12|syuhada
بسم الله الرحمن الرحيم
Arina berlari menuju kearah Ilya.
"Babe.. you okay?" Tanya Arina lalu menuntun Ilya ke kelasnya.
Ilya dan Hannis tidak sama kelas dengan Arina. Mereka dikelas 11 Alpha manakala Arina dikelas 11 Bronze.
"Video pasal kau dah viral Liya. Aku dah suruh semua classmate aku delete dah. Tapi tu lah hmm.." Arina menjulingkan matanya.
Ilya hanya tersenyum.
"Tak apa ke ni aku masuk kelas kau?" Tanya Ilya yang sedikit gusar.
Arina mengangguk.
"Diaorang semua dekat kantin jam rehat ni" kata Arina lalu mengambil VivoV11 nya.
Arina menunjukkan video itu kepada Ilya.
Mata Ilya membulat. 'Kurang ajar Farhan' getus hatinya.
"Farhan cut video pasal kau selamatkan Naim tu. Dia just tengokkan yang kau masuk dalam tandas lelaki tu je." Terang Arina sambil mendengus.
Ilya hanya mampu pasrah.
"Mesti nama aku dah buruk." Ilya sudah tersenyum simpul.
Arina mengeluh kecil.
"Aku pasrah dengan takdir allah. Biarlah aku kena benci. Asalkan kau dan Hannis masih percayakan aku" ujar Ilya sambil menatap Arina sayu.
"Awwww" Arina terus memeluk Ilya.
"We are always by your side Liya" sambungnya lagi sambil menggosok kepala Ilya lembut.
"Apa ni!? Nak peluk jugak" Hannis yang baru memasuki kelas 11 Bronze terus berlari dan memeluk Ilya dan Arina.
Ilya hanya mampu tersenyum. Bersyukur mempunyai sahabat yang setia seperti mereka.
♡♡♡
Ilya yang baru merebahkan tubuhnya dikatil baru sahaja ingin melelapkan matanya tetapi niatnya terhalang kerana terdengar ibunya memanggilnya.
"Liya" laung Hajah Hayati yang berada ditingkat bawah.
Ilya dengan langkah malasnya menuruni tangga.
"Ada apa ummi?" Tanya Ilya sambil berjalan menuju kearah Hajah Hayati.
"Kamu pergi lah bersiap" kata Hajah Hayati sambil menuangkan air kedalam cawan lalu disua kepada Ilya.
Ilya berkerut.
"Bersiap? ummi nak bawa Liya kemana?" Tanya Ilya sambil meminum airnya.
"Bukan ummi. Tapi Arsyad tu yang nak bawa Liya jalan-jalan" terang Hajah Hayati.
Pantas Ilya menggeleng.
"Liya taknak lah ummi" kata Ilya.
"Liya.. dah baik dah Arsyad tu bawa jalan-jalan, pergi je lah" pujuk Hajah Hayati sambil menepuk bahu anak perempuannya.
Ilya mengeluh kecil. Dia malu untuk berdepan dengan Arsyad sebenarnya, sudahlah dia menangis depan Arsyad.
"Pergi mandi dulu lepastu solat zohor lepastu pergilah dengan Arsyad" kata Hajah Hayati lagi.
Ilya mengangguk lalu pergi kebiliknya dan melakukan kewajipannya sebagai seorang muslim.
Usai solat, Ilya mengenakan pakaian kameja putih berbintikkan dot berwarna grey. Dia mengenakan seluar jean trendy berwarna peach serta mengenakan tudung shawl dililit hadahapan berwarna grey .
Dia menuruni tangga lalu keluar memasuki kereta audi a8 yang berada tepat didepan rumahnya.
"Feeling well?" Tanya Arsyad sambil memandang Ilya.
Ilya hanya mengangkat kedua bahunya.
Pakaian Arsyad adalah baju tebal berwarna dark grey dan dia mengenakan seluar jean trendy berwarna peach.
"Kau tak payah nak fikir sangat pasal tadi." Kata Arsyad sambil matanya fokus memandu.
Ilya memandang Arsyad. "Kau tahu pasal tu?" Tanya Ilya.
Arsyad mengangguk. "Aku dah lihat video tu dan aku ada dengar jugak beberapa orang buka cerita pasal kau." Balas Arsyad.
"Macam mana kau boleh tahu?" Tanya Ilya lagi sambil memandang Arsyad dengan matanya yang sembap.
"Naufal yang cerita. Hannis tu kan girlfriend dia, Naufal pun cerita lah dekat aku. Malam masa aku jumpa kau tu, aku nak check keadaan kau manalah tahu kau kena tumbuk ke apa lepas kau selamatkan Naim tu" kata Arsyad masih lagi matanya tertumpu pada jalan raya.
Tangis Ilya kedengaran. Membuatkan tumpuan Arsyad terganggu.
"Hei hei.. jangan lah nangis" Arsyad terus memberhentikan keretanya dipinggir jalan.
Arsyad memegang kedua bahu Ilya. "Its okay Liya.. kau ada kawan yang faham kau, kau ada keluarga yang sama sayangkan kau" kata Arsyad sambil menepuk lembut bahu Ilya.
'Termasuk aku juga sayangkan kau' bisik hati Arsyad.
Ilya tersenyum manja sambil mengesat air matanya.
"Good" ujar Arsyad sambil menggosok kepala Ilya.
Dia kembali meneruskan perjalanan ke destinasi tempat mereka ingin tuju.
♡♡♡
Arina pov's
Aku mengaktifkan Iphone 6 ku.
Notification ku dipenuhi oleh semua message yang dihantar oleh Haikal.
5 message unread from Haikal.
Haikal 🙎🏻♂️🖤
Hai bae i yang tercinta.
Jom date.
Kita jalan-jalan.
Pergi ts.
I datang jemput nanti.
Aku menjulingkan mataku. 'Sweet' geramku.
Kami baru sahaja official. Tapi itu lah, aku still dalam process move on dari Arshad. Hubungan kami tersangatlah low-key.
Jadi ada baiknya jugak aku keluar jalan dengan boyfriend aku daripada aku mengharapkan apa-apa dari orang yang tak akan pernah membalas perasaan aku.
Aku terus mengubah pakaianku. Bersedia untuk dating!
♡♡♡
Arsyad dan Ilya sedang berada di Gong Cha cafe.
Seperti biasa, Ilya akan mencari tempat duduk manakala Arsyad akan memesan minuman.
Ilya hanya memerhati pemandangan diluar jendela. Pemandangannya sahaja berada diluar tetapi fikirannya menerawang memikirkan hal yang lain.
Arsyad kembali bersama milk tea with pearl beserta green milk tea with pearl.
Ilya tersenyum lebar.
"Mana kau tahu favourite aku ni" tanya Ilya sambil menyucukkan straw pada minuman cupnya.
"Semua pasal kau, aku tahu lah" dekah Arsyad sambil menyedut milk tea nya.
Ilya menjulingkan matanya.
Arshad terkekeh.
"Mata kau still sembap lah" kata Arsyad lalu mengesat mata Ilya.
Ilya diam terpaku.
"Dah? Jom lah" kata Arsyad lalu membawa Ilya keluar dari cafe.
Baru sahaja Ilya membuka pintu kereta Arsyad memakaikannya topi berwarna peach.
"Eh apani" tanya Ilya sambil membuka topi tersebut.
"Comel nya" kata Ilya lagi.
"Pakai pakai" arah Arsyad sambil mengeluarkan phone 8+ nya dari poket seluarnya.
Ilya tanpa banyak soal terus memakai topi itu.
"Berdiri dekat dinding tu." Arah Arsyad, Ilya terus sahaja berdiri membelakangi dinding tersebut.
Ilya menurunkan topinya supaya menutup semua wajahnya.
"Eh kenapa gambar ni pelik" kata Arsyad sambil meneliti gambar Ilya.
Ilya berkerut.
"Kenapa?" Tanya Ilya sambil menarik tangan Arsyad sambil meneliti gambarnya.
"Kenapa macam bidadari tak bersayap ni" goda Arsyad sambil memberikan tatapan menggoda pada Ilya.
Wajah Ilya memerah.
"Cantik sayang ni" goda Arsyad lagi membuatkan Ilya tersenyum lebar.
"Janganlah panggil aku sayang" kata Ilya seraya mengubah raut wajahnya.
Arsyad hanya tersenyum. "Dah jom naik kereta" arah Arshad.
Mereka pun menaiki kereta dan meluncur kesuatu tempat.
♡♡♡
Arina dan Haikal yang sedang kushuk memakan pizza di tempat Pizza Hut tanpa senghaja memandang kearah dua figura yang tidak asing bagi mereka.
Arina tersedak manakala Haikal pula menyemburkan air coca cola dari mulutnya yang baru diminumnya.
"Diaorang couple ke?" Tanya Arina dalam keadaan mulut masih mengunyah. Dia terus menyembunyikan wajahnya dibalik bagnya.
Haikal terus menuju kearah mereka.
"Weh Syad." Sapa Haikal.
"Weh bro" balas Arsyad lalu bersalaman gaya dum.
"So Syad, kau dengan Liya ke?" Tanya Haikal sambil membuat wajah.
Ilya menjeling Haikal tajam. "Sibuk lah kau ni" balas Ilya.
Arsyad hanya tersenyum.
"Sumpah Liya, aku tak tahu pulak kau couple dengan Arsyad" kata Haikal lagi.
"Tch. Mana ada lah" decih Ilya.
"Hahahaha. Ok ok, Jom lah weh. Kitaorang tengah makan pizza. Join lah sekali" pelawa Haikal.
Arsyad dan Ilya terus mengikut langkah Haikal.
Sesampainya disana wajah Ilya terus berubah.
"Hello" sapa perempuan yang duduk disebelah Haikal dengan malu.
"Rina... kau couple dengan Haikal ke?" Tanya Ilya sambil tergelak.
Arsyad melemparkan pandangan biasa kepada Arina.
"Ha'ah. Kitaorang low-key, tapi itulah korang adalah yang pertama yang tahu tentang status kitaorang" kata Haikal dengan bangga manakala Arina masih malu.
"Haa. Korang berdua ni kapel ke?" Tanya Arina pula.
Arsyad terus mengangguk sambil merangkul bahu Ilya.
Ilya ternganga.
Sementara Arina hanya memandang kosong kepada Arsyad.
"Aku dah agak dah. Diaorang couple." Kata Haikal dengan penuh penyokongan.
"Ok lah bro. Kitaorang jalan dulu. Bye" Arsyad terus menarik lengan Ilya keluar daripada tempat Pizza Hut tersebut.
Ilya berasa tidak berpuas hati dengan apa yang Arsyad buat tadi.
Mana ada diaorang couple. Kenapa nak tipu? Lebih-lebih lagi dihadapan Arina yang pernah memendam perasaan pada Arsyad.
Mereka menaiki kereta Arsyad semula sebelum kereta itu meluncur pulang.
"Kenapa tipu?" Dingin Ilya sambil membuang pemandangan keluar tingkap kereta.
"Saja" balas Arsyad selamba.
"Hey. Kau tahu tak yang kawan aku tu suka dekat kau? Lepastu aku pulak nampak macan nak rampas kau dari dia" luah Ilya sambil memicit kepalanya.
"Aku tahu dia suka aku. Tapi aku tak suka dia dan tak akan pernah mencintai atau menyukai dia sekalipun" balas Arsyad.
"Kau tak faham. Dia dah lama suka kau dari sebelum dia pindah sekolah JIS lagi" kata Ilya.
"Kau nak tahu tak siapa dia sebenarnya?" Tanya Arsyad tanpa mengendahkan kata-kata Ilya.
Ilya memandang Arsyad dengan serious.
"Syuhada" .
TBC
- syo -
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro