanak.
Leyla melihat anak-anak kecil duduk di atas kerusi kecil sambil bising berbual tentang hal sesuatu.
"Shush...jangan bising." Tegur Leyla bersama wajah garang.
"Aunty Leyley!" Sekumpulan anak-anak kecil berlari anak ke arah Leyla, lalu mereka menarik lengan gadis itu dan meminta gadis itu duduk di atas kerusi kecil.
"Kenapa?" Soal Leyla bingung kepada mereka semua yang cukup dikenali.
Anak-anak kecil itu selalu di hantar oleh ibu bapa mereka ke kedai buku Leyla untuk menelaah buku berilmiah agar anak mereka itu tidak membuang masa membuat sesuatu perkara yang tidak berfaedah.
Malangnya, bagi Leyla keadaan semakin tidak berguna apabila sekumpulan anak kecil itu berkumpul kerana mereka selalu berbincang tentang perkara yang pelik dan bergaduh, hanya kadang-kadang membaca buku.
"Budak kecil ini tanya kenapa dia tak boleh kahwin dengan adik perempuannya?" Beritahu si Amelia yang terkenal dengan mulut becok di antara mereka sekumpulan.
Leyla berwajah pelik.
"Kenapa you nak kahwin dengan adik perempuan you sendiri?" Soal Leyla hairan.
"Sebab I nak tidur satu bilik dengan adik perempuan I! Dia selalu menangis tidur seorang diri dalam bilik tapi mama dan papa biarkan dia." Anak kecil yang bernama Liam itu menangis teruk.
"Mereka cakap lelaki dan perempuan tak boleh tidur sebilik." Liam sambung kembali.
"Tapi mama dan papa tidur sebilik boleh pula!" Jerit Liam geram.
Mereka semua berpelukan dek kerana takut melihat Liam menjerit kuat.
"I tanya kenapa mama dan papa boleh tidur sebilik?"
"Mereka cakap mereka dah berkahwin sebab itu mereka boleh tidur sebilik." Liam menangis kembali.
"Liam tak mahu berhenti menangis, macam mana nak buat sekarang ini?" Sherine mengetuk dagunya seakan sedang memikirkan sesuatu.
"Tapi kenapa aku boleh tidur sebilik dengan adik lelaki aku?" Karl menyoal mereka semua.
Mereka semua tertumpu ke arah Karl sambil memikirkan sesuatu.
Leyla mengeluh perlahan apabila sekumpulan anak-anak kecil itu mulai bising kembali dan ada yang turut menangis bersama Liam.
"You tak boleh berkahwin dengan abang, kakak atau adik kandung you sendiri." Leyla bersuara mematikan kebisingan mereka.
"You hanya boleh berkahwin dengan orang asing yang tak ada talian pendarahan dengan you." Leyla memberikan ilmu perkahwinan kepada mereka semua.
"Ada sebab kenapa mama dan papa you tak benarkan you tidur sebilik dengan adik perempuan you. Besar nanti you akan tahu." Leyla mengelap air mata Liam.
"Oh contohnya Liam tidur sebilik dengan Amelia, itu bolehkan?" Soal Tommy kepada Leyla.
"Tak nak aku tidur sebilik dengan Liam si dungu!" Jerit Amelia, lalu dia menerkam tubuh Tommy yang sedang ketawa.
"Hei siapa dungu wahai budak hingusan? Dah lah hodoh siapa nak tidur sebilik dengan kau?!" Liam tidak lagi menangis dan menarik rambut Amelia.
Mereka yang lain ketawa dan turut menyertai pergaduhan ganas tersebut. Hanya Sherine memeluk buku sambil menjilat lolipop melihat aksi teman-temannya yang suka memukul di antara satu sama lain.
Leyla bangun dari duduk dan mengorak langkah keluar dari kedai buku, membiarkan anak-anak kecil itu bergaduh. Dia langsung tiada niat ingin merenggangkan mereka semua.
Leyla bersandar tubuh di dinding kaca kedai bukunya sambil memikirkan sesuatu.
"Tak guna Darius." Leyla mengutuk suaminya.
"Kenapa kau tak boleh jadi seperti Liam?" Leyla bengang kerana Liam si budak kecil pun ada rasa simpati terhadap adik dia untuk menemani adiknya itu tidur pada setiap malam. Berbeza dengan Darius yang langsung tidak mahu tidur bersamanya.
Leyla sememangnya pangkah Darius yang selalu mengelak untuk tidur sekatil dengannya.
"Puan!" Hans iaitu pemandu peribadi kepada jejaka bermata helang memanggil Leyla yang fikiran sedang melayang.
Leyla sedar kembali, lalu dia menjeling Hans yang sedang tersenyum mesra terhadapnya.
"Hampir lima minit saya panggil puan." Hans membuntuti langkah Leyla yang sedang menuju ke arah kereta.
"Rindu tuan?" Usik Hans kepada Leyla yang membisu.
Hans membuka pintu kereta buat Leyla, tugasnya pada petang itu menjemput gadis itu.
"Tuan tak jadi ambil puan petang ini sebab ada tetamu datang ke rumah." Beritahu Hans kepada Leyla.
"Apa-apa saja lah." Balas Leyla bosan sambil melihat suasana luar.
Hans melihat Leyla yang duduk di belakang melalui cermin tengah kereta. Gadis itu tampak seperti berada di dalam emosi yang tidak stabil.
"Puan dah main Candy Crush sehingga level berapa?" Hans cuba membuang udara bosan di dalam kereta.
"Jangan berbual dengan saya, saya tak suka tuan awak."
"Erk...tapi rasanya tak ada kena mengena dengan saya." Hans mengemam bibir.
"Tapi awak bekerja dengan tuan Darius, dia yang bayar gaji awak. Jadi ada kena mengena." Leyla menjeling Hans yang sedang melihatnya melalui cermin tengah kereta.
"Okey baik lah, saya mengalah." Hans mengeluh perlahan.
Leyla keluar dari kereta tanpa menunggu Hans membuka pintu buatnya apabila kereta mewah itu berhenti di luar pekarangan rumah.
"Puan!" Hans menjerit memanggil Leyla yang ingin masuk ke dalam rumah.
"Jangan lupa malam ini PUBG Mobile tournaments." Hans menginggatkan Leyla kepada pertandingan permainan yang menjadi kegilaan mereka berdua buat masa kini.
"Saya akan pastikan awak kalah!" Leyla membuat tanda potong leher kepada Hans yang tidak tahu apa-apa itu, dan dia masuk ke dalam rumah.
Hans merengus geram kerana dia perlu bicara dengan Darius agar emosi Leyla tidak terbang lagi.
Leyla masuk ke dalam rumah yang sunyi, dia berhenti melangkah apabila terperasan kelibat seseorang yang sedang duduk di atas sofa yang terdapat di ruang tamu.
"Apa yang kau dah buat sebulan yang lepas?" Soal manusia yang duduk di atas sofa kepada Leyla yang berdiri seperti patung.
Leyla mempamerkan riak wajah tegang, dia tidak ingin menjawab soalan manusia tersebut.
Manusia itu bangun dari duduknya dan merapati Leyla.
"Kau dah gila?!" Jerkah Zalia seraya membaling kertas nota kecil ke arah wajah Leyla.
Leyla melihat kosong kertas yang jatuh melayang ke atas lantai, kertas nota yang tertulis ramuan yang menyebabkan seluruh tubuh gadis bernama Cynthia mengalami alahan.
"Dia akan menjadi menantu aku tak lama lagi. Kau berhenti buat kerja gila kalau kau sayang nyawa kau!" Marah Zalia bersama dada berombak laju.
"Saya tak sanggup lihat Darius berkahwin dengan gadis yang tak cantik dari saya." Selamba Leyla membalas.
"Kau ini!" Zalia mengetap gigi tanda bengang.
"Darius akan berkahwin dengan Cynthia, kau suka atau tiak kau kena terima hakikat tersebut!"
"Hakikatnya kita semua tahu yang Darius tak nak berkahwin dengan perempuan itu!" Leyla melawan kembali.
"Kau tak tahu perkara sebenar." Zalia menggeleng terhadap Leyla yang berani melawannya kembali itu.
"Saya tak nak tahu perkara sebenar! Apa yang saya tahu Darius adalah suami saya dan tak ada sesiapa yang boleh merampas dia daripada saya!" Leyla tidak tahu kenapa dia berasa marah sangat pada saat itu. Mungkin sebab dia tidak rela kehilangan jejaka bermata helang.
Zalia menampar kuat wajah milik Leyla.
Leyla menyentuh pipinya yang terkena makan penampar.
"Kau tak kenal siapa Cynthia! Dia boleh bunuh kau dalam masa sesaat! Kau patut berterima kasih pada Darius yang selamatkan kau dari perbuatan gila kau itu!" Zalia menolak tubuh Leyla, melepaskan geramnya terhadap gadis itu.
"Mummy!!!" Darius yang keluar dari bilik mini perpustakaan itu berlari ke arah Leyla yang jatuh di atas permaidani.
"Leyley, are you okay?" Darius membantu Leyley untuk berdiri seperti sediakala semula.
"Mummy, tolong keluar dari rumah I." Darius bengang terhadap Zalia.
Darius meninggalkan Zalia beberapa saat, ibunya itu telah mencetuskan kekecohan di dalam rumahnya.
"You halau I sebab perempuan ini?!" Zalia semakin bengang.
"I beritahu you jangan buat kecoh, kan?" Darius bernada keras.
"Jadi you nak I berdiam diri selepas apa yang terjadi?" Zalia menyoal anaknya.
"Bagaimana jika Cynthia mati akibat perbuatan dia? Siapa yang akan bertanggungjawab?!" Jerit Zalia kuat.
"I akan bertanggungjawab. I yang suruh Leyla kenakan Cynthia." Ujar Darius seraya memeluk bahu Leyla.
Leyla menoleh wajah melihat Darius bersama mata berkaca.
"Apa yang terjadi I tak akan berkahwin dengan Cynthia." Darius serius menentang mata dengan ibunya.
Suasana sepi sesaat.
"Mana Darius yang sanggup buat apa sahaja demi mummy-nya?" Suara Zalia mulai kendur.
"Mummy—untuk siapa I buat semua ini?" Darius menyoal kembali.
Zalia mengepal tangannya.
"Apa pun yang terjadi I akan pastikan you berkahwin dengan Cynthia." Zalia masih berkeras dengan kehendaknya itu.
"You may leave now." Darius membawa Leyla keluar dari ruang tamu meninggalkan Zalia seorang diri.
Keluar dari ruang tamu Leyla menepis tangan Darius yang berada di atas bahunya, lalu dia melangkah ke kamar tidurnya meninggalkan jejaka itu.
Darius melihat Leyla yang meninggalkannya tanpa sebarang bicara, dia mengeluh perlahan.
•••••
Jemari menekan-nekan tuts piano memainkan melodi yang kedengaran seperti si pemain sedang di dalam keadaan berduka lara.
Darius berhenti menekan tuts, dia mengambil gelas kaca di atas piano dan meneguk minuman keras itu.
"Keluar Leyley." Arah Darius kepada Leyla yang bersembunyi di sebalik dinding sejak dia memainkan melodi.
Leyla keluar seperti yang diminta, dia memeluk tubuh melihat jejaka bermata helang yang sedang menikmati minuman keras. Jejaka itu tidak pernah menyentuh minuman keras di hadapannya.
"You rasa I seorang yang teruk minum air syaitan ini?" Darius mengukir senyuman sinis kepada Leyla yang merenungnya.
Leyla membisu dan merenung dalam wajah Darius yang tampak kecewa. Kecewa di atas sebab apa dia tidak tahu.
"I ingin tenggelam di dalam kemabukan, ingin hilang rasa sakit di dunia ini sesaat." Darius tertawa kecil, lalu dia meneguk minuman keras kembali.
"I sayang—semua orang." Ujar Darius setelah menghabiskan minumannya.
Leyla mampir ke arah Darius.
"You rasa semua orang tak sayang you?" Leyla duduk di sebelah Darius.
Darius menggeleng tanda bukan.
"Semua orang tak faham apa yang I sedang lakukan."
"You nak tahu apa yang I sedang lakukan?" Soal Darius kepada Leyla.
"I tak nak tahu." Leyla menyentuh jemari milik jejaka bermata helang.
"You lakukan apa saja yang you inginkan, I hanya ingin melihat masa depan bersama Darius Assagaf." Leyla mengukir senyuman manis kepada Darius yang sedang merenungnya.
Darius menghela nafasnya perlahan.
"I minta maaf untuk mummy." Darius menyentuh pipi Leyla yang masih kemerahan akibat ditampar.
"Memang salah I."
"I sokong you."
Mereka berdua merenung di antara satu sama lain, lalu mereka berdua melepaskan ketawa kerana suka dengan apa yang telah berlaku terhadap Cynthia.
"Nakal juga you ini." Darius mencubit hidung comel milik Leyla.
"Sebelum you minta tolong I, I dah rancang untuk kenakan perempuan itu." Beritahu Leyla bersama senyuman nakal.
Darius tersenyum sambil menggeleng melihat Leyla yang bijak merancang sesuatu tanpa pengetahuannya. Itu bermakna selepas ini Darius perlu berhati-hati dengan gadis itu.
"Leyley—" Darius merapati wajah menawan milik Leyla.
Senyuman Leyla mati.
"Near you, far from you, without you—I want you." Darius membisik menggoda, dan mengucup bahu Leyla yang terdedah kerana gadis itu hanya mengenakan pakaian tidur bertali halus.
Goosebump!
Leyla dapat merasai bulu roma miliknya meremang sejuk apabila jejaka bermata helang membisik dan mengucup bahunya.
Darius mengucup lembut bahu dan leher milik Leyla, lalu dia mengusap lembut bibir mengiurkan yang asyik membuatkan diri tidak keruan.
Mereka merenung di antara satu sama lain seolah sedang dipukau oleh sesuatu perkara.
Sambil berpelukan, mereka merapatkan wajah dan dada saling bersentuhan.
Darius menyentuh wajah menawan milik Leyla yang berjaya menawan hatinya.
"Leyley milik Darius." Leyla membisik perlahan, mengawal debaran hati.
Tanpa sebarang bicara lagi, Darius menarik dagu tajam Leyla dan mengucup lembut bibir gadis itu. Membuang segalanya yang bermain di minda.
Leyla terkaku sesaat kerana tidak tahu tindak balas seperti mana dia perlu berikan.
Tiba-tiba Leyla teringatkan akan filem-filem romantis yang ditonton, di mana hero dan heroin berkucupan dengan penuh bernafsu.
Leyla mulai membalas kucupan seperti di dalam filem romantis.
Akibat cara kucupan bibir pasangan tersebut yang begitu agresif, ia membuatkan keintiman dan kemesraan mereka semakin mencanak naik pada malam itu.
Mereka melepaskan bibir masing-masing apabila nafas mulai hilang.
Leyla berombak dada kerana berasa lelah dengan aktiviti hangat seketika tadi.
Darius mengukir senyuman sinis apabila melihat Leyla tenang kembali, gadis itu melihatnya bersama wajah memerah segan.
Kemudian, Darius mendukung tubuh seksi itu menuju ke aras atas yang terletak kamar tidurnya.
Leyla memeluk batang leher milik Darius bersama debaran hati yang kencang kerana dia tahu apa yang bakal jejaka itu lakukan terhadapnya.
Melunaskan apa yang dia mahukan
Darius meletakkan tubuh Leyla di atas katil tidurnya, dia menindih tubuh gadis itu seraya membuka t-shirt kosong yang dipakainya.
Darius memberikan kucupan di sekitar leher, kemudian ke bahagian bawah telinga sehingga ke tengkuk Leyla, membuatkan titik sensitif pasangannya itu menerima rangsangan yang cukup hebat.
Leyla menarik wajah tampan milik Darius yang asyik mengerjakan lehernya itu, lalu dia mengucup bibir jejaka itu dengan penuh selera.
Malam itu, Darius tidak tenggelam di dalam kemabukan tetapi dia tenggelam di dalam ciuman dari Leyla.
Tidak sedar tubuh Leyla sudah dibogelkan oleh Darius, jejaka bertubuh sasa itu juga turut bogel sepertinya.
Aksi ranjang mereka terlalu hangat sehingga membuatkan si gadis tidak henti mendesah sepanjang malam itu
Leyla terjaga dari tidur apabila celah kelangkang dia terasa ngilu dan pedih, terdapat kesan darah kering di kawasan itu.
Mata melihat sebelahnya yang kosong, tiada jejaka bermata helang di sisinya.
Leyla bangun dari pembaringan dan bersandar tubuh di kepala katil sambil menarik gebar selimut menutup tubuh yang tiada seurat benang.
Kemudian, Leyla melihat pintu beranda yang terbuka luas. Suasana luar jelas menunjukkan kepekatan malam hari.
Terlihat jejaka bermata helang yang dihiasi cahaya rembulan, membuatkan Leyla berasa lega memikirkan jejaka itu tidak pergi meninggalkannya.
"I ganggu tidur Leyley?" Darius merenung rembulan yang terang pada malam itu.
"Tak." Leyla membetulkan rambut yang tidak terurus.
"I terjaga apabila sedar you tiada di sisi."
"Apa yang sedang you fikirkan?" Soal Leyla kepada Darius yang stastik berdiri ditempatnya.
Jelas kelihatan kekecewaan di raut wajah Darius apabila memikirkan aktiviti ranjang yang berlaku seketika tadi, bukan di atas sebab dia tidak suka tetapi kerana—
"You tak rasa ingin tanya sesuatu pada I?" Darius menyoal Leyla yang sedang di dalam kebingungan.
Leyla menggeleng wajahnya.
Darius menghela nafas dan merapati Leyla.
"Leyley—" Darius menyentuh bahu milik pasangannya itu.
"I berjanji akan setia bersama you buat selamanya." Darius mengucup dahi milik Leyla.
Leyla mengukir senyuman manis.
Mereka berdua berciuman mesra, dan berpelukan kasih sayang.
Sepasang mata milik Leyla menghala ke arah cadar yang bertompokan merah, dia merenung lama di situ.
Terpersona yang hilang
••••••••••
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro