Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 12

"Masamnya!"

Jeritan spontanku yang berjaya menarik perhatian seluruh pelanggan ketika aku keluar makan dengan Aliff tadi, terniang-ngiang di dalam fikiranku.

Aku menutup kedua-dua belah telingaku dengan menggunakan tapak tangan berserta harapan agar kenangan pahit itu tidak singgah ke dalam fikiranku lagi. Mukaku dikerut sambil kepala ditunduk ke bawah.

Sumpah aku malu kerana menjerit di khalayak ramai tadi. Aliff juga menunjukkan reaksi yang tidak senang apabila melihat perbuatanku yang agak tidak sopan itu.

Selepas habis makan di restoran tadi, aku cepat-cepat meminta diri untuk pulang. Aliff juga kelihatan seperti sudah hilang mood mahu berjalan lama-lama denganku. Haih, memang panas baran betul lelaki itu!

Kruk..

Automatik aku memegang perutku yang sedang berkeroncong itu. Sebenarnya, tadi aku langsung tidak menyentuh apa-apa makanan yang berada di atas meja restoran itu selepas memakan sesuap kimchi.

Kalau kimchi saja dah tak sedap, apatah lagi makanan yang lain.

Sumpah itu akan jadi kali pertama dan kali terakhir aku menyentuh makanan Korea.

Aku mengeluh kuat. Aku yang dari tadi menyorok dalam selimut kerana rasa malu yang melampau, segera bangun dari pembaringanku.

Perutku diusap perlahan. Nak taknak, perut mesti diisi juga supaya tak mati sia-sia. Lalu, aku menapak ke dapur.

Sedang aku menuruni anak tangga sambil tanganku mengusap perutku yang sedang kosong persis wanita mengandung, tiba-tiba sahaja ibuku yang sedang berehat di sofa ruang tamu menegurku.

"Tak pergi kerjakah harini?" tanya ibu sambil matanya fokus dengan pembacaan majalahnya. Uyo, ibu! Ibu ni ada kuasa sakti, eh? Mata pandang majalah pun boleh tahu yang aku sedang berada berhampiran.

Aku mengatur langkah menuju ke ibuku. "Tak, ibu. Hari ini Yaya ambil cuti," jawabku lalu melabuhkan punggung di atas sofa yang lain.

Ibu menyelak majalahnya. "Habistu tadi keluar pergi mana?" tanyanya lagi. "Jumpa kawan," jawabku ringkas.

Lalu, kami menyepi seketika. Aku pun mula mengambil keputusan untuk menyambung perbuatanku yang tergendala tadi iaitu mengisi perut yang kosong.

"Yaya,"

Baru sahaja mahu bangun, tiba-tiba namaku dipanggil. "Ya, ibu?" jawabku laju.

"Dah tengok-tengok ke kolej yang kamu nak ambil nanti?" ibu mengemukakan soalan. Matanya masih tidak berganjak dari majalahnya. Entah ibu baca ke tak majalah itu sebenarnya.

Aku menggeleng. "Belum, ibu," balasku.

Ibu menutup majalahnya lalu meletakkannya di atas meja kopi yang berada di hadapannya. Lalu, ibu memandangku. Aku sekadar melihat perbuatan ibu itu.

"Aunty Amy kamu tu ada ambil jurusan fesyen di Perancis. Apa kata kamu tanya tips dari dia?" ibu mula memberikan pendapat.

Aku menggosok daguku tanda berfikir persis seorang detektif. Aku sedang mengingati semula wajah Aunty Amy yang merupakan salah seorang ibu saudaraku.

Kemudian, kotak memoriku berjaya memaparkan sebuah ingatan di mana aku berjumpa dengan Aunty Amy sewaktu menghadiri majlis hari lahir Rusydina tempoh hari.

Aku memandang ibu semula. "Jadi, ibu nak Yaya terbang ke Perancis semata-mata nak tanya tips ke?" aku mula berseloroh. Ibu menjeling. "Whatsapp kan ada," balas ibu lalu bangun dari sofa. Laju ibu mengatur langkah beredar dari situ.

Terkekeh-kekeh aku ketawa. Comel saja bila tengok ibu merajuk. Ibu memang tak berapa suka jika aku mahu ke sesuatu tempat yang jauh tanpanya. Sebab itulah aku tak pernah pergi travel dengan kawan-kawan yang lain.

Tak apa, biar aku makan dulu. Lepas itu baru aku pujuk ibu.

****

Aliff memulas tombol pintu utama rumahnya. Kakinya dilangkah masuk sejurus salam diberi. Baru sahaja mahu menapak ke tangga, namanya dipanggil. Serta-merta kakinya terhenti seperti dipaku ke lantai.

"Aliff,"

Aliff menoleh ke tepi. Kelihatan satu susuk badan yang sangat dia kenali sedang duduk bersandar pada sebuah sofa yang membelakangi Aliff.

Aliff tidak menjawab. Dia hanya menunggu insan tersebut menyambung percakapannya.

"Wedding dah nak dekat tapi Iqa cakap kamu bertegas taknak ikut dia cari baju pengantin," mendatar sahaja suara ibu Aliff mengaturkan kata.

Aliff mengeluh kecil. Dia sekadar menghiraukan kata-kata ibunya sebentar tadi. Lantas, Aliff mula mendaki anak tangga untuk menuju ke kamar tidurnya.

"Aliff!"

Tersentak Aliff dibuatnya apabila ibunya menjerit. "Ya, mommy. Kenapa?" laju Aliff memberikan respon sambil kepalanya menoleh ke kanan, memandang ibunya. Haih, tahu takut bila ibunya sudah mengamuk!

Ibunya berdiri, lalu berjalan menghampiri anak bujangnya itu.

"Mommy tanya kenapa tak pergi cari baju pengantin dengan Iqa?" sekali lagi ibu Aliff bertanya tetapi kali ini nada suaranya lebih kuat dan tegas.

Aliff mengeluh. "Aliff dah bagi ukuran badan Aliff kan? So, mommy pergi sendiri sajalah dengan Iqa," bahas Aliff.

Ibu Aliff pula mengeluh. "Kamu ni nak kahwin ke taknak? Macam tak bersungguh-sungguh je?" tanya ibunya lagi. Kepalanya digeleng kerana tidak faham akan kehendak anak lelakinya itu.

Aliff tidak mengangguk, tidak menggeleng. Malah, sepatah kata pun tidak keluar dari mulutnya.

"Ke kamu dah ada perempuan lain?" Ah, suka hati saja ibunya memberikan sebuah spekulasi!

Aliff meraup mukanya, geram dengan pemikiran ibunya itu. "Aliff dah cakap awal-awal yang Aliff tak ready lagi tapi mommy yang beria nak Aliff cepat kahwin," jawab lelaki itu lalu terus beredar dari situ. Malas mahu memanjangkan lagi cerita.

Kahwin secara terpaksa? Kahwin demi keuntungan syarikat? Hahaha... Hidup keluarga mereka memang tak ubah seperti drama melayu TV3!

"Esok ikut mommy cari barang hantaran!" sempat lagi ibu Aliff menjerit, memberikan arahan sebelum Aliff menutup pintu biliknya. Seperti biasa, Aliff sekadar buat-buat tak dengar.

Di dalam bilik, Aliff segera mengeluarkan telefon pintar dari koceknya. Skrin dislaidkan lalu contact Yaya ditekan untuk memeriksa statusnya. Offline. Tak apalah. Sekejap lagi dia on lah tu.

Sebuah mesej ringkas dihantar.

Sementara menunggu mesejnya dibalas, Aliff membuka laman Twitternya. Poster ujibakat Saranghae Ent. yang dia tunjukkan kepada Yaya pagi tadi ditiliknya.

"Pasal ujibakat tu, nanti saya fikirkan."

Kata-kata Yaya sewaktu mereka berdua mahu bersurai itu terngiang-ngiang di dalam benak fikiran Aliff. Aliff risau jika Yaya menolak ajakkannya. Jika dia menolak, habislah rancangan Aliff. Pasti musnah dan barai.

Sekarang, masalah utama tentang perkahwinan Aliff pula tiba-tiba terlintas di dalam fikiran. 'Aduh, peningnya! Macam-macam masalah yang timbul,' bisik hati Aliff.

Nampaknya, Aliff kena pastikan yang Yaya akan mengikutnya ke Korea agar rancangannya berjalan dengan sukses.

Lalu, sebuah lagi mesej diberikan kepada Yaya.

****

Aku melompat ke atas katilku yang bersaiz single itu. Perutku diusap. Leganya bila dapat makan masakan ibu iaitu ayam masak merah. Lagi sedap daripada kimchi yang masam itu.

Telefon pintarku dicapai. Eh, ada dua mesej! Dari siapa agaknya, ya? Aplikasi Whatsapp ditekan lalu nama Aliff muncul di skrin.

Abang Aliff <3 : Hai, orang yang tak makan kimchi!

Abang Aliff <3 : Esok nak jumpa tak? Kali ni no more kimchi.

Merah padam mukaku dibuatnya apabila membaca setiap huruf yang Aliff taipkan itu. Laju jariku menekan papan kekunci untuk membalas mesejnya.

Okay, boleh! Jumpa dekat mana?

Tak sampai sesaat, status Aliff sudah bertukar kepada online. Bahagian header menunjukkan bahawa Aliff sedang menaip sesuatu.

Ting!

Abang Aliff : Esok awak kerja, kan? Jumpa dekat kafe sajalah.

Bahagianya hatiku pada ketika ini apabila Encik Crush mengajakku keluar untuk kali yang kedua. Seperti yang dijangkakan, aku segera menerima pelawaannya lalu kami menetapkan masa untuk berjumpa.

Kemudian, perbualan kami terhenti di situ kerana Aliff meminta diri untuk menunaikan solat Zohor. Lagilah berbunga hatiku apabila melihat Encik Crush yang tidak meninggalkan suruhan-Nya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro