Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

06| kereta baru

بسم الله الرحمن الرحيم


Ilya yang melentokkan kepalanya di atas mejanya terus disapa oleh Arina.

"Woi, lama tak jumpa mamahhh" kata Arina lalu memeluk Ilya.

Ilya meleraikan pelukan.

"Kau ni! Eish, kalau aku mati akibat serangan jantung macam mana!?" Marah Ilya sambil memegang jantungnya.

"AHHAHAHAHA sorry Liya" kata Arina lalu duduk disenalahnya.

"Weh.. dengar ceritakan ada new president council.. betul ke?" Tanya Arina sambil menyiku lengan Ilya.

Ilya mengangguk malas.

"Handsome ke!?" Tanya Arina lebih bersemangat.

Tiba-tiba pintu kelas dikuak perlahan menampakkan seorang ketua pengawas yang kacak lagikan bergaya memasuki kelas.

Wajah Arina memucat.

Terus Arina berdiri lalu menyapanya.

"Arsyad" tuturnya lembut.

Arsyad memandangnya selamba.

"Awak ke ketua pengawas baru kitaorang?" Tanya Arina sambil memberikan senyum manisnya.

Ilya berkerut. 'Diaorang dah kenal antara satu sama yang lain ke?' Bisik hati Ilya.

Arsyad hanya mengangguk sambil meletakkan bag. Dia terus keluar memulakan rondaannya.

Arina menghadap kearah Ilya.

"Aku pergi kelas aku dulu ek bye" katanya lalu pergi meninggalkan Ilya.

Ilya hanya menggelengkan kepalanya.

♡♡♡

Waktu rehat.

Naim yang memasuki kelas dengan angkuhnya duduk disebelah Ilya.

Dia duduk sambil membelek-belek buku bacaanya.

"Hai" sapa Ilya.

Dia hanya memandang Ilya dengan pandangan remeh.

"Eh, awak baca buku apa?" Tanya Ilya dengan ramah.

Naim hanya mengendahkan.

Niatnya baik, ingin berteman dengan rakan semejanya. Tapi- layanan yang diberikan tidak setimpal dengan apa yang diterimanya.

Ilya membuat keputusan untuk mendiamkan dirinya.

Hannis yang memasuki kelas terus menuju kearah Ilya.

"Jom rehat" kata Hannis lalu menarik lengan Ilya membawanya menuju kekantin.

"Weh Liya.. nak makan apa? Aku lapar" kata Hannis sambil memegang perutnya yang berbunyi.

"Makan nasi katok je lah jomm" Ilya dan Hannis dengan santainya menuju kekantin.

"Kau cari tempat duduk lah Liya. Biar aku yang pergi beli" kata Hannis.

Tanpa berlengah Ilya terus mencari meja kantin yang kosong.

Terdapat satu meja kosong ditengah meja yang telah ramai ditempati oleh pelajar lain.

Ilya melabuhkan punggungnya dikerusi tersebut.

"Beb.." sapa Arina lalu duduk di kerusi hadapan Ilya yang kosong.

"I have a bad news" ujarnya sedih sambil membuat memek muka sedih.

"Ada apa Rin?" Tanya Ilya yang mula risau.

"Crush aku taken" katanya sambil tergelak.

"Eish! Ingatkan sedih apanya. Sekadar benda macam tu pun kau nak sedih." Ilya memutarkan bebola matanya.

"Tapi betul lah, aku sedikit kecewa. Tapi aku tetap nak dia" tambah Arina tidak ingin menyerah kalah.

"Eleh.. daripada kau sibuk nak dapatkan crush kau tu, lebih baik kau couple dengan Haikal tu. Boleh tahan handsome apa" kata Ilya penuh minat senghaja mahu Arina menerima Haikal dalam hidupnya.

"Kalau kau nak Haikal tu, kau pergilah ambil dia. Aku malas. Annoying tahap babi" kata Arina sambil membuat gaya duuuh.

Ilya hanya menggelengkan kepalanya.

Hannis tiba sambil membawa makanan.

♡♡♡

Ilya pov's

Aku menunggu lama Ilham untuk menjemput aku balik.

Dah pukul 2.30 dah ni. Kelas sesi petang telah ditiadakan kerana gurunya MC.

"Aduhh lamanya abang nii" keluhku sambil berpeluk tubuh.

I-phone 8 kucapai lalu menekan mode on.

Aplikasi whatsapp ditekan.

4 message dari Ilham kubaca.

Bro Ham

Sorry adik, abang tak dapat jemput.
Tumpang dia je lah.
Bye.

Aku mengerutkan kening.

"What!" Teriakku.

"Siapa yang abang maksudkan dengan 'dia'?" Monologku seorang diri.

Urghh serabut macam ni.

Aku duduk diperhentian bas berhampiran dengan padang polo, iaitu tempat padang kuda.

Jalan raya sunyi. Bas kebiasaanya pukul 3.30 kepukul 4 barulah akan muncul. Masih lagi berbabaki satu jam setengah.

PITTT!

Bunyi hon kereta audi a8 membuatku memandang kearah kereta yang berada di hadapan ku sekarang ini.

Dia menurunkan cermin keretanya. "Masuk lah" katanya sambil matanya fokus pada jalan raya.

Aku apa lagi, terus masuk kedalam keretanya.

"Wahhh kereta kau ke?" Tanya ku yang kagum dengan kereta yang dia pandu.

"Waalaikumsalam" balasnya selamba.

Aku diam.

End of Ilya pov's.

Dia memandu dengan fokusnya sambil memegang brek kereta.

Nampak handsome bhaii.

"Weh" Ilya memanggilnya.

Arsyad hanya menjongket kening sebelah kanannya.

"Assalamualaikum!" Balas Ilya kasar.

"Haa macam itulah baru betul. Masuk kereta orang bagilah salam dulu" ujar Arsyad dengan dingin.

"Dingin amat sih mas" perli Ilya menggunakan bahasa indon sambil menghampirkan wajahnya kearah aircond.

Arsyad hanya hanya menggelengkan kepalanya.

"By the way, kereta baru ke? Mesti girlfriend kau yang naik dulu kan. Ala biasa muka macam kau ni kan playboy, mesti dah banyak perempuan naik kereta ni" ujar Ilya tanpa memikirkan perasaan Arsyad.

Keadaan kereta menjadi hening.

Ilya yang perasan akan perubahan Arsyad terus berasa kekok.

'Salah ke apa aku cakap?' Bisik hatinya.

Laluan menuju kerumah Ilya sangatlah bertentangan dengan jalan yang mereka lalui.

"Hey.. aku rasa kau salah jalan lah ni. Rumah aku belok kiri bukan kanan" kata Ilya sambil memandang Arsyad yang sedang fokus memandu.

Jalan agak sunyi pada waktu-waktu begini.

Brek ditekan.

Membuatkan kepala Ilya hampir terhentak di cermin kereta tetapi sempat dihalang oleh Arsyad.

"Weh.. kau kenapa brek brek mengejut ni!" Marah Ilya sambil memegang jantungnya.

Keadaan menjadi hening lagi.

"Soalan-soalan aku pun kau tak jawab." Gumam Ilya tapi dapat didengari oleh Arsyad.

Arsyad berpaling menghadap Ilya.

"Kau ni banyak cakap lah! Tadi kau cakap pasal kereta ni baru. Yes memang baru pun. Baru kelmarin aku beli. Then kau cakap dah banyak perempuan naik kereta ni, kau tahu tak, aku tak pernah benarkan mana-mana perempuan naik kereta ni pun sebelum ni melainkan kau yang pertama. Even mama aku pun belum pernah naik kereta ni" balas Arsyad yang sedang mengawal emosi nya.

Ilya terdiam. Terkaku sebenarnya. 'Aku yang pertama lah ni' bisik hatinya. Entah mengapa dia berasa gembira mendengar ucapan Arsyad.

"Emm sorry" tuturnya lembut.

Arsyad mengeluh perlahan.

Keretanya membelah jalan semula lalu menuju kerumah Ilya.

TBC

- syo -

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro