Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 5

Aku masuk ke lebuh raya kerana kurang pasti jalan mana yang patut aku pergi. Aku mencuri-curi pandang lelaki di sebelahku. Nampaknya dia sedang tersandar sambil menutup mata. Nampak gaya macam seseorang yang sedang lega saja. Lega tentang apa agaknya?

Tiba-tiba, dia membuka matanya. Aku yang terkejut cepat-cepat memandang jalan semula. Haih, takut juga kalau dia korek biji mataku hanya sebab memandangnya tanpa izin.

Beberapa saat kemudian, aku cuba mencuri-curi pandang semula.

Aku memandang matanya memandangkan hidung serta mulutnya ditutup dengan topeng kain berwarna hitam.

Sepet.

Mungkin dia orang Cina sebab itulah.

Baiklah. Aku nak pandang lagi.

Sekali lagi aku cuba untuk memandangnya.

Aku mengangkat keningku.

Ceh, apa punya stail-lah? Rambut warna merah? Pelik-pelik je mamat Cina ni.

Haha, sempat lagi aku mengutuk dia dalam hati!

"Hey, what are you thinking about?" tegur Niel kepadaku. Aku hanya mendiamkan diri, takut mahu menjawab. Aku cuma fokus terhadap pemanduanku walaupun sebenarnya otak sedang ligat memikirkan apa yang sebenarnya sedang berlaku ketika ini.

"Erm, can you send me to Hotel Angsana?" mintanya. Hah, Hotel Angsana? Buat apa dia nak pergi sana? Dia pelancongkah?

Sekejap.

Kenapa aku nak kena dengar cakap dia?

Lalu, aku memberhentikan keretaku memandangkan terdapat sebuah RnR di sebelah jalan.

Niel mengerutkan dahi kerana hairan akan tindakanku yang tiba-tiba memberhentikan kereta di RnR.

Aku membetulkan rambutku lalu menghelakan nafas yang agak kuat. Kemudian, aku memusingkan badanku ke arahnya sambil membuat muka yang serius. Ya, Yaya Suhaila yang takut tadi sudah hilang!

"Excuse me, sir. Who are you actually and why did you asked me to drop you at that hotel apa entah tu? Do you think that I am your Uber's driver?" dengan perasaan yang geram, aku menyoalkan kepadanya.

Aku dan sifat keras kepalaku, memang tidak akan berpisah. Suka hati saja mamat Cina ni main masuk kereta aku, lepas itu mintak hantar ke hotel pula itu! Amboi..amboi..

Terkebil-kebil mata lelaki itu melihat aku memarahinya sebegitu.

"Now tell me. What happened just now? Why did you jumped into my car?" aku mula kembali kepada soalan utamaku yang dari tadi bermain-main dalam fikirkanku.

Niel menelan air liurnya apabila melihat aku menjungkilkan mataku kepadanya. Tak sangka pula aku segarang itu sehingga boleh memarahinya.

Niel tertawa kecil kerana mahu menghilangkan suasana yang agak tegang itu tetapi malangnya mukaku semakin bengis apabila melihatnya ketawa kecil.

"Woah, chill! You talk like an ahjumma. Just be chill," kata Niel. "Ahjumma. What is that?" tanyaku pula sambil membuat muka pelik.

Niel menggelengkan kepalanya sambil menjawab, "nothing!"

Aku merengus kasar apabila melihat perangai mamat ni yang macam tidak matang. Di waktu genting ini jugalah dia mahu membuat lawak!

Aku yang sudah hilang sabar, terus menarik rambut merahnya itu. Niel menepuk-nepuk dashboard kereta kerana merasai kesakitan yang seperti boleh membuat mati! Dia meronta-ronta agar dilepaskan.

"Now, sir. Please answer my questions," kataku sambil menekankan perkataan 'answer' agar lelaki ini tidak bermain-main denganku lagi.

"O-okay! But please let me go!" mintanya separuh menjerit. Air matanya juga terkeluar sikit akibat tarikanku yang amat kasar.

Aku terus melepaskan rambutnya. Tangaku ditepuk-tepuk takut-takut pewarna rambutnya luntur pada tapak tanganku. Karang tak pasal-pasal jadi merah!

Niel segera membetulkan rambutnya. Yalah, rambut merupakan kunci bagi lelaki yang mahu kekal segak dan tampan bergaya.

"I was chased by a debt collector," mendatar Niel mengaturkan kata-kata tetapi sebenarnya dia sedang menipu. Tangannya masih sibuk membetulkan rambutnya.

Aku hanya diam apabila mendengar pengakuan mengejutnya itu.

Pakaian yang dipakai oleh lelaki itu tidaklah seteruk mana tetapi rupanya dia seorang penghutang. Pasti dia seorang yang susah. Haih, lembutnya hati kau, Yaya!

"Hey, since you already ruined my hair, can you send me to my hotel?" cadang Niel, sambil jarinya ditunding pada rambut merahnya yang sudah hancur dan mengembang. Sama seperti rambut gaya afro!

Aku tertawa kecil melihat rambutnya yang kelakar itu. Tetapi aku cepat-cepat cover setelah melihat muka Niel yang agak bengang dengan tindakan mengejutku iaitu menarik rambutnya tadi.

Tanpa banyak bunyi, aku mula memandu keretaku menuju ke Hotel Angsana.

Lalu, pemanduan yang mengambil masa kira-kira 10 minit itu hanya sunyi tanpa sebarang bicara.

Hotel Angsana.

Aku menekan brek apabila sudah sampai di tempat penginapan mamat Cina ini. Setelah mengucapkan terima kasih, dia segera membuka pintu untuk keluar.

Baru sahaja dia mahu menutup pintu kereta, aku terlebih dahulu memanggilnya.

"Wait!" panggilku.

Dia mengangkat kening tanya kenapa. "Er.., about your debt, how much that you need to pay?" tanyaku. Sebenarnya, aku bercadang mahu menolongnya sebanyak yang aku mampu. Hal ini juga kerana aku berasa bersalah kerana menjadikan rambutnya menjadi stail afro tadi.

Niel seperti sedang memikirkan sesuatu, seakan-akan tidak memahami maksud pertanyaanku. Lalu, dia membulatkan mata seperti ada mentol sedang menyala di atas kepalanya.

"Oh, about that debt! Actually I'm just joking about it," dengan selamba, Niel mengaku akan penipuannya.

"Wait what?" sekelip mata darahku naik hingga ke otak. Pantang mak nenek aku kena tipu! Kena tipu dengan orang luar pula itu!

"Thank you again, ahjumma!" ucapnya sambil menutup pintu keretaku lalu berlari laju memasuki ke dalam hotel.

Terjerit aku apabila terkejut melihat kelakuannya yang macam budak-budak itu. Memang tak matang! Budak ini memang nak kena ajar!

Baru sahaja mahu membuka pintu untuk mengejar lelaki tadi, tiba-tiba telefon pintarku berdering.

Haih, masa macam inilah ada orang telefon!

Nama Intan tertera pada skrin. Aku segera menjawab panggilannya itu.

"Yaya, kau dekat mana?" soalan itu yang pertama sekali terpacul dari mulut Intan.

Intan yang sedang menuju ke keretanya, sedang membantu Rusydina berjalan kerana dia sedang menangis teruk. Macam putus cinta saja rupanya!

Aku agak terkejut terdengar suara esakan Rusydina yang semakin kuat itu.

"Kejap! Itu Rusydina, kan? Kenapa dia nangis?" bertalu-talu aku memberi soalan. Cemas aku dibuatnya! Dah kenapa sepupu aku sorang ni tiba-tiba menangis? Patutnya waktu beginilah dia bergembira kerana dapat berjumpa dengan idola kesayangannya.

"Konsert dibatalkan," jawab Intan ringkas.

"Apa?" dengan nada menjerit, aku bertanya.

"Ya, dibatalkan. Tak tahulah apa sebabnya. Pengurus event suruh tunggu kenyataan rasmi keluar nanti," jelas Intan panjang lebar.

Saat itu jugalah tangisan Rusydina semakin kuat. Pasti dia kecewa kerana tidak dapat berjumpa dengan Niel kesayangannya itu.

"Er, duit pula macam mana? Dia orang bagi balik tak?" Haih, Yaya! Itu pula yang lebih dirisaukan olehnya! "Bermula bulan depan, duit akan dipindahkan ke akaun masing-masing," jawab rakan perempuanku itu.

Aku mengangguk tanda faham. Entah kenapa aku pergi angguk kepala. Bukan ada yang nampak pun!

"Yaya! Aku nak jumpa Niel!"

Tiba-tiba aku terdengar jeritan Rusydina di corong panggilan. Hmm, aku pula yang rasa sebak.

"Tunggu kejap kat sana. Aku on the way," beritahuku, lalu bersedia untuk memecut menuju ke stadium.

"Eh, tak payah! Kita tunggu saja dekat pusat beli-belah mana-mana," kata Intan.

Usai menetapkan tempat untuk berjumpa, aku segera meninggalkan kawasan Hotel Angsana dan sekelip mata aku terlupa akan kemarahanku terhadap lelaki yang suka-suka tumpang keretaku tadi.

Dan pada masa itu jugalah, lelaki itu atau namanya Niel sedang keluar dari pintu hotel bersama bagasinya. Tangannya dilambaikan untuk menahan teksi. Lalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi destinasinya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro