Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

KOMBO RINSYA

  !

Wsp acik jika berminat 💙
0198817140

.
Khair, Sweetness In You (Rinsya Chasiani)

“Miss, sir baru yang gantikan Sir Dylan tu dah kerja, kan? Tadi Ain terserempak dengan sir baru tu.” Ain bersungguh-sungguh bercerita ketika dia menghantar latihannya padaku.

Err, Sir Dylan dah dua minggu berhenti. Tapi sir baru ni aku tak pasti dah masuk ke tak.

“Miss pun tak pasti.” Aku balas sambil mengeluarkan pen merah dari bekas pensel.

“Tapi kalau betullah yang Ain terserempak tadi tu sir baru, handsome nya miss. Tak fokus la setiap kali kelas English.”

Aku menjeling ke arah Ain. Jeling main-main aje.

“Asal handsome tak fokus ye. Nanti miss minta kat head master jangan kasi sir baru tu mengajar kelas ni.”

“Ala miss! Kasi can la kat kita orang...” Ain tersengih-sengih nakal.

Ada-ada aje la budak-budak ni. Baru 15 tahun dah reti nak crush dengan cikgu sendiri.

“Duduklah Ain,” tegurku menyerahkan buku yang telah kusemak kepadanya.

Nikmat jadi cikgu Sains ni, tak payah nak pening kepala checking segala kesalahan tatabahasa. Janji ada jawapan yang aku nak, aku kasi betul aje.

“Kelas, yang belum siap lagi boleh hantar sebelum balik nanti kat atas meja saya...” ujarku membuat pengumuman.

Setelah mereka memberi salam, aku keluar menuju ke bilik pejabatku.

Waktu nak masuk ke bilik pejabat, kakiku tergam  apabila terasa ada seseorang sedang menghalang laluanku.

Wajah  lelaki itu mirip sangat dengan Khair. Sedang berdiri menyandar dengan lengan kiri ke dinding. Dia senyum. Lebar.

Aku pandang dari bawah ke atas.

Berkasut kulit hitam. Seluar slack. Kemeja putih, necktie warna aqua bercorak batik dan suit yang sengaja tidak dibutangkan. Rambut ditata rapi menampakkan dahinya.

“Siapa?” Aku mengerut dahi.

“Baru tiga bulan aje you dah lupa I...”

Aku kenal suara itu.
Dia memang Khair. Khair Ikhsan.

Gigi dia terpampang cantik. Tapi aku tetap tayang muka  beku. Tak tahu nak buat reaksi apa.

Nak senyum ke? Atau menangis terharu akhirnya dia dah muncul! Ke nak jeling dia dan terus pergi?

.

.

CCH reprint berbaki 20 set. Siapa suka cerita sedih boleh baca novel ni hihi.

.

Teaser 1.

Lama aku berdiri di situ pandang muka Adami yang tenang seakan-akan tiada benda yang mengganggu fikirannya. Aku cemburu.

Cemburu melihat dia begitu tenang sedangkan diriku sendiri seakan-akan lemas berada di sisinya.

“Abang...” aku sapa dia. Adami toleh ke arahku. Aku tunduk tanpa kata.

“Kenapa?” dia memasukkan telefon bimbitnya ke poket seluar.

Jeda seketika sebab tak tahu nak cakap apa.
“Cakaplah kenapa?” dia tekan suara.

Aku jeda lagi. Nak tanya tapi takut dia marah.

“Tak nak tanya sudah,” dia mengorak langkah selamba sambil tangan masuk ke dalam poket seluar jeans dia tu. Nampak bergaya aje walaupun dengan gaya kasual seperti itu.

“Abang, siapa nama makwe baru abang tu?” Makwe yang membuatkan abang benci sangat untuk menerima Ica... Nak aje aku cakap begitu tapi tak sampai hati meluahkannya, risau kemarahan Adami keluar dari laharnya.

Aku nampak Adami tenang bila menoleh ke arah aku. Tapi tak sampai sesaat kemudian dia tiba-tiba tunjuk muka menggelabah.

“Errr.. Emmm.. Ha.. Hana.” 

“Betul ni?” aku meminta kepastian. Redup anak matanya tidak mampu menghilangkan rasa sangsi yang bermain di hatiku. Mana tahu dia buat-buat aje kewujudan Hana. Sebab dia benci kat aku sangat-sangat dia buat cerita yang tak pernah wujud?

Aku tahu dia main sebut aje. Kalau tidak tentu dia terus menyebut nama Hana tanpa teragak-agak dan ragu-ragu seperti tadi. Tapi hati aku tetap jua terasa sakit mendengar nama itu disebut oleh Adami Hafizi.

.

Teaser 2.

“Sedap tak?” soal Adami memandang wajahku sekilas. Anak matanya jatuh ke tanganku.

“Sedap...” memang kena puji diri sendiri baru adil. Takkan nak kata tak sedap kut?

“Abang ada beli sesuatu untuk Ica. Nanti abang ambilkan.”

“Hmm...”

Kami sambung makan tanpa bercakap. Aku rasa dia mesti tengah bermain dengan perasaan seperti diriku juga. Ingin bercakap tetapi tiada topik hendak dibincangkan.

Aku yang habiskan dulu makananku. Melihat Adami menambah lagi sekali, bibirku tersenyum lebar. Tak sangka dia sudi nak tambah sedangkan tadi dia kata dia dah makan.

“Hari tu... Masa Ica nyanyi...” kata-kata dia terhenti. Aku telan air liur sambil tunduk menekur meja dapur. Teringat kejadian itu membuat hatiku berdetak kencang.

“Ica macam sengaja nak dera abang. Abang tahu abang banyak buat silap.”

“Apa yang abang cakap ni?” soalku berpura-pura tak faham. Aku dengar keluhan tipis keluar dari bibirnya. Suapan bersambung. Tak lama kemudian dia pandang aku semula.
Aku jadi sayu.

“Jahatkan saya?” tanyaku pelan. Masa menyanyi tu, aku nak bagi pembayang kat Adami yang aku akan pergi dari hidupnya. Aku tak nak dia jadi terkejut sangat bila aku tak da nanti.

Adami pandang wajahku, dahinya berkerut dan nafas dihela dalam. “Abang tak cakap Ica jahat...” ujar Adami lembut.

“Memang jahat pun.” Aku ulang ayat yang sama. Adami menggeleng kepala.

“Abang keliru. Masa Ica menyanyi hari tu, kenapa Ica menangis?” soalan Adami membuat hatiku dilambung gelora.

Jiwaku terasa ingin menangis. Kalaulah bibir ni kuat untuk menyatakan, itulah kali terakhir saya menyanyi untuk awak... Itulah kali terakhir saya menangis untuk awak...

“Biasalah, feeling lebih,” balasku pendek.

“Ica rasa abang jahat ke?” Dia tanya lagi.
“Tak...” suaraku sudah bergetar. Air mata turut bergenang.

“Abang ni jahatkan?” dia menyentuh pipiku lembut tapi cepat-cepat aku tepis perlahan kerana takut terbuai dengan perasaan.

“Okey, kita dah tak payah cakap lagi benda lama, kita fokus dengan masa depan...” pujuk Adami lembut.

Sesak dadaku bila memandang wajahnya yang redup. Meninggalkan dirinya bukan satu keputusan yang bijak. Meninggalkan dirinya juga bukan satu kebahagiaan buatku. Tapi aku tak boleh toleh ke belakang lagi.

Bohonglah kalau aku kata langsung tak tergerak hati ni untuk menyayangi dia semula. Lelaki pertama dalam hidupku itu.

.

Teaser 3.

“Sorry Ica, abang tak tahu Ica lapar sangat,”
Aku tarik muncung.

“Itulah Ica tak cakap awal. Kalau Ica tak lapar sangat macam ni tadi bolehlah abang masak untuk Ica. Ica tak pernah makan masakan abang, kan?” dia tongkatkan dagu dengan sebelah tangannya. Tengok, salah aku juga akhirnya…

“Bukan salah Ica. Kalau abang nak masak lain kali baliklah awal sikit,”

“Tapi kita kan dating tadi?”

Aku tak menjawab. Soalan mengarut jenis tahap budak tahun 1 dia kasi kat aku. Dah terang-terang tengok wayang aje jadi tak ada kait-mengait dengan dating. Kalau kita orang dating takkan muka aku balik rumah muncung sedepa punya!

“Ica, abang nak tanya sikit boleh tak?”

“Boleh,” jawabku bersahaja. Tak boleh nak tengok muka dia lama-lama takut aku tak dapat buat kerja pula nanti. Dulu aku pernah sayangkan dia bukannya susah mana kalau dia nak buat aku sayang kat dia semula.

“Abang nak tahu je...” Adami tersengih nakal. Bila aku mula memandang wajahnya dengan ekor mata dia terus mengenyit matanya sebelah. Aku terkebil-kebil sebab tak tahu nak cakap.

“Best tak dating dengan suami sendiri?”
“Ha?” Kening hampir bertaut.

“Suka tak keluar tengok wayang dengan abang?” Dia tanya lagi bila tengok muka aku dah macam kucing hilang anak.

“Oh...” tu je yang mampu keluar dari bibirku.

Adami mencuit daguku lembut sebelum ketawa kecil apabila aku mengelak. “Kenapa nervous sangat ni? Abang tengok Ica comel je macam ni.”

“Tak adalah!” cepat-cepat aku menafikan. Tapi memang aku cuak. Cuak dengan perlakuannya, dengan segala tindak tanduknya kerana aku tahu aku mampu tersungkur bila-bila masa.

Cinta itu sebenarnya tak pernah padam kerana kadang-kadang aku boleh merasakan debaran di dada. Seperti waktu aku bangun tidur dan melihat dia di sisi. Seperti ketika dia senyum apabila terserempak aku di pejabat. Dan seperti ketika dia merenungku seolah-olah hanya kami yang ada di dunia ni.

Selama ni, aku kuatkan hati. Aku bermonolog seolah-olah semua benda yang dia lakukan di mataku salah. Tapi sebenarnya aku takut menerima kenyataan yang aku dah mula sayangkan dia balik.

“Kalau tak nervous kenapa blur aje dari tadi?”
Aku terus menggenggam jari-jemariku di bawah meja.

“Ica, Ica takut kan abang ke?” soal dia prihatin. Cepat-cepat aku menggeleng. Mana ada takut.

Aku bukan Ica yang dulu.

Lama kami terdiam sepi tanpa kata. Adami berdeham dekat dua tiga kali pun aku tak nak pandang wajah dia.

“How was your day?” tiba-tiba Adami bertanya.

“Ha?” spontan mataku terarah ke wajah tenang Adami.

.
Temenghadapi
Abang jumpa dia beberapa hari ni?” soalku lembut. Adami ketawa kecil.

“Ya, memang abang jumpa dia setiap hari. Kenapa?” Dia cakap dengan nada sinis.

Aku terkedu. Sedihnya… Cara dia bercakap tu seolah-olah sengaja menghiris hatiku. Ya, aku terluka. Tapi cepat-cepat aku sedarkan diriku agar tidak terus-menerus berkecil hati dengan apa yang bakal dia cakapkan. Aku sendiri sudah melafazkan ikrar yang aku akan membenci dirinya selama-lamanya, jadi aku tak ada hak pun nak marah pada dia selepas ini jika dia memilih wanita lain selain dariku.
Tapi tetap... aku berasa pedih di ulu hati. Rupanya betullah Adami bertemu dengan kekasihnya sejak beberapa hari lepas.

“Kalau abang nak Ica keluar dari rumah ni...” tak sempat aku habiskan ayat bila Adami terus memandang wajahku dengan tenungan yang tajam. Pertama kali sejak lama dulu, tenungan ini aku terima semula. Aku pun tidak menyangka akhirnya dia akan memandangku penuh amarah seperti dua tahun yang lepas.

“Ica tahu hari ini hari apa?” soal Adami sinikal. Aku tertunduk. Takut melihat dia jadi begini semula. Takut untuk menghadapi kebenciannya lagi. Kalau boleh aku hendak pergi dari sisi dia secara baik, bukan seperti dulu lagi.

“Hari ini hari ijab kabul kita. Ica dah lupa?”
Aku terpanar. Cuba kuingat tapi tiada sedikitpun ingatan tentang hari pernikahanku.

Yang aku ingat hari itu Adami membentak-bentak dan marah-marah padaku kerana aku telah berjaya dengan taktik kotorku memerangkap dia dalam percaturan hidupku.

“Tak ingat? Ica memang sengaja nak perangkap abang dan memperguna abang untuk kebahagiaan Ica sendiri kan? Ica tak pernah fikirkan untuk abang...”

Dia raup wajahnya kasar. Nampak seperti tertekan yang amat tapi masih tersisa senyuman sinis di bibirnya.

.

0198817140

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro