Bab 1
Tengku Muhammad Al Razi memandang pemandangan kawasan pedalaman kerajaan Cerulean. Tumbuhan hijau di sekeliling pedalaman ini dan langit yang berwarna biru Cerulean.
Setiap warganegara Cerulean Kingdom akan memiliki iris mata berwarna biru Cerulean. Jika ada kacukan antara orang Cerulean dan kerajaan lain, masih lagi iris itu akan berwarna Cerulean tetapi berbeza sedikit. Mungkin warna Pale Cerulean, Green Cerulean, Bright Cerulean dan sebagainya.
Baginda tersenyum melihatkan keindahan alam semula jadi ciptaan Allah.
Tiba-tiba, kenderaan yang dinaiki oleh baginda berhenti dengan kuat.
"Allahu Akbar" ucap baginda tatkala itu.
Baginda ingin melihat apa yang berlaku akan tetapi, adindanya menarik bajunya.
"Kakanda....sakit...."Permaisuri Khadijah merintih. Jelas wanita itu sedang menahan sakit yang amat.
Baginda mendekati adindanya, baginda risau akannya.
Khadijah memegang perutnya. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu.
"Kakanda, bayi ini hendak lahir" air matanya menitis. Sakit.
Baginda amat terkejut. Mengikut perkiraan, bayi ini akan lahir pada hujung minggu ini. Sesungguhnya, Allah perancang segalanya. Dia lebih mengetahui apa yang manusia tidak ketahui.
"Bertahan, adinda. Kakanda akan dapatkan bantuan." Ucap Baginda lalu keluar dari kereta.
"Maaf, tuanku! Kereta ini rosak. Ampun tuanku," Pemandu itu tunduk kekesalan. Rasa bersalah kerana tidak menjalankan amanah dengan baik.
"Abaikan tentang kereta. Sekarang ini, beta minta kamu cari bantuan. Permaisuri beta ingin bersalin." Dengan nada yang tegas Tuanku Al Razi memberi arahan.
Pemandu itu terkejut seketika mendengar khabar itu. Dia lantas mencari bantuan di kawasan pedalaman yang agak sunyi itu.
Tuanku Al Razi kembali ke pangkuan adindanya. Baginda memegang erat tangan adindanya. "Bertahan, adinda... bantuan akan sampai."
"Tuanku! " Panggil pemandunya tadi.
Baginda berpaling.
"Bagaimana?" Baginda sangat berharap sangat....
"Ada sebuah rumah rumah yang tak jauh dari sini. Dan alhamdulilah, pemilik rumah itu seorang bidan." Ucapan itu cukup untuk melegakan hati baginda.
"Alhamdulilah!" Baginda mendukung adindanya yang tenat itu ke rumah tersebut.
Walaupun adindanya kini berbadan dua, dia sanggup untuk mendukung adindanya sehingga sampai ke rumah itu.
"Ya Allah, selamatkan lah adindaku dan anakku ."
Pemandu itu membuka pintu rumah yang agak kecil itu.
"Assalamualaikum" ucap baginda lalu masuk ke rumah itu.
Baginda membaringkan adindanya di atas katil. Seorang wanita yang berumur lebih kurang 50- han itu sudah sedia dengan kelengkapan perbidanan.
Baginda duduk di sisi adindanya yang sedang berperang nyawa melahirkan seorang lagi zuriat mereka.
"Uwaa, Uwaa"
Bunyi esakan bayi itu kedengaran.
" Tuanku, bayi lelaki" kata wanita itu.
Adindanya terbaring lemah.
Sesungguhnya Allah telah hapuskan dosa dosa kecil adindanya. Rasa sakit itu Allah gantikan dengan menghapuskan dosa kecil. Subhanallah.
Air mata kegembiraan jatuh di pipi Permaisuri Khadijah. Kesakitan itu tidak lagi dirasakan saat melihat seorang bayi lelaki di pangkuan wanita itu.
Wanita itu meletakkan bayi itu di sisi Permaisuri. Permaisuri dan Baginda raja mengusap lembut rambut bayi itu. Iris mata bayi itu berwarna dark blue Cerulean. Warna yang sangat rare.
Baginda iqamatkan di telinga bayi itu. Kalimah suci itu diperdengarkan di telinga bayi itu. Allah itu tuhan mereka. Allah Maha Besar.
Pasangan diraja itu menginap di rumah keluarga itu. Keadaan adindanya masih lemah, baginda perlu berada di sisinya.
"Maaf tuanku, kediaman kami kecil sahaja...kami..." ucap Encik Ibrahim. Dia serba salah apabila raja mereka ingin menginap di rumah mereka yang serba kekurangan itu.
"Beta tidak kisah semua itu. Sepatutnya, beta yang berterima kasih atas layanan baik kamu sekeluarga." Ucap Tuanku Al Razi.
Anak kepada pasangan rakyat tersebut kagum. "Raja memang hebat lah! Kagum betul patik"
"Zharif!" Marah Encik Ibrahim dengan sikap cakap lepas anaknya.
"Hahaha" Baginda raja ketawa. Seronok melihat keceriaan keluarga itu.
Tuanku Al Razi masuk ke bilik yang menempatkan adindanya.
Baru baginda teringat bahawa mereka tidak memberi nama lagi kepada anakanda mereka.
Baginda menegur adindanya perlahan agar tidak menganggu anakandanya yang comel itu beradu.
"Assalamualaikum, wahai adinda. Masih lagi terasa lemah?"
Permaisuri Khadijah berpaling. Senyuman manis diberikan kepada kakanda tercinta.
"Waalaikumussalam,kakanda. Adinda sudah semakin baik. Kenapa kanda? " Permaisuri Khadijah tahu ada sesuatu yang ingin diperkatakan oleh raja itu.
"Adinda mahu namakannya apa?" Tanya Baginda raja. Kegembiraan menerima kehadiran bayi lelaki pertama sangat terserlah di wajahnya.
"Amran?" Satu nama diucapkan dari bibir Permaisuri Khadijah.
"Al Azrash!" Tuanku Al Razi pula yang terlebih bersemangat.
"Jadi.... Putera ini akan diberi nama... Tengku Muhammad Amran Al Azrash?" Permaisuri Khadijah menyebut nama penuh putera mereka.
"Nama yang sempurna! " Mata baginda bersinar. Baginda amat suka dengan gabungan nama itu.
" Tengku Muhammad Amran Al Azrash " sebut Tuanku Al Razi sambil memandang wajah putera mereka. Lalu dicium dahi putera itu.
Putera itu terjaga.
Putera itu menangis.
"Maaf, adinda. " Baginda tersalah membuat bayi itu terjaga.
"Tidak m ngapa , kakanda. Adinda sudah biasa." Permaisuri Khadijah menyusukan anaknya itu sehingga dia tertidur.
"Comel jugak Amran tidur...macam adinda!" Celah Baginda yang turut melabuhkan diri di atas katil. Begin juga turut mencium pipi Permaisuri Khadijah.
"Kakanda! Jangan usik adinda lagi!" Wajah Permaisuri Khadijah merah padam.
Dah la terkejut dengan kehadiran kakandanya yang tiba- tiba berada di sebelahnya. Lepas itu usik pulak dirinya ini. Mahunya tidak terkejut! Malu diusik sebegitu.
Tuanku Al Razi suka melihat wajah adindanya yang merah padam. Sangat comel!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro