LEYLA 1
Utah, United States
Jejaka bermata helang menekan pedal minyak membelahi jalan raya Bandar Tasik Garam kerana merindui seseorang yang sudah bermingguan tidak ketemu.
Orang kanan ditinggalkan ke belakang kerana adrenalin teruja, tidak sabar untuk menatap wajah menawan si pemilik hati.
Setengah jam kemudian, Lykan Hypersport yang berlari laju bagaikan angin ribut taufan berhenti di pekarangan rumah tasik yang terletak di luar kawasan pinggir bandar utama.
Tubuh keluar dari perut kereta dan rongga hidung menghirup udara sekeliling yang beraroma garam yang dapat membantu diri terasa segar kembali.
Kaki mengorak langkah memasuki rumah dua tingkat untuk mencari wajah menawan yang sentiasa bermain di ruang minda.
"Tuan." Yara menegur jejaka bermata helang yang melangkah masuk ke dalam rumah.
Jejaka bermata helang tidak membalas dan hanya memberikan pandangan.
Yara menggeleng perlahan bersama keluhan.
Jejaka bermata helang menghela nafas sesaat.
Kemudian, kaki mengorak langkah kembali menuju ke arah luar beranda untuk melihat wajah menawan yang dirindui sedang merenung jauh di tepi tasik.
"Saya dah pujuk puan seperti selalu tapi—" Yara mendekati tuan dia yang sedang memerhati susuk figura yang asyik termenung.
Roh dan tubuh tidak sebati
"Tak mengapa."
"Berikan dia masa."
Jejaka bermata helang masuk ke dalam rumah kembali, lalu dia menuju ke arah mini perpustakaan untuk mengambil buku puisi sebelum melangkah keluar.
Secara perlahan, jejaka bermata helang mendekati gadis menawan yang berjaya menawan hati miliknya.
"Leyley."
Leyla ke alam dunia realiti kembali apabila mendengar suara garau yang suka memanggil dia dengan gelaran Leyley.
"I miss you." Jejaka bermata helang mencium dahi milik gadis menawan yang terkebil melihatnya.
Leyla merenung jejaka bermata helang di hadapannya itu kerana sudah tiga minggu wajah tampan persis model Brazil itu tidak menghiasi mata.
"Jangan renung begitu, hati ini semakin cair." Jejaka bermata helang mengusik Leyla yang asyik merenung wajah maskulin miliknya.
Leyla melarikan anak mata apabila diusik sebegitu rupa bersama pipi berona merah.
"You dah makan?" Jejaka bermata helang menyoal gadis yang sentiasa membisu itu.
Leyla mematungkan diri seperti selalu tidak memberikan sebarang respon terhadap pertanyaan jejaka bermata helang.
Jua seperti selalu jejaka bermata helang membuka buku puisi dan membaca bait-bait puisi terhadap wajah menawan di hadapannya itu.
"Dan ke hutan diriku pergi untuk menghilangkan fikiran demi mencari jiwa kembali."
Leyla melihat pohon-pohon hutan yang terdapat di belakang tasik yang seakan-akan memanggil diri untuk berlari ke situ.
Jejaka bermata helang melihat Leyla yang sedang merenung sesuatu.
Hutan
"Expose yourself to your deepest fear; after that, fear has no power, and the fear of freedom shrinks and vanished."
"You are free."
Leyla melihat jejaka bermata helang kembali, bagaikan tidak setuju dengan bait puisi tersebut.
Jejaka bermata helang menutup kemas buku puisi.
"Yara beritahu yang you semakin hari semakin degil." Jejaka bermata helang merenung dalam wajah menawan di hadapannya.
"Sudah empat bulan."
"Sehingga bila you nak keadaan begini?"
"You tak mahu pulih semula?"
Jejaka bermata helang menghela sesaat apabila pertanyaan tidak dibalas kembali.
Leyla memekakkan telinga.
"Baik lah."
"I tak akan paksa you."
"Ambil berapa banyak masa yang you ingin, I tetap akan berada di sisi you."
"My Leyley." Jejaka bermata helang mencium dahi milik Leyla, lalu dia melangkah pergi meninggalkan gadis itu bersendirian bersama dunia ciptaan.
Leyla memandang sepi tubuh sasa yang berlalu pergi masuk ke dalam rumah. Dia menunduk wajah melihat jemari manis yang tersarung cincin bertatah berlian.
Shine bright
Sehingga ke saat itu Leyla masih tidak tahu apa hubungan dia bersama jejaka bermata helang.
Leyla jua tidak tahu makna di sebalik cincin berlian yang tidak berwarna itu, lut sinar.
Leyla ingin bertanya tetapi seperti ada sesuatu yang menghalang diri dari mengeluarkan suara halus miliknya.
Mungkin kerana perasaan takut mendengar jawapan yang bakal diberikan
"Puan, langit semakin senja." Yara menegur manis si gadis yang asyik termenung.
Leyla mendongak wajah melihat langit senja, tidak sedari sudah lama dia berimaginasi sehingga langit sudah bertukar warna.
Yara menolak kerusi roda milik Leyla, membantu gadis cantik dan comel itu masuk ke dalam rumah seperti setiap hari.
Leyla membiarkan Yara iaitu jurupulih perubatan fisioterapi yang ditugaskan untuk merawatnya menolak kerusi roda memandangkan dia tidak mempunyai kudrat lagi kerana terlalu lama berada di luar.
"Malam ini, tuan ingin makan malam bersama puan." Beritahu Yara apabila mereka berada di dalam kamar tidur Leyla.
Leyla melihat kosong wajah Yara, lalu dia menggeleng perlahan.
"Tuan merindui puan."
"Saya akan bantu puan mandi dan bersiap sebelum bertemu tuan." Yara mengukir senyuman manis kepada Leyla yang tidak berminat untuk bertemu dengan tuannya.
Setelah selesai menyiapkan Leyla seperti selalu, Yara menolak kerusi roda yang diduduki oleh Leyla menuju ke arah ruang makan.
Yara meninggalkan Leyla bersendirian di ruang makan untuk memanggil tuannya yang masih tidak memunculkan diri.
Leyla merenung kosong makanan yang terhidang di atas meja.
"My Leyley."
Leyla terenjat tubuh sedikit apabila ada bibir lembut yang menyentuh hangat dahi miliknya.
"Itu lah asyik termenung lagi." Jejaka bermata helang tertawa kecil seraya melabuhkan punggung di atas kerusi.
Leyla melihat geram jejaka bermata helang.
"Malam ini I akan jaga you memandangkan Yara ada hal kecemasan." Beritahu jejaka bermata helang kepada Leyla.
Leyla melihat jejaka bermata helang seolah pandangan diberikan seperti membantah.
"Ibu Yara tak sihat, jadi dia minta cuti untuk menjaga ibunya." Jejaka bermata helang menerangkan kepada Leyla yang mempamerkan riak wajah tidak berpuas hati.
"Selalunya Yara akan suap you makan. Sementara Yara tak ada di sini, I akan suap you makan—kasih sayang." Jejaka bermata helang mengukir senyuman nakal.
Raut wajah Leyla semakin serius dan hati langsung tidak tercuit mendengar jenaka dari jejaka itu.
Secara perlahan, Leyla mengambil garpu dan mencucuk ayam yang telah dipotong secara dadu di atas pinggan, lalu dimasukkan ke dalam mulut.
Jejaka bermata helang diam memerhati wajah menawan itu mengunyah lembut makanan tanpa menghiraukan dia yang berada di situ.
"Rupanya I tertipu selama ini."
Leyla mengunyah makanan melihat jejaka bermata helang yang bersuara kembali.
"You tahu makan sendiri."
Leyla menjeling jejaka bermata helang dan meneruskan menjamah makanannya.
"Baru ingat nak suap you." Jejaka bermata helang bernada kecewa.
Leyla memutar bebola mata.
Setelah selesai mengisi perut yang kosong, jejaka bermata helang menghulurkan pil ubat-ubatan yang perlu Leyla mengambil selepas makan.
Leyla menelan kesemua pil yang diberikan tanpa membantah, lalu dia menekan butang hidup pada kerusi roda elektrik untuk mengawal sendiri tanpa bantuan sesiapa.
Jejaka bermata helang melihat Leyla menuju ke arah kamar tidur, meninggalkan dirinya.
Leyla masuk ke dalam kamar tidur, lalu dia menghela perlahan kerana memikirkan bagaimana cara untuk dia baring di atas katil.
"Kalau nak minta tolong cakap."
Leyla melihat manusia yang sedang berdiri di bingkai pintu sambil memeluk tubuh.
"Sedap betul baring di atas katil yang empuk ini." Jejaka bermata helang melompat baring di atas katil, lalu dia mengukir senyuman sinis kepada Leyla.
Leyla merengus geram.
"Come on Leyley, malam masih muda. Tak akan nak tidur dah?" Jejaka bermata helang selamba meletakkan kepala di atas bantal milik Leyla.
Leyla memaling wajah melihat jendela seraya memeluk tubuh miliknya.
Jejaka bermata helang menghela nafas perlahan, lalu dia bangun semula dari pembaringan.
Tanpa kerelaan Leyla, jejaka bermata helang memusing dan menolak kerus roda keluar dari bilik dan menuju ke kamar tontonan.
Leyla mencuka wajah kerana tidak suka akan tingkah jejaka bermata helang.
Jejaka bermata helang mengambil alat kawalan jauh dan menekan butang Amazon Prime Video untuk mencari cerita untuk menonton bersama gadis degil.
Degil kerana tidak mahu mendengar nasihat
Leyla mengerling jejaka bermata helang dengan hujung mata apabila jejaka itu memilih cerita bertajuk Godzilla untuk menonton pada malam itu.
"Malam ini I nak tonton Godzilla." Jejaka bermata helang mendukung tubuh Leyla untuk diletakkan di atas sofa.
Leyla merengus tidak berpuas hati.
Jejaka helang berlari anak menuju ke dapur mengambil bertih jagung segera bersama minuman sebagai kudapan.
Kemudian, jejaka bermata helang memalapkan cahaya dan menyelimut tubuh mereka dengan selimut tebal sebelum menekan butang play.
"Mereka cakap wajah si hero Godzilla ini iras seperti I." Beritahu jejaka bermata helang kepada Leyla walaupun hakikat wajahnya tidak iras seperti pelakon Aaron Taylor Johnson itu.
Leyla seperti ingin berkata tidak tetapi dia rasa lebih baik dia tidak mengeluarkan sebarang kata.
Jejaka bermata helang menghulurkan bertih jagung kepada Leyla tetapi malang gadis itu hanya mematungkan diri.
"Nak I suapkan you?" Jejaka bermata helang mendekatkan bertih jagung ke bibir Leyla.
Secara perlahan, Leyla mengambil bertih jagung yang berada tidak jauh dari bibir, lalu dia masuk ke dalam mulutnya sendiri.
"Sedap?" Jejaka bermata helang melihat Leyla mengambil semua bertih jagung, lalu makan seorang diri sambil menonton Godzilla.
Leyla memekakkan telinga kerana benda yang dia sedang makan itu terasa sungguh enak membuatkan dia ingin mengunyah tanpa henti.
"Tinggal sikit untuk I." Jejaka bermata helang ingin mengambil bertih jagung tetapi malang tangan ditolak oleh Leyla.
Leyla memeluk bekas bertih jagung sambil menggeleng bersama mulut penuh bertih jagung.
Jejaka bermata helang tertawa melihat kecomelan Leyla, membuatkan dia seperti ingin menarik kedua pipi yang sedang kembung bulat itu.
Kemudian, jejaka bermata helang fokus menonton Godzilla kembali apabila masuk adegan aksi lawan.
Leyla turut fokus menonton Godzilla sambil menyuap bertih jagung ke dalam mulutnya.
Setengah jam kemudian, jejaka bermata helang memaling wajah melihat Leyla yang selamba meletakkan kepala di atas bahu miliknya.
Jejaka bermata helang tertawa kecil melihat Leyla yang sudah ketiduran bersama mulut ternganga kecil dan bertih jagung yang melekat di tepi bibir.
Adorable
Secara perlahan, jejaka bermata helang menguis sisa bertih jagung di tepi bibir Leyla, lalu dia mengangkat tubuh gadis itu menuju ke kamar tidur.
Dia membaringkan tubuh Leyla di atas katil dan menarik gebar selimut untuk menyelimuti gadis itu agar tidak kesejukan.
Jejaka bermata helang melabuhkan punggung di birai katil, lalu dia merenung dalam wajah gadis yang berjaya menambat hati miliknya.
"Berdoa agar you sembuh semula kerna diri ini tak sabar untuk hidup bersama you." Jejaka bermata helang mencium sayang dahi milik Leyla.
"Selamat malam Leyley."
Jejaka bermata helang menutup lampu dan berlalu keluar dari kamar tidur Leyla meninggal gadis itu yang sudah berada di alam imaginasi.
Apabila berada di dalam kamar tidurnya yang berada di tingkat atas rumah, dia menerima pesanan ringkas dari seseorang.
Jejaka bermata helang hanya memandang kosong pesanan ringkas yang dihantar kepadanya itu kerana bosan sering kali menerima pesan ringkas sebegitu rupa dari manusia tersebut.
"Where are you? I miss you dear."
•••••
Mata merenung tajam wajah manusia yang sedang tersenyum tampan kepadanya di sebalik cermin besar kamar mandi.
"Suka atau tak I akan mandikan you pagi ini."
Leyla menggeleng wajah tanda membantah.
"Tak nak mandi?" Jejaka bermata helang menyoal sinis.
Leyla memberikan pandangan geram terhadap jejaka yang sedang sinis melihatnya.
"Ini akibatnya jika degil."
"Kalau you dengar nasihat Yara untuk menjalani fisioterapi, pasti you tak akan hadapi situasi ini."
"You boleh mandi sendiri tanpa bantuan I." Jejaka bermata helang menuju ke arah tab mandian untuk membuka paip air bagi menadah air.
Leyla mencuka melihat jejaka bermata helang yang suka mengatakan dia seorang gadis degil.
"Malangnya, you terpaksa memerlukan bantuan I." Jejaka bermata helang mampir ke arah Leyla kembali.
"I buka baju you." Jemari milik jejaka bermata helang ingin membuka butang baju tidur pijama gadis yang menunggu masa ingin meletup.
Drastik, Leyla menepis tangan sasa yang berani ingin membuka butang baju tidurnya.
Leyla memberikan jegilan maut terhadap jejaka bermata helang.
"Susah lah begini." Jejaka bermata helang mengurut leher yang tidak lenguh.
"Okay fine." Jejaka bermata helang keluar dari bilik mandi tersebut meninggalkan Leyla seorangan diri.
Leyla mengeluh perlahan memikirkan ada benar kata jejaka bermata helang kerana sifat degilnya, dia tidak dapat mandi dengan sendiri pada pagi itu dan memerlukan bantuan dari jejaka itu.
Beberapa minit kemudian, Leyla melihat susuk figura sasa milik jejaka bermata helang muncul kembali.
"I'm back." Jejaka bermata helang menunjuk sesuatu yang berada ditangannya.
Penutup mata
Leyla merengus geram, lalu dia memukul tubuh jejaka bermata helang apabila jejaka itu mendekati dirinya.
"Apa salah I!"
"I'm trying to help you!" Jejaka bermata helang berlari keluar dari kamar mandi kerana boleh tahan sakit juga Leyla memukul tubuhnya.
Leyla memicit dahi kerana dia perlu menghadapi tingkah jejaka bermata helang.
Setelah selesai membersihkan diri dengan bantuan Pamela iaitu pembantu rumah yang kebetulan datang pada tepat waktunya, Leyla keluar dari kamar tidur menuju ke ruang tamu.
"Wah Leyley dah mandi." Tegur jejaka bermata helang yang sedang menapak turun anak tangga bersama senyuman macho.
Leyla mengerling sekilas wajah jejaka yang seakan menyindirnya itu.
"Tuan, puan, sarapan dah siap." Beritahu Pamela bersama senyuman manis.
Jejaka bermata helang mendekati Leyla, lalu dia menolak kerusi roda gadis itu menuju ke ruang dapur.
Jejaka bermata helang melabuhkan punggung di atas kerusi dan membiarkan Pamela sibuk menuang air jus berwarna hijau ke dalam gelas kaca untuk diberikan kepada Leyla.
Leyla berkerut wajah melihat hairan jus berwarna hijau yang diberikan oleh Pamela kepadanya kerana dia tidak pernah minum air jus yang tampak mencurigakan itu sebelum ini.
"Jus sayur saderi." Ujar jejaka bermata helang sambil mengambil sosej dan diletakkan ke dalam pinggan seramik.
Leyla hanya membisu memerhati air jus berwarna hijau tersebut.
"You tahu sayur saderi?"
Leyla menggeleng perlahan.
"Sayur saderi bagus untuk pembentukan dan kesihatan jisim tulang kaki." Beritahu jejaka bermata helang lagaknya seperti seorang doktor.
"Ha tambah lagi ia juga dapat membantu melancarkan pembekuan darah, transmisi neuron dan pengecutan otot." Jejaka bermata helang memetik jari sambil terbayang kartun burung hantu comel memakai topi segi empat siswazah yang memegang skrol untuk pengijazahan.
Out of the blue
"Yang paling penting rasa ia manis." Tipu jejaka bermata helang.
Leyla melihat jejaka bermata helang seperti tidak mempercayai ayat terakhir bicara jejaka itu yang kedengaran seperti menipu.
"Mulai hari ini you akan minum jus sayur saderi memandangkan you tak mahu fisioterapi." Arah jejaka bermata helang serius.
Leyla meletakkan gelas yang terisi jus air sayur saderi di atas meja, lalu dia mengawal kerusi roda eletrik dan berlalu keluar dari ruang makan.
Pamela hanya berdiri patung melihat Leyla berlalu keluar dari ruang makan tanpa menjamah sebarang makanan dan meninggalkan tuannya.
Jejaka bermata helang menggenggam erat penumbuk tanda bengang.
Leyla menuju ke halaman yang terdapat di belakang rumah, ke tempat dia selalu banyak menghabiskan masa.
Leyla menghirup udara segar pagi kerana di situ hanya udara segar dan pohon-pohon hijau yang melambai sahaja yang berjaya menarik minatnya.
"Tak apa jika you tak nak dengar cakap I tapi I nak you makan." Suara garau milik jejaka helang mematikan sentimen Leyla bersama alam.
Leyla mematung diri.
"Sesaat—"
"Beritahu I apa yang you inginkan." Jejaka bermata helang memeluk tubuh melihat gadis yang tidak minat untuk melihatnya.
Leyla memaling wajah melihat jejaka bermata helang yang memanah tajam wajahnya bak burung helang.
Mata itu tampak menakutkan jika selami lebih mendalam
"Siapa—you?" Soalan pertama dari Leyla setelah membisu selama berbulan tinggal bersama jejaka itu di bawah satu bumbung.
Jejaka bermata helang terkejut dan teruja apabila itu adalah pertama kali dia mendengar suara Leyla setelah empat bulan dia membawa gadis itu pulang.
Jejaka bermata helang mendekati dan merapati Leyla.
"I'm your husband."
Leyla membulat mata besar bersama debaran hati.
"Mungkin you tak ingat wajah ini tapi diri ini sentiasa ingat wajah empunya hati ini." Jejaka bermata helang duduk melutut di hadapan Leyla sambil merenung dalam wajah gadis itu.
Leyla menunduk wajah kerna diri tidak bentah untuk bertamu mata bak helang milik jejaka tampan di hadapannya.
"Lepaskan I." Ujar Leyla tanpa sebarang reaksi.
"I tak mahu pulih kembali." Leyla berani bicara tetapi tidak berani mengangkat wajah.
"I tak nampak cahaya dalam dimensi ini lagi."
"Walaupun cakrawala binar tapi kelam yang I melihat." Leyla mendongak wajah melihat langit kebiruan bersama awan berarak perlahan-lahan.
"Jangan buang masa menjaga I yang sudah berhenti mengharap dari kehidupan ini." Leyla beranikan diri menentang mata yang menikam wajahnya.
"I—lumpuh."
"Mulakan kehidupan dengan orang yang mampu berdiri di sebelah you."
"Jangan masuk ke dalam dunia masygul yang I sedang alami."
"Pergi bergembira." Leyla membalas renungan dalam dari jejaka bermata helang yang berdiam sepi.
"Ke mana diri ini mahu pergi untuk bergembira?" Jejaka bermata helang bersuara kembali.
"Wajah polos ini kegembiraan hati ini." Jejaka bermata helang mengusap lembut wajah cantik dan comel milik Leyla.
"Ke dalam dunia makam sekalipun diri ini tetap akan bersama you." Jejaka bermata helang mencium dahi licin milik Leyla.
Sesaat Leyla memejam mata menikmati ciuman hangat di dahi.
"Berikan Leyla peluang menyatukan jasad dan roh kembali."
"Pernah terfikir kenapa Tuhan tak menarik nyawa you lima bulan yang lepas?"
"You sedar semula selepas sebulan koma dan bernafas seperti biasa kembali."
"Ada sebab kenapa you masih bernyawa sehingga saat kini."
"Mungkin—untuk permulaan yang baru."
"Dimensi ini sentiasa bercahaya terang, hanya diri perlu membuang kekelaman untuk melihat cahaya itu."
Jejaka bermata helang bangun dari melutut, lalu dia meninggalkan Leyla yang terdiam seribu bahasa memikirkan bicaranya.
Leyla memerhati tubuh sasa yang mengorak langkah masuk ke dalam rumah.
Sejenak sesuatu melintas di akal fikiran
••••••••••
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro