Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SP4

" Eiii bosanlah perintah berkurung ni, nak pergi shoppinglah ! " Panjang muncung Hana sambil tangannya memukul-mukul bantal di atas katil itu. " Kan boleh online shopping. Nak beli apa-apa bagitahu oppa. " Kata-kata teman lelakinya itu membuatkannya semakin kesal.

" Orang nak keluar, nak hirup udara segar. Boleh pula covid-19 ni menyibuk ! " Lelaki yang tadinya sedang fokus pada laptopnya akhirnya memberi tumpuan pada wanita yang sedang memberontak di atas katil mereka itu.

" Baby.. "

Jinyoung memulakan langkah kakinya menuju ke arah teman wanitanya lalu melabuhkan punggung disebelah wanita itu. " Cuba kita tengok sisi baik perintah berkurung ni. " Wanita itu ditarik ke dalam dakapannya.

" Kalau duduk rumah, kita boleh spend time together. Boleh cuddle, boleh buat apa je. Selama ni kita sibukkan, takda masa bersama. Nilah masanya. " Hana hanya mendengar kata-kata lelaki itu sambil menikmati dakapan hangat lelaki itu.

" Lepas tu kita bolehlah buat babyyyyyyy. " Bukan main panjang 'baby' itu. Dia memandang wajah lelaki itu dengan pandangan yang setajamnya. " Otak tu fikir benda bukan-bukan je. Sengetlah budak ni. "

Sedaya upaya dia cuba melepaskan pelukan itu tetapi malangnya lelaki itu lebih sasa daripadanya. " Apa salahnya buat baby ? Lagipun kita dah nak kahwinkan ? " Sengaja lelaki itu memuncungkan bibirnya. Sajalah tu. Comel tahu tak ?!

" Hana tak kesah but Hana tengah mengadu bosan duduk rumah ni, haduh. "

Dipegang tangan wanita itu sambil senggihan dibibirnya semakin lebar. " Kita boleh buat babies kalau macam tu. Oppa nak girls kalau boleh. " Laju tangan kecil wanita itu memukul lengan berototnya.

" Okay, okay. Sorry. " Walaupun tangan kecil tapi berbisa. Lama mereka berdiam diri, membiarkan masing-masing hanyut dalam dakapan hangat itu. " Hmm bolehlah. " Berkerut dahi Jinyoung mendengar bicara teman wanitanya itu.

" Boleh apa ? " Memang dia tak faham, sumpah. " Baby tu.. " Selepas memahami maksud wanita itu, terus pelukan mereka itu dileraikan. " Tunggu apa lagi ? Jom ! "

" OPPA ! "

----
stay safe guys, jangan keluar rumah. duduk diam-diam, buat benda berfaedah. And to spm candidates, TAHUN DEPAN JE LA KITA SPM payah bonar eh.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro