Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 18

Aku mengatur langkah memasuki kamar tidurku untuk mengambil telefon. Memandangkan aku memang sudah lapar tambah duit pun sudah berada di genggaman, baik aku terus pergi mengisi perut.

Laci meja solek ditarik, lalu telefonku dicapai. Mataku menangkap sesuatu yang turut berada di dalam laci tersebut.

Perlahan-lahan aku ambil benda itu lalu meniliknya.

Cincin pemberian Aliff.

Memang sejak hari Aliff melamarku, aku tak pernah langsung sarungkan cincin ini ke jari manisku. Kenapa? Entahlah.. Walaupun dia Encik Crush yang aku dambakan selama ini, tetapi aku tetap belum bersedia sepenuhnya untuk menjadikan hubungan ini lebih serius.

Kemudian, aku menyimpan semula cincin emas tadi ke dalam laci. Dengan segera, aku mencapai baju sejukku lalu menapak keluar dari rumah. Food, kau tunggu aku datang!

****

Seluar jeans berwarna hitam, baju sejuk berwarna merah jambu muda serta tudung hasil lilitan Aunty Dyane menjadi fesyenku pada malam itu.

Aku juga sarungkan topi beanie berwarna coklat pada kepalaku kerana cuaca di sana agak sejuk. Jadi, tak ramai yang perasan aku seorang gadis yang berhijab. So, tak perlulah hadap muka pelik dia orang bila tengok aku bertudung. Haha!

Sebenarnya, aku malas mahu membuka tudung ini kerana aku suka akan gayanya. Kiranya, aku sayang nak buka.

Aku ternampak ada satu lorong yang penuh dengan khemah gerai makanan. Macam pasar malam saja rupanya. Ramai juga manusia sedang berlalu-lalang mencuci mata di sana.

Hm, mungkin ini gerai yang Aunty Dyane maksudkan! Tanpa melengahkan masa lagi, aku menghayunkan langkahku menuju ke sana dengan perasaan yang teruja.

Wah!

Terbeliak habis mataku jadinya!

Memang bermacam-macam jenis makanan ada dekat sini. Nampak sedap betul semua street foods dia orang ni!

"Ingat, pastikan Halal!"

Pesanan Aunty Dyane sebelum meminta diri tadi terngiang-ngiang di dalam benak fikiranku.

Betullah, kena pastikan halal dulu!

Aku mula berjalan melepasi gerai-gerai yang aku rasa musykil akan rasa dan status halalnya.

Kebanyakkan gerai yang aku lalu pasti ada botol alkohol di atas meja masak mereka. Tujuannya adalah sebagai salah satu bahan masakan mereka.

Dan hampir kesemua gerai itu nampaknya tidak Halal!

Aku mengeluh. Kriuk.. perutku semakin rancak berkeroncong. Kaki pun sudah sampai di penghujung pasar tetapi malangnya satu makanan pun aku belum beli.

Kenapalah Aunty Dyane sibuk malamni? Sudahlah hari pertama aku dekat sini, tapi kena berjalan sorang-sorang pula. Aliff yang beria ajak aku datang sini, batang hidung dia pun aku langsung tak nampak!

Tiba-tiba, langkahku terhenti sejurus mata menangkap sebuah gerai yang menjual oden! Alah, oden yang macam dekat Family Mart tu!

Aku mengintai meja masaknya dan aku pasti, tiada walau sebotol minuman alkohol pun di situ!

Memandangkan aku memang dah lama tak singgah makan oden di Family Mart, laju aku beratur di belakang manusia-manusia yang turut sedang beratur di hadapan gerai tersebut.

Ramai juga orang yang sedang menunggu giliran. Ni mesti sebab oden ni sedap gila!

Aku sudah tidak sabar untuk merasanya.

Setelah kira-kira 5 minit berdiri, akhirnya sampai juga di giliranku.

"Ma'am, is this oden Halal?" tanyaku dalam Bahasa Inggeris. Wanita yang kira-kira berusia 50-an itu mengerutkan dahi, tanda tidak faham akan maksudku.

Aku menggarukan kepalaku yang tidak gatal. Lalu, aku cuba untuk bertanya lagi. "Can you speak English, ma'am?" soalanku diajukan lagi.

Wanita yang mendengar perkataan 'speak English' itu terus dapat mengagak apa yang cuba disampaikanku.

"No.. I speak English, cannot.. Cannot speak..." wanita itu sekadar menghentam saja ayat yang dia ingat sewaktu belajar di sekolah tinggi dahulu. Tangannya dikibas-kibaskan tanda tidak.

Aku yang memahami akan maksudnya, mengangguk-anggukkan kepala beberapa kali. Nampaknya, wanita ini tidak fasih berbahasa inggeris.

Aku menggarukan kepalaku yang tidak gatal. Lama kot aku beratur kat sini dan aku memang teringin sangat nak makan oden ni.

Aku menghelakan nafas sejenak sebelum meneruskan pertanyaan. Aku taknak mengaku kalah!

"Ma'am.. This oden...," jariku menghala ke arah odennya yang sedang menggelegak di atas dapur api.

"..., no pork, right?" lalu aku menyilangkan tanganku tanda tiada atau tidak.

"Er.." wanita itu berfikir sejenak. Lalu, dia mengangguk-anggukkan kepalanya setelah wayar otakkan bersambung kembali.

"Yes.. No pork.. Chopsticks yes..." balas wanita itu sambil jarinya juga menunjuk-nunjuk kuah odennya yang nampak sungguh menyelerakan.

Tersengih lebar aku dibuatnya apabila wanita itu memahami akan soalanku dan menyatakan bahawa bahan basah oden yang digunakan bukannya daging khinzir. Tapi apa kena mengena dengan chopsticks pula?

"Seriously, no pork?" tanyaku lagi, ingin mendapatkan kepastian. Wanita itu laju mengangguk. "Yes, no pork.." balasnya.

Aku menghela nafas lega. Dapatlah juga aku merasa oden ni.

Baru sahaja mahu membuat pesanan, tiba-tiba bahuku disentuh seiring dengan teguran si penyentuh itu.

"Uh! Ahjumma! Annyeong-haseyo!" tegur si gerangan itu dengan nada yang agak ceria.

Ahjumma? Macam pernah dengar perkataan itu tapi dari mana, ya?

Aku pantas menolehkan kepalaku ke belakang, mencari empunya suara tadi yang pastinya seorang lelaki kerana suaranya yang garau.

Aku memandang wajah si penegurku itu.

Rambutnya berwarna merah kegelapan, matanya sepet, tanda seorang rakyat Korea Selatan yang tulen, hidungnya juga mancung, kulit mukanya sangat licin dan bersinar bak kulit telur.

Senyumannya.. aku tak pasti bagaimana mahu terangkan tetapi hati aku tiba-tiba terasa sesuatu seakan geli-gelaman apabila melihat dia tersenyum manis sebegitu kepadaku.

Manisnya lelaki ini..

Aku cuba kembali ke realiti.

"Sorry? Ahjumma?" aku melontarkan dua ketul pertanyaan.

Lelaki Korea Selatan itu tertawa kecil. Sekali-lagi hatiku terasa sesuatu apabila melihat kemanisan mukanya tetapi aku cuba mengawal riak mukaku agar tidak terlampau jelas.

"Ahjumma means aunty," jawabnya lembut. Oh, makcik ke maksudnya?

Sekejap!

Apa? Kau panggil aku makcik?

Berderau darahku dibuatnya apabila mengetahui maksud di sebalik perkataan 'ahjumma' itu.

Baru saja mahu memarahinya, lelaki itu terlebih dahulu bersuara.

"You're a muslim, right?" tanyanya. Nada suaranya masih kekal mendatar dan lembut. Sedap hati mendengar cara percakapannya itu.

Aku agak terkejut apabila mendengar pertanyaannya. "Y-yes.. How did you know?" aku bertanya lagi.

"You are wearing a hijab," beritahunya sambil jari telunjuk dihalakan pada tudung selendang yang dipakaiku.

Mahu saja aku menepuk-nepuk dahi kerana malu. Yalah, terang-terang aku tengah pakai tudung. Mestilah itu sebabnya lelaki ini tahu akan agamaku.

"By the way, the street foods here are non-Halal," jelasnya.

"But that ma'am said there's no pork in her oden," balasku dengan nada sedih. Yalah, aku memang teringin nak merasa kuah oden yang panas dan pedas itu.

"It's just a misunderstanding because that ahjumma doesn't understand what you mean," ujarnya pula.

Aku mengerutkan dahi. Lah, makcik tu sendiri yang cakap 'no pork' tadi. 'Misunderstanding' apanya?

Baru sahaja mahu bertelagah, terlebih dahulu lelaki itu bersuara.

"It's okay, ahjumma. Let me take you to a halal restaurant," pelawa lelaki itu, sekaligus membuatkan aku terkejut apabila dia sanggup menawarkan diri untuk membawaku makan.

Patut ke aku terima pelawaannya sedangkan aku langsung tak kenal dia?

Dah kalau mamat ni orang jahat pula macam mana?

Melihat aku yang sedang ragu-ragu untuk memberikan jawapan, lelaki itu laju menyakinkan aku.

"Don't worry.. I'm not a kidnapper. I just want to help you," beritahunya sambil melontarkan sebuah senyuman.

Aku tersentak melihat dia tersenyum lagi. Kenapa aku rasa lain macam bila tengok dia senyum, ya?

"Er.. o-okay.." jawabku sambil membalas senyumannya walaupun senyumanku agak janggal saja rupanya.

Lelaki itu tersenyum puas apabila aku tidak menolak akan ajakkannya, lalu dia menjemputku untuk mengikutnya ke restoran yang dinyatakannya tadi.

"Er, sorry.."

Lelaki itu pantas memandangku semula. "Yes?" jawabnya apabila terdengar aku memanggilnya.

"Er.. what is your name, sir?" teringin juga aku mahu mengetahui nama lelaki warga Korea ini.

Lelaki itu tergelak kecil kerana baru teringat yang dia belum memperkenalkan diri.

"Hahaha.. Kim Seung-hyu, but you can call me, Seung-hyu," jawabnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro