CHAPTER 10
Shafiqah duduk semula di tempatnya iaitu bersebelahan dengan Aliff. Kebetulan pada masa itu, beberapa orang pelanggan mula memasuki ke dalam kafe tersebut dan ia bermaksud aku perlu mula bekerja.
"Abang, Yaya tak boleh lama-lama ni. Nanti bos Yaya marah," kataku, ingin pinta diri.
Aliff mengangguk. "Yaya ada nombor abang lagi, kan? Nanti telefon abang bila free," pesan Aliff.
Aku sebenarnya malu mahu mengaku bahawa aku masih menyimpan nombor telefonnya tetapi aku perlu segera pergi ke pentas. Maka, tak sempatlah aku nak menjual mahal dengan lelaki itu.
Lantas, aku kembali ke pentas lalu memeriksa mikrofonku. Lagu Sweet but Psycho nyanyian Ava Max menjadi pilihan.
Kesemua pelanggan bertepuk tangan apabila melihatku memulakan nyanyian.
Manakala Aliff memeluk tubuh sambil memandangku menyanyi.
"Sedap kan dia nyanyi?" tanya Shafiqah kepada Aliff. "Ya, lagipun dulu dia pernah ajar saya menyanyi," jawab Aliff pantas tetapi matanya masih memandang Yaya.
"Awak suka dia?" tanya Shafiqah lagi.
Aliff memandang Shafiqah, lalu memandang Yaya yang sedang berada di atas pentas itu semula. Dia tidak mahu menjawab, lalu mendiamkan diri.
****
Niel menghirup saki-baki kuah ramennya. Lalu, dia menghela nafas puas. Kuah ramen yang agak pedas itu amat menyegarkan serta mengenyangkan perutnya.
Lalu, dia melompat ke atas sebuah sofa berwarna biru tua. Alat kawalan jauh dicapai lalu dia menukar siaran televisyen. Walaupun sudah beberapa kali menukar, dia masih tidak dapat jumpa sebarang rancangan yang menarik hatinya.
Niel putus asa. Dicampaknya alat kawalan jauh tersebut ke lantai. Nasib baik tidak pecah!
Niel merebahkan badannya ke atas sofa tersebut. Dia mengeliat beberapa kali lalu tanpa tersengaja, dia terpandang telefon pintarnya yang diletak kemas di atas kabinet televisyen.
Dia memandang telefon pintarnya.
Sudah berminggu-minggu Niel tidak menghidupkan telefon pintarnya sejak dia melarikan diri daripada persembahannya di Malaysia. Entah berapa missed called yang dia terima.
Lalu, dia memandang siling apartmen sewanya ini. Walaupun rumah ini tidak sebesar rumahnya yang sedia ada tidak jauh dari sini, dia masih bersyukur kerana sekurang-kurangnya dia masih ada tempat persembunyian dan tempat tinggal.
Nasib baiklah Niel ini kaya. Senang sedikit mahu melarikan diri kerana dirinya pasti akan selamat dengan adanya duit.
****
Berkali-kali aku memeriksa status WhatsApp Aliff. Masih tertulis 'last seen at 10.00 a.m.' tapi sekarang sudah jam 10 malam!
Aku masih ragu-ragu mahu menghantar mesej ataupun tidak.
"Abang sebenarnya sukakan Yaya."
Pengakuan Aliff pagi tadi terngiang-ngiang di dalam fikirkanku. Sekelip mata mukaku menjadi merah dan kepanasan. Aku yang sedang baring secara meniarap di atas katil, terus mencapai bantalku lalu menekup wajahku kerana aku sedang malu yang teramat.
Kemudian, aku mencapai telefon pintarku semula. Ya, aku mahu mesej dia!
Jariku mula menaip sesuatu.
Hai, abang Aliff! Cuba teka saya siapa?
Aku membaca mesejku itu semula. Macam kebudak-budakkan saja.
Aku mahu memadam semula mesejku itu tetapi jariku secara tidak sengaja, aku tertekan butang..
SEND!
Ya, Allah! Macam mana ni? Oh, WhatsApp sekarang dah boleh delete mesej. Baru sahaja hendak buang mesej tadi, tiba-tiba status Aliff yang dari tadi last seen sudah bertukar kepada online!
Aku mencampak telefon pintarku tapi tak adalah kuat sangat. Rosak pula nanti.
Aku bangun lalu duduk bersila di atas katilku yang bercadar merah jambu itu. Wajahku diraup kasar. Matilah... matilah...
Sumpah aku malu gila!
Ting! Telefon pintarku berbunyi.
Aku mendekatkan wajahku pada telefon pintarku tetapi mataku ditutup. Lalu, aku membuka mataku belah kanan sahaja untuk membaca mesej tersebut.
Abang Aliff <3 : Haha, ini Yaya kan? Tu profile picture muka awak..
Aku menepuk dahiku. Kan betul mesej pertamaku tadi terlampau kebudak-budakkan. Aduh, nak balas apa ini?
Ah, taip sajalah apa-apa.
Hahaha...
Hantar!
Sekejap. Kenapa aku gelak saja? Aduh, dah kenapa dengan engkau ini, Yaya?
Abang Aliff <3 is typing....
Aduh, berdegup kencang jantungku dibuatnya! Entah apalah yang sedang Aliff taipkan.
Ting!
Abang Aliff <3 : Esok Yaya sibuk tak?
Alamak, dah kenapa dia tanya sama ada aku sibuk ataupun tidak? Dia nak ajak aku keluarkah?
Ting! Satu lagi mesej diterima.
Abang Aliff <3 : Jom jumpa dekat Central i-City. Kita makan-makan dekat kedai makan Sopoong.
Alamak! Alamak! Alamak! Nak jawab apa ni?
Aku mula menaip sesuatu.
Okay, boleh!
Yaya, apa ini? Seriuslah kau mahu keluar dengan dia?
Ting!
Abang Aliff <3 : Okay, jumpa pukul 11 pagi. Selamat malam!
Lalu, status Aliff bertukar kepada offline. Aku mematikan telefon pintarku lalu aku letakkannya di atas meja belajarku.
Aku menampar pipiku perlahan beberapa kali. Mesti aku tengah mimpi!
Dan tak lama kemudian, barulah aku sedar yang ini merupakan realiti! Aku akan keluar dengan Aliff esok pada jam 11 pagi!
Perlahan-lahan bibirku memaparkan senyuman. Senyuman yang lebar.
Berbunga-bunga hatiku jadinya kerana diajak keluar oleh Encik Crush. Aku yang sedang memeluk bantalku, merebahkan badanku ke atas katil dengan perasaan yang amat gembira dan teruja.
Haih, dah macam orang gila pula aku ni!
Sekejap.
Dia ajak makan dekat Restoran Sopoong? Restoran apakah itu? Tak pernah dengar pun.
Lantaklah. Yang penting, esok aku ada date!
****
Kedai makan Korea?!
Aku memandang ke sekeliling kedai itu. Nampaknya Restoran Sopoong ini bertemakan warna hijau. Kawasan yang bersih serta meja-meja makan kesemuanya disusun dengan teratur.
Lalu, aku memandang Aliff yang sedang duduk di hadapanku. Seperti semalam, dia memakai kemeja. Memang kemas betul orangnya!
Aliff yang sedang membaca buku menu, mengangkat muka lalu memandangku kerana menyedari yang aku dari tadi memandangnya.
Aku yang terkejut kerana perbuatanku kantoi, cepat-cepat menunduk ke bawah.
Aliff tertawa kecil apabila melihat telatahku itu. "Awak nak makan apa?" tanyanya.
Aku pandangnya semula. "A-apa?" tanyaku sambil membulatkan mataku sedikit.
Aliff tersenyum melihatku. Ah, cairnya aku bila tengok senyuman mahal dia tu!
"Tu, dah baca buku menu tu ke belum?" tanyanya. Aku yang sedang malu, cepat-cepat menggelengkan kepala. Lantas, aku mengalihkan fokusku terhadap menu tersebut pula.
Err..
Jajangmyeon? Topokki? Gimbap?
Ibu, tolong Yaya! Apa benda ni?
Aliff yang menyedari dahiku sedang terkerut-kerut, cepat-cepat menyentuh tanganku.
"Kenapa ni? Awak okay, tak?" tanyanya dengan nada yang risau. Aku yang terjaga dari lamunan kerana sentuhannya itu bagai satu renjentan elektrik, cepat-cepat mengangguk.
"Eh, tak. Saya okay je. Hehe..," kataku lalu tertawa kecil. Lalu, Aliff menarik tangannya semula.
Kemudian, aku membaca menu tersebut sekali lagi. Aduh, makanan apa yang patut aku pesan ini?
Sudah kira-kira 10 minit aku membaca menu tersebut sehinggakan Aliff mengeluh kecil.
"Awak dah habis pilih ke?" soal Aliff. Aku memandangnya lalu tersengih. "Awak pesanlah apa-apa. Saya ikut saja," balasku. Sengihan mekar di bibirku masih belum pudar.
Aliff mengeluh.
Aku yang terkejut melihat responnya, terus melenyapkan sengihan dan senyumanku. Alamak, pasti Aliff menyampah denganku! Macam mana ini?
Jelas sekali Aliff memaparkan wajah yang kurang enak. Yalah, lama sangat tunggu aku pilih menu tadi. Lalu, dia mengangkat tangannya untuk membuat pesanan makanan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro