CHAPTER 9
Aku kini sedang duduk di hadapan Aliff, cuma meja makan berbentuk segi empat itu memisahkan kami berdua.
Aku memandang muka lelaki itu. Tidak banyak yang berbeza cuma pada pendapatku, wajahnya nampak lebih matang berbanding dahulu. Dia juga sudah memakai kaca mata berbentuk bulat. Padaku, penampilannya nampak lebih cool apabila dia mengenakan cermin mata.
Rambutnya yang berwarna hitam itu digayakan dengan kemas. Baju kemeja dan seluar slack yang dipakainya itu pula kelihatan sangat elegen.
Aku memandang ke sebelahnya pula. Seorang perempuan. Bertudung dan manis saja orangnya. Secara jujurnya aku agak rasa janggal kerana aku masih tidak menutup aurat dengan sempurna meskipun umur semakin melonjak naik.
"Ehem,"
Aliff berdehem lalu memandangku.
Aku agak terkejut sedikit apabila mendengar dehemannya memandang suaranya agak serak-serak basah. Senang cerita, imanku bergelora!
Kacak, weh!
Aku membalas pandangan Aliff. Seperti biasa, lelaki itu tidak senyum ataupun masam.
Tetapi pandangannya amat menghanyutkan aku bagaikan aku sedang didodoi dalam buaian bayi.
"How's life, Yaya Suhaila?" tanya Aliff, ingin memulakan bicara. Aku juga berdehem perlahan sebelum menjawab pertanyaannya itu.
"Tengah tunggu keputusan SPM keluar. Sambil-sambil itu buat part-time dekat sini," jawabku tenang. Sini yang dimaksudkanku itu adalah kafe milik jiranku ini. Sempat aku cuba memandang sekilas wanita yang setia duduk di sebelah Aliff.
Siapa perempuan itu? Dari tadi aku tertanya-tanya.
Teman wanita?
Perasaan cemburu mula menjalar hatiku.
"Part-time? Maksud awak, busking dekat sini?" tanya Aliff, sambil jarinya menghala ke arah pentas mini yang berada bertentangan dengannya.
Aku menoleh ke belakang untuk melihat pentas tersebut, lalu aku memandangnya semula. "Ha'ah," jawabku ringkas.
Lalu, kami berdua.. Maksudku, kami bertiga kembali menyepi.
Aku memandang Aliff dengan wajah yang tenang iaitu dengan tidak memaparkan sebarang perasaan tetapi sebenarnya dalam hati, macam-macam yang aku fikirkan.
Aku menilik seluruh inci wajah lelaki itu. Kacak. Memang kacak. Tapi apakan daya, hubungan persahabatan kami putus di tengah jalan.
Aliff yang menyedari akan pandanganku itu, terus membuka mulut untuk mengusir suasana janggal. Mungkin padanya, aku sedang menunggu dia yang mulakan perbualan.
"Suara awak sedaplah masa nyanyi tadi. Lagi sedap dari dulu," pujian Aliff itu membuatkan aku tidak dapat tahan untuk tersenyum. Lalu, aku terus tertawa kecil. Nasib baiklah aku sempat menutup mulutku ketika ketawa tadi. Barulah sopan!
Yalah, siapa saja yang tidak akan blushing apabila dipuji oleh Encik Crush.
Sekejap?
Crush?
Yaya, sudahlah! Itu kisah tiga tahun dulu. Sedarlah bahawa cinta pertama memang tak akan dibalas.
Kemudian, pandanganku dialihkan kepada gadis yang menjadi pendengar perbualan kami dari tadi itu.
"Ini siapa, Abang Aliff?" tanyaku sambil memberikan senyuman kepada perempuan tersebut.
Gadis itu laju membalas senyumanku lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman. "Oh, nama saya Shafiqah. Abang Aliff punya-,"
"Adik. Dia ni adik abang," Aliff pantas memotong percakapan Shafiqah. Shafiqah memandang Aliff seketika, lalu tersenyum kepadaku. "Em, ha'ah. Saya adik dia," kata Shafiqah lalu meleraikan salaman kami.
Ya, Tuhan! Leganya hati aku. Aku ingat siapalah dia tu tadi. Tunangkah? Isterikah? Nasib baik adik.
"Oh, saya tak tahu pula Abang Aliff ada adik," jawabku. "Ha, itulah..." kata Shafiqah dalam nada perlahan.
Aku mengangkat kening sedikit kerana tidak dengar apa yang dikatakan Shafiqah sebentar tadi. "Apa dia, Shafiqah?" tanyaku.
"Eh, tak ada apa-apa," jawabnya sambil tersengih lebar.
Lalu, air yang dipesan oleh mereka berdua sampai. Air milo ais serta teh tarik diletakkan kemas di atas meja tersebut.
Sempat pelayan yang menghantar minuman tersebut menegurku, "Yaya, kau tak nak sambung menyanyikah? Nanti bos marah."
Laju Aliff menjawab bagi pihakku. "Eh, tak apalah! Saya ni kawan lama dia. Nak borak-borak dulu," beritahu Aliff. Pelayan itu hanya akur akan kehendak Aliff sebagai pelanggannya lalu beredar dari situ.
Wuu.. Abang Aliff mengaku yang aku ni kawan dia...
Slurpp.. Bunyi hirupan teh panas kedengaran. Lama aku memandang Aliff yang sedang menghirup minumannya. Dapat tengok Aliff minum teh secara langsung? Ini merupakan satu peluang keemasan!
"Abang sekarang belajar kat mana? Ambil bidang nyanyiankah?" aku mengajukan soalan.
Aliff meletakkan semula teh tersebut ke atas piring kecil lalu dia memandangku.
Abang Aliff... Tolonglah jangan pandang saya macamtu... Boleh pengsan, tau!
"Abang memang nak masuk bidang tu tapi ibu dengan ayah abang tak bagi," jawab Aliff.
Aku mengangkat keningku. "Tak bagi? Kenapa? Suara abang kan sedap," tanyaku lagi.
Aliff menghelakan nafas kecil. "Ibu dengan ayah abang nak abang jadi doktor. Katanya lebih menjaminkan masa depan. Penat abang pujuk ibu dengan ayah abang tapi itulah...," jelas Aliff.
Mulutku terlopong sedikit apabila mendengar ceritanya. Hm, nampaknya mindset ibu bapa Aliff sama seperti ibu bapaku. Alamak, ini salah satu tanda-tanda kami ada jodoh!
Haih, memandai saja kau ni, Yaya Suhaila!
Lalu, aku memandang Shafiqah. "Shafiqah umur berapa? Sekolah lagi ke?" tanyaku persis kakak-kakak. Yalah, Shafiqah itukan bakal menjadi adik iparku! Hehe...
"Oh, Shafiqah baru habis sekolah. Tengah tunggu result SPM, sama macam awak," jawabnya pantas.
Ceh, sebaya rupanya! Tak bolehlah main buli-buli...
Aku mengangguk kepala tanda faham.
"Aliff, saya nak pergi tandas sekejap," kata Shafiqah sambil memegang bahu Aliff. Aliff hanya menganggukkan kepalanya.
Dia panggil abang dia pakai nama je? Panggillah abangkah, alongkah, angahkah...
Dan akhirnya, waktu yang aku nanti-nantikan, hanya kami berdua saja yang berada di meja! Sama seperti dua orang pasangan yang sedang berdating!
Aku pandang Aliff, Aliff pandang aku. Masing-masing membisu.
Lalu, tiba-tiba..
"Yaya, abang nak minta maaf," kata Aliff. "Ya? Eh, kenapa?" terkejut aku dibuatnya apabila mendengar permohonan maaf daripada mulut lelaki itu.
Aliff menanggalkan cermin matanya. Lalu, dia menarik tangan kananku yang dari tadi aku letakkan di atas meja.
Dia mengenggam tangan kananku dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya. Serta-merta, jantungku dipam dengan laju. Pipiku terasa panas manakala bahagian badanku yang lain sudah sejuk membeku!
Aliff memandang tanganku yang sedang dipegang eratnya. "Abang minta maaf sebab lepas abang putus dengan ex abang dulu, kita terus dah tak berkawan macam dulu," jelasnya.
Aku terdiam. Tidak tahu mahu membalas apa.
"Masa itu, abang cuma taknak Yaya anggap yang abang cari kawan bila diperlukan saja sebab masa abang ada girlfriend, abang langsung tak bercakap dengan Yaya, tak telefon, tak mesej sebab nak jaga hati girlfriend abang," tambah Aliff.
"Ya, Yaya faham...," kataku sambil tersenyum. Lalu, Aliff memandang wajahku tepat.
"Abang ingat abang baik-baik saja kalau Yaya tak ada tapi abang salah.. Dan masa itulah abang sedar yang.., abang sebenarnya sukakan Yaya...,"
Weh, biar betul? Crush sendiri tengah mengaku yang dia sukakan aku?
Aliff melepaskan pegangannya. Aku turut menarik tanganku semula lalu diletakkan di atas pehaku walaupun sebenarnya aku nak lagi. Hehe!
"Kenapa lepastu abang tak call Yaya?" tanyaku. Aliff menggelengkan kepalanya. "Nombor Yaya dah tak ada. Izyan buang masa abang couple dengan dia." jawabnya jujur.
Tanpa kami berdua sedari, Shafiqah telah menyaksikan adegan tadi di mana Aliff memegang tanganku. Dia mengepalkan tumbukannya kuat sambil merenung tajam Aliff, serta Yaya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro