Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

♚Sahabat 1♚

Hey whassup!

So untuk chapter kalini i nak share kat korang about my friends . Tahlah memang semua orang ada kawan but i think bila dah masuk zaman remaja iaitu sekolah menengah , i yakin 100% semua orang akan jumpa real friend ..yang ada bila susah dan senang kan?

Okay marilah kita .

Pada mulanya saat aku masuk ke alam remaja iaitu sekolah menengah . Aku berkawan dengan 2 orang ni . 2 orang ni aku mula kawan start dari darjah 5 lagi . Kemudian pada pertengahan bulan .. murid digerak gemburkan . Kiranya murid akan ditukar mengikut keputusan exam awal tahun . Jadi aku dicampak ke kelas kedua , manakala 2 orang lagi kawan aku itu dimasukkan ke kelas bawah . Seorang dimasukkan ke kelas bawah kerana dia memilih muzik berbanding seni , dan seorang lagi kurang memuaskan dalam ujian awal tahun .

Jadi kami boleh terputus kawan apabila lama-lama tak rehat bersama . Aku pun mula berkawan dengan rakan sekelasku . Tidakku sangka , yang tuhan hantar mereka kepada ku .

Aku mula kenal dengan 5 orang sahabat aku saat meja dibentuk menjadi kumpulan ,ouh ya mereka semua baik dan pandai . Aku pun mula rehat bersama mereka . Kami juga menamakan geng kami 'Clevergirl' sebab cikgu suruh buat kumpulan , beri nama , dan juga tagline . Nama 'clvergirl' tu pun dapat ilham...pada tahun 2016 popular dengan rancangan televisyen Clevergirl . Jadi dari situ terciptanya nama tersebut .

Kenalkan CleverGirl , bukan nak riak tapi kenyataan . Kami berenam berada di kelas kedua terpandai . Jadi agak sesuai lah juga dengan nama tu .

Kami selalu rehat bersama , ke makmal sains bersama , gelak bersama , buat homework bersama di kelas , kena denda bersama . Selalu ke tandas bersama sewaktu cikgu tiada acahcah hebat kiranya .

Part paling fav , bila lepas raya then bukak sekolah be like malasnya nak belajar after a week cuti . Saat tu waktu BI , and my favourite teacher . Nak tahu kenapa favourite teacher? Sebab boleh mengelat hehe . Aku selalu ajak pergi library , makmal komputer , dewan supaya tak belajar . Teacher tu pun termakan pujuk rayu aku , kadang-kadang je dia on .

Okay sambung balik , ha lepas dah naik sekolah mesti malas nak belajar .
Cikgu tu nama dia Cikgu Thama . Until now 2018 , dia lah yang ajar aku Bahasa Inggeris . Aww saya sayang kamu cikgu thama . Buat sahabat aku , benda ni betul okay tak tipu .

Cikgu thama pun masuk je kelas , dengan sporting dan senyuman dia tanya kat kitaorang sekelas "so guys! How was your holiday?"Dari situ kitaorang dah dapat idea cara nak lekakan cikgu supaya tak belajar . Jadi aku and the geng sepakat dengan kelas suruh tanya bebanyak kat cikgu ."Good teacher"

"Teacher punya kampung dekat mana?"

"Teacher punya kampung dekat Negeri Sembilan"

Kebetulan pula sama , aku pun apa lagi dengan semangat dan kuat aku laungkan "my kampung pun dekat negeri sembilan teacher!"

Lalu cikgu tu tergelak "ouhoho really? Dekat mana?"

"Dekat rembau teacher"

"Wah same"

Lalu beborak lah kami sampai habis 1 masa bersamaan 30 minit huaa hebatkan kerjasama kelas kami? Hahahaah .

Berbalik pada cerita geng aku . 3 tahun perkenalan dengan mereka , sehingga kini 2018 aku masih bersama mereka . Mereka lah yang selalu tolong aku saat aku sedih , jatuh , happy . Tidak lupa juga saat aku kena tinggal dengan ex-ex aku hahahahaha .

Aku terasa bahagia ada mereka . Aku sungguh bersyukur sebab ada sahabat seperti mereka . Ha ada lagi satu part .

AKU SAYANG GILA DEKAT DORANG , sebab bila aku susah dorang ada . Serius do , aku terharu weyh .
Pertama kali aku tak bawa duit belanja , dorang semua pergi beli makanan dan aku duduk jaga meja . Dorang datang-datang je bawa makanan . Aku tak espect apa pun . Tiba-tiba dorang hulur , fishcake dengan fishball . Ya Allah sumpah aku terharu weyh . Nak menangis pun ada . Aku tak suruh pun dorang beli . Bila aku tolak dan kata "takyahlah susahkan korang je" dorang marah aku siot "ah takde ambik makan!" Aku pun makan . Bukan sekali dua dorang buat . Banyak kali . Tapi bukan bermakna aku sengaja tak bawak duit hahaha . Aku memang betul-betul tak bawak duit sebab kekadang terlupa kekadang daddy aku terlupa nak bagi . Sungguh aku sayangkan mereka . Okaylah , ada sambungan okay ... nantikan . Now aku nak kenalkan sesorang .

My Friends :

Okay , ini Anis . Dia one of my pembaca tegar hehe . Hye anis! Jangn marah sebab letak gambar kau . Ouh ya , dia taken . Sawit gitu . Jadi tak boleh try dia hehe .

Selain itu , ha ini syaza aka makcik . Dia pun pembaca tegar juga tapi tulah dia ni silent sikit , sebab tak pernah vote atau comment kononnya taknak aku tahu account dia hahaha . Dia single , tapi tulah semua lelaki dia tolak eceh .

Ha ini pula Farina , hm dia dah pindah tahun depan ') dia ni taken kot tahlah ahahah . Ouh ya dia takde wattpad sebab dia tweetfamous . Dia nak fight dengan aku siapa dulu famous twitter ke wattpad hahaha .

Ha ini pula husna , dia lah yang paling hemsem antara semua hahaha . Dia ni sifat kelakian sedikit . Minat bola , tak suka makeup . Hahahah .

Dan yang terakhir sekali si kecil ketot comel loteh , aisyah atau lebih mudah ecah . Ha dia lah yang paling putih , dan macam adik kitaorang . Kadang-kadang macam orang tua pun ada jugak dia ni ahahhaha .

Ending

Okay itu je , kalau nak kenal lebih mendalam pasal dorang hmm mybe aku akan buat 1 buku untuk cerita sahabat aku ni . Hehe . Dahlah nak tidur bye! Anis dan syaza jangan marah aku sebab letak gambar korang ahhaha . Dorang sebenarnya tak suka dikenali , sebab tu aku tak tag dorang .

Goodbye and te amo,

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro