Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 8

Aku menekup mulutku agar bunyi esakanku kurang kedengaran. Terhenjut-henjut bahuku dibuatnya kerana cuba menahan tangisan serta kesedihanku ini.

Wajahku sudah teruk dikerjakan air mata. Basah sebasah-basahnya dibuatnya. Dengar kata perempuan nampak cantik lepas menangis. Ada betul, ka?

Rambutku juga sudah habis berserabai sehingga hampir menutup mukaku. Memang tak rupa macam orang.

Aku yang sedang mencangkung di bawah pokok yang rendang itu, berharap agar tidak ditemui sesiapa. Walaupun aku sedar bahawa aku masih berada di dalam kawasan sekolah. Jadi, tidak mustahil jika ada pelajar yang lalu-lalang lalu ternampak aku yang sedang menangis itu.

"Yaya,"

Saat terdengar namaku dipanggil, aku lantas mendongak ke atas. Kelihatan seseorang sedang berdiri di hadapanku sambil kepalanya ditunduk untuk melihatku yang sedang mencangkung itu. Memang macam dalam drama Legend Of The Blue Sea di mana Heo Joon-jae menghulurkan payung kepada Shim Cheong.

Aku tidak pasti siapa yang memanggilku itu kerana mataku tertutup dengan rambut, tetapi aku pasti bahawa dia merupakan seorang pelajar lelaki kerana suaranya yang garau itu.

Mulutku terlopong kerana cuba bernafas dengan menggunakan mulut memandangkan hidungku sudah tersumbat.

Aku mengamati wajah pemilik suara itu. Tapi aku masih tidak pasti siapakah gerangan tersebut kerana tidak dapat melihatnya dengan jelas.

Aku sudah rabunkah?

Ya, aku terlampau sedih sehingga tidak perasan rambutku sudah melekat pada wajahku.

Lelaki itu tertawa kecil melihat penampilanku ketika itu. Aku mengerutkan dahi.

Lalu, dia duduk mencangkung di hadapanku. Perlahan-lahan jari-jemarinya membetulkan rambutku.

Sambil dia membetulkan rambutku, dia berkata, "Hei, ini sayalah!"

Dan wajahku sudah bebas dari sebarang benda mahupun perkara yang menganggu pemandanganku.

Dan aku memandang wajah lelaki tersebut.

"A-Aliff? Abang Aliff?" serta-merta aku terduduk di atas tanah. Sekejap? Aliff datang memujukku? Biar betul?

Muka Aliff kekal tenang. Tidak senyum, malah tidak membuat muka masam. Tetapi wajahnya mampu membuat seseorang berasa tenang saja. Mungkin sebab itulah dia menjadi kegilaan ramai.

Aliff memandangku.

Hatiku berdebar-debar. Bagaikan mahu meletup sekarang juga.

Apa yang Aliff cuba lakukan padaku ini? Kenapa dia datang sini? Selama ini dia tak pernah menegurku, tetapi hari ini... Apa yang sedang berlaku ini?

"Minta maaf,"

"Apa?" terkejutku dibuatnya apabila perkataan 'maaf' terpacul dari mulutnya.

Aliff mengeluh kecil. "Mereka semua tak maksudkan macam itu. Mereka cuma tidak mahu sebarang gosip terjadi jika kami memilih secret admirer sebagai ahli kami," Aliff mengaturkan kata-katanya. Matanya yang mampu membuat sesiapa sahaja hanyut, memandangku tepat.

Aku menelan air liur. "Oh, ni pasal tadi ke? Tak apalah. Saya tak kisah," jawabku. Aku cuba mengawal nada suaraku agar tidak jelas sangat bahawa aku sedang terketar-ketar.

Aliff mengusap rambutku. Ya, Tuhan! Sumpah aku rasa macam jantungku mahu berhenti sekarang juga!

"Awak tipu sayakah? Terang-terang awak tengah nangis tadi," katanya.

Aku menunduk ke tanah. Tidak berniat mahu menjawab.

"Awak Tingkatan 2 kan? Ah, masih muda lagi! Awak kejarlah impian awak mahu jadi penyanyi," katanya.

Aku memandangkan mukanya sesaat. Lalu, aku melarikan pandangan.

Terangkat kening Aliff apabila melihat reaksi janggalku itu.

Apa yang berada dalam fikiranku ialah, aku bukannya mahu menjadi seorang penyanyi pun. Aku masuk ke dalam ujibakat FAZ Band pun sekadar mahu menjadi lebih rapat dengan Aliff sahaja.

Lalu, kami menyepi.

"Boleh tak awak jadi guru vokal saya?" tiba-tiba, Aliff menyatakan hasratnya.

Aku memandang Aliff tidak berkerdip. Bulat mataku saat otakku memproses kata-katanya sebentar tadi. Sekejap, aku tengah mimpikah?

Apabila sedar bahawa Aliff sedang memandangku tanpa sebarang perasaan, barulah aku sedar yang dia sedang serius.

"Er, guru vokal?" tanyaku ragu-ragu. Aliff memberikan segaris senyuman. Ah, walaupun senyum macam nak taknak pun mampu buat aku rasa nak pengsan!

"Ya, guru vokal. Kalau awak taknak tak apa. Saya boleh cari orang lain," kata Aliff selamba lalu bersedia untuk mengangkat kaki dari situ.

"Eh, eh!" Aku cepat-cepat menarik lengannya kerana mahu menghalangnya dari pergi.

Aliff membuat muka apabila melihat aku menarik lengannya. Cepat-cepat aku melepaskan pegangan. Nampaknya lelaki ini tak sukakan sentuhan fizikal. Macho-nya!

"Er... sa-saya boleh ajar awak...," kataku perlahan.

Aliff tersenyum. "Okey, kalau macamtu, esok kita jumpa, tau!" katanya. Sekali lagi dia melontarkan senyuman sebelum beredar dari situ. Dan rasanya itu merupakan kali pertama aku melihat dia memberikan sebuah senyuman yang sangat manis kepadaku.

Dan selepas hari itulah, kami mula bertukar nombor, menghantar mesej setiap malam sebelum tidur, meluangkan masa lapang di studio untuk melatihnya menyanyi sehingga ramai pelajar perempuan yang cemburu terhadapku kerana aku satu-satunya pelajar perempuan yang sentiasa mendapat perhatian maksimum daripada Aliff yang sememangnya agak jual mahal dengan kaum wanita yang lain.

Hubungan persahabatan kami berdua amat baik sehingga pada suatu hari, ketika aku sudah berada di Tingkatan 3....

Satu sekolah kecoh dengan gosip terhangat iaitu Aliff dengan Izyan mempunyai hubungan yang lebih daripada seorang kawan!

Kelasku juga tidak ketinggalan untuk bercerita tentang berita panas ini. Yalah, tiada siapa yang pernah melihat Aliff serta Izyan bersama-sama. Malah, ramai yang ingat Aliff sebenarnya couple denganku sejak dulu.

Aku juga berasa curiga kerana selama ini Aliff tidak pernah menceritakan tentang hubungannya bersama Izyan kepadaku.

Bum!

Pintu kelasku dihempas, lalu Izyan yang merupakan seorang pelajar dari kelas sebelah meluru ke arahku.

Aku yang sedang duduk di tempatku, sudah terketar-ketar. Habis pucat mukaku! Yalah, nampak sangat Izyan mahu mencari gaduh denganku.

Pelajar yang berbaju kurung sekolah serta bertudung putih itu berdiri tepat di hadapan mejaku sambil membuat mimik muka yang amat mengerikan.

"Yaya, aku taknak cakap banyak! Sekarang ni ramai yang kata aku sebenarnya rampas boyfriend kau. Ewah-ewah, kau jangan perasan yang kau ni pernah jadi girlfriend dia," fuh, melulu dia menengkingku.

Aku menelan air liur. "Aku memang tak pernah jadi girlfriend dia pun...," kataku perlahan.

Izyan tersenyum sinis. "Apa dia?" tanyanya.

"Er, aku memang bukan girlfriend dia pun," aku menguatkan nada suaraku.

Izyan memeluk tubuh. "Bagus. Sekarang semua orang dalam kelas ni saksi yang aku bukannya perampas!" jerit Izyan, lalu dia memandangku tajam.

"Dengar sini. Aku taknak kau dengan Aliff rapat lagi!" herdik Izyan sambil menolak dahiku, lalu dia berlalu dari situ dengan perasaan hati yang puas.

Dan sejak dari hari itulah, hubungan persahabatan antara aku dengan Aliff semakin renggang, dan akhirnya kami bertukar menjadi stranger.

Walau bagaimanapun, hubungan Izyan dan Aliff tidak kekal lama. Mereka mampu bertahan selama lima bulan sahaja dan berpisah kerana katanya Aliff mahu menumpukan perhatian kepada SPM yang bakal didudukinya memandangkan pada tahun tersebut, Aliff sudah berada di Tingkatan 5.

Aku sangkakan aku boleh menjadi rapat semula dengan Aliff memandangkan dia sudah putus dengan Izyan, tetapi aku tak nampak langsung tanda-tanda dia mahu menegurku semula seperti dulu.

Jadi begitulah kisah cintaku yang tidak dibalas terhadap Aliff dan persahabatan kami cuma kekal selama setahun sahaja iaitu ketika aku berada di Tingkatan 2 sehingga aku di Tingkatan 3.

Tak lama kemudian juga, Izyan datang meminta maaf kepadaku kerana menyerangku tempoh hari. Lalu, tiada lagi tercetusnya pergaduhan di antara kami berdua.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro