Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 2

Ibu Rusydina menghulurkan dua keping kertas bersaiz kecil dan memanjang kepada anaknya itu.

Rusydina mengerutkan dahi kerana curiga dengan pemberian tersebut. Lantas, dia menilik kertas itu lalu membaca setiap huruf yang dicetak pada kertas berwarna biru tua itu.

Mata Rusydina membulat. Mulutnya terlopong. Badannya habis tegak kerana terkejut dengan isi kandungan kertas itu.

Ahli keluarga yang lain sudah mula tidak sabar mahu tahu apakah kertas itu sebenarnya. Cek duitkah?

"Oh, Tuhanku! Mama! Inikan....," Rusydina tidak mampu meneruskan kata-katanya. Tangannya menutup mulutnya yang membuat bentuk huruf 'O'. Matanya sudah berkaca dan menjadi kemerah-merahan.

Ibunya mengangguk sambil tersenyum manis. "Ya, sayang. Itu tiket VIP ke konsert kumpulan K-Pop kesayangan kamu itu,"jawab ibu Rusydina, sekaligus cuba untuk melenyapkan rasa tanda tanya di dalam kepala kami semua.

Air mata Rusydina menitis. Lantas, dia memeluk ibunya erat. Ucapan terima kasih diulanginya beribu kali.

"Ya, sama-sama. Tapi jangan lupa, minggu depan dah mula SPM. Gembira, gembira juga. Belajar jangan lupa," pesan ibu Rusydina sambil menggosok kepala anak perempuannya yang berambut paras leher itu.

Rusydina tersengih. Kepalanya lantas dianggukkan ke atas lalu ke bawah. Air mata gembiranya disapu laju.

"Tiket tu ada dua. Ajaklah lagi sorang buat teman," sambung ibunya.

Rusydina melepaskan pelukannya, lalu memeriksa semula tiket yang dipegang kemasnya itu. Betullah, ada dua!

Rusydina memusingkan kepalanya lalu memandangku. Aku cepat-cepat menyambut kek-ku itu semula kerana ingin berpura-pura tidak nampak apa yang sedang berlaku tadi.

Seperti kilat, Rusydina pantas menyambut lenganku lalu memeluknya manja. "Yaya, please....," katanya sambil membuat muka comel.

Aku mengeluh kecil. Ah, terkantoi! "Rusydina, kau tahu kan aku tak minat K-Pop? Nanti buat bazir je sebab aku nanti tidur masa konsert tu,"

Tidur masa konsert? Wah, biar betul aku ni?

Rusydina mencebik. Dia perlahan-lahan melepaskan pelukannya pada lenganku. Tiba-tiba, ibuku muncul dari dapur.

"Teman jelah sepupu kamu itu! Anggaplah itu hadiah hari jadi daripada kamu,"

Ah, sudah! Ibuku sudah masuk campur. Ahli keluarga yang lain juga sudah mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju. Nampaknya, tak dapatlah aku mengelak dan terpaksalah aku menemani Rusydina ke konsert yang aku tak tahu pun siapa penyanyi dan penarinya itu!

****

Aku mengeluarkan buku latihan subjek Biologi daripada laci mejaku. Lalu, aku membuka muka surat yang masih lagi aku belum siapkan. Pen sudah bersedia di jari, otak pula tidak sabar untuk diasah.

Baru saja mahu membaca soalan yang pertama, tiba-tiba telingaku menangkap sesuatu bunyi daripada perbualan seseorang. Ia agak menarik perhatianku lalu aku mula memasang telinga,

"Aku dengar tiket konsert H-Boys dah habis dijual," Izyan, salah seorang rakan sekelasku sedang berborak bersama Huda.

"Seriuslah? Wah, ramai juga peminat H-Boys rupanya!" balas Huda sambil menarik kerusi di tempat duduknya, iaitu di belakang tempat dudukku.

Izyan yang tempatnya berada di sebelah Huda, turut menarik kerusi lalu duduk.

"Aku sumpah nak pergi tapi mak aku tak kasi. Dia suruh fokus SPM dulu," ngadu Izyan. Mulutnya dimuncungkan tanda sedih dan kecewa.

"Aik? Kan konsert tu selepas kita habis SPM. Takkan tak boleh juga?" tanya Huda sambil mengangkat kening, hairan.

Izyan mengeluh. "Itulah. Aku nak sangat jumpa dengan Niel. Aku harap tahun depan dia orang datang buat konsert lagi," kata Izyan.

Pen yang dipegang kemasku itu terlepas secara automatik saat terdengar nama Niel disebut.

Wah, ingatkan Rusydina sorang saja yang minat Niel. Rupanya ramai lagi!

Memang sejak kebelakangan ini sekolah serta media sosial kecoh tentang bakal kedatangan kumpulan K-Pop yang diberi nama H-Boys ke Malaysia untuk membuat konsert buat pertama kalinya di negara tanah tumpah darahku ini.

Nama Niel yang merupakan salah seorang ahli H-Boys pula yang paling kerap disebut kerana katanya dialah yang paling kacak antara ramai-ramai ahli.

Mataku bergerak ke arah atas tanda sedang berfikir sesuatu. Betulkah Niel itu handsome sangat? Haih, tiba-tiba rasa tak sabar mahu ke konsert itu semata-mata mahu melihat Niel secara langsung!

"Belajar ke tu?"

Aku sedikit terperanjat kerana tiba-tiba saja seseorang menegurku. Rakan semejaku, Intan tertawa kecil melihat telatahku.

"Hei, saja nak buat aku sakit jantung, kan?" marahku lalu membuat muka masam. Intan menepuk bahuku. "Maaf, Yaya," ucapnya ringkas. Huh, nampak sangat tak ikhlas!

Aku diam, tidak membalas apa-apa. Lalu, aku kembali fokus terhadap soalan Biologi yang memeningkan kepalaku itu.

Intan juga mahu menurut serta. Dia mengeluarkan buku latihan Matematik Tambahan untuk menggerakkan enjin otaknya itu.

Tiba-tiba, kerusi Intan digoyangkan perlahan. Pantas Intan menoleh ke belakang. Siapa lagi jika bukan Izyan dan Huda?

"Kenapa?" tanya Intan sambil mengangkat keningnya.

"Kau minat H-Boys, kan? Kau pergi tak konsert dia orang bulan Disember ini?" tanya Huda. Izyan memandang tepat Intan kerana tidak sabar mahu mendengar jawapannya.

Intan tersenyum lebar. "Gila weh kalau tak pergi! Aku teringin sangat nak jumpa dengan Niel, tu!" jawab Intan dengan bersungguh-sungguh.

Ah, nama Niel lagi!

"Okey, apa yang paling menarik yang ada dekat Niel?" tanya Huda. Intan dan Izyan sudah membulatkan mata sambil tersenyum lebar kerana tidak sabar untuk menjawab pertanyaannya itu.

"Kita jawab sama sama tau!" sambungnya lagi.

"Satu,"
"Dua,"
"Tiga,"

"Rambut dia!"

Serentak tiga orang sekawan itu menjawab lalu ketawa terbahak-bahak. Ya, ramai yang berpendapat bahawa rambut Niel yang berwarna merah kegelapan itu sangat menawan dan juga seksi.

"Yaya, kau pergi ke konsert tu?" tiba-tiba, Huda bertanya kepadaku pula setelah tawaan gembira mereka reda. "Yaya mana minat K-Pop," sampuk Intan.

"Aik, Yaya kan pandai menyanyi. Takkanlah tak minat K-Pop?" soal Izyan pula.

Aku menghelakan nafas yang panjang sebelum mula menjawab persoalan mereka semua itu.

"A- aku pergi,"

Jawabku ringkas, sambil menolehkan kepala memandang mereka bertiga.

"Seriuslah?" tanya Intan sambil memegang lenganku. Matanya terbeliak habis, tidak percaya akan kenyataanku.

"Eh, takkanlah? Tempat duduk mana yang kau ambil?" tanya Izyan pula. Wah, terang lagi benderang mereka semua tidak percaya bahawa aku betul-betul maksudkannya.

"Tempat duduk VIP."

"A- apa?"

****

Niel berjalan menghampiri studio untuk ahli kumpulan mereka berlatih menari.

Baru sahaja hendak mengetuk pintu, tiba-tiba telinganya menangkap sesuatu bunyi iaitu ahli kumpulannya yang lain sedang berbual dengan pengurus syarikat tariannya.

Niel mendekatkan telinganya pada pintu agar dapat mendengarnya dengan lebih jelas lagi.

"I think we should kick Niel from this band."

"Yes, he is so bad at dancing. I can't handle it anymore!"

"But we can't do that. He is the most handsome member in this group. Fans love his face."

Mata Niel mula berkaca. Air matanya juga sudah tidak sabar mahu jatuh ke tanah. Lalu, dia terdengar pengurusnya mula memberi pendapat. Niel menutup mulutnya, kerana risau jika dia tersedu-sedan akibat menahan tangisan daripada pecah.

"We decided to give him an unfair payment so he can leave this group with feeling unfairly treated," jelas pengurusnya, Kang Jae-wook.

Niel mengetap bibir, menahan rasa panas di hati. Sampai hati mereka mahu membuang Niel dengan cara begitu!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro