bab 10 🌷 - puji
Azhar Iskandar x Anis Humairah
"KENAPA cikgu puji saya dalam kelas tadi?" tanya Humairah. Sewaktu pulangan dari sekolah. Sekarang dia berada di dalam kereta cikgu Azhar. Cikgu Azhar beria nak hantar dia pulang. Sebagai isteri yang solehah kena la ikut arahan suami.
Cikgu Azhar tersenyum mendengar soalan isterinya. Agak lucu tapi tak mengapalah.
"Abang ikhlas puji Mairah. Mairah blushing eh abang puji." Usik Azhar.
"takdelah" ujar Humairah. Mana ada dia blushing. Suka suka dia jer eh nak sakat orang.
"Habistu kenapa pipi Humairah , merah" sakat Azhar Iskandar.
Anis melihat muka nya di dalam cermin. Yeah memang sekarang muka nya macam disimbah cat merah. Malu aa.
"Nanti abang puji Mairah lagi eh. Comel la Humairah blushing macam ni"
"Baik abang pandu kereta cepat. Kalau tak Mairah ikut grab pulang" ugut Humairah. .
"okay kita pulang sekarang" ujar Azhar.
Tahu takut.
Nasib baik cikgu-cikgu dan murid-murid tidak nampak. Humairah masuk ke dalam kereta cikgu Azhar. Kalau nampak , Habis kena gossip.
Kereta Azhar menuju ke halaman rumah nya. Bukan rumah ibu Anis Humairah.
"ehh abang asal Humairah kat sini. Humairah takde baju nak bawa" ujar Anis Humairah
"takpe nanti kita beli baju untuk Humairah. Tentang baju persekolahan. Nanti kita ambil baju Humairah kat rumah ibu yer"
Anis menganggukkan kepala , menandakan faham.
Anis melangkah turun dari kereta dan masuk ke dalam rumah.
"Kemas juga eh rumah dia ni. Fikir bersepah." Ujar Anis di dalam hati. Yelah tinggal sorang-sorang kan. Mana tahu suami dia malas nak kemas. Tapi kemas rumah dia.
"Dah habis keliling rumah abang hm" dari tadi lagi dia melihat isterinya duk tengok dalam rumahnya.
"rajin cikgu kemas rumah. Saya fikir cikgu malas nak kemas rumah."
"Amboi kutuk abang nampak. Mestilah abang rajin. Lagipun semua tugas di rumah ni abang yang kena buat. Bukan sayang. Sayang hanya jaga makan pakaian abang jer." Ujar Azhar.
"Saya nak naik ke bilik jap. Nak rehat" ujar Anis Humairah. Penat. Baru balik dari sekolah.
"Eh sayang tak solat ker hari ni?" tanya Azhar pelik.
Anis menggelengkan kepala. Menandakan tidak. Harap faham faham la Azhar kenapa dia tak solat.
Azhar menganggukan kepala. Faham. Isterinya tengah period. Nasib baik la mood isterinya tak swing. Kalau swing hm.
Azhar membersihkan diri di dalam kamar mandi. Lalu keluar melihat isterinya yang tertidur di atas katil miliknya. Dia yang menyuruh Anis tidur di dalam kamar biliknya. Dia menghampiri Anis lalu Membuka perlahan lahan stoking di kaki milik isterinya. Dia meletakkan stokin di atas lantai. Nasib baik tudung dah di buka. Kalau tak kena dia juga yang buka tudung isterinya. Penat sangat dia ni. Ujar Azhar di dalam hati.
Azhar memakai baju t-shirt berwarna biru dengan dipadankan dengan seluar slack. Dia menghamparkan sejadah untuk solat Asar.
Selesai solat Azhar mula membaca doa.
"Ya Allah ya tuhanku ampuni la dosa ibu bapa ku dosa ibu bapa mertuaku. Ampunkanlah dosa dosa kami suami isteri. Ya Allah lembutkan la hati isteri ku untuk menerima ku sebagai suami nya yang sah. Permudahkanlah urusan kami dunia dan akhirat. " Amiin ya Rabbal Alamin.
Dia mula turun ke bawah. Memasak untuk isterinya dan diri nya. Dia mulai memotong beberapa ulas bawang merah dan bawang putih. Hari ini dia nak masak ayam masak butter. Makanan favorite nya. Harap Anis suka masakkan yang di masak nya.
Pintu hadapan di ketuk oleh seseorang. Sapa lagi kalau bukan Rina Mikayla. Gadis yang menyukai Azhar.
Azhar segera mematikan dapur gas lalu melihat seseorang yang mengetuk pintu rumah nya.
"Eh Rina awak buat ape kat sini?" tanya Azhar.
"saje nak lawat awak. Salah ker saya nak lawat awak? hm" ujar Mikayla cuba menggoda Azhar Iskandar.
"Eh awak tau kan saya dah nikah. Tak malu ker terhegeh hegeh nak kat suami orang." Ujar Azhar. Dia tak suka la dengan perangai Mikayla nie.
"Whatever." Rina melanggar susuk tubuh Azhar lalu masuk ke dalam rumah Azhar tanpa meminta izin dengan tuan rumah sendiri.
"Eh siapa benarkan awak masuk ni eh?" ujar Azhar.
"Perlu ke saya minta izin dengan awak. Awak kan bakal suami saya hm"
"Eh sejak bila aku nak nikah dengan kau ni. Aku dah nikah la. Aku ada isteri" ujar Azhar sekarang. Ingin jer dia nak menampar pipi Rina sekarang ni. Tapi niat nya terbantut. Nasib baik kau perempuan. Kalau tak lama dah aku beri penampar. Ujar Azhar di dalam hati.
"Kau jangan ganggu apa apa barang aku" ujar Azhar dia memberi amaran dengan Rina agar tidak mengacau barang barang nya. Hanya isteri nya sahaja boleh mengacau barang barang nya.
Anis turun ke bawah. Dia mendengar seperti ada tetamu yang datang ke rumah nya. Dia ingin melihat gerangan yang datang ke rumah nya. Bukan main terkejut dia melihat Rina yang duduk di atas sofa. "Eh mana suami dia sekarang ni". Tanya Anis di dalam hati
"Eh budak sekolah pun ada kat sini eh" ujar Mikayla sinis. Naik geram jer dia melihat Anis yang kahwin dengan Azhar. Patut nya dia yang kahwin dengan Azhar bukan budak sekolah ni.
"yer saya ada. Kenapa nak usya suami saya eh?" Tanya Anis.
Rina hanya menjeling melihat Anis Humaira. Anis melangkah menuju ke dapur. Pasti ada suami nya di dapur.
"Cikgu !" sergah Anis Humaira.
"Eh abe Azis jatuh bot. "sayang kenapa sergah abang. Kalau abang ada penyakit jantung. Dah lama kot abang mati kat sini."
"Eh apa ni cakap pasal mati. Humairah tak suka la" ujar Anis Humairah. Dia tak suka la dengar tentang kematian ni.
"Humairah sayang abang ehh" usik Azhar Iskandar.
"mana ada. Ada ada jer la cikgu ni".
"Berapa kali saya pesan. Jangan panggil saya cikgu. Saya bukan cikgu awak. Saya suami awak Humairah" ujar Azhar.
"Okay. Abang nak saya tolong buat ape?. Ada apa apa Humairah boleh tolong" ujar Humairah.
"takde. Cuma baik sayang tolong abang buatkan Air untuk Mikayla. Tetamu kort takkan tak buatkan air."
"tapi kita tak undang dia pun datang rumah. Tetamu yang tak diundang." Ujar Anis Humairah.
Azhar menggelengkan kepala. Mendengar apa yang dicakapkan oleh isterinya.
Anis membuatkan air kopi untuk Rina Mikayla. Ada ker orang hidangkan air kopi untuk tetamu?.
Anis menjinjing air kopi itu dengan berhati hati. Panas kort kalau kena tangan dia confirm melecur.
Rina terus minum air tersebut. Panas lidah dia sekarang ni. Habis lidah dia melecur akibat minum air kopi ya dibuatkan oleh Humairah.
"Eh kau ni kan. Saje eh buat air kopi yang panas untuk aku" ujar Rina Mikayla. Panas jer dia sekarang nie.
"Eh kau yang terus minum air tu. Kau salahkan aku pula." Ujar Anis lantang. Suka suka dia jer tuduh aku eh .
"Kau menjawab eh" Rina berdiri lalu menyiram tangan milik Anis. Padan muka ! Ujar Rina. Puas hati dia.
"Auwh sakit la. Kau gila ker apa eh" ujar Anis. Geram yang di lakukan Rina kepada nya. Dia menghampiri Rina lalu menarik rambut itu dengan kuat. Geram jer.
"Auwh sakit laa. Lepaskan rambut aku perempuan gila" ujar Mikayla lantang
"Eh cermin diri sendiri eh oups" ujar Anis
Terkejut Azhar melihat keadaan ruang tamu. Berantakan semua nya. Apa yang berlaku?
Rina yang melihat Azhar segera menghampiri Azhar. Minta perhatian la tu
"eh apa awak buat ni?" tanya Azhar cuba menepis tangan Rina yang cuba memeluk diri nya. Haram okay.
"Isteri awak tu yang mula dulu" ujar Mikayla.
Azhar tidak percaya apa yang dikatakan oleh Rina. Dia tau semua punca dari Mikayla.
Azhar menghampiri Anis. Dia melihat Anis yang menundukkan kepala dari tadi. Mungkin takut Azhar marahkan dia.
"Sayang kenapa awak tundukkan kepala ni? Takut abang marah dengan sayang eh.
Dia melihat tangan Anis yang melecur. Teruk juga.
"Sayang kenapa tangan awak melecur ni?" Tanya Azhar.
Dia tahu ini semua dari Mikayla.
"Rina Mikayla keluar dari rumah saya sekarang!" ujar Azhar lantang.
Mikayla terkejut lalu kelam-kabut mengambil beg nya di atas meja dan meninggalkan rumah milik Azhar Iskandar dengan segera.
TBC
1.10.22
Sorry late update. Author tak beberapa sihat sekarang ni.
Jangan lupa vote dan komen ya 🤍
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro