Cat Hill Village - Part 2
Seminggu sudah aku demam dek ditegur arwah Wak Siah, sepanjang hidup aku, itu adalah pengalaman pertama yang aku lalui berkenaan perkara-perkara misteri dan pelik tak pernah lagi aku berjumpa hantu, Jin atau sebagainya. Pengalaman berjumpa lembaga yang menyerupai Wak Siah membuatkan aku fikir berulang kali untuk mengambil OT.
"Haisshhh... Kalau tak ambil OT rugi pulak, tapi takut pula aku nak balik lewat-lewat lagi. Buatnya aku kena sergah lagi Hantu Wak Siah naya aku.." fikirku.
"Kamu dah kebah ke Man?! " tanya Pengerusi Majlis Mesyuarat Tingkap Cat Hill Village.
"Dah... " balasku dengan muka acuh tak acuh.
"Ayah dah bagitahu, jangan lewat sangat balik kerja... Tengok apa dah jadi pada kamu.. " Ayahku menjeling sambil di herotkan bibirnya seperti mengejekku.
"Manalah nak tahu Kena kacau... Yah, betul ke Wak Siah ada bela saka? " tanyaku secara berbisik supaya tidak didengari orang.
"Haaaa.... Itu yang ayah nak cerita ni! Memang cerita baik punyaaa, " sambil ayahku tunjuk ibu jari tangan kanannya menandakan bagus.
"Kau tahu Man....... " Ayah memulakan perbualan gosipnya.
Menurut Ayah, Wak Siah dan Wak Jedot ada menuntut ilmu dari seorang bomoh terkenal di Hulu Selangor ketika mereka berdua masih baru berkahwin di tahun 90-an. Tujuan mereka pada mulanya untuk mendapatkan anak kerana sudah berkahwin lebih 5 tahun tetapi masih belum mendapat cahaya mata. Bomoh tersebut ada mengajar ilmu-ilmu yang menyimpang dari agama, dan setiap ilmu itu dikatakan mempunyai khadamnya. Ada upacara tertentu yang perlu mereka lakukan. Salah satunya Wak Siah perlu disetubuhi oleh bomoh tersebut. Dikatakan bomoh tersebut berbuat begitu demi membersihkan tubuh Wak Siah dari kotoran yang melekat. Selepas melalui beberapa upacara, tidak lama kemudian Wak Siah disahkan hamil dan anak tersebut adalah Mirah.
"Astagfirullah..... Kenapalah sampai macam itu sekali?! " mengucap panjang aku bila mendengar gosip yang di sampaikan oleh ayah.
"Jadi Kak Mirah tu bukan anak Wak Jedot?! " tanyaku.
"Hurmmm... Mungkin, tapi itu cerita mulut ke mulut yang di sampaikan... Ada yang cakap ia hasil dari ilmu dan petua yang bomoh tersebut ajarkan. " balas Ayah yang masih berteka-teki.
"Jadi saka tu bagaimana? " soalku yang keliru.
"Saka tu.... Hurmm. Mungkin ada amalan yang dia ambil dari bomoh tu.. Agaknya..." kata Ayahku lagi.
" Owhh.. Begitu...."
"Sudahlah... Ayah nak ke warung Zali kejap, nak dengar gosip terbaru.. " Ayahku bingkas bangun berdiri.
"Ayah tak ke kebun ke? " soalku.
"Hari ini cuti, smlm hujan lebat. Kebun penuh becak... Malas pula nak pergi hari ini," jawab ayahku sebagai seorang pesawit moden.
"Apa cerita terbaru selain cerita Wak Siah?" tanyaku yang mahu tahu perkembangan kampung.
"Hurmmm.... Biasa lah kalau cerita hangat selain Arwah Wak Siah, cerita pasal subsidi baja lah.. Apa lagi... " balas Ayah.
"Hurrmmm... Itu je?!"
"Itu jela... Nantilah ayah pergi lepak dulu dekat warung, kalau ada cerita panas nanti ayah kongsi sama kamu, " ayahku memberi jaminan.
Ayahku berlalu pergi meninggalkan aku keseorangan termanggu di dalam bilik, aku merenung ke luar jendela berfikir mengenai Mirah. Aku tahu dan sedar, selepas kejadian aku terserempak arwah Wak Siah dan cerita-cerita yang kurang enak pula yang keluar selepas itu. Pasti, akan ada tuduhan-tuduhan liar yang akan dilemparkan ke arah Mirah dan Wak Jedot.
"Apalah nasib Kak Mirah nanti... Haishh, " keluhku apabila memikirkannya.
"Man! Man! " jerit Emakku dari dapur.
"Ye Mak! "
"Mari sini makan, nasi dah siap... "
Aku lihat jam di dinding sudah pukul 12.00 tengahari, nampaknya awal emakku sediakan makan tengahari. Kebiasaannya selepas zohor baru siap masak.
"Kejap Mak! Man datang.. "
Aku segera ke dapur, aku lihat hidangan sudah tersedia di atas meja. Hidangan ringkas sardin bersama ikan kering membangkitkan nafsu makan ku.
"Dah elok ke demam tu? " tanya emak.
"Dah rasanya... "balasku sambil tangan mencedok nasi di dalam mangkuk.
"Haa baguslah.. Esok boleh masuk kerja kan? "
"Boleh, Man mana boleh tak kerja, badan jadi penat kalau tak buat apa-apa kat rumah ini, mana ada kerja yang nak buat kat rumah ini. " balasku.
"Kamu jangan nak nipu lah! Memang kamu tu kalau duduk rumah memang pemalas, bukan nak tolong bersih-bersih rumah ke... Tak ada kerja konon... " perli emakku.

"Hehehe.... "Aku tersengih apabila emakku memberi buah pukulan terus menusuk ke dalam hati.
"Haa...tu jela kamu tahu... Tersengih-sengih macam kerang, " kata Makku dalam nada tidak berpuas hati dengan tindak balasku.
Aku segera habiskan nasi yang berada di dalam pinggan, aku tak mahu tunggu lama-lama. Takut melarat pulak bebelan emakku. Selepas habis aku melantak nasi di pinggan terus aku pergi ke singki untuk mencuci tangan dan berlalu pergi.
"Haa.. Nak kemana pulak tu?! " tanya Mak aku.
"Keluar kejap, pergi kedai... "
"Haa bagus kalau kamu nak pergi kedai... Beli sekali Asam Jawa dengan sabun basuh pinggan, nak harap ayah kamu tu, kalau pergi melepak memang tak terbeli la apa yang mak minta, " bebel makku lagi.
Aku mendengar saja bebelan makku, lalu aku bergegas ke motor terus keluar dari kawasan rumah menuju ke kedai. Dalam perjalanan ke kedai aku perlu lalui warung Wak Jedot, sampai di hadapan warung, aku lihat warungnya bertutup lagi. Sesekali terasa seram pula bila mengimbas kembali berjumpa dengan arwah Wak Siah.
"Siot betul... Boleh pula jumpa masa tu.. " aku merungut sendirian sambil
Teringat akan wajah Wak Siah.
Sampai di kedai runcit, terus aku capai pesanan emakku di dalam kedai dan terus ke kaunter untuk membuat bayaran. Di kaunter ada seorang gadis yang menjaganya, dia adalah anak tuan kedai yang bernama Safiah. Safiah baru berusia 18 tahun, sedang menunggu keputusan untuk masuk ke IPTA.
"Hai Piah... Ada dapat tawaran belajar kat mana-mana ke? " tanyaku.
"Belum bang Man, kalau ada pun dari Kolej Swasta. Tak naklah... " tutur Sufiah sambil dibungkuskan Asam Jawa dan Sabun basuh pinggan ke dalam plastik.
"Ooo lambat lagi la tu... Nanti dapatlah, " balasku lembut.
"Hurmm... Yela, insyaallah. Bang! Nak tanya ni.. " soal Sufiah.
"Tanya apa? " soalku kembali
"Betul ke abang Man jumpa arwah Wak Siah?! " Sufiah melemparkan soalan panas kepadaku.
"Errmmm.... Ermmmm.... Abang tak berani nak cakap, takut fitnah... Tapi apa yang abang jumpa, itulah rupanya... Sebijik dengan arwah, siap abang berborak lagi... " Jawabku berhati-hati.
"Seramnya.... Takutlah nak keluar malam, " terkelip-kelip mata Sufiah mengeluh.
"Baguslah tak keluar malam, kamu tu perempuan. Buat apa nak keluar malam. " tegurku.
"Haish.. Bang, sekarang ini bukan zaman dulu, perempuan kena duduk dapur... Zaman sekarang perempuan dah pandai berdikari sendiri. " bentak Sufiah yang seperti tidak berpuas hati dengan teguranku.
"Haa yela.. Betul la berdikari, tapi keluar malam ada urusan yang baik tak apa. Tapi kamu tu keluar sebab nak bersuka-suka, ikut orang yang bukan-bukan.... Bukan abang tak pernah jumpa kamu tu dekat tempat bebudak kampung merempit. " nada aku semakin tegas.
"Eleh.. Kita jumpa kawan je, bukan buat apa.. " Sufiah mula memalingkan muka.
"Yela jumpa kawan, nanti kalau dah buncit perut tu baru tahu.."
"Buncit?! Kenapa? " soal Sufiah yang keliru dengan kenyataan aku.
"Haa.. Piah fikirlah sendiri, berapa banyak kes buang anak. Dalam kampung ni berapa ramai pula kes anak luar nikah. Jaga diri Piah, ingat keluarga. Jangan fikir nak seronok je."
"Eeeee.... Abang Man ni, ke situ pulak.. Ni 5.00 ringgit! " Sufiah mengalih topik terus dia memberitahu harga barang yang aku ambil.
"Panas la tu.... " Aku tersengih lalu aku hulurkan sekeping not hijau kepadanya.
"Terima kasih! " balas Sufiah dengan nada yang tinggi.

Aku berlalu meninggalkan Sufiah yang dalam kepanasan dek teguran pedas yang aku luahkan. Terus aku start enjin motor Ex5 class black top aku dan terus meninggalkan kedai runcit. Di waktu yang ada aku ambil kesempatan untuk pusing-pusing sekitar kampung untuk mencuci mata. Teringat pula pada Loppa. Apa khabar dia sekarang ini? Lama sungguh aku tidak menghubunginya, mungkin aku agak sibuk kebelakangan ini, ditambah pula demam akibat ditegur oleh Arwah Wak Siah, membuatkan aku lupa kepadanya.
"Pin! Pin! Pin! "
"Siapa pula yang hon-hon ni, bising betul! "marahku apabila di hon kenderaan dari arah belakang.
Aku toleh melihat pada cermin sisi motor, kelihatan seorang lelaki sedang menunggang RG Sport berada hampir dengan aku.
"Laahh... Meon ke, buat aku terkejut je. " bisik hatiku apabila mengenali lelaki yang menunggang motor RG Sport di belakang.
Lalu aku memperlahankan kelajuan motor untuk menyaingi Meon.
"Kamu nak kemana Yop! " soal Meon.
Meon merupakan rakan sekerja aku di kilang, beliau berasal dari Perak. Tua setahun dari ku. Masih bujang dan tinggal bersama kakaknya yang menyewa sebuah rumah di dalam kampung aku. Kisahnya berhijrah di sini disebabkan dia kantoi mencuri telur ayam orang kampung, kerana takut ditangkap dia lari ke sini dan tinggal bersama dengan kakaknya yang sudah berkahwin.
"Saja berjalan, cuci mata.. Kamu nak kemana pulok?! " tanyaku kembali.
"Awok nak jupe Mail, nak pergi melawat dia... Katanya dia kena terjoh macam kamu! " jawab Meon serius.
"Terjoh? Terjoh hape?! Siape yang menerjohnye Yeop? " soalku keliru yang ingin tahu.
"Bukan ke kamu kena sergoh dek hantu Wak Siah? Si Mail pun same lerr.. " jelas Meon.
"Haa? Iyeke? Kamu jangan main-main Meon.. Betul ke? Bilanya dia kena? "
"Malam tadi! Moh ler ikut aku. Kamu tanya la sendiri dia.. " cadang Meon.
Aku mengikuti Meon dari arah belakang menuju ke rumah Mail, sampai di rumah Mail aku lihat Mail sedang duduk mencangkung di tangga hadapan rumahnya, dalam keadaan kepala bertampal koyok, mata sembap, rambut berserabai dan hanya mengenakan kain pelikat sahaja tanpa baju.
"Assalammualaikum Mail! " Meon memanggil.
"Waalaikumsalam.... " jawab Meon dengan muka yang kelat dan suara tersekat-sekat.
"Kamu ini udoh mandi ke? Apa buruk benor ghopenya kamu ini Mail? " soal Meon yang hairan melihat keadaan Mail.
"Belum... Sejuk lah nak mandi, aku demam ini...sniff...sniff.. " jawab Mail sambil hidungnya menarik-narik hingus yang sedikit keluar dari lubang hidung.
"Aku dengor kamu kena sergoh dek hantu Wak Siah..betul ke??!! " tanya Meon yang mula mengorek cerita.
Mail sebaya dengan aku, kami sama-sama bersekolah rendah di sekolah yang sama. Iaitu Sekolah Dato Maharani Lelah. Dia juga sama dengan aku dalam bidang pelajaran, cukup sekadar SPM je. Kononnya tak mahu sambung belajar kerana nak bekerja tolong ibu-bapa. Tapi yang sebenarnya dia suka merempit setiap malam, siang hari pula membuta. Mail boleh dikatakan produk melayu yang mudah lupa menipu je kerjanya. Sehingga dia mendapat gelaran Mail ngapus.
"Betul laa... Mana kau tahu cerita ini?! " Soal Mail ngapus.
"Usop Singgah rumah aku tadi, katanya Wan Lebor bagitahu kat Din Kukur, Din Kukur sampai kepada Ajis rewang, Ajis Rewang pula bagitahu pada Gayah Ronggeng kebetulan pula Usop ada di sebelah Gayah Ronggeng jadi Usop ler bagitahu aku..... Kamu okey ke?! " jelas Meon panjang lebar.
"Aku okey... Cuma terkejut je... Kejap kamu kata kamu dengan Gayah Ronggeng tadi? " soal Mail kembali.
"Haa... Yeler dengan Gayah.. Ngape?! " tanya Meon.
"Patutlah aku wechat dia tak balas tadi, rupanya dia dengan kamu yer Meon! " jelas Mail yang sedikit kecewa kerana wechatnya tak berbalas.
"Macam mana kau kena Mail?! " tanyaku pula yang menganggu perbualan mereka berdua.
"Eh.. Lupa pula kau ada Man, hurmmm macam biasa la.. Aku tengah syok merempit... Duk fly atas tank RXZ aku .... Jalan clear baii, hatiku membara la... Darah rempit ku membuak-buak... Aku pulas minyak... Perrghhh satu lapan dia pergii... " Meon bercerita dengan teruja.
"Oo lepas tu? " tanyaku lagi.
"Lepastu... Hurmm lepastu aku menang la... Semalam memang aku setting baik punya... Aku tapau budak-budak lain... "
"Jap-jap! Kau ini cerita apa?! Aku tanya lain kau cerita lain.. " Soalku yang marah.
"Eh.. Kau tanya apa tadi? "
"Hantu Wak Siah lah! Bahalol! "
"Ooohhh yee... Aku bukan apa aku teruja sebab menang race semalam..Ceritanya begini.... "
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro