Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 16

Pelukan aku dengan ibu dileraikan. Ibu mengelap pipinya yang basah. Telingaku terdengar juga yang dia tersedu perlahan.

Aku memuncungkan mulut. "Alah, ibu! Janganlah nangis. Yaya kejap je... Dua bulan saja dekat sana," jawabku dengan nada merajuk.

Ibu memaksa dirinya untuk tersenyum. "Yalah, ibu tak nangis. Barang-barang semua dah bawa? Tak tinggal apa-apa?" tanya ibu untuk mendapatkan kepastian.

Aku segera menganggukkan kepala dengan yakin. "Ibu minta maaf tak dapat hantar ke airport. Ibu ada meeting kejap lagi," beritahu ibu. Aku sekadar mengangguk.

Lagipun aku memang mengharapkan ibu dan ayah tidak menghantarku kerana risau jika mereka dapat tahu bahawa aku pergi ke Korea bersama Aliff.

Lalu, aku bersalaman dengan ayahku pula. "Hati-hati dekat sana. Dengar cakap Aunty Dyane," ayah memberikan arahan. Aku mengangguk laju.

Pon! Pon!

Tak lama kemudian, perkhidmatan Grab yang aku order melalui telefon pintar sudah pun tiba. Lalu, aku menarik bagasiku menuju ke teksi tersebut. Sempat aku melambaikan tangan kepada kedua-dua orang ibu bapaku sebelum masuk ke dalam perut kereta.

****

Selendang putih yang berkelipan dan berkilat itu dililitkan pada bahagian kepala Shafiqah. Sempat tukang solek yang diupahnya membetulkan solekan pada wajah gadis itu.

Usai dihias, Shafiqah diminta berdiri untuk melihat penampilannya di hadapan cermin.

Shafiqah berasa sangat berpuas hati dengan penampilannya. Wajahnya cukup berseri-seri kerana selama ini dia tidak pernah bersolek secantik ini.

Gaun berwarna putih yang disarungkannya kelihatan sungguh elegen dan cantik.

Walaupun ini merupakan perkahwinan yang ditentukan oleh ahli keluarga, Shafiqah tetap gembira kerana dapat berkahwin dengan anak orang kaya. Malah, bakal suaminya sangat kacak dan mampu membuat sesiapa sahaja cair dengan pandangannya.

Pintu dikuak lalu Datin Maryana kelihatan. Datin Maryana tidak sabar untuk melihat penampilan bakal menantunya, sebab itulah dia masuk ke dalam bilik.

"Amboi, cantiknya bakal menantu aunty ni," puji Datin Maryana lalu duduk di atas hujung katil. Shafiqah menoleh memandang bakal ibu mertuanya itu.

"Biasa-biasa sajalah, aunty..."  balas Shafiqah sambil tersenyum malu.

Tiba-tiba, pintu bilik Shafiqah dibuka. Serentak kesemua orang di dalam bilik itu memandang ke arah pintu.

Kelihatan abang sulung Shafiqah, Shafiq sedang tercungap-cungap. Mungkin dia sedang berlari tadi.

"Kenapa ni, along?" tanya Shafiqah setelah mendapatkan abang kesayangannya itu.

Shafiq memandang Shafiqah tepat, membuatkan Shafiqah berasa amat risau.

"A-Aliff..."

Datin Maryana yang terdengar nama anak lelakinya dipetik, terus bangun. "Kenapa dengan Aliff?" tanya Datin Maryana tegas.

Shafiq yang masih termengah-mengah segera memandang Datin Maryana. "A-Aliff... Di-dia hilang..."

"Hilang?!"

****

Aliff laju menuju ke bahagian pernerbangan antarabangsa memandangkan Yaya telah memaklumkan kepadanya bahawa dia sedang menunggu di sana.

Hoodie yang dipakai olehnya digunakan untuk menutup kepalanya, agar dirinya sukar untuk dicam. Dia juga mengenakan kaca mata hitam. Risau jika ada ahli keluarga yang datang mencarinya.

Kerana dia terlupa untuk mematikan telefon bimbitnya tadi. Mungkin mereka sempat menjejakinya dengan menggunakan peranti GPS.

Baru sahaja dia mahu menapak menaiki eskalator, tiba-tiba dia terdengar bunyi tapak kaki orang yang sedang berlari ke arahnya.

Tanpa sengaja, Aliff menoleh ke belakang dan terpampanglah wajah bapa dan saudara-maranya yang sedang mengejar dirinya.

Seperti kilat, Aliff laju mendaki tangga bergerak itu tetapi ahli keluarganya terlebih dahulu menangkapnya.

"Kamu ingat kamu nak pergi mana?" tengking bapa Aliff sambil memandang anak tunggalnya itu tajam.

Aliff menelan air liur yang pahit rasanya. Dia menunduk kerana tidak mahu bertentangan mata dengan bapanya. Memandang pergerakannya sudah dikunci kerana lengannya dipegang kuat oleh saudaranya, Aliff terpaksa akur dan redha dengan ketentuan-Nya.

Dengan hati yang berat, Aliff mula mengikut mereka semua untuk pulang dan meneruskan majlis pernikahannya bersama Shafiqah. Sempat Aliff menolak saudaranya yang dari tadi memegang kuat lengannya.

"Aku boleh jalan sendirilah!" herdik Aliff. Saudaranya hanya diam dan akur.

Lalu, Aliff mengeluarkan telefon pintarnya dari poket hoodienya. Beberapa abjad ditekan lalu dihantar menerusi aplikasi Whatsapp. Lalu, Aliff mematikan telefon pintarnya.

Tiba-tiba, telefon pintar yang berada kemas di pegangan Aliff dirampas. Pantas Aliff memandang wajah ayahnya.

"That's my phone!" marah Aliff. Ayahnya membalas dengan memberikan sebuah pandangan yang tajam. "Lepas dah habis majlis sanding, baru boleh ambil," arah bapa Aliff lalu membuka bahagian belakang telefon itu. Dibukanya bateri lalu disimpan di dalam poket.

Aliff mendengus geram. 'Ingat aku ni budak-budak ke nak rampas phone?' desis hati Aliff.

Nampaknya rancangan dia untuk melarikan diri bersama Yaya gagal.

Kenapa Yaya?

Kerana pada Aliff, hanya Yaya yang boleh membantunya.

Sehingga dia sanggup menipu dan mempermainkan hati dan perasaan Yaya, kerana dia langsung tidak berniat untuk mengahwini gadis yang bernama Yaya Suhaila itu.

****

Sudah kira-kira 20 minit aku menunggu Aliff tetapi aku masih belum nampak akan kelibat dan bayang-bayangnya. Penerbangan pun sudah hendak berlepas lagi 10 minit.

Haih.. aku menggarukan kepalaku yang tidak gatal.

Tiba-tiba, tanganku bergegar kerana telefon bimbitku vibrate tanda ada mesej masuk.

Laju aku memeriksa Whatsappku. Pasti Aliff yang menghantarkanku mesej. Yalah, siapa lagi jika bukan dia pada waktu genting ini?

Abang Aliff <3: Sorry, Yaya. Abang ada emergency. Nanti abang naik next flight. Kita jumpa dekat sana esok sajalah. Awak rehat dulu dekat rumah makcik awak, ya?

Aku mengerutkan dahi. Emergency? Emergency apa pula? Hm, baru nak naik kapal terbang dengan Encik Crush!

Aku menghelakan nafas kecewa. Kemudian, aku segera membalas mesejnya itu.

Okey, hati-hati. Jumpa esok!

Satu tick.

Dia tutup telefonkah?

Teringatkan yang aku sudah lambat, aku segera menyimpan telefonku lalu menarik bagasiku menuju ke kapal terbang yang sudah lama menanti akan ketibaanku.

****

Lapangan Terbang Incheon, 3 petang. 23 Disember 2019.

Menggigil badanku dibuatnya memandangkan pada ketika itu, salji sedang turun di bumi Korea Selatan. Laju aku berlari memasuki bangunan lapangan terbang untuk mencari ibu saudaraku.

Nasib baiklah di dalam tidak terlampau sejuk suhunya kerana mereka memasang alat penghangat.

Aku segera scan setiap orang yang berada di situ untuk mencari kelibat Aunty Dyane. Dari jauh aku ternampak seorang wanita bertudung merah jambu muda sedang memegang bendera Malaysia.

Tergelak aku dibuatnya apabila melihat Aunty Dyane memegang bendera tersebut. Macam pemandu pelancong pula!

Aku segera berlari ke arah Aunty Dyane. "Aunty!" jeritku lalu memeluk erat ibu saudaraku itu. Ibu saudaraku turut membalas pelukanku.

"Yaya, lamanya tak jumpa!" ujar Aunty Dyane setelah pelukan kami direnggangkan. Aku mengangguk tanda setuju.

"Dah, jom! Kita balik. Aunty dah masakkan sedap-sedap, tau!" beritahu Aunty Dyane. Aku yang sememangnya tengah lapar selepas 6 jam duduk di dalam perut kapal terbang, terus meloncat kegembiraan. Aunty Dyane tertawa melihat telatahku.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro