04| amaran pertama
بيم الله الرهمن الرحيم
Ilya serta Hannis pergi beriringan ke kantin.
"Rina mana?" Tanya Ilya sambil mengambil duit sakunya.
"Dia tak hadir harini ada urusan privacy katanya semalam" jawab Hannis sambil memaut lengan Ilya.
Duit saku Ilya tiba-tiba terjatuh keatas lantai. Dia menunduk untuk mengambil duit itu.
"Looks who's here" sinis percakapan itu.
Ilya mendongak serta memandangnya malas.
"Kau nak apa?" Dingin Ilya sambil memberikan padangan tajamnya.
"Get lost from my sight" katanya penuh kegedikkan.
"Takpayah acah speaking. Rasanya diri kau tu sama orang Brunei, jangan mangada nak speaking bagai" balas Hannis yang mula panas.
"Kau yang panas ni kenapa? Kau terasa?" Balas Arisha iaitu penolong ketua pengawas bagi JIS. Diva sekolah paling gedik.
"Memang aku panas! Kawan aku yang kau kacau ni" kasar Hannis sambil menolak bahunya Arisha.
"How dare you touch Risha!" Teriak Suhana sambil mengibas-ngibas wajahnya yang terasa membahang.
Arisha membalas dengan menolak bahunya Ilya.
"Tak puas hati sini lah!" Ilya segera menarik rambutnya Arisha.
Terpekik-pekik Arisha dibuatnya.
"Hey.. Liya.. stop-stop" Hannis menghalang Ilya yang semakin mengganas manakala Arisha menahan Ilya dari menarik rambutnya.
"Nur Ilya Darwisyah!" Tegas satu suara.
Kesemua pelajar perempuan terus menoleh kearahnya
Satu nota kecil ditampalkan tepat kedahi Ilya.
Ilya menganga.
"What the heck!" Teriaknya lalu mengambil nota yang dilekatkan didahinya.
"Apa ni!?" Marah Ilya sambil berpeluk tubuh.
"Pernah dengar first warning?" Tanya nya dengan sinis.
Arisha memandang lelaki itu penuh takjub. 'Kacak' bisik hatinya.
Dilirik tag namanya.
'KP Arsyad Rahimi'
"Memang pernah dengar! Tapi aku tak pernah buat salah pun!" Marah Ilya.
"Sekarang dah ada dah" balas Arsyad bersahaja lalu pergi meninggalkan mereka.
Arisha tersenyum kemenangan.
"Loser" ucapnya lalu pergi bersama dengan kumpulan divanya.
Hannis beracah-acah ingin menumbuk mereka. Membuat Arisha with the geng mempercepatkan langkah mereka.
Ilya yang tidak berpuas hati terus membatalkan niatnya ingin kekantin, rasa laparnya berubah menjadi kenyang.
Dia mendengus kasar dan pergi semula kekelas bersama dengan Hannis.
♡♡♡
Ilham yang baru memasuki tempat kerjanya terus disapa oleh pekerja lain dan pesakitnya
"Selamat pagi doktor Ilham" sapa Zulaikha iaitu jururawat yang bekerja dihospital yang bersamaan dengannya.
Ilham membalas dengan senyuman manis.
Zulaikha membalas senyuman Ilham. Sudah begitu lama dia memendam rasa suka kepada lelaki tersebut .
Ting !
Notification dari handphone Ilham berbunyi. Zulaikha terkejut melihat wallpaper Ilham bersama perempuan lain.
"Siapa dekat gambar tu?" Tanyanya dengan hati yang berkecai.
"Ah, ni Ilya" jawab Ilham sambil membaca chat yang dihantar oleh sahabatnya.
Zulaikha yang berfikir Ilham membalas chat 'buah hati'nya terus sahaja pergi tanpa sebarang kata.
Ilham hanya mengendahkan lalu meneruskan pekerjaannya.
♡♡♡
Ilya yang sedang duduk ditempatnya direnung oleh Arsyad yang duduk ditempat Halim, yang berada didepan tempat duduknya.
Wajah Ilya menjadi 100% bengis.
"Apa!?" Marah Ilya sambil merenung Arsyad penuh kebencian.
"I want you" tiba-tiba Arsyad berkata.
Seketika wajah Ilya berubah membahang.
'Dia ni bodoh ke apa? annoying gila' Desis hati Ilya.
"Kau kenapa bodo? Pelik lah kau ni" Ilya semakin tidak senang duduk.
"Alaaa.. macam tak biasa pulak sayang ni" katanya sambil berpindah ketempat duduk Naim yang berada disebelah Ilya.
"Sayang? Eww" geli Ilya lalu acah membersihkan pakaiannya.
"Tak payah lah berlakon sayang.. takda orang pun dekat sini" kata Arsyad lagi sambil merenung Ilya.
Ilya terasa jantungnya berdegup tidak seperti biasanya dan terlihat seperti akan ada yang meletus dari Arsyad.
"K-kau kenapa?" Tanya Ilya sambil menatapnya ragu.
"HAHAHAHAH kau fikir aku betul-betul panggil kau sayang ke? HAHAHAH geli ah bodo" gelak Arsyad sambil memegang perutnya.
Wajah Ilya terus berubah.
"Aku buat tadi tu sebab ada lelaki yang pandang kau tadi dan aku tak suka benda tu" ujarnya mula serious.
Ilya memandangnya lagi. Kali ini tampak lebih dingin.
Arsyad berdiri lalu memberikan flying kissnya kepada Ilya. "Tahniah mendapat amaran pertama" katanya lagi lalu melambaikan tangannya dan terus keluar daripada kelas.
"Ish, Takguna punya ketua pengawas!" Geram Ilya lalu memukul-mukul pahanya.
TBC
- syo -
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro