CHAPTER 14
Aku memandang penampilan Aliff hari ini. Seperti biasa, dia kelihatan segak dan kemas dengan baju kemeja serta seluar slacknya.
Lalu, aku memandang pada pakaian yang tersarung pada badanku pula.
Blaus berwarna merah jambu muda dan dipadankan dengan skirt paras bawah lutut berwarna putih. Lalu, aku memandang ke sekliling pula. Rata-rata wanita yang menjadi pengunjung restoran tersebut mengenakan gaun.
Serta-merta pipiku bertukar menjadi merah merona. Kenapalah Si Aliff ni tak bagitahu awal- awal nak dinner dekat sini. Kan dah selebet aku jadinya!
"Kenapa ni, Yaya?" Aliff yang perasan akan perubahanku, terus bertanya. Aku mengangkat muka lalu memandangnya sambil tersengih.
"Taklah, abang tak bagitahu nak bawak dinner. Tengok, pakaian saya buruklah...," ngaduku dalam nada membisik. Malu jika orang dengar.
Aliff tersenyum. "Cantik saja saya tengok," katanya laju.
Mataku bulat lalu pipiku menjadi semakin merah. Perlahan-lahan bibirku mengukir senyuman tanda terima kasih.
Encik crush puji aku!
Tak lama kemudian, seorang pelayan datang menghampiri kami berdua bersama dua buah dulang yang bertutup.
"Mr, Aliff, sorry for waiting," tutur pelayan tersebut lalu meletakkan dulang-dulang tersebut di atas meja makan kami.
Aku sudah menegakkan badanku kerana tidak sabar mahu melihat makanan di sebalik dulang tersebut.
Roti baguette beserta sup cendawan. Wah, ini memang kegemaran aku sejak azali!
Aku memandang Aliff sambil tersenyum gembira dan teruja. Aliff hanya memandangku dengan sebuah pandangan yang tenang.
Selepas pelayan tersebut berlalu, aku segera bersedia untuk menikmati hidangan yang sudah berada di hadapanku ini.
Aku mengambil sudu untuk merasa sup cendawannya.
Aku mengacau sup tersebut terlebih dahulu agar kuahnya menjadi pekat dan sebati.
Tanpa aku sedari, Aliff yang sedang berada di hadapanku sudah menelan liur. Entah kenapa dia berbuat begitu.
Aku menutup mataku, agar dapat mengamati rasa sup cendawan yang merupakan kegemaranku dari dulu lagi.
Aku tidak menghirupnya tetapi aku terus memasukkan sudu itu ke dalam mulutku.
Aaumm!
Mataku terbeliak. Suduku terlepas dari pegangan.
Aku segera mengeluarkan sesuatu di dalam mulutku dengan menggunakan jari.
Aliff kelihatan sangat risau dan dahinya sudah pun bermain peluh.
Aku mengeluarkan 'benda' tersebut dari mulutku.
"C-cincin?" tanyaku terkejut lalu memandang Aliff. Kelihatan Aliff cuba menyembunyikan rasa gementarnya dengan memaparkan wajah tenangnya tetapi tidak berjaya.
Aliff menghelakan nafas sebelum mula berbicara. "Ingat tak saya ada cakap yang saya nak pindah ke luar negara?" Aliff mengajukan sebaris pertanyaan.
Laju aku mengangguk.
"Saya takut kalau saya tak sempat nak propose awak. Sebab tu saya decide nak buat hari ini," jelasnya dengan nada yang tenang.
Perutku seakan ada rama-rama yang sedang berterbangan. Bulu roma pada lenganku habis menegak. Sumpah aku gembira sekarang ini!
"Tapi..,"
Aku mengangkat kening. "Tapi apa, abang?" tanyaku sambil memandang wajahnya tepat.
Aliff mengulum bibir, lalu memandangku untuk menjawab. "Tapi boleh tak awak teman saya sertai uji bakat dekat Korea sebelum saya pindah?" sekali lagi, Aliff menyatakan hasratnya seperti semalam.
Aku mengeluh kecil. Cincin yang berada kemas di peganganku, aku perhati.
"Tolong, ni permintaan last abang sebelum abang pindah. Lepas kerja abang dah settle dekat sana, abang balik Malaysia lepastu kita kahwin," bersungguh-sungguh Aliff memujukku.
Kahwin?
Aku laju memandang Aliff. Mukanya. Ya, nampaknya dia sangat ikhlas!
Perlahan-lahan aku tersenyum. "Anything for you, Abang Aliff," ujarku.
****
Lama aku memandang cincin emas hasil pemberian Aliff semalam. Aku yang sedang bersantai di atas buaian berlatar belakangkan kolam renang, cukup tekun melihat cincin tersebut.
"Termenung apa tu?"
Tersentak aku dibuatnya apabila ibu menegurku secara tiba-tiba. Cepat-cepat aku menyorokkan cincinku agar ibu tidak bertanyakan macam-macam soalan cepumas.
Aku menggosok leherku. "Tak adalah, ibu. Saja tengok kolam renang ni. Dulu masa Yaya kecik-kecik, selalu mandi dekat situ. Sekarang dah besar, dah tak berminat dah," ada saja benda yang aku boleh buat temberang.
Ibu tersenyum kecil lalu duduk di atas kerusi yang bersebelahan dengan buaianku.
"Tulah, ibu rasa macam nak lelong saja kolam tu. Rugi kolam besar-besar tapi tak ada siapa yang nak mandi," selamba ibu berseloroh.
Aku sekadar tertawa kecil mendengar jenakanya itu.
"Ibu," panggilku. Ibu segera menoleh ke arahku.
"Kalau Yaya nak belajar pasal fesyen-fesyen ni dekat Korea, boleh?" aku segera memulakan perancanganku yang aku rancangkan malam tadi.
Berlapis-lapis dahi ibu jadinya apabila dikerut. "Kenapa Korea?" tanya ibu hairan.
Aku bangun lalu duduk di sebelah ibu. Tangan ibu aku genggam perlahan. "Ibu tahu tak? Sekarang ni rakyat Malaysia berpusu-pusu nak ikut stail orang Korea, tau! Jadi, butik kita pun kenalah up-to-date," kataku dengan bersungguh-sungguh, agar ibu membenarkanku terbang ke Korea.
Ibu mengeluh kecil, keliru sama ada mahu membenarkan atau tidak.
"Alang-alang, Yaya boleh tengok-tengok universiti yang sesuai dengan Yaya dekat sana," tambahku lagi.
"Ibu bukan taknak pergi tapi jadual ibu sibuk. Siapa nak teman Yaya nanti?" ibu menyatakan alasan.
"Eh, Yaya pergi sendirilah! Yaya nak juga travel sorang-sorang," balasku laju.
Bulat mata ibu jadinya apabila mendengar pengakuan mengejutku itu.
"Are you crazy? Mana boleh ibu biarkan anak ibu pergi negara orang sorang-sorang!" kata ibu dengan nada yang melonjak naik.
Aku segera menggigit bibir, takut apabila melihat ibu menguatkan suara sebegitu.
Ibu bangun lalu mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya.
Telefon pintar.
Ibu nak buat apa pula tu?
Skrin telefon dislaidkan lalu ibu sibuk menekan skrin beberapa kali.
"Ibu try tanya Aunty Dyane kamu tu. Kot-kot dia boleh jagakan kamu dekat sana," nada ibu kedengaran serius, tetapi mampu membuatkan hatiku meloncat gembira.
Aku turut bangun. "Betul ke ni, ibu?" tanyaku dengan perasaan yang tidak percaya dan gembira.
Ibu tidak menjawab. Dia segera mendekatkan telefon pintar pada telinganya selepas nombor Aunty Dyane didail. Lalu, panggilan disambungkan.
"Dyane, it's me, Kak Anne," ibu memulakan bicaranya. Aku pula memandang ibu dengan perasaan yang risau. Risau jika Aunty Dyane tidak bersetuju untuk menjagaku di Korea sana.
"D, you still dekat Korea lagi ke?"
"Bila you balik Malaysia?"
"Hahaha.. tak.. Anak I, Yaya ni ha.. dia kan dah habis SPM. Katanya nak tengok-tengok universiti dekat sana,"
"Haah, Dyane. Itulah, akak ni sibuk.. Tak boleh nak teman dia. Boleh tak you tolong jagakan dia?"
"Oh.. okay, okay.. Nanti akak cakap dekat dia, ya? Thanks, D. See ya!" ibu mematikan panggilannya.
Lalu, ibu menyimpan semula telefonnya ke dalam kocek seluarnya.
"Aunty D cakap apa, ibu?" laju aku bertanya. Ibu memandangku. "Dia suruh tetapkan tarikh dan dia cakap boleh saja kalau nak duduk dengan dia sebab rumah sewa dia cuma ada dia sorang saja," panjang-berjela ibu memberitahuku.
Laju aku tersenyum lebar lalu aku memeluk ibu erat. "Terima kasih, ibu! Terima kasih sangat-sangat!" ucapku beberapa kali. Yalah, tak sangka ibu akan membenarkanku pergi ke Korea!
Ibu mengusap rambutku lembut. "Sama-sama, sayang," balasnya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro