Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

hey there!

Disini penjelasan tentang jalan cerita ini.

Mengapa hyu rin bunuh diri?

- Antara punca dia bunuh adalah keadaan kemurungan yang kuat diahadapinya. Masalah kemurungan dia timbul sejak ibunya kahwin dengan suami barunya yang kaya. Jadi secara tak langsung kehidupan hyu rin bertukar menjadi mewah serta merta. Tetapi mewah hanya sekadar mewah saja, tak ada kebahagiaan. Dirinya sering dipaksa untuk belajar dengan kuat tanpa henti untuk menjaga status bapa tirinya. Tiada masa dia untuk bermain atau berlepak sebentar. 24/7 asik belajar. Oleh itu sebagai remaja memang akan timbul perasaan stress. Hyu rin mula stress dengan tekanan Tuan Lee dan suasan disekolahmya juga. Dia langsung tiada kawan untuk dia bersosial mahupun nak meluahkan rasa stress bersama. Nak  tak nak dia terpaksa pendam sendiri. Ibunya apa guna? Kalau mengeluh padanya pun nanti sama saja ibunya berpihak kepada suami barunya disebabkan inilah dia melakukan perkara sedemekian. Kerap mengurung diri dalam bilik pun yelah menunjukkan dia ada simptom-simptom orang kemurungan. Langsung tidak ada minat untuk keluar dan melakukan aktiviti diluar. Dia hanya menangis menangis dan menangis mengenang nasib malangnya. Dengan kesan-kesan lebam yang merah dan biru menyebabkan mentalnya sedikit goyah untuk bertahan. Dan antara sebab kenapa hyu rin berniat untuk bunuh diri adalah dia telah mendengar bisikan syaitan yang sentiasa mendampinginya untuk hasutnya. Pada asalnya hanya kata-kata saja niatnya itu tetapi apabila keadaan semakin memaksa dia turut melakukannya bagi mengakhiri semua ini. Maka cukuplah seksaan kehidupan sebagai seorang remaja yang bernama hyu rin

Despress?

- Kalau anda perasan memang ada diselitkan masalah kemurungan dalam cerita ini. Sifat itu berada pada hyu rin. Despress pada asalnya hanya stress yang semata-mata macam yang semua tahu bukan? Tetapi kalau seseorang itu menunjukkan simptom-simptom berbahaya. Jika makin lama dibiarkan penyakit ini akan memakan dirinya sendiri maka wajarlah kita untuk memberi semangat kepadanya. Jangan tuli, pekakkan telinga. Bantu mereka dengan slow talk dan dengar luahan mereka tanpa menjudge apa sekali pun. Biarkan mereka luah dengan berasa tenang dan lega. Jadi dapatlah kurangkan mental illness yang dihadapinya.

Saya percaya memang ada yang sedang hadapinya. Cari kawan, teman untuk lepaskan rasa sedih. Nak menangis, nangislah memang air mata diciptakan untuk menemani perasaan sedih dari manusia. Jangan risau semuanya akan ok :)

























Trust me .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro