Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 6

Macam biasa, aku akan berjalan - jalan sekitar bandar Navy Cerulean. Udara sejuk di persekitaran menyebabkan badan aku mengigil kesejukan.

'Rugi tak bawak jaket tebal hari ni.. ' Amran menggosok kedua tangannya untuk menghabiskan haba.

Amran berjalan tanpa arah tujuan selama 15 minit. Tiada benda menarik untuk dibuat atau di makan.

"Ah, Nafiya ada kirim ice cream tadi." Aku pun mencari kedai runcit atau serbaneka yang berdekatan.

Aku berhenti di hadapan sebuah kedai serbaneka ' 4three ' . Daun pintu kaca tersebut ditolak walaupun pada ada tulis pull.
Senang lagi tolak daripada tarik.
Tak guna banyak tenaga sangat.

Amran melangkah ke peti ice cream. Wah! Banyaknya ice cream. Sedap - sedap pulak tu. Tangan cekap mengambil ice cream blueberry dan ice blackcurrant. Tutup slide peti tersebut.

Eh? Komik pun ada!?

Aku melihat setiap tajuk komik tersebut. Nak beli satu!

" Persis Dandelion " menarik!
Dan kini buku sudah diletakkan di atas kaunter pembayaran.

Aku dapat lihat budak lelaki yang menjaga kaunter seolah-olah ketakutan. Tangan dia menggigil semasa nak scan barcode barang aku beli. Mata pulak asyik pandang  bawah sahaja. Yelah kan.. aku dah la pakai hoodie hitam. Mestilah dia takut. Dah macam pencuri pakai hitam macam ni.

Tak perlu pun dia cakap jumlah harga kerana sudah terpapar di skrin monitor. $ 20 diberikan.

"Baki tu, simpan jelah. And one more thing don't judge by its cover." Ucap aku pada budak tersebut. Semua yang lebih rendah daripada aku dipanggil budak.

Aku keluar daripada 4three dengan menolak pintu kaca tersebut. Riak wajah budak tersebut memang melucukan.
Mana taknya, dia terus jatuh terduduk lepas aku cakap macam tu. Muka dia speechless!😂

Dan orang ramai mulai pulang ke rumah masing - masing. Tapi ada sahaja yang masih setia di kedai makan. Mereka tengok apa tu?

Skrin dipandang lama. Oh..
Bola. Hah?! Bola?!

Mata kini melihat skrin besar tersebut. Saat si baju biru menyepak bola.... dan gol!

"Yeah , gol!!!" Aku menjerit kuat.
Opps, aku tak sengaja.

Tapi kemudian pasukan Ruby menyerang balas dengan merampas bola daripada pasukan Cerulean. Semua pasukan Cerulean cuba mengambil semula bola tapi tidak berjaya. Dan gol kepada pasukan Ruby.

Sekarang Ruby 2, Cerulean 1.
Wah... perlawanan sangat sengit.
Aku harap sangat pasukan Cerulean menang.

"Emm...maaf encik. Encik tak boleh curi tengok je perlawanan tersebut. Ini restoran, mana boleh encik datang sini tanpa order apa - apa." Air muka aku berubah. Malu kot! Relax Amran, relax.

"Nah, ini $ 5, saya order air suam sahaja dan saya minta maaf sebab curi tengok tadi. Dan sekarang, saya dah order , saya boleh tengok perlawanan ni." Senyuman sinis diberikan kepada gadis bertoncang dua.

"Er... okay. " Sekarang ni gadis pelayan itu pulak yang malu. Dia ingatkan lelaki hoodie itu mahu curi - curi tengok sebab takde duit. Tak pernah aku jumpa lagi orang yang mintak maaf macam dia. Kalau orang lain, cabut lari dulu. Dia siap order air suam semata- mata untuk tengok perlawanan bola .

Dan, yang paling umph sekali...
Suara dia sangat cool!

Amran menghirup air suam sambil tengok perlawanan bola.
Dan dia sangat kecewa apabila pasukan Ruby berjaya menjaringkan gol pada sepuluh saat terakhir.

Argh! Geramnya!!

Dia pun keluar daripada restoran dan pulang ke istana.

Tangan yang berisi ais krim dilihat . Alamak!!! Ais krim dah cair. Habis lah aku kali ni!

Nak patah balik pergi 4three?
Dah jauh. Ni pun dah nak sampai istana.

Tali dilempar ke bilik tidur. Dan dengan tangkas aku memanjat masuk ke dalam bilik.

Apa aku nak buat ni?!
Cair sangat dah ais krim ni.
Takde dah cair selain ni.

2 cawan di keluar kan . Plastik ais krim di buka. Ais krim cair dituangkan ke dalam cawan. Letak batang ais krim dan letak dalam peti sejuk ais.

Harapnya, Nafiya tak marah pada aku nanti.

Aku membaringkan badan di atas katil yang bersaiz queen. Lengan di letakkan di atas kepala . Sampai bila aku kena hidup dalam bayang- bayang. Entah la. Diorang tak boleh tahu siapa aku. Tak boleh...

Setitis air mata jatuh.
Dan aku akhirnya terlelap jua, tanpa aku mengelap air mata itu. Biarlah ia kering dengan sendiri.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro