Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

K1

"LAHANAT MANA BUAT POKOK AKU HANGUS???!!??"

Bergema satu istana Make Us dengan suara seorang jejaka bernama Mujin. Jejaka itu memeluk pokok sakuranya yang sudah rentung.

"hwon- kamu panah pokok mujin ke?" soal Dann sambil bercekak pinggang. Jejaka bernama hwon sekadar tersengih. "ouuh tadi ivan dia cari gaduh, nak panah dia tapi yang kene pokok mujin hyung plk"

"ouuuh kau yang buat rupanya" Hwon menelan air liurnya apabila melihat Mujin muncul dengan katana yang terhunus.

Jap nak serang kingme

Ok sambung balik

"ampun hyung hwon tak sengaja" Hwon melutut ketakutan melihat katana Mujin. Sekali dihayun auto bertemu 108 Setan dalam katana tu. Mujin membuat 'roll-eyes' lalu memandang Hwon. "nasib bukan pokok utama tu,mau 108 setan tu buat kau jadi tuan". Hwon menelan air liurnya mendengar kata-kata Mujin.

"Dann hyung- ada kapal sesat. Pengawal dah bawak diorang ke penjara" kata Arthur dengan sedikit tercungap. "Tak perlu..bawak diorang ke ruang utama. Kamu Hwon bagitau yang lain ke ruang utama" Hwon akur dengan arahan Dann lalu pergi memberitahu yang lain

Lapan jejaka sedang berlutut di ruang utama. Sedikit rungutan dapat didengaru dari mereka. "apa salah kita hyung? Kapal kita terlanggar batu tunggul jer" itulah rungutan dari jejaka bernama Wooyoung. "mungkin tempat ni kawasan rahsia sebab tu diorang berhati-hati"

Mereka berlapan diam dan menunduk apabila 8 raja masuk ke ruang utama lalu duduk di takhta masing-masing. Semuanya memasang muka serius tetapi hanya seorang sahaja yang seakan-akan mengenali muka-muka dihadapannya.

"eh korang ni putera-putera kerajaan Wonderland kan?" soal Louis. Lapan jejaka yang menunduk tadi mengangkat kepala. "benar kami dari Wonderland" jawab Hongjoong.  "bagaimana boleh sampai ke sini?" soal Dann.

"kapal kami terlanggar terumbu karang  ketika badai taufan" jejaka bernama Yunho menjawab dengan penuh jelas. 8 raja kerajaan Make Us memandang sesama sendiri.

"dayang, tunjukkan mereka bilik untuk berehat. Raja ii yang lain sila ke bilik mesyuarat" arah Dann

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro