Cat Hill Village - Part 3
Mail memulakan kisahnya. Ketika pulang dari merempit, Mail singgah di kedai Pak Abu untuk membeli rokok Canyon dan topup Umobile lima ringgit.
"Pak Abu, Canyon satu! Topup Umobile lima ringgit! " pinta Mail.
"Kamu dari mana Mail?? Dah tengah malam ini, " tanya Pak Abu yang sedang sibuk mengemas untuk menutup kedai.
"Biasalah Pak Abu, malam yang sunyi di kala jalan yang lengang maka bertebaranlah rempit di atas jalan raya macam saya ini. " jawab Mail dengan gahnya.
"Kamu bila nak berhenti merempit? Cuba la buat kerja berfaedah sikit... Kalau eksiden mati tak apa, kalau eksiden tak mati, patah riuk dah menyusahkan mak bapak kamu.. " tegur Pak Abu.
"Saya belum dapat kerja lagi ini Pak Abu, kalau dah dapat kerja saya berhenti lah dari merempit, " Mail memberikan alasan.
"Alasan kamu tu aku dengar dari kamu lepas SPM lagi, kerja apa yang kamu nak dapat. Kalau siang tidur malam merempit?? Kamu tu pemalas je... "
"Alaahh Pak Abu ini, dahla... Mana canyon saya. Nak cepat balik ini.. "
"Nah! " Pak Abu hulurkan barangannya.
Mail berlalu ke motor Rxz nya, dia tenung melihat motor yang banyak membawa kemenangan kepadanya.
"Nantilah... Kalau menang lagi baru aku berehat sekejap, sekarang ini kau tengah perform... Sayang pulak nak tinggalkan kau... " Mail bermonolog sendirian.
Lantas Mail teruskan perjalanan pulang ke rumah yang jaraknya lebih kurang 2 KM dari kedai Pak Abu. Sedang Mail sibuk melayan selekoh-selekoh dan jalan lurus menuju ke rumahnya, dia terpandang seorang wanita sedang duduk menunggu di perhentian bas yang terdapat di bahu jalan.
"Siapa pula sorang-sorang malam-malam buta macam ini? " Mail bertanya pada diri.
Sedang elok Mail melihat wanita berjubah berwarna kelabu persis jubah Siti Khadijah, duduk bersandar di kerusi perhentian bas. Mail tidak dapat mengecam siapakah gerangannya. Lalu Mail memberhentikan RXZ nya di hadapan wanita tersebut.
"Assalammualaikum, Kak nak kemana malam-malam buta ini?" soal Mail kepada wanita tersebut.
Wanita itu sekadar menundukkan mukanya, menyembunyikan wajahnya di balik tudung litup yang menutupi kepala. Senyap dari menjawab pertanyaan Mail.
"Ooo Kak... Nak saya hantarkan ke? " tanya Mail lagi.
Wanita tersebut masih lagi membisu, Mail mula berasa tidak selesa. Tiba-tiba angin lembut menghembus dari arah belakang. Bulu romanya terus berdiri serta merta. Jantung Mail berdegup kencang, peluh mula membasahi dahinya.
"Hurrmm... Tak apa lah Kak, kalau tak nak tumpang pun tak apa.. Saya pergi dulu.. " Mail mula berasa seram, dia meminta izin untuk pulang.
"Boleh hantarkan kakak? " wanita itu mula bersuara dan bertanya, tetapi masih lagi tunduk memandang ke tanah.
"Hurrmmm.... Hantar ke mana? Kat mana rumah akak? " tanya Mail untuk kepastian.
"Di sana...... " wanita itu mengangkat tangannya menuding jari ke satu arah menuju ke dalam sebuah kebun.
"Kebun tu?! Dalam kebun tu mana ada rumah! " Mail keliru bertanya kembali.
"Iskkk.... Iskkk.... Huuuuu.... Huuuuu. " wanita tersebut menangis secara tiba-tiba
"Eh Kak kenapa ini menangis?! " Mail hairan melihat.
Wanita tersebut diam dari menjawab persoalan Mail, dia berdiri dan memalingkan tubuhnya ke arah kebun. Perasaan takut menyelubungi Mail melihat kelakuan aneh wanita tersebut. Tiba-tiba wanita itu memalingkan tubuhnya perlahan-lahan mengadap Mail dan Mail..

"Arrrggghhhhhhhhh...... " Meon menjerit tiba-tiba.
"Woi yang mike menjerit ni kenapa?! " tanya aku yang terkejut kerana jeritan Meon.
"Takot awok!... Mail jumpa Hantu Wak Siah!" jawab Meon apabila di marah oleh aku.
"Kau ini apalah...cerita belum habis lagi kau dah menjerit? " marah Mail yang kehairanan.
"Dah Mike jumpa hantu.. Eeeee seramm, " jawab Meon sambil dipeluk tubuhnya.
"Cerita belum habis lagi.. Apa lah kau ini... Bagi aku habis cerita.. "
"Cer citer... Cer citerr... " Meon meminta dalam keadaan lagaknya seperti Usop Wilcha dalam Hantu Kak Limah.
"Begini....... " Mail menyambung kembali.
Wanita tersebut berpaling menghadap Mail, menampakkan wajah dan identitinya.
"Laaa... Kak Nora, kenapa duduk kat sini malam-malam buta ini?"
"Akak nak lari dari rumah, suami akak pukul akak... Iskkk.... Issskkkk... Huhuuuuu... " Kak Nora menangis teresak-esak meratap kesedihan.
"Dah kenapa abang Ram pukul akak? " tanya Mail.
"Dia marah akak sebab picture selfie akak lagi banyak like dari dia... Dia tak puas hati... Iskkk... Huhuuuuuu," Kak Nora mengadu.
"Selfie punya pasal pun boleh jadi gaduh laki bini... Apa teruk la deme... " Meon mencelah.
"Haisshh diamlah Meon, bagi Mail cerita dulu... " aku menempelak Meon lagi.
Meon terdiam, lalu tersengih. Dia keluarkan rokok nusantara dari poketnya lalu dibakar.
"Okey-okey sambung balik... " Meon meminta Mail untuk sambung bercerita.
"Habis tu apa jadi? Bila kau jumpa hantu Wak Siah pulak? " aku pula mencelah kerana tertunggu kisah arwah Wak Siah.
"Oo yee.. Wak Siah, aku jumpa depan rumah ni. Masa aku nak sampai. Dia duk mencangkung dekat jambatan rumah aku... Sambil tersengih"
"Depan ini?! " jari aku menuding pada jambatan rumah Mail.
"Haah... Aku ingatkan siapalah...rupanya Wak Siah, terkejut aku sampai masuk dalam parit... "
"Habis motor mike? " Meon mencelah.
"Tuuuu dalam parit lagi," Mail berkata.
"Astagfirullah... Haish.. Kejap apa jadi dengan Kak Nora?" tanyaku untuk kepastian.
"Owhh... Kak Nora? Aku biar je, tak nak lah aku masuk campur hal rumah tangga orang ini... Kang lebam biji mata aku kena tumbok Abang Ram... "
"Haaa baguslahh... Jangan cari penyakit pula, " jawabku yang bersetuju dengan tindakan Mail.
"Macamana rupa arwah Wak siah yang mike jumpa tu Mail? " tanya Meon.
"Rupa Wak Siah lah... Tak adalah hodoh, tapi sebab terkejut punya pasal tu yang aku terbabas dalam parit... "
Aku dan Meon menghabiskan masa hampir satu jam di rumah Mail, selepas itu kami berdua beredar pulang ke rumah, dalam perjalanan fikiran aku melayang memikirkan keluarga Wak Jedot. Apa yang mungkin terjadi kepadanya.
***
Hari sudah melanjut ke senja, aku mandi-mandi dan bersiap untuk solat di masjid. Sudah lama aku tidak ke masjid, sering kali aku sibuk dengan kerja, sehingga aku kurang untuk solat berjemaah di masjid. Saja hari ini aku bersemangat lebih dengan mengenakan Jubah Mekah yang dihadiahkan oleh Pamanku. Terasa seperti Pak Haji pula, aku calit sedikit minyak ata dan aku letakkan ketayap putih di atas kepala.
"Macam Ustaz Don dah rupa aku ini... Hensem pun ada, berilmu dan beramal, bertambah mutu... " puji diriku.
Azan mula berkumandang di masjid menandakan waktu maghrib menjengah tiba. Aku terus berjalan ke muka pintu.
"Mak, Man nak pergi masjid kejap... " ujarku sambil ku capai kunci motor yang tersangkut di dinding.
"Haa yelaa... Jangan melepak pulak sampai ke tengah malam, esok kamu nak mula kerja balik. " Makku mengingatkan aku.
Aku segera menunggang motor terus ke Masjid yang berada di simpang Jalan Utama, sampai di Masjid kelihatan para jemaah sudah mula bersiap untuk solat maghrib. Aku terus masuk ke dalam barisan saf.
Aku luruskan saf mengikut tumit orang di sebelah. Cuma aku pelik sikit.
"Mana Tok Imam? " Jemaah aku di sebelah berbisik sesama sendiri.
Aku menjeling-jeling di sebelah mencari-cari Imam, aku kira jemaah yang datang pada hari ini.
"1,2,3,4,5 6.......11."
"11 orang je.. Hum biasanya ramai.. Tak apalah asalkan ada... Cuma mana Tok Imamnya!?" soal diriku.
"Bang, mana Tok Imam? " tanyaku pada jemaah yang berada di sebelah kananku.
"Dengar cerita Tok Imam salah makan, cirit birit... " ujar Jemaah di sebelahku.
"Habis itu... Imam lain tak ada ke?! "
Jemaah tersebut sekadar menggeleng kepala, bilal pula sejak tadi menoleh kanan dan kiri. Mencari sesuatu.
"Haaa cantik jubah.... Dah macam Imam Muda.. " Bilal menegurku.
Aku tersentak dengan teguran Bilal, aku tersenyum dengan pujiannya. Bilal membalas dengan senyuman yang penuh muslihat membuatkan aku berasa seriau.
"Kamu jelah jadi Imam... Jubah tu dah macam Imam Masjid Nabawi dah Pakcik tengok... " katanya sambil menolak aku ke depan.
"What! Saya?! "
"Yelah.. Kamu lah... Siapa lagi yang pakai Jubah macam Tok Syeikh selain dari kamu... " Bilal tersengih memberi jawapan.
"Mampus aku... Solat Zohor pun aku tak pernah jadi Imam... Inikan pulak Maghrib! Kenapalah aku pakai jubah!! Aduhhh! " aku bermonolog memarahi diri.
"Errr tak ada orang lain ke?! " tanyaku untuk kepastian.
"Tak ada! Diorang tak pakai jubah... Kamu je yang pakai jubah macam Tok Imam pakai... Jadi kamu jelah, " ujar Bilal.
"Kamu cubalah Man, bila lagi... " terdengar saranan dari salah seorang jemaah. Terus aku memandang Jemaah tersebut.
"Eh, Bapak Loppa.... Aduh kenapa bapak dia ada pula... " aku berbisik sendirian terkejut melihat bapa gadis idaman aku turut sama di dalam jemaah.
"Errr baiklah... "
Aku berdiri di tempat Imam, dengan lagak gaya seperti seorang Imam besar aku meminta jemaah meluruskan saf dan...
"Allaaaahhhhuaakbarrr.... "
Surah Alfatihah bermula, aku baca satu persatu dalam keadaan tergagap dan kaki yang menggeletar. Aku baca surah yang lazim. Seperti al-ikhlas, dalam keadaan itu aku dapat rasakan sesekali darah aku naik tinggi memuncak.. Bibir aku menggeletar.
"Aku kena tunjuk pada bakal Pak Mertua... Yang aku ini layak" hatiku aku berkata-kata.
Aku habiskan solat dengan salam, ketika itu darah tinggi mula menurun. Walaupun gagap dan tidak lancar bacaan dapat juga aku habiskan solat berjemaah itu. Selesai solat aku terus membaca doa, kerana aku tidak tahu bagaimana untuk berzikir selepas solat. Tapi tak mengapa yang penting doa aku hafal. Walaupun doa tersebut adalah doa yang biasa dibacakan ketika zaman sekolah.
"Pandai juga kamu yer Man... Macam inilah lelaki... " puji Bilal seusai solat.
Tersenyum aku, dalam hati berbunga-bunga ditambah pula makmum terdiri dari Bapa Loppa. Pasti dia akan memilih aku jadi bakal menantunya. Tersenyum keriangan aku apabila gambaran-gambaran yang bapa Loppa akan pulang ke rumah menceritakan perihal aku kepada keluarganya.
"Ish-ish... Mesti Loppa akan jatuh Sukak sama aku.. Huhuhu.. " aku mula membangga diri
"Pandai jadi Imam, baca al-quran... Wudhu..... " aku memuji diri lagi.
"Eh?! " aku terkelu sekejap.
"Damn!! Aku lupa Wudhu!! "
Bersambung....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro