Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

10| bola

بسم الله الرهمن الرحيم

Hospital Ripas.

Hannis dan Arina terus menuju ke arah Ilya yang berada di depan counter perubatan.

"Kau okay ke Liya?" Tanya Arina sambil memutar-mutarkan badan Ilya.

"Beb, you okay?" Hannis menyuakan botol air mineral kepada Ilya

Ilya hanya mengangguk.

"Aku okay, yang KO si Naim tu lah" balas Ilya sambil menerima botol air tersebut.

"Kau buat apa dalam tandas laki tu? Bahaya tau! Diaorang semua tu laki, kalau dorang cederakan kau macam mana!? Or even rogol kau!" Marah Arina kerana dia tersangatlah risau.

Hannis mengangguk.

"Kau tahu kan, yang kitaorang taknak kau dalam masalah Liyaa" sambung Hannis.

Ilya mengeluh kecil.

"Ada orang kena tumbuk. Aku tolong lah." Jawab Ilya sambil berjalan menuju ke kerusi menunggu diikuti oleh Hannis dan Arina.

"Walau apa pun perbuatan kau tu bahaya!" Kata Hannis dan Arina serentak.

Ilya hanya tersenyum kecil. Bertuah ada kawan seperti mereka.

2 jam berlalu.

"Liya.. jom balik" kata Hannis sambil memegang tangan Ilya.

Disokong oleh Arina.

"Korang balik lah dulu. Si Naim tu kesian pula balik seorang dalam keadaan sakit tu" kata Ilya.

"Kalau macam tu, kami balik dulu. Byee.. apa-apa call ok" kata Arina lalu melambaikan tangan.

Ilya mengangguk sambil membalas melambaikan tangannya kembali.

Kelihatan Naim sudah keluar dari emergency room.

Banyak balutan pada wajahnya.

"Kau okay?" Tanya Ilya.

Naim hanya mengangguk. "Thanks Liya" katanya. Ilya hanya mengangguk.

"Jom balik" kata Ilya dan mereka pun pulang bersama.

♡♡♡

Ting...

Bunyi lonceng rumah ditekan.

Biasanya pukul pukul 10 malam macam ni, Ilham balik. Tapi kenapa kena takan bell?

Ilya yang membuat kerjanya diruang tamu , terus membuka pintu.

"Eh Arsyad, kenapa??" Tanya Ilya yang terkejut.

Mata Arsyad seketika membulat sempurna melihat Ilya.

"Em.. pakai lah tudung dulu" kata Arsyad sambil mengalihkan pandangan matanya kelantai.

Ilya yang perasan akan hal itu, terus berlari ketingkat atas.

"Masuk lah dulu" laung Ilya.

Arsyad tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

Dia terus menuju keruang tamu.

Kelihatan dimeja sana buku nota commerce berserta alat tulis.

Ilya turun selepas menyarungkan tudung sarungnya berwarna hitam.

"Kau kenapa malam-malam ni datang sini?" Dingin Ilya kerana dia baru teringat tentang kata-kata Hannis tadi.

Arsyad meneliti tubuh badan Ilya.

Ilya yang perasan terus menyembunyikan tubuhnya dibalik bantal sofa.

"Apa pandang-pandang" Arsyad hanya menggelengkan kepalanya.

"Kau okay ke?" Tanyanya.

Ilya mengerutkan kening.

"Aku dengar cerita pasal kau tadi" sambung Arsyad.

"Aku tak apa apa" balas Ilya datar.

"Kau baliklah. Nanti girlfriend kau marah" kata Ilya sambil menjulingkan matanya.

Arsyad diam. 'Girlfriend?'

"Eh kau cemburu ke?" Tanya Arsyad sambil berhembur gelak.

Ilya memalingkan wajahnya ketempat lain.

Arsyad berpindah tempat duduk kesebelah Ilya.

"Sayang takpayah nak cemburu ok" Arsyad memusingkan semula wajah Ilya untuk berpaling menghadapnya.

"Apa sayang-sayang ni tak biasa lahhh" geli Ilya.

"Lepasni kau biasakan lah diri" Arsyad terus menuju ke pintu keluar.

Ilya hanya memerhati.

"Sebab lepasni aku akan kerap panggil kau dengan gelaran tu" terus Arsyad pergi meninggalkan Ilya.

Ilya tersenyum manis selepas pintu rumah ditutup.

Ilya memegang mukanya. "Aku dah jatuh hati dekat dia ke ni?" Monolog nya seorang diri sambil tersenyum malu.

Dia menggelengkan kepalanya dengan cepat.

"Astaghfirullahalazim Liya.. dia tu boyfriend orang lah hish" keluh Ilya

Tanpa membuang masa dia terus berlari menuju kebiliknya untuk berehat.

Dia merebahkan badannya di katil empuknya.

"Im so tired" gumamnya lalu tidur dalam keadaan hati yang bercampur baur.

♡♡♡

"Farhan. Kau nak lepaskan perempuan tu macam tu je ke?" Tanya Faizul iaitu rakan kepada Farhan.

"Kau bodoh apa? Dia dah tempah balanya sendiri. Kenalah juga dia dengan aku" sinis Farhan sambil menghembuskan asap rokoknya.

"So apa rancangan kita?" Tanya Safwan.

Senyum sinis mula terbit dibibir Farhan.

"We will see" katanya.

♡♡♡

General Assembly

Semua sudah berada di tempat perkumpulan pagi.

Semua kelas memperbetulkan barisan masing-masing.

Pengetua sekolah sudah memulakan pidatonya diatas pentas.

Dapat dilihat diatas pentas itu pengawas-pengawas sedang memberikan senyum manis kepada para penuntut lain tetapi hanya seorang sahaja yang memasang wajah datar.

Siapa lagi kalau bukan ketua pengawas yang sering menarik perhatian penuntut-penuntut dengan kekacakannya.

Arina mengubah barisan ketengah diatara Ilya dan Hannis.

"Handsome crush aku doe" bisik Arina dengan nada ceria.

Ilya berkerut.

"Kau suka dia ke?" Bisik Hannis sambil matanya masih fokus menatap pengetua yang masih memberikan ucapan.

Arina berdecih.

"Dulu sebelum aku pindah sekolah ni. Aku dah lama kenal Arsyad. Kami sama sekolah dulu, aku dah pernah bagitau dia pasal perasaan aku tapi dia buat tak endah je. Aku still memendam rasa dekat dia" jujur Arina , kedengaran sayu.

Ilya yang mendengar, wajahnya terus berubah.

"Kau suka dia lagi ke?" Tanya Ilya sambil matanya menatap kearah Arsyad yang sama juga menatapnya.

Ilya yang perasan tentang renungan Arsyad, terus mengalihkan pandangannya kepada pengetua.

"Ha'ah aku still suka dia. Tapi tu lah, dia tak suka" jawab Arina sambil menahan tangis.

Kelihatan ucapan pengetua sudah selesai. Terus sahaja Ilya dan Hannis memeluk tubuh Arina.

"Its okay.. aku yakin ada lelaki lain lagi diluar sana" kata Ilya sambil menggosok kepala Arina.

"Yes betul tu. Masih ada Haikal yang menanti cinta kau. Haikal tu kan kawan Arsyad sama juga kawan dengan boyfriend aku." Kata Hannis merungkapkan girlfriend kepada Naufal iaitu bestbuddie kepada Arsyad.

Arina hanya tersenyum kecil.

Selesai sahaja sesi perkumpulan Naufal dan Haikal menemui mereka.

"Hai bee" tegur Naufal dan dibalas oleh Hannis.

"Sweet sweet pulak korang ni" geli Ilya lalu pergi meninggalkan mereka.

Seperti lazimnya, selepas sahaja sesi perkumpulan pagi pelajaran tidak akan dilangsungkan kerana guru guru pasti akan mengadakan meeting.

Ilya menuju ke basket court.

Keadaan basket court ketika itu sunyi. Oleh kerana itu, Ilya membuat keputusan untuk menenangkan diri di court.

BUM !

Satu hentakkan bola pada pagar court membuatkan Ilya terkejut.

Dilihatnya sekeliling tetapi tiada sesiapa.

Ilya menuju kearah bola itu lalu mengambilnya.

'Siapa yang baling bola ni' getus hati Ilya.

Ilya membuat keputusan untuk pergi ke kelasnya sahaja bersedia untuk balik.

TBC

- syo -

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro