Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Terkurung

Paan dan Bad, dua pelajar paling dikenali di sekolah. Bukan kerana hebatnya mereka bermain bola sepak., apatah lagi mereka ialah kaki bangku. Bukan juga merdu suara mereka, tambah-tambah lagi hujan pasti dan sepasti-pastinya akan turun lebat jika mereka mula menyanyi dek suara sumbang. Mereka dikenali semua orang kerana kenakalan mereka. Pecah masuk bilik guru lalu menonton video lucah di komputer guru, menyelak kain budak-budak perempuan ketika naik tangga, entah macam mana mereka boleh mencabut bra pelajar perempuan ketika sukan jasmani, suka menconteng dinding, calarkan kereta warden, membuli dan juga gemar melepak di atas tangki air utama sekolah. Yang anehnya, dua orang pelajar nakal ini tidak pernah sekali-kali mendapat keputusan peperiksaan yang teruk apatah lagi semua subjek akan mereka skor dengan gred A dan amatlah jarang mereka mendapat keputusan B,C,D,E ataupun gagal.

"Bad, kau pernah dengar bebudak ni cerita pasal bilik air tingkat bawah asrama kita tu?" kata Paan sambil pandang bintang daripada atas tangki air. Di bawah tangki, berdekatan bangunan komputer, pak guard sedang meronda dengan torchlight disuluh ke sana sini.

"Selalu weh aku dengar. Bebudak ni kata situ rumah bunian. Aku pernah nampak bayang nenek doh kat situ," jawab Bad beriya-iya. Paan pandang saja Bad. Dia cebik bibir.

"Aku tak percayalah semua benda ni. Karut ah. Mana ada hantu, orang bunian duduk kat sekolah. Dia nak belajar addmath ke-benda duduk sekolah? Tempat dia dengan tempat kita mana boleh sama. Frequency dia berbeza, dunia dia berbeza kot. Lagipun, aku tak rasa bunian atau hantu segala ni wujud. Orang saje buat cerita."

Bad dah mendengus. "Kau pehal Paan? Hantu ni wujud, cuma kau je yang tak nampak. Cuba kalau nampak? Entah-entah, dia ada je sekarang ni belakang kau tu, tengah perati je dengan mata jegil-jegil, ready nak gigit tengkuk kau!" cakap Bad dengan nada yang geram.
Tak puas hati betul aku dengan budak skeptikal ni.

"Mana-mana?" balas Paan sambil pukul-pukul angin, konon-konon memukul hantu. "Takde pun, kalau ada meh lah keluar!"

Bad jeling, panas dengan mulut celupar kawannya itu. Dahlah tengah malam ni.

"Aku tak percayalah. Karut Bad, zaman moden hantu tak wujud dah. Dulu yelah kot. Zaman atuk nenek kita, diorang pakai saka jaga kebun, jaga ladang, jaga rumah. Sekarang mana ada dah. Saka tu rupa macam mana pun aku tak tau. Kalau ikut apa nenek aku cerita, saka ni macam spirit with body, dia ada jisim tapi dia invisible." Paan tegaskan pendiriannya. "Sekarang ni, hantu mana boleh cari makan dah sebab manusia-manusia ni semua lagi hantu, kalah perangai setan, hehehe."

Bad sandar pada tangki dengan muka berkerut. "Kau jangan cabar lah Paan, bahaya cakap besar ni," malas Bad nak panjang-panjangkan cerita dengan Paan ni, bukan boleh sangat budak tu.

Paan sengih, dia menang debat. Dia masih rasa hantu tak wujud. Cerita bilik bunian di asrama mereka itu pun hanya rekaan saja pada dia. Cerita turun-temurun, biasalah senior suka takutkan junior.

**

Bad mengiring ke kanan lepastu mengiring ke kiri. Matanya masih belum mahu lelap. Sudah hampir satu jam dia baring pelbagai posisi – cuba untuk tidur, tidak juga datang feel tidur itu. Tak sampai seru lagi gamaknya, pundek. Dia jeling ke semua arah bilik. Rumet-nya berlima – Jijul, Chod, Amir Lekuk, Husni dan Amey Ipoh semua sudah terbongkang – lena dibuai mimpi. Bad masih lagi tidak mampu padam matanya dan sekarang, otaknya ligat memikirkan hal yang tidak-tidak. Dia sedang membayangkan, mungkin Jijul sedang bermimpi bermain gym bersama Diana si gadis pujaan hatinya – Chod sedang memilih bra bersama geng-geng 'gegirl'-nya di Victoria's Secret – Amir Lekuk sedang mandi di swimming pool bersama Ameera si Bubble Butt – Husni sedang perati Amir Lekuk dan Ameera mandi – Amey Ipoh mungkin tak bermimpi apa-apa (Bad malas fikir tentang mamat skema tu). Paan yang tadi menyembang dengannya sudah pulang ke dorm sebelah, mungkin juga sudah tidur.

Jam sudah pukul 2.36 pagi. Burung hantu berbunyi-bunyi di luar. Bang Pul yang dia lihat sedang meronda tadi tidak lagi kelihatan, mungkin mencuri tulang dengan tidur di bawah blok bangunan komputer gamaknya. Bad duduk di birai katil, merenung ke luar jendela, mencari-cari kelibat pelajar perempuan yang belum tidur. Tapi hapah, tiada langsung yang masih berjaga. Ada lapan butir bintang yang bertaburan di dada langit, sempat dia kira sebelum dia rasa mahu terkencing. Lalu dia bangkit, capai tuala dan keluar daripada dorm dan singgah ke bilik Paan, di bilik sebelah.

Kret!

Pintu ditolak perlahan. Bad jengukkan kepala.

"Paan, dah tidur belum?"

Paan toleh ke arah muka pintu di mana dia berdiri dengan kepala terjengul.

"Aku nak pergi toilet ni, jom ikut, aku tak boleh tidur do." ajak Bad sebaik saja mendapatkan Paan yang juga sama belum tidur.

Paan bangkit daripada pembaringan dan duduk di birai katil sambil menggeliat. "Samalah."

"Toilet ah jom, teman sat. Boleh kita sembang jap, hisap rokok."

Paan mendengar perkataan rokok saja matanya terus jadi segar dan bersinar. Bekalan rokok di asrama terhad, mereka perlu fly keluar baru boleh peroleh bekalan rokok. Itupun kalau mereka rajin untuk berjalan ke bandar.

"Okay, jom"

Sebatang rokok dihulur kepada Paan sebaik saja dia keluar daripada toilet, seusai membuang air kecil. Lighter dinyalakan. Puntung rokok dibakar. Sedut. Hembus. Asap berkepul-kepul, terbang ke awangan. Asap yang disedut melalui kerongkong memenuhi dada, memberikan satu feeling lega.

Fiu! Asap kepul-kepul. Bau stroberi.

Paan pula masuk ke toilet, Bad duduk di atas singki yang kering.

"Paan, kau kencing kan? Lepas kencing, lepak sini jap ah. Aku nak nyembang ni, tak boleh tidur ah."

"Okay on," balas Paan sambil bunyi kencing memecahkan sepi malam. Lepas usai, dia menarik flush dan menarik zip. Paan keluar dengan sengih sumbing, rokok dikemam pada bibir belah kiri. Tangan dibasuh lalu dia hembus, asap berkepul-kepul keluar.

"Aku dah dekat sejam tak boleh tidur, cibs betul. Semua dah terbongkang." Paan mula sembang.

"Sama ah," jawab Bad sambil ketik puntung rokok, abu berjatuhan di dalam singki sebelum menyambung, "Tadi kau tanya pasal bilik bunian tu kan? Aku ada satu cerita ni." Paan turut ketik puntung.

"Haa, apa? Cerita ah."

"Minggu lepas, aku basuh baju malam kat sini lah, sorang-sorang. Masa tu aku ingat nak ajak kau, tapi kau dah tidur. Masa malam kau setel junior yang orang kata anak ikan si Chod tu, ingat tak?"

Paan angguk-angguk. Bad sambung lagi.

"Aku dok tengah sental baju tu, tetiba aku dengar macam orang berjalan tau kat luar bilik air. Masa tu sumpah takde orang, pukul 3 pagi. Aku macam stop kejaplah. Takde apa pun aku tengok. Aku sambung sental. Lepastu daripada dalam bilik air ada bunyi air padahal masa tu aku konfem takde orang duduk dalam tu sebab dah dekat sepuluh minit aku basuh baju, bunyi-bunyi macam ada orang pon takde daripada tadi. Aku cuak dah time tu, gentle aku dah dup dap dup dap jantung. Lepastu, bunyi flush dan pintu terbuka. Keluar Sayo daripada dalam. Dia sengih je, celaka betul rasa masa tu. Aku punya cuak, rupanya Sayo sakit perut malam-malam."

Paan bantai gelak. "Aku ingat cerita seramlah sial, kau buat cerita kelakar pulak dah hahahaha."

Bad sengih. "Belum habis Paan, sabo jap." Puntung rokok dia tikam pada lubang singki. Bara di hujung batang terpadam. Dia hembus asap terakhir. Bau stroberi menusuk hidung dan perlahan-lahan menghilang ditelan angin malam.

"Aku peratilah Sayo ni betul ke orang, sebab kan tengah cuak. Macam-macam aku pikir. Aku usya Sayo ni sampailah dia belok masuk dorm dia. Dorm dia kan kat bawah level ni, selang dua dorm daripada atas bilik bunian tu, kan?" Paan angguk-angguk lagi. Muka dia fokus betul mendengar cerita Bad.

"Aku terpandang bilik bunian tu. Time tu lah aku nampak bayang nenek yang aku cakap masa atas tangki tadi. Nenek tu tengah bongkok, siap pegang tongkat. Aku cepat-cepat masuk balik bilik air. Baju yang aku sental tadi tu, aku terus bilas. Cuak celaka! Aku angkut baldi terus blah. Masa on the way balik bilik, aku dengar bunyi lagu ulik mayang. Slow je. Aku cuak nak mampos masa tu, aku lari dah macam kena kejar anjing. Sampai bilik aku bukak lampu, mampos tak heran bebudak ni tengah tidur. Aku baring, gigil-gigil. Lepastu aku tertidur."

Paan gelak lagi. Bad tumbuk bahu Paan. "Bodohlah kau, aku cerita benda seram kau bantai gelak. Lahanat betui." Marah Bad. Bengang jugak dia, dia cerita pengalaman seram, Paan boleh bantai gelak macam cerita dia tu kelakar.

Sebaik Paan henti gelak, dia mula buat perangai. "Jom Bad, aku nak pergi tengok." Bad dah berkerut." Tengok apa doh?"

"Bilik tu lah, bilik bunian tu."

"Kau jangan memacam. Taknak aku."

"Jom lah. Aku nak tengok jugak apa ada dalam tu. Aku nak tengok jugak nenek kau cakap tu."

"Bodoh. Taknak ah. Dah kalau jumpa kau nak buat apa? Bodoh, taknak ah." Bad bantah keras.

"Jom ah. Teman je, aku mas...." belum habis ayat Paan ucapkan, tiba-tiba pintu bilik air hujung terbuka. Satu susuk tubuh berpakaian putih keluar. Sayo. Sayo keluar dengan sengih sumbing.

"Babi! Hahahahahaha" Paan mencarut sambil gelak berdekah-dekah.

"Kau buat apa do Sayo? Tak dengar pon kau duduk dalam tu," tanya Bad yang tadi berderau darahnya.

Sayo sengih. "Sakit perut doh. Mana boleh duduk dalam toilet bising-bising. Kena diam, baru ada feel."

Paan masih ketawa. "Habis kau dengarlah cerita kitorang tadi?" tanya Bad pada Sayo lagi. Dia angguk, mengiyakan. "Dah lah, aku nak balik dorm. Kau apehal lepak sini malam-malam?" tanya Sayo.

"Saje lepak sini. Hisap rokok. Menyembang."

"Nyembang?" tanya Sayo dengan wajah berkerut. Dia perhati keliling tandas sebelum menyambung ayatnya. "Apa bende lah nyembang dalam tandas, pergilah bilik sidai. Sini rumah jin bertendang, beranak pinak lagi ha. Cover sikit, takut warden round. Okaylah aku gerak dulu."

Baru beberapa langkah, Sayo berhenti dan menoleh ke belakang semula.

"Aku dengar pasal bilik bunian tadi? Jangan doh. Baik jangan. Nama pon bilik bunian, jangan buat pasal. Marah 'diorang' kalau kau kacau tempat 'diorang' tu nanti."

Bad sigung perut Paan. "Aku dah cakap dah Sayo, Paan ni bongok. Buang tebiat nak pergi jugak." Paan mengaduh sakit.

Dia angguk-angguk tanda faham. Sayo berlalu pergi, balik ke dormnya. Paan toleh pada Bad dengan tawa yang tidak dapat ditahan, tersembur jua.

"Macam bodoh je Sayo ni, memberut malam-malam. Lepastu bunyi pon takde. Kelako betul budak tu, hahaha." Paan turun daripada singki. Dia menegakkan tulang badan.

"Jom?"

"Eh, jom mana?"

"Balik dormlah, mangkuk. Jom mana lagi?"

"Oh. Seriau aku tadi, ingat kau nak ajak pergi bilik bunian tu jugak."

"Hehehe, next time-lah. Aku ngantuk pulak."

Bad bangun. "Eh jap." Kata Bad tiba-tiba.

"Asal weh?"

"Shhh." Bad berwajah serius. Matanya bergerak-gerak seperti mencari sesuatu yang entah apa.

"Weh, apesal weh?"

"Diam Paan. Kau dengar tak? Aku dengar something tadi. Diam jap." Bad kembali senyap. Dia bergerak ke depan, mendekati kubikel tandas yang tertutup pintunya. Menolak sedikit, tetapi tidak hingga terbuka. Paan diam saja, memandang dengan curiga.

Bad raih tangan Paan berserta wajah yang sedikit kaget.

"Kau bau tak?" dia bertanya.

"Apa?"

"Bau kemenyan."

Automatik, Paan mula berdebar dan menghidu. Hidungnya kembang kempis dan sesuatu berbau busuk menusuk hidungnya. Keningnya bertaut dan jantungnya berdegup lebih cepat daripada tadi. Bukan dek kerana takut, tapi lebih kepada rasa marah dan tekaknya terasa loya.

"Kemenyan kepala bapak engkau Bad, ini kau kentut cilanat!" teriak Paan.

Bad sudah lari meninggalkannya sambil gelak besar.

"Sial!"

**

"Bad?" kepala Paan terjengul di muka pintu dorm Bad.

Bad yang belum lagi tidur mengangkat kepalanya dan memandang kea rah suara yang datang. "Apa?"

"Dah, jom. Kita gerak."

"Ah, kau nak pergi jugak ke?" tanya Bad cemas.

"Kejap je. Kau teman aku, tunggu luar. Aku masuk," ajak Paan. Dia teringin benar buktikan bunian tidak wujud. Bad pasrah, terpaksa ikut idea merepek Paan. Mereka keluar, turun melalui tangga belakang ke bilik bunian yang terletak di tingkat paling bawah bersebelahan dengan dobi asrama.

Sunyi saja. Bunyi burung hantu kedengaran jelas. Bilik bunian betul-betul berada di hadapan mereka. Hanya lagi lima enam langkah, mereka tiba tepat di muka pintu bilik bunian. Angin bersiul-siul melalui celahan pintu usang itu. Bad mula berjalan perlahan seakan-akan membiarkan Paan berjalan seorang. Paan masih tegap berjalan terus.

"Paan, jom blah ah. Seram lah celaka."

Paan diam. Dia teruskan langkah. Bad terpaksa ekori. Mereka tiba betul-betul di hadapan bilik bunian itu. Paan pegang mangga pada engsel. Mangga itu tidak diketap habis, bermakna pintu itu tidak berkunci. Engsel sudah karat. Paan pegang mangga, dia pulas lalu mengeluarkan mangga itu daripada engsel. Dia beri pada Bad. Bad masih berdiri kaku, dia cuak.

"Aku taknak masuk tau. Aku tunggu sini."

Paan angguk. Tombol pintu dipulas. Habuk yang ada pada tombol itu berterbangan dan melekat pada tangan Paan menandakan sudah lama pintu itu tidak disentuh mana-mana orang. Pintu berkeriut. Usang. Bunyi keriut panjang itu cukuplah, mampu mendebarkan hati yang tenang. Pintu dibuka perlahan kerana reput pada bahagian bawah pintu membuatkan pintu itu sedikit sukar dibuka.

Bad melangkah beberapa tapak ke belakang. Paan toleh. "Kau jangan lari tau Bad. Tunggu sini. Aku masuk kejap je. Jangan tutup pintu. Manalah tau rupanya dalam ni ada anjing, aku boleh lari laju-laju keluar." Bad diam saja, sambil angguk-angguk. Paan melangkah masuk.

Ruang dalam bilik itu gelap. Hanya cahaya bulan yang masuk menerusi celahan tingkap pada bahagian penjuru bilik saja kelihatan. Dinding penuh dengan contengan cat merah,

jacko was here! - Jibam Love tsunade – Itikmulutbecok was Here! – logo tengkorak – call no ini jika kesunyian, gay/lesbian, dua dua dia layan

dan beberapa lagi tulisan yang tidak difahami. Paan hafal nombor telefon pada dinding itu, sebagai kegunaan jika dia kebosanan nanti. Ada sebuah bilik kecil berupa stor di penjuru bilik bunian itu. Ada gerigi besi. Tiga botol kaca seperti botol Carlsberg bertutup dengan kabus tergantung pada palang besi itu. Bangkai seekor burung yang sudah reput dimakan bumi dan patung beruang sebesar tapak tangan di atas para-para dan juga sebuah beg sandang bertulis PROGRAM ORIENTASI KE-24 TAHUN 1979. Bermakna, sudah hampir 26 tahun beg itu berada di dalam bilik bunian ini tanpa diusik sesiapa. Bersawang penuh.

Paan pandang penuh minat botol-botol kaca yang bergantungan itu. 'Apa bende tiga botol ni?' Dia perhati baik-baik tiga biji botol itu. Kosong, tidak berkonten apa-apa. Sedang dia ralit dengan botol-botol kaca, bangkai burung yang terletak pada para-para itu jatuh ke lantai. Paan terperanjat.

"Celaka!" dia menjerit sendirian, terkejut. Tidak terlalu kuat jeritannya.

Bad masih di luar, dia sudah berada di tangga. Jika apa-apa berlaku, dia akan terus berlari laju naik ke atas. Dia takut. Dia tidak segilaPaanuntuk tidak mempercayai hantu dan bunian ini wujud. Sesekali dia pandang ke dalam ruang bilik itu. Namun tidak terlihat apa-apa. Bilik itu terlalu gelap dan dia berada pada jarak hampir 15 meter daripada bilik tersebut.

Paan kuis bangkai burung itu menggunakan hujung kaki. Sayap rapuh itu terpisah daripada tubuh yang hanya tinggal tulang. Sedang Paan menunduk ke lantai, dia seakan-akan terlihat bayangan sesuatu melintas di hadapannya betul-betul di dalam stor kecil itu. Paan pandang ke depan mencari bayangan tersebut. Dia pandang atas bawah loker di dalam stor kecil itu. Tiada apa. Tiba-tiba, mata patung beruang di depannya seperti berkilau. Paan cepat-cepat pandang. Perlahan-lahan, mata patung itu berubah warna merah.

"Ah sudah. Puaka apa ni?" Paan bercakap sendirian.

Bebola mata patung itu terkeluar lalu jatuh ke lantai. Bergolek-golek ke lantai berdenting seolah-olah bunyi guli. Paan menapak beberapa langkah ke belakang sebelum dia tersandar pada benda keras. Dia fikir itu dinding, namun dia merasakan benda beralun mengena pada pipinya. Rambut. Paan cepat-cepat toleh. Dia terbejat. Matanya terbeliak melihat sesusuk lembaga berupa hitam legam merekah. Dengan mata lopong, berulat penuh daripada dahi menganjur ke dagu. Rambut yang berserabut panjang hingga ke lantai. Jelas mulut puaka itu koyak hingga ke belakang. Bahagian dahi terbelah menganjur ke tepi telinga merentasi mata yang lopong. Paan kaku. Lututnya lemah.

Suara parau mengekek ketawa kedengaran jelas di telinga Paan. Puaka itu mengekek menyebut-nyebut nama Paan. Perlahan-lahan puaka itu mendekati.

"Kenapa kau ceroboh tempat aku? Herghhh." Parau. Berkahak di tekak suara puaka itu.

Paan tidak boleh buat apa-apa. Entah kenapa, kudratnya hilang. Dia jadi kaku. Tetapi matanya tidak juga mahu pejam. Seakan-akan dipaksa terus menatap wajah buruk puaka itu.

"Kau sii...sia..pp.aaa?" tanya Paan.

"Ini tempat aku. Kau dah masuk, kami takkan benarkan kau pulang selama-lamanya, hehehehehehe"

Paan telan liur. Tekaknya kering. Cuaknya melampau-lampau. Gigilnya tidak tertahan lagi. Entah daripada mana, kudratnya datang menyinggah. Paan berlari mendapatkan pintu. Puaka itu masih mengekek panjang.

"Dah masuk, tak boleh keluar hehehehehehe"

Tiba saja pada muka pintu, daun pintu perlahan-lahan merapat. Tidak tertutup habis, masih ada ruang untuk keluar, namun pergerakan Paan terbejat. Sepertinya ada sesuatu yang menyekat pintu keluar. Paan kalut. Jelas kelihatan Bad di luar, sedang duduk-duduk di tangga dengan wajah ketakutan.

Paan menjerit. "Bad!"

Bad memandang bilik bunian itu. Keriut pintu menarik perhatiannya. Pintu bilik bunian itu merapat sedikit. Bad jadi musykil. 'Angin ke?' dia bermonolog. Bad berdiri, menjenguk-jenguk ke bilik bunian. Gelap saja.

"Paan?' dia melaung memanggil nama Paan. Bad mendekat ke arah bilik tersebut. Dia jadi berani, mungkin kerana musykil. Dia seperti mendengar namanya dipanggil Paan. Bad betul-betul berada di hadapan pintu bilik bunian. Renggangan pada pintu itu dijenguk. Bad mencari kelibat Paan. Bilik itu gelap, namun cahaya bulan yang masuk menerusi celahan membolehkan dia melihat pada jarak itu. Namun, tidak juga kelihatan kelibat Paan.

"Paan, kau jangan main-main Paan. Jangan nak dok sembunyi lah. Kau okay tak? Jom ah blah weh," laung Bad. Bulu romanya tiba-tiba menegak. Bad perhati ruang dalam bilik itu. Tiga botol kaca yang tergantung pada bilik kecil di dalam bilik bunian menangkap perhatiannya. Ia seperti berkilau, namun sekejap saja sebelum suasana gelap menyelubungi sekitar bilik bunian itu.

"Paan, lincahlah blah. Aku dah seram ni. Kau dalam stor ke?" laung Bad sekali lagi. Suaranya bergema memenuhi ruang bilik bunian. Bad tidak melihat langsung Paan di mana-mana.

Sedangkan Paan berada betul-betul di hadapannya. Mereka hanya terpisah beberapa sentimeter. Paan jelas melihat Bad. Bad langsung tidak lihat Paan. Puaka buruk itu masih mengekek menghampiri Paan. Paan bertambah-tambah cuak. Dia mahu menangis. Dia menjerit takut. Gentarnya tidak lagi terbendung.

"Bad, tolong aku Bad. Bad! Tolonggggglah aku Bad! Kau tak dengar aku ke Bad?! Matilah aku macam ni..." Paan menjerit dengan air matanya mengalir di pipi. Namun, seakan-akan suaranya tidak langsung didengari Bad yang berada di hadapannya itu. Sepertinya, Paan terkurung di balik sesuatu. Terkurung di dalam alam bukan manusia. Dia di alam bunian.

"Paan, jangan sembunyilah. Cepatlah keluar, kita blah. Aku dah rasa lain macam ni." Laung Bad lagi dan lagi.

Puaka itu mendekat. "He he he he he he kau tak boleh lari, kau dah masuk rumah kami. Selama-lamanya kau milik kami he he he he he he" Bahu Paan dicengkam kuat. Kuku tajam itu mencengkam tembus. Paan menjerit. Takut bercampur sakit. Paan menangis, meraung namun Bad tidak langsung mendengarnya.

Bad sudah tidak keruan. Paan tidak menyahut. Tengkuknya merasakan angin sejuk berhembusan. Dia seperti rasa mungkin hantu berada di belakangnya ketika itu. Sekali lagi dia memanggil Paan, "Paan, aku dah rasa lain macam gila babi dah ni. Cepatlah keluar woi." Habis saja ayatnya itu, pintu bilik bunian terhempas dengan kuat. Bad melompat, lututnya tiba-tiba longlai. Dia terduduk. Namun cepat-cepat dia bangkit lantas berlari laju ke tingkat atas. Dia teramat takut.

"Paan, sorry Paan!" dia berlari laju naik ke atas.

Paan daripada ruang dalam bilik menjerit tidak keruan. Bad meninggalkannya sendirian. Jeritannya bergema-gema hanya di dalam bilik bunian berselang seli dengan bunyi hilaian puaka. Paan ditarik. Dia tidak berdaya melawan, kudratnya hilang. Semakin menjauh daripada pintu bilik bunian. Muka buruk puaka itu rapat pada muka Paan. Hembusan nafas busuk menusuk hidung Paan meloyakan tekak.

"Kau tak boleh lari lagi hehehehehe"

Pandangan Paan mula gelap. Suaranya hilang. Dia rebah ke lantai. Paan pengsan.

**

Bad mengetuk bilik warden. Cikgu Bidin keluar dengan muka baru bangun tidur.

"Awak nak apa pagi-pagi buta ni?" tanya Cikgu Bidin sambil mengerling pada jam dinding yang tertera pukul 4.20 pagi.

Bad tercungap-cungap. Peluh membasahi pipinya. Bajunya lencun, dia menggigil-gigil seperti terkena histeria. Cikgu Bidin yang baru perasan dengan tingkah laku Bad mula curiga.

"Awak okay tak ni? Apa yang berlaku, beritahu saya."

Bad menggil-gigil sehingga bunyi gigi bergetap jelas kedengaran. "Paan... Paan cikgu...."

"Haa Paan kenapa?" Cikgu Bidin mula gusar. "Paan kenapa?!" suara Cikgu Bidin mula meninggi dek kerana risau perkara yang tidak diingini berlaku.

"Paan masuk bilik bunian," Bad menelan liur. "dia masih dalam bilik bunian tu cikgu. Dia hilang!"

Membulat mata Cikgu Bidin. Cikgu Bidin bergegas turun ke tingkat bawah. Dia mengetuk bilik warden di tingkat dua. Ustaz Basir keluar setelah beberapa minit. Cikgu Bidin memberitahu lantas bersama-sama Bad, mereka turun ke bawah. Bad mengejut Zamani, Jijul, Bear dan Ayam untuk turut serta.

Mereka tiba di hadapan bilik bunian yang tertutup rapat. Bad menunjuk di situlah Paan berada.

"Paan masih kat dalam cikgu. Sumpah saya tak nampak dia keluar daripada bilik tu." Jelas Bad. Cikgu Bidin memandang Bad dengan pandangan berkerut. Dia sendiri tidak tahu mahu marah atau risau.

Ustaz Basir membaca beberapa potongan ayat suci, terkumat-kamit. Dia menyembur air yang dikumamnya sebentar tadi pada pintu bilik bunian. Ustaz memulas tombol pintu lalu menolaknya perlahan sehingga terbuka luas. Bilik itu kosong. Ruang bilik yang gelap itu disuluh. Tidak terlihat Paan di mana-mana.

"Paan!" jerit Bad. Dia jadi cemas. Paan tidak kelihatan di mana-mana. Dia yakin dan teramat pasti Paan tidak langsung keluar daripada bilik itu. Semua yang berada di situ diselebungi dengan rasa cemas dan gementar. Paan tidak terlihat di dalam bilik itu. Ustaz Basir ingin melangkah masuk namun terbejat. Ada sesuatu menghalang. Bersusah payah Ustaz membaca itu ini, tetap tidak boleh masuk ke dalam bilik bunian itu. Ustaz memandang Cikgu Bidin lalu memandang Bad dan yang lain-lain. Dia menggeleng-geleng kepala.

"Puaka ni tak benarkan kita masuk."

Jawapan itu menambah cemas di dada semua. Macam mana nasib Paan? Paan masih di dalam. Dia masih di dalam.

"Puaka itu mahu simpan Paan. Kita tak dapat selamatkan Paan lagi. Saya tak dapat buat apa-apa lagi."

Paan hilang. Di dalam bilik bunian. Paan terkurung di alam bunian. Sedang mereka bingung dengan nasib Paan, pintu bilik bunian itu berkeriut, merapat perlahan-lahan. Keriut panjang itu membuatkan semua terdiam. Muncul satu bayangan puaka berwajah buruk dengan darah dan ulat memenuhi muka daripada dalam bilik bunian. Bunyi hilai tawa, mengekek membuatkan roma semua yang ada di situ meremang. Jijul pengsan di bahu Bear. Aleng terduduk melutut dan Ayam menggigil-gigil.

"Dia milik kami sekarang.....hehehehehe" suara parau puaka mengekek kedengaran. Dan selepas itu

BAM!

pintu bilik bunian terhempas kuat.Tidak seorang pun menemui Paan selepas kejadian itu. Sesekali, kelibat Paan kelihatan merayau-rayau di sekolah tersebut. Paan telah terkurung buat selama-lamanya.

•••

TAMAT

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro